Polis Australia rampas 330 kilogram syabu



ADELAIDE: Polis Australia berjaya merampas 330 kilogram dadah jenis methamphetamine dan menahan tiga individu pada Isnin.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Australia Neil Gaughan ia merupakan rampasan terbesar setakat ini membabitkan dadah jenis tersebut di negara itu dengan anggaran nilai pasaran semasa mencecah AS$214 juta.

Menurut laporan, dadah berkenaan disembunyikan dalam kren kapal kargo yang sedang menuju masuk ke selatan negara itu.

Ketiga-tiga suspek berusia 45 hingga 64 tahun dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide hari ini.

Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat dari mana sebenarnya dadah berkenaan di bawah namun mereka percaya kemungkinan besar ia dari Asia Tenggara



Source link

read more

Johor police bust drug ring, seize RM1.75 million worth of liquid syabu


SINDIKET PENGEDARAN DADAH TUMPAS / IPD MUAR

MO,13/2/2018, MUAR: Police have busted a drug trafficking ring, specialising in distribution of liquid syabu, following the arrest of three people in three separate raids near Bakri on Monday. The police team raided three houses in the area and seized 0.86 grammes of heroin, 77.17 grammes of syabu and 16 erimin 5 pills worth about RM40,000.

Muar police chief Assistant Commissioner Zaharudin Rasip said two buckets, containing 25.5 kilogrammes of liquid syabu, worth RM1.75 million, were also seized at one of the houses. “Acting on a tip-off, a team from the district Narcotics Criminal Investigation Division conducted the raids and seized the drugs,” he said.

He added that the police were still investigating whether the liquid syabu, valued at about RM70,000 per kilogrammes, will be further processed at the houses or distributed for other uses. Also seized were RM250 in cash and a BMW worth RM80,000.

Zaharudin said the three suspects, aged between 35 and 43, have been remanded until next Monday. “Two of the suspects were tested positive for methamphetamine,” said Zaharudin.

He said the case is being investigated under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952, which carries the mandatory death sentence upon conviction.



Source link

read more

Polis rampas syabu RM6.3juta | Merdeka Online


GEORGETOWN 22 JANUARI 2018. Pengarah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh (tengah)  menunjukkan dadah di syaki syabu bernilai RM6.3 juta semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang. NSTP/MIKAIL ONG

MO, 22/1/2018, GEORGETOWN: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 90 kilogram bernilai RM6.3 juta.

Tangkapan dan rampasan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, menerusi dua serbuan di Bukit Mertajam dan Georgetown, pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Difahamkan, stok dadah seberat 90 kilogram itu dipercayai baru tiba di sebuah rumah di Bukit Mertajam dan belum sempat dibungkus untuk diedarkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata serbuan pertama dibuat di Bukit Mertajam dan pihaknya menahan seorang lelaki berumur 31 tahun.

“Dadah disyaki jenis syabu seberat 90 kilogram dijumpai di sebuah rumah di Bukit Mertajam dan ia masih belum sempat dibungkus untuk dijual, dipercayai bagi pasaran tempatan.

“Susulan rampasan dan tangkapan pertama itu, kita menahan seorang lagi lelaki tempatan berumur 41 tahun dalam sebuah kereta di Pulau Tikus, di sini. Kedua-dua mereka adalah rakan kongsi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mohmad berkata, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM3,150 dan dua kereta milik suspek iaitu Honda Accord dan Honda City.

“Kita turut membekukan tiga akaun bank milik suspek yang mempunyai wang berjumlah RM500,000.

“Kedua-dua suspek direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.



Source link

read more

Model maut terjatuh dipercayai di bawah pengaruh syabu – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 9 Dis. – Model warga Belgium yang maut selepas dikatakan terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Jalan Dang Wangi di sini petang kelmarin dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah syabu.

Mayat Ivana Esther Robert Smit, 19, ditemukan tersangkut di balkoni sebuah unit kediaman di tingkat enam kondominium tersebut dalam keadaan berbogel pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Difahamkan, malam sebelum kejadian, mangsa telah keluar berhibur di pusat hiburan bersama pemilik kediaman di tingkat 20 itu yang merupakan seorang lelaki warga Amerika Syarikat dan isterinya warga Kazakhstan.

Oleh kerana telah mabuk, pasangan tersebut mengajak mangsa untuk bermalam di rumah mereka dan model itu telah tidur di ruang tamu manakala pasangan berkenaan tidur di bilik mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kematian mangsa klasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

“Hasil siasatan awal dan bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah. Kami percaya dia di bawah pengaruh syabu.

“Buat masa ini kami masih tidak mengetahui tempat tinggal mangsa dan apa pekerjaan sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil ke mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.

Smit sebelum ini pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ‘Malaysia Supermodel Search 2014’ ketika berusia 15 tahun. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lelaki Bangladesh ditahan bersama syabu RM1.2 juta


IPOH: Syabu bernilai RM1.2 juta disorokkan dalam bungkusan teh cina jadi taktik seorang lelaki Bangladesh untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Taktiknya terbongkas hasil serbuan ke atas sebuah bilik hotel di Sungai Siput itu dijalankan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sekitar jam 11.30 malam Selasa selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Asisten Komisioner R. Ravi Chandran berkata, polis menemui 17 paket plastik pembungkus teh cina seberat 17.2 kilogram dipercayai mengandungi dadah jenis syabu tersimpan dalam sebuah kotak.

”Suspek yang ditahan berusia 32 tahun dan rampasan ini menjadi yang terbesar bagi dadah jenis syabu oleh polis Perak tahun ini,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, polis percaya hotel yang diserbu dijadikan sebagai transit sebelum diedarkan ke negeri lain.

Dadah Teh

BACA: Sindiket dadah didalangi warga Indonesia, Malaysia tumpas

”Siasatan awal mendapati suspek sudah berada di negara ini sejak 10 tahun lalu.

”Pasport suspek juga tamat tempoh tahun lalu dan dia dipercayai berada di Sungai Siput sejak tinggu minggu lepas,” ujarnya.

Bagaimanapun, ujian air kencing suspek menunjukkan dia bebas dari sebarang bentuk dadah.

Suspek kini direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

BACA: Sindiket dadah NPS tumpas, 10 individu ditahan



Source link

read more

35 ditahan positif syabu di dua kampung pusat hiburan di Tawau



TAWAU: Bertindak atas laporan orang awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah menggempur sebuah kampung di sini dan menahan 35 individu yang didapati positif dadah jenis syabu.

Operasi Perdana Siri 3 pada malam Rabu di Kampung Balung Kokos disertai anggota dan pegawai dari RELA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APM) dan Kastam.

Pegawai AADK Daerah Tawau, Gani Keruput berkata serbuan turut dilakukan di Kampung Merotai 7 dan beberapa pusat hiburan pada malam Rabu lalu.

“Terdapat sedikit pergelutan dan kejar mengejar dengan suspek kerana ingkar dan cuba melarikan diri, namun akhirnya mereka berjaya dicekup,” kata Gani.

Menurut Gani, 45 individu diperiksa sebelum 35 orang ditahan setelah ujian air kencing dibuat.

Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 13 hingga 40 tahun dan kini disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons