Berlakon dengan Aliff Aziz Saya tak takut tapi berjaga-jaga – Farah Nabilah



PELAKON Farah Nabilah kini bergandingan dengan penyanyi Aliff Aziz dalam drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” yang sedang giat menjalani penggambaran.

Tidak takut bergandingan dengan Aliff yang pernah terpalit dengan kontroversi, Farah mahu menjadi diri sendiri.

“Sejujurnya, saya tak takut bergandingan dengan Aliff. Saya hanya menjadi diri sendiri dan bersikap profesional. Isteri Aliff juga ada di set penggambaran,” kata Farah.

Tambah gadis jelita itu, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga serta berfikiran positif.

“Saya tak takut berlakon bersama Aliff, tetapi sudah pasti saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya mahu jadi profesional dan berfikiran positif sahaja untuk melunaskan kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja.

“Mungkin dahulu dia ada buat silap tetapi sekarang mungkin dia sudah berubah? Siapa tahu? Berikan peluang untuk kami menyerlahkan bakat lakonan,” kata Farah lagi.

Drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” bakal menemui penonton sempena kedatangan Ramadan tahun ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff & Farah



Source link

read more

WEF2018 Rupanya ini sebab Datuk Shah Rukh Khan takut wanita



DAVOS: “Saya sendiri takut kepada wanita. Saya takut kerana ramai wanita terlalu mencintai saya.”

Demikian seloroh Datuk Shah Rukh Khan yang disambut gelak tawa penonton dalam satu temubual eksklusif di Forum Ekonomi Sedunia (WEF)  di Davos, Switzerland, semalam.

Khan yang mengulas mengenai isu penindasan wanita menyifatkan sikap meletakkan manusia di dalam kelompok tertentu, seperti gender dan ras adalah ideologi lapuk.

Tegasnya, kebanyakkan definisi yang digunakan untuk menerangkan bagaimana wanita harus membawa diri selalunya datang daripada kaum lelaki.

“Anda perlu jadi lemah lembut, perlakuan anda perlu lebih manis, anda perlu jadi lebih baik, jangan duduk dengan kaki yang terbuka. Kebanyakkan definisi ini ditekankan oleh gender yang lain.”

Tambahnya, dia mula mengubah persepsinya terhadap wanita setelah bertemu dengan ramai pelakon wanita hebat sepanjang kerjayanya dalam dunia perfileman.

“Mereka cantik, menawan, fizikalnya menarik dan bekerja lebih keras daripada saya dan sudah berada di set sejak jam 5 pagi, sebelum matahari terbit.”

“Saya telah menyaksikan dengan mata saya sendiri bagaimana wanita menjadi tulang belakang dalam dunia filem yang dipelopori lelaki,” tambahnya.

Tegasnya, wanita ini terus bekerja keras dan tidak menyerah kalah biarpun berdepan dengan ketidakadilan gender yang wujud di sekeliling mereka.

Khan merupakan antara penerima Anugerah Kristal disampaikan sempena Forum Ekonomi Dunia.

Anugerah terbabit diberikan kepada beliau sebagai penghargaan kepada usahanya membela nasib wanita dan kanak-kanak India yang dianiaya.

Turut menerima anugerah berkenaan ialah aktres Australia, Cate Blanchett serta penyanyi dan komposer dari UK, Elton John.



Source link

read more

Lelaki tanam bom tangan takut ditangkap – Jenayah


KUALA LUMPUR 13 Jan – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menanam sebutir bom tangan di tepi longkang berhampiran sebuah kondominium di Jalan Kuchai Maju 13, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 40-an tersebut ditahan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, di sini kerana berkelakuan mencurigakan selain disyaki menagih dadah, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek mendakwa bom tangan terbabit diperolehnya daripada seorang rakan warga Thailand sejak dua tahun lalu.

Menurutnya,  bertindak ke atas maklumat tersebut, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom (UPB) dan anjing pengesan (K9) pergi ke lokasi dengan dipandu arah oleh suspek ke tempat bom tangan itu ditanam.

“Sebagai langkah keselamatan, keseluruhan penghuni Blok B kondominium tersebut diarah mengosongkan unit masing-masing sebelum kerja mengorek dan mengeluarkan bom tangan dilakukan.

“Satu objek menyerupai bom tangan ditemui oleh pasukan UPB yang kemudian diletakkan dalam ‘bekas selamat’ untuk proses analisis,”  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mazlan, tiada unsur terrorism dalam kejadian berkenaan dan suspek tidak mempunyai niat meletupkan atau mencederakan sesiapa. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kerajaan takut wujudkan sekolah satu aliran – MPN



KUALA LUMPUR: Kerajaan masih takut untuk mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini dalam usaha melakukan transformasi pendidikan negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose bekata, cabaran pelbagai etnik, jurang pendapat dan pelbagai lagi bukan alasan untuk sekolah satu aliran tidak dilaksanakan.

“Walaupun kita (MPN) harap kita ada kekuatan politik untuk akhirnya kita mempunyai satu aliran sahaja, pada masa sama kita juga membenarkan pelajar untuk mengikuti bahasa ibunda masing-masing supaya tidak dilupakan.

“Pendidikan itu mesti satu aliran supaya proses meningkatkan kualiti pendidikan tercapai pada masa sama penyatupaduan masyarakat dapat kita capai hasil penggunaan sistem.

“Namun, pelaksanaan ini merupakan sesuatu yang kita (Kerajaan) tak berani dan belum berani buat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Justeru, beliau berharap supaya ahli politik dan pembuat dasar memikirkan cara untuk melaksanakan sistem pendidikan satu aliran di negara ini.



Source link

read more

Takut mati nenek muka cair enggan dibedah



BANGKOK: SEORANG warga emas yang mengalami kondisi wajah luar biasa enggan menjalani pembedahan biarpun ditawarkan bantuan kewangan kerana bimbang akan menemui ajal di dewan pembedahan.

Portal Mirror melaporkan keadaan Wiang Boonmee, 63 tahun, dari wilayah Surin, Thailand, mula mendapat perhatian selepas seorang wanita, Praew Wattana, yang terserempak dengan Boonmee di jalanan, berkongsi kisah pertemuan itu.

“Saya lihat dia tetap gigih mencari rezeki dengan menjual bunga dan aksesori wanita di tepi jalan. Dia tidak mengharapkan bantuan, jauh sekali mengemis.

“Saya terpanggil untuk membantunya,” kata Wattana.

Kisah itu sampai ke pengetahuan Dr Sunura Ourairat, presiden Rangsit University, yang kemudiannya bertemu dengan Boonmee dan menawarkan bantuan perubatan.

Namun bantuan itu ditolak Boonmee yang memberikan ‘takut mati’ sebagai alasan.

“Saya sudah hidup dengan keadaan ini sejak berpuluh tahun lalu, tetapi saya sihat. Malah saya masih boleh mencari rezeki.

“Kalau saya menjalani pembedahan, tiada jaminan ia akan berjaya dan saya mungkin mati semasa pembedahan. Saya tidak mahu mati dengan cara begitu,” katanya.

Keadaan yang dialami Boonmee dinamakan Neurofibromatosis, sejenis kondisi genetik yang menyebabkan tumor benign tumbuh di tisu saraf.

Di kebanyakan negara, keadaan ini boleh dirawat jika dirujuk kepada pengamal perubatan di peringkat awal.



Source link

read more

Empat tips penting untuk pastikan anak-anak anda tidak takut ke sekolah



KUALA LUMPUR: Memasuki alam persekolahan merupakan transisi paling mencabar dan menakutkan bagi kanak-kanak.

Ada yang rasa berdebar, takut dan tak kurang juga yang teruja untuk ke sekolah.

Jadi, Astro Awani menghubungi Perunding Keibubapaan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar bagi mendapatkan tips yang boleh digunapakai oleh ibubapa dan guru bagi menguruskan pelajar tahun satu:

1. Ibubapa harus faham bahawa usia 7 tahun adalah untuk bermain. Jadi, apabila mereka berada dalam situasi yang memaksa untuk mereka duduk dan tidak bergerak, mereka akan tertekan. Pihak sekolah disaran memberi kelonggaran untuk mereka bergerak dalam bilik darjah.

2. Jumpa kawan baru dan guru baru merupakan proses yang mencabar bagi kanak-kanak. Jika dia tidak mahu pergi sekolah, itu bukan bermakna di tunjukkan tingkah laku yang tak baik, cuma itu tindak balas mereka untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.

3. Kanak-kanak yang suka pergi sekolah perlu rasa selamat dan dilindungi. Jadi, sokongan guru-guru yang mesra dengan kawan-kawan akan membolehkan anak-anak suka untuk pergi sekolah.

4. Ibu bapa harus rapat dengan guru-guru. Kalau dia rasa asing, dipinggirkan jadi dia akan rasa tidak suka untuk ke sekolah.



Source link

read more

TAKUT KALAH, NURUL IZZAH DAH MULA TABUR FITNAH??? ~ SEMUT HITAM


Penetapan kategori skim anggota keselamatan dan kesihatan sebagai pengundi pos pada PRU14 dilihat sebagai isyarat seolah-olah akan berlaku permainan kotor melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, adakah  mereka yang berdaftar sebagai anggota sukarelawan polis (PVR), seperti anggota Rela boleh dikategorikan sukarelawan polis layak mendaftar untuk undi pos?

“Begitu juga status polis bantuan, kor kadet, simpanan pesara polis – adakah semuanya tersenarai sebagai pengundi pos? Menurut data terkini, jumlah anggota tetap pegawai Rela adalah seramai 1,100 orang, walhal sukarelawan Rela hampir 3.05 juta orang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dakwanya, banyak pihak mula meragui, apakah pada saat akhir sebelum PRU14 kelak, SPR bersedia menyatakan jumlah terkini bagi keseluruhan kategori undi pos, termasuk yang difikir layak?

“Langkah tidak popular ini akan mengakibatkan banyak pihak menganggap SPR seperti pengadil yang berat sebelah, iaitu akan menyelamatkan kerajaan kleptokrasi Umno/BN  dengan menggunakan undi pos sebagai talian hayat akhir dalam PRU14.

“Pertama, keraguan amat jelas apabila pendaftaran pengundi pos dalam kategori petugas dan pasukan keselamatan dilakukan secara hendap dan tidak telus,” ujarnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini juga mendakwa, SOP yang tempang ini turut memberi laluan kepada BN menggunakan kuasa untuk memindah pengundi ke kawasan pilihan raya yang mahu BN menangi di saat-saat akhir.

“Lebih-lebih lagi, apabila senarai pengundi pos tidak diwartakan awal sebelum pilihan raya umum dan calon juga tidak menerima maklumat tentang pengundi pos.

“Malahan, menteri yang mempunyai kuasa dalam pendaftaran anggota Rela, mempunyai ruang untuk mendaftar undi pos anggota Rela ke kawasan Dun atau Parlimen yang mereka mahukan tanpa justifikasi yang jelas,” katanya.

Sebelum ini katanya, terdapat beberapa kes pengundi dipindahkan pada saat akhir antaranya pengundi ini tidak hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR dan pejabat Pos untuk menukar alamat dalam cip Mykad mereka.




Source link

read more

DENGAN ORANG PAKAI TUALA PUN AZMIN TAKUT KE??? ~ SEMUT HITAM


Heh! Kalau bercakap bukan main lagi. Kalau sebelum ini, sibuk sangat dia nak bertanding di Parlimen Pekan. Tapi malangnya, orang di Pekan sendiri tak hinggin Si Azmin Ali tu bertanding.

Bukan sebab Si Azmin Ali tu tak layak. Sebaliknya, orang Pekan tak nak seorang pemimpin yang hanya pandai main wayang ‘Terjun Longkang’ tapi tak tau macam mana nak selesaikan masalah.

Tapi dasar orang yang tak sedar diri dan tidak mempunyai kemaluan macam Si Azmin ni bukannya peduli semua benda tu. Maka sebab itu dia lupa akan kebodohan yang ditonjolkan sebelum ini.

Dan atas sebab itu dia keluarkan kenyataan menyindir Datuk Jamal Yunos sebagai ‘Orang Pakai Tuala’ yang berhasrat nak bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa dalam PRU akan datang.

Azmin dalam kenyataannya mendakwa, penawaran diri yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu terpulang kepada kebijaksanaan pengundi – pengundi di DUN tersebut.

“Maka datanglah seorang pemuda yang pakai tuala nak lawan saya di Bukit Antarabangsa. Silakan. Kalau tuan, puan dari Bukit Antarabangsa inginkan menteri besar yang pakai tuala, pilihlah dia. Kalau tuan, puan nak menteri besar yang pakai tuala dan berus gigi di telinga, pilihlah dia.

“Tetapi kalau tuan-tuan nak seorang wakil rakyat yang bekerja kuat dan mempertahankan maruah dan mengangkat darjat rakyat negeri Selangor, maka pertahankan kerajaan negeri Selangor yang ada pada hari ini,” katanya.

Ironikkan? Dengan orang yang pakai tuala pun Si Azmin Ali tu boleh terasa tercabar ke? Baru orang tawar diri, dia dah menggelupor tak tentu arah membuat dakwaan yang bukan – bukan?

Dari satu sudut, kenyataan Si Azmin Ali tu membuktikan bahawa dia takut dengan bayang – bayang dia sendiri. Maka sebab itu dia mula menggelupor biawak tak tentu arah bila ada orang pakai tuala nak mencabar dia secara terbuka!!!




Source link

read more

RAFIZI BAGI ALASAN, “FITNAH KECIL” TAKUT KENA SAMAN!!! ~ SEMUT HITAM


Ooo!!! Baru hari la kita tau yang dalam kitab hukum fitnah Si Rafizi ni ada kategori. Ada satu fitnah besar yang boleh diambil tindakan undang – undang. Ada satu fitnah ‘Bergurau’ yang perlu dimaafkan.

Dan hukum fitnah terbaru yang diberikan oleh Si Rafizi tu ialah ‘Fitnah Kecil’ yang dilakukan terhadap Datuk Rahman Dahlan tidak perlu dibawa sehingga ke mahkamah katanya.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi, rakyat sedia maklum dengan hukum – hukum Fitnah dia ni. Maka atas dasar itu Si Rafizi ni kata tindakan undang – undang tidak perlu diambil.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Si Rafizi tu, yang kita harapkan ianya tidak akan mengubah sebarang tindakan yang telah dibuat oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadapnya.

Hakikatnya, rakyat tidak la sebodoh seperti yang Si Rafizi tu sangka. Rakyat sedia maklum bahawa alasan ‘kesilapan kecil’ Si Rafizi itu adalah disengajakan untuk memburukkan Kerajaan.

Pokok pangkalnya, fitnah tetap fitnah. Takde istilah Fitnah Kecil, Fitnah Besar mahupun Fitnah Bergurau seperti mana yang sering menjadi alasan Si Rafizi ni. Kot ya pun dia takut kena saman, jangan sampai tahap nak ditonjolkan kebodohan dia tu depan orang ramai!!!




Source link

read more

Penyakit misteri Kawan kata muka nampak seram takut nak tegur – Syura



BEKAS bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Syura akui tidak menyangka gejala kebas sebelah badan, muntah dan sering hilang suara merupakan tanda-tanda dia mengalami penyakit misteri.
 
Menurut Syura, selepas ditegur oleh pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah barulah dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.
 
“Saya memang perasan dalam beberapa minggu ini suara saya pasti hilang setiap kali waktu pagi.
 
“Kadang-kadang saya juga alami ‘migraine’ dan secara tiba-tiba kebas sebelah badan.
 
“Mula-mula tak ambil peduli sebab saya sangkakan itu salah satu tanda-tanda penat berlebihan.
 
“Tetapi bila ditegur oleh Datuk Fadzilah Kamsah selepas terserempak beberapa minggu lalu membuatkan saya kembali terfikir.
 
“Datuk ada bertanyakan sama ada saya mengalami mimpi buruk atau rasa pelik, selain itu dia juga memberitahu rasa seram melihat saya.
 
“Sebenarnya sebelum ditegur datuk, kawan-kawan rapat saya juga ada berkata benda yang sama, mereka akui seram melihat wajah saya sampai takut nak tegur,” katanya
 
Syura ditemui selepas konsert separuh akhir GV 4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.
 
Dalam pada itu, Syura mendedahkan dia mula terkena penyakit misteri itu sewaktu merakamkan lagu di Indonesia sekitar September lalu.
 
“Berat saya turun sebanyak 12 kg selepas terkena penyakit itu walaupun saya makan seperti biasa.
 
“Memang sebelum ini saya berhasrat untuk pergi berubat namun disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan GV 4, saya tangguhkan niat itu.
 
“Jadi selepas ini saya akan teruskan perancangan saya untuk bertemu pakar dan berubat,” jelasnya.
 
Syura merupakan bintang keenam yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 58.10%.
 
BACA: INI FINALIS & MARKAH PENUH KONSERT SEPARUH AKHIR GEGARVAGANZA 4!
 
BACA: ‘RECAP’ KOMEN JURI & PERSEMBAHAN MALAM KONSERT SEPARUH AKHIR
 
Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my Teks oleh: Mya Amri



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons