Ibu tak sangka lahirkan bayi seberat 6.3 kilogram



SEORANG ibu telah memecahkan rekod dengan melahirkan seorang bayi seberat 6.3 kilogram di Hospital Sunshine di Melbourne, Australia.

Wanita yang dikenali sebagai Teu itu sudah menjangkakan yang dia akan melahirkan seorang bayi yang besar tetapi tidak menyangka bayi lelaki tersebut sebesar ini.

Lebih mengujakan, bayi itu dilahirkan seminggu awal melalui pembedahan ekoran saiznya yang terlalu besar.

Teu berasa sangat gembira kerana bayi lelakinya itu lahir dalam keadaan baik dan sempurna.

“Bukan saiz yang menjadi ukuran apa yang penting dia (bayi) dilahirkan dalam keadaan sihat dan gembira,” katanya menurut laporan portal The Sun UK.

Namun begitu, bayi yang diberi nama Maoama Ala itu dipakaikan baju bayi yang berusia enam bulan sejak dilahirkan kerana tidak muat untuk memakai mana-mana baju yang dibelinya.

Maoama ialah anak keempat dan merupakan bayi terberat yang pernah dilahirkan Teu berbanding adik-beradik yang lain. Saiznya yang besar itu hampir menyamai dua kali berat saiz bayi biasa.



Source link

read more

ULAMA PUN ANGGAP MAHFUZ TAK BOLEH DIHARAP!!! ~ SEMUT HITAM


Ulama Madrasah Tahzib An Nufus di sini, Abdul Wahab Hassan mendakwa pernah menegur Si Mahfuz Bean supaya tidak lari daripada perjuangan bersama Pas pada musim haji tahun lalu.

Abdul Wahab juga turut berkata, teguran itu dibuat agar Mahfuz tidak mengambil mudah tugas yang dia galas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan.

“Antara yang saya kata ialah duduk bersama perjuangan Islam tidak boleh lari. Waktu tu kami terserempak di Makkah ketika musim haji tahun lepas.

“Mahfuz nampak tak banyak cakap dan terus berlalu. Waktu dia datang pondok tahun lepas pun saya pernah nasihat perkara sama,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Endoi, semalam.

Beliau yang juga mantan Yang Dipertua Pas Kawasan Baling berkata, keputusan Mahfuz termasuk Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meninggalkan Pas tidak mengejutkannya kerana pemimpin berkenaan disifatkan tidak boleh diharap.

“Depa tak pandai politik sebenarnya. Politik sebenar bagi depa pun tak tahu macam mana.

“Politik dalam Islam ada empat, pertama politik para Nabi, kedua politik para ulama, ketiga politik para menteri dan keempat politik para sultan. Semua tu ada dalam Kitab Ahkamul Sultaniah,” katanya.

Makanya, tak heran la kenapa Si Mahfuz Bean tu sekarang ni berada dalam keadaan yang terumbang – ambing. Teguran dari Ulama parti dia sendiri pun dia buat tak peduli dan tak nak ikut cakap. Jadi, tak payah la dia berangan macam diri dia bagus sangat!!!




Source link

read more

Tak cukup ayam KFC di Britain tutup kedai


LONDON: Ratusan cawangan restoran makanan segera KFC di Britain berdepan masalah kekurangan bekalan ayam sehingga memaksa operasi perniagaan ditutup buat seketika.

Rangkaian restoran makanan segera Amerika Syarikat itu memaklumkan, masalah berpunca daripada kegagalan syarikat perkhidmatan kurier DHL untuk menghantar bekalan secukupnya.
 
Setakat ini, lebih 700 daripada 900 cawangan KFC di seluruh Britain terpaksa ditutup sejak hujung minggu lalu sementara terdapat beberapa cawangan hanya menawarkan menu tertentu dengan waktu operasi disingkatkan.

KFC dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang berusaha mengatasi masalah tersebut malah mengakui berdepan situasi rumit memandangkan turut melibatkan tahap kualiti produk.

Notis penutupan restoran KFC di Coalville, Britain pada 19 Feb 2018. - REUTERS
Sementara itu, DHL dalam satu kenyataan berasingan memberitahu, pihak mereka sedang mengatasi masalah penghantaran bekalan kepada seluruh rangkaian KFC di Britain.

Kekurangan bekalan ayam KFC di Britain mengundang pelbagai reaksi pengguna yang mana rata-rata mengharapkan masalah tersebut dapat diselesaikan segera.

KFC menjadi antara restoran makanan segera paling mendapat sambutan di Britain selepas syarikat itu memulakan operasi mereka yang pertama pada 1965 di Preston, Lancashire.



Source link

read more

Tanah Ijok: Peneroka tak puas hati


DWYYtTRVMAAZzx9MO, 19/2/2018, PUNCAK ALAM: Biarpun rumah yang diidamkan bakal dibina, peneroka di tanah yang menjadi pertikaian di Ijok di sini, masih belum berpuas hati.

Ia berikutan apa yang dijanjikan pada 2000 sudah berubah termasuk jenis rumah yang bakal dibina untuk peneroka tanah terbabit.

Wakil penduduk, Mohd Fadzil Ibrahim, segelintir penduduk kini tidak berpuas hati berikutan sebelum ini mereka dijanjikan rumah jenis berangkai (semi D) namun mereka difahamkan akan menerima kediaman bersaiz lebih kecil.

“Selepas pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar pada Pilihan Raya Umum lalu, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada membuat perjumpaan tertutup dengan kami memandangkan projek perumahan kami masih terbengkalai.

“Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid mengarahkan projek perumahan kami di Puncak Alam ini dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tetapi disebabkan berlakunya pertukaran Menteri Besar, projek itu juga tidak menjadi.

“Sekarang, lain pula jadinya. Apa yang kami pertikaikan, kenapa perjanjian dahulu, sudah berubah kerana sepatutnya rumah kami dibina di kawasan laluan utama dan semua penerima mendapat rumah jenis Semi D,” katanya ketika ditemui, di sini.

Difahamkan, penduduk juga tidak berpuas hari berikutan saiz rumah yang kecil selain tidak dapat melihat rumah contoh.

Selain isu saiz rumah, Mohd Fadzil berkata, peneroka juga mempersoalkan isu wang tunai yang sepatutnya diterima berdasarkan kepada nilai tanah ketika ini yang lebih tinggi berbanding dengan kira-kira 18 tahun lalu.

“Mengikut perjanjian pada tahun 2000, kami menerima wang tunai RM180,000 berdasarkan nilai semasa tetapi duit itu juga masih belum diterima sepenuhnya.

“Dengan nilai tanah ketika ini, sepatutnya jumlah berkenaan harus lebih tinggi dan berikutan itu kami minta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, untuk bantu kami mendapatkan hak kami,” katanya.

Justeru, penduduk mahu Kerajaan Selangor terutama Mohamed Azmin untuk campur tangan dalam isu berkenaan.

Mohd Fadzil berkata, tanah berkenaan adalah ‘tanah anugerah’ yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika Selangor ditadbir Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi membantu golongan penduduk susah.

Katanya, sepatutnya Kerajaan Negeri yang kini ditadbir PKR berterusan membantu penduduk dan bukan bertindak sebaliknya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Adnan Kandar, 71, berkata, beliau merasakan ditindas dan ditipu kerana sepatutnya mendapat wang pampasan lebih berbanding nilai tanah pada tahun 2000.

“Sudah 18 tahun dan harga tanah di sini melambung tetapi kenapa kami tidak menerima wang sepatutnya. Malah, wang RM180,000 yang sepatutnya diberikan dahulu pun ada peneroka yang masih belum terima.

“Untuk dapat wang itu, saya terpaksa mengemis dan memanjat bangunan pejabat untuk dapatkan pampasan bagi diri sendiri,” katanya.



Source link

read more

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang tapi cincin tak pulang – Sumber



KUALA LUMPUR: Media hiburan tempatan yang digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita hari ini.

Bagaimanapun menurut sumber yang boleh dipercayai ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, sukar untuknya menanyakan perkara yang menyentuh hal peribadi Sufian, namun jika benar ‘putus’, mengapa cincin tidak dipulangkan? kata Sufian kepada sumber itu.

“Belum ada maklum balas daripada keluarga Sufian mengenai hal itu malah, hubungan Sufian dan Elfira masih OK dan tidak cetus pergaduhan atau sebaliknya,” kata sumber itu lagi.

BACA: “Its complicated!” – Sufian Suhaimi enggan ulas status pertunangan dengan Elfira Loy

BACA: “Hubungan saya dan Elfira Loy masih baik” – Sufian


 

Jelas sumber berkenaan lagi, buat masa ini Sufian baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi walaupun terpalit isu tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terakhir’ itu khabarnya  tetap menerima dan meneruskan persembahan nyanyian di beberapa lokasi, antaranya Kuala Lumpur dan di Johor Bahru.

BACA: Dikatakan sombong? Ini respon Elfira Loy…

BACA: Sebak, terima kasih Ya Allah – Elfira Loy

Namun sumber itu berkata jika ditakdirkan masih ada jodoh antara kedua-duanya, mereka tetap akan disatukan juga satu hari nanti.



Source link

read more

Berlakon dengan Aliff Aziz Saya tak takut tapi berjaga-jaga – Farah Nabilah



PELAKON Farah Nabilah kini bergandingan dengan penyanyi Aliff Aziz dalam drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” yang sedang giat menjalani penggambaran.

Tidak takut bergandingan dengan Aliff yang pernah terpalit dengan kontroversi, Farah mahu menjadi diri sendiri.

“Sejujurnya, saya tak takut bergandingan dengan Aliff. Saya hanya menjadi diri sendiri dan bersikap profesional. Isteri Aliff juga ada di set penggambaran,” kata Farah.

Tambah gadis jelita itu, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga serta berfikiran positif.

“Saya tak takut berlakon bersama Aliff, tetapi sudah pasti saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya mahu jadi profesional dan berfikiran positif sahaja untuk melunaskan kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja.

“Mungkin dahulu dia ada buat silap tetapi sekarang mungkin dia sudah berubah? Siapa tahu? Berikan peluang untuk kami menyerlahkan bakat lakonan,” kata Farah lagi.

Drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” bakal menemui penonton sempena kedatangan Ramadan tahun ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff & Farah



Source link

read more

PKR SINDIR, PPBM TAMAK TAK SEDAR DIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, PKR Selangor dah mula muak dengan tuntutan yang dibuat oleh PPBM sehingga membuatkan wakil mereka menyindir parti pimpinan Tun Mahathir itu secara terbuka.

Katanya, PPBM boleh meminta seberapa banyak bilangan kerusi DUN yang mereka mahu untuk bertanding tetapi kriteria yang dipilih adalah berdasarkan faktor winnability atau ‘kemampuan untuk menang’.

Itu maklum balas yang diberikan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Selangor selepas ditanyakan tentang hasrat PPBM yang mahu bertanding di 12 kerusi DUN milik BN di negeri itu.

“Semua orang ada ‘figure’ mereka, tetapi kita kena tengok, saya pegang kuat dengan apa yang Pengerusi PH kata, ‘winnability’ yang dia katakan, tidak kira parti dan calon dari mana, kita tidak ambil kira.

“Itu yang memang penting dan kita utamakan dalam negeri Selangor.

“Kalau parti kata dia nak 13, 12, 15 dan sebagainya kalau tidak boleh menang apa guna?,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 200 bantahan terhadap syor kedua kajian persempadanan semula Selangor di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor, pagi tadi.

Secara tidak lansung, kenyataan itu memberikan gambaran seolah – olah PPBM tidak mempunyai kekuatan dan kelayakan untuk menang dalam PRU yang akan datang walaupun mereka bertanding banyak kerusi.

Minggu lalu Ketua Penerangan PPBM Selangor mendakwa, PPBM memohon 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka walaupun PKR juga turut berhasrat meletakkan calon mereka.

Sementara itu, wakil PKR itu juga memaklumkan Pakatan Selangor akan menyelesaikan isu agihan kerusi sekitar akhir bulan ini dan ianya masih dalam peringkat perbincangan diantara mereka.

Terdahulu pada mesyuarat Jawatankuasa Agihan Kerusi minggu lalu, PH Selangor hanya berjaya menyelesaikan pertindihan empat kerusi DUN, dengan masih berbaki 21 kerusi daripada 56 kerusi yang belum diselesaikan.




Source link

read more

Wanita ganti James Bond Tak payahlah – Rachel Weisz



DIA mengahwini pelakon ke-6 memegang watak James Bond, Daniel Craig. Bukan mahu masuk campur dalam urusan agen 007 itu tapi Rachel Weisz ada pendapatnya tersendiri mengenai cadangan Bond versi wanita.

Dalam temubual bersama Daily Telegraph, Wiesz tidak setuju watak yang selama ini sinonim dengan lelaki diberikan kepada wanita. Menurutnya tak salah kalau nak buat filem pasal perisik wanita tapi janganlah tukar watak Bond kepada wanita.

“Wanita amat mempersonakan dan menarik dan berhak mendapat cerita sendiri,” jelas pelakon jelita berusia  47 tahun itu

Menurut Weisz hasil usaha Ian Fleming yang mencipta watak Bond itu 60 tahun lalu perlu dihormati, bukannya dengan menukar watak perisik budiman itu kepada wanita.

Kenyataan Weisz itu sebagai reaksi kepada cadangan Idris Elba, 45, beberapa minggu  lalu yang mahu watak perisik British itu diberikan kepada wanita berbanding lelaki kulit hitam.

Sejak Elba mengeluarkan pendapatnya itu beberapa pelakon wanita dikaitkan dengan watak berkenaan antaranya pelakon X-Files, Gillian Anderson, Emilia Clarke, Dame Helen Mirren  dan pelakon Bollywood yang meningkat naik di Hollywood Priyanka Chopra.

Filem Bond ke-25, yang terakhir lakonan Craig dijadual ditayangkan pada 9 November 2019.



Source link

read more

Kasihan Nicolas Cage tak sempat jadi Superman



SKRIP dah dapat, kostum pun sudah lekat di badan, malangnya filem dibatalkan beberapa minggu sebelum penggambaran bermula.

Itulah nasib Nicolas Cage yang tidak sempat menjadi Superman meskipun segala persiapan untuk menjayakan watak ‘Man of Steel’ itu telah dibuat.

Cage menerima watak adiwira kesukaan ramai itu pada 1997. Ketika itu namanya memuncak menerusi filem-filem aksi ‘Con Air’ dan ‘The Rock’.

‘Superman Lives’ sepatutnya diarahkan oleh pengarah kreatif Tim Burton yang sebelum itu pernah menghidupkan watak Batman ke layar perak menerusi fiem ‘Batman’ (1989) lakonan Michael Keaton.

Menerusi filem ini, watak Superman digambarkan berambut panjang dan bertubuh kurus.

Video Cage ketika mencuba kostum adiwira itu dimuatnaik di YouTube menerusi akaun Flashback FilmMaking pada Oktober tahun lalu. Klip itu berdurasi hampir lima minit.

 

Filem ‘Superman Lives’ ini diinspirasikan sebagai kesinambungan daripada komik The Death of Superman pada 1992 yang menyaksikan watak adiwira itu dimatikan. Komik itu mencatat rekod tersendiri apabila enam juta salinan terjual.

Namun, nasib filem Superman Lives tidak seperti komik berkenaan. Warner Bros selaku penerbit membuat keputusan mengejut apabila membatalkan projek itu. Bajetnya digunakan untuk menerbitkan filem ‘Wild Wild West’ lakonan Will Smith.

Hasrat Cage untuk menjadi pengganti Christiopher Reeves sebagai Superman dan Clark Kent berkecai.

Mungkin sebagai memperingati impian yang tidak kesampaian, pada 2005 Cage menamakan anaknya yang baru lahir sebagai Kal-El iaitu nama asal Superman di planet Krypton.



Source link

read more

Rahsia! Yang Rafizi Tak Mau Rakyat Tahu


Rahsia! Yang Rafizi Tak Mau Rakyat Tahu

S1. Apa yang terjadi?

J. Rafizi disabitkan melanggar akta kerahsiaan perbankan disebabkan oleh pendedahan beliau mengenai penyata akaun bank pihak lain dalam sidang akhbar (SA) pada 12 Mac 2012.

S2. Tahun 2012? Tetapi ini adalah 2018. Kenapa begitu lewat hal ini diselesaikan?

J. Hal ini terjadi kerana Rafizi terus menunda perbicaraan tersebut. Dia mencabar untuk mengubah hakim, dia mencabar undang-undang untuk mengatakan perbuatan BAFIA tidak berperlembagaan. Dan apabila dia kalah, dia membuat rayuan dan telah menyebabkan terjadinya penangguhan kepada kes BAFIA sebenar selama bertahun-tahun.

S3. Apa yang dia dedahkan di SA tersebut?

J. Beliau mengatakan bahawa syarikat National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFC Sdn Bhd) telah menggunakan sebahagian daripada pinjaman mudah yang bernilai RM250 juta daripada pihak kerajaan untuk membeli sebuah kondominium mewah.

S4. Ya Tuhanku! Adakah ia benar?

J. Ianya sama sekali TIDAK BENAR. Oleh itu, NFC Sdn Bhd telah menfailkan saman fitnah yang berasingan terhadap SA pada hari yang sama terhadap Rafizi selepas beliau turut didapati berbohong mengenai isu tersebut. Rafizi juga diperintahkan supaya membayar ganti rugi RM300 ribu kepada NFC.

S5. RM300k? Kasihan Rafizi. Adakah dia berjaya membayar ganti rugi yang dikenakan ke atasnya?
Baca Selanjutnya: http://pisau.net/index.php/2018/02/11/rahsia-yang-rafizi-tak-mau-rakyat-tahu/



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons