Filipina pindah lebih 900 keluarga susulan aktiviti Gunung Berapi Mayon



HANOI: Lebih 900 keluarga di kawasan berhampiran gunung berapi Mayon, di wilayah tengah Albay, Filipina dipindahkan, berikutan aktiviti luar biasa gunung berapi berkenaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional, Romina Marasigan berkata, seramai 919 isi rumah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan apabila gunung berapi itu mengeluarkan abu. 

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Philvolcs), gunung berapi itu mula mengeluarkan abu pada Sabtu (13 Januari), dengan dua letusan berlaku pada pagi Ahad (14 Januari), memuntahkan abu kira-kira setinggi 2,500 meter. 

Gunung Mayon dengan ketinggian 2,460 meter dan lebar 20 kilometer, antara gunung berapi aktif di Filipina yang terkenal dengan keindahannya. Dalam tempoh 400 tahun, ia telah meletus sebanyak 51 kali.

Letusan paling banyak menyebabkan kemusnahan ialah pada 1814, yang mengorbankan kira-kira 1,200 nyawa dan  tiga bandar ditenggelami oleh lumpur dan batu.

— BERNAMA



Source link

read more

Saham RHB tinggi susulan kemungkinan jualan pegangan oleh Mubadala


KUALA LUMPUR: Saham RHB Bank Bhd diniagakan tinggi hari ini susulan berita mengenai potensi penjualan oleh pemegang saham kedua terbesarnya, dana negara Abu Dhabi, Mubadala Investment Co.

Pada 3 petang hari ini, harga saham RHB Bank berada pada RM5.16, naik dua sen, dengan 1.23 juta saham bertukar tangan.

Menurut portal web yang dikendalikan oleh akhbar harian, Mubadala sedang meninjau pilihan bagi pegangannya dalam RHB Bank Bhd termasuk kemungkinan penjualan.

Katanya Mubadala telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan penasihat berpotensi untuk mendapatkan cadangan mengenai pegangannya sebanyak 17.8 peratus dalam RHB Bank selepas melihat pegangannya dalam pemberi pinjaman keempat terbesar di Malaysia itu sebagai bukan teras.

Ia sedang mempertimbangkan pilihan bagi pegangan tersebut sebagai sebahagian daripada kajian semula portfolionya yang luas.

Pegangan Mubadala bernilai RM3.66 bilion berdasarkan harga penutup pada Khamis dan mengikuti di belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana pencen terbesar Malaysia, yang memiliki 40.7 peratus.

Mubadala, yang portfolionya bernilai kira-kira US$127 bilion (US$1=RM3.97), memperoleh pelaburan RHB melalui penggabungan dengan dana negara, International Petroleum Investment Co, yang dimuktamadkan pada tahun lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Saham AirAsia, AirAsia X Meningkat Susulan Kemungkinan Penyusunan Semula Laluan


indexMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Saham syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia dan sekutu jarak jauhnya, AirAsia X, meningkat pada sesi pagi hari ini.

Ini susulan siri tweet oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, yang membayangkan penyusunan semula laluan kedua-dua syarikat penerbangan itu.

Pada 11.03 pagi, saham AirAsia melonjak tujuh sen kepada RM3.84 dengan 3.82 juta saham bertukar tangan, manakala saham AirAsia X meningkat setengah sen kepada 38.5 sen dengan 7.47 juta saham didagangkan.

Fernandes dalam tweetnya berkata AirAsia akan memindahkan laluan yang membabitkan penerbangan lebih empat jam kepada AirAsia X memandangkan AirAsia sudah matang dan boleh menggunakan kapasiti untuk menawarkan laluan jarak pendek yang lebih menguntungkan.

“Imbangan pembayaran AirAsia X bagi permulaan suku keempat 2018, nampak bagus,” katanya.

Beliau juga berkata AirAsia X tidak berminat dalam pasaran jarak jauh seperti Berlin dan London, antara lain, memandangkan syarikat penerbangan itu berpendapat pasaran itu belum bersedia, dan akan terus kekal memberi tumpuan kepada laluan jarak sederhana.
— BERNAMA



Source link

read more

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR: Kadar-kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan lebihan mudah tunai hari ini sebanyak RM31.745 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.998 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan memanggil tiga tender pasaran wang konvensional melibatkan sejumlah RM2.0 bilion untuk tujuh hari, 14 hari dan 21 hari, selain tender lelongan matang Islam Qard sebanyak RM4.6 bilion untuktujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan memanggil tender repo berjumlah RM350 juta untuk 31 hari, RM1.8 bilion Program Murabahah Komoditi untuk 31 hari selain Bil Antara Bank, Bank Negara sebanyak RM500 juta untuk 181 hari.

Pada 4 petang, BNM akan memanggil tender semalaman konvensional sehingga RM25.4 bilion dan tender semalaman Qard berjumlah RM10.6 bilion.

— BERNAMA



Source link

read more

PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup – Guan Eng



GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengalami kerugian hasil pendapatan kira-kira RM5 juta ekoran perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang ditutup selama hampir dua bulan.

Pengoperasian pusat pelancongan popular di Pulau Pinang itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu bermula 5 Nov lalu, susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda pulau itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kereta api kabel Bukit Bendera kembali dibuka kepada orang ramai seawal jam 6.30 pagi hari ini selepas kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut selesai dilaksanakan.

Katanya, ia dibuka semula kepada orang ramai selepas pihaknya berpuas hati dan yakin dengan tahap keselamatan perkhidmatan tersebut walaupun kerja-kerja pemulihan masih berjalan ekoran beberapa lokasi runtuhan yang masih belum dibaiki sepenuhnya.

“Tempat-tempat yang belum 100 peratus dibaiki bukan tempat yang dilawati pelancong. Sebaliknya, ia adalah tempat-tempat kediaman peribadi atau swasta.

“Bagi kawasan-kawasan yang dikunjungi pelancong, ia adalah 100 peratus selamat. Ini adalah syarat atau peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri,” kata Guan Eng selepas merasmikan pembukaan semula perkhidmatan kereta api Bukit Bendera di sini, hari ini.

Menurut Guan Eng, sebanyak 194 kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Bukit Bendera yang menyebabkan perkhidmatan itu tergendala.

Kejadian tersebut menghalang bukan sahaja laluan ke kediaman tetapi juga laluan jip, jalan utama ke bukit itu.

Kerja pemulihan dan pembaikan tertumpu kepada tiga kawasan utama iaitu landasan kereta api kabel, kawasan di kemuncak dan laluan jip dari Kebun Bunga.

Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas banjir selepas angin kencang dan hujan lebat melanda negeri itu pada 4 dan 5 Nov lepas menyebabkan Lim merayu bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Banjir itu mengorbankan tujuh nyawa, dan angin kencang serta hujan lebat merosakkan hartanah selain mengakibatkan pokok tumbang di beberapa kawasan.

Sementara itu, Pengurus Besar PBBPP Cheok Lay Leng berkata, susulan kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, proses pembersihan dan pemulihan dijalankan PBBPP dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan sukarelawan.

Mengenai kerja-kerja pemulihan yang masih belum siap sepenuhnya dan kawasan yang perlu dibaik pulih, Cheok berkata: “PBBPP akan bekerja keras bersama-sama agensi persekutuan dan agensi kerajaan negeri untuk memastikan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.”



Source link

read more

Pesawat rempuh bangunan susulan angin kuat – Luar Negara


VALETTA, Malta 29 Dis. – Sebuah pesawat merempuh sebahagian daripada tembok bangunan di sini selepas dipercayai digerakkan oleh angin yang sangat kuat.

Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta, tidak jauh dari Valetta, malam tadi, lapor BBC.

Susulan kejadian tersebut, pasukan kecemasan segera dikerah ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana ketika kejadian, tiada seorang penumpang pun dilaporkan berada dalam pesawat terbabit.



Source link

read more

Perancis buka kertas siasatan susulan kes pencemaran susu bayi



PARIS: Pihak berkuasa dan pendakwa raya Perancis telah membuka kertas siasatan berikutan kes pencemaran salmonella dan penarikan semula besar-besaran susu formula bayi oleh syarikat gergasi Lactalis, lapor AFP.

Siasatan itu memfokuskan pelbagai dakwaan antaranya menyebabkan kecederaan tanpa sengaja, membahayakan nyawa, unsur penipuan dan kegagalan dalam melaksanakan tindakan menarik balik produk.

Laporan mengenai kira-kira 20 kanak-kanak jatuh sakit selepas meminum susu serbuk Lactalis, yang dijual di bawah beberapa jenama berbeza di Perancis dan negara-negara lain, mula mencetuskan panik sejak awal Disember lalu.

Syarikat tersebut, yang merupakan antara pengeluar produk tenusu terbesar dunia, telah menarik balik produk mereka secara besar-besaran pada 10 Disember.

Hampir 7,000 tan paket susu yang dikeluarkan kilang tercemar di Craon, barat laut Perancis.

Ketika itu, syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan jumlah kandungan yang mungkin membahayakan, atau yang telah dijual di seluruh dunia. Pada 21 Disember, arahan penarikan semula kedua telah dilaksanakan.

Sejak 15 Februari, semua produk yang dikeluarkan kilang Craon telah ditarik balik, dengan laporan pencemaran dikatakan berpunca daripada kerja-kerja renovasi awal tahun ini.

Arahan penarikan balik itu telah menjejaskan konsumer di beberapa negara seperti China, Pakistan, Bangladesh, Britain dan  Sudan.

Simptom salmonella termasuk cirit-birit, kekejangan di perut dan muntah-muntah. Keadaan itu disebabkan aktiviti bakteria dalam usus yang datangnya daripada haiwan ternakan.

Simptom itu menjadi  berbahaya jika berlanjutan kerana boleh menyebabkan dehidrasi teruk , terutamanya pada golongan berusia dan kanak-kanak.



Source link

read more

Lagi protes susulan pengisytiharan Baitulmaqdis di Jordan



AMMAN: Protes berterusan berlaku di seluruh dunia susulan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Terbaharu kumpulan aktivits Al-Hannaounah di Jordan melakukan perkara sama di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Amman.

Kumpulan penduduk yang berasal dari Palestin ini turut mempersembahkan tarian rakyat pada perhimpunan berkenaan.

Ini merupakan perhimpunan ketiga mereka yang diadakan pada setiap Jumaat sejak pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu.



Source link

read more

Menteri Dalam Negeri Peru letak jawatan susulan krisis politik – Luar Negara


LIMA 22 Dis. – Menteri Dalam Negeri Peru, Carlos Basombrio mengesahkan bahawa Presiden, Pedro Pablo Kuczynski telah menerima surat peletakan jawatannya hari ini.

Basombrio membuat pengumuman itu menerusi satu status yang dimuat naik ke dalam laman Twitter miliknya tanpa mendedahkan mengapa beliau bertindak demikian.

Difahamkan, Basombrio memilih untuk berundur disebabkan tekanan akibat krisis politik yang melanda negara ini susulan beberapa dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin utama Peru ketika ini. -REUTERS



Source link

read more

13 buah sekolah ditutup susulan ribut tropika Vinta



SEBANYAK 13 buah sekolah ditutup susulan amaran ribut tropika Vinta yang dijangka berlaku pada lewat Khamis.

Sekolah-sekolah di wilayah Mindanao itu terpaksa ditutup selepas amaran taufan terbabit dikeluarkan  Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi pada lewat Rabu.

Ribut tropika Vinta dijangka berlaku antara 21 Disember hingga 23 Disember ini.

Kerajaan turut memberi amaran agar sebarang sambutan Tahun Baru Krismas dijadual semula berikutan ribut terbabit.

Vinta mampu mencecah kelajuan dari 65 kilometer sejam hingga 80 kilometer sejam.

Tujuh wilayah lain turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan ribut yang dijangka kuat pada Jumaat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons