Najib ucap takziah kepada keluarga Anggota Parlimen Jelebu – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Dis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, yang meninggal dunia hari ini.

“Terima berita sedih Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail telah pulang ke Rahmatullah.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau malam ini.

Zainudin meninggal dunia di kediamannya di Villa Puteri Condo di sini, pada 7.30 malam.

Pada 13 Mei 2016, Zainudin menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Taman Angsana, Jelebu untuk dikebumikan pagi esok di Kampung Petaseh, Kuala Klawang. – BERNAMA



Source link

read more

Integriti ucap takziah kematian Tan Sri Surin Pitsuwan – Nasional


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Institut Integriti Malaysia (Integriti) mengucapkan takziah atas kematian bekas Setiausaha Agung ASEAN dan Menteri Luar Thailand, Tan Sri Surin Pitsuwan hari ini.



SURIN PITSUWAN

SURIN PITSUWAN

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Anis Yusal Yusoff berkata, kematian Surin merupakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh yang telah menunjukkan komitmen yang mendalam dalam usaha-usaha membudayakan integriti.

Ujarnya, kematian Allahyarham bukan sahaja satu kerugian kepada rakyat Thailand, malah kepada seluruh dunia khususnya kepada rantau ASEAN.


“Kami menerima berita yang mengejutkan ini dengan penuh sedih. Surin adalah seorang negarawan terbilang, berilmu dan banyak mencurahkan bakti bukan sahaja kepada Thailand malah kepada dunia.

“Selain itu, beliau telah banyak memberi panduan dan kerjasama padu kepada agensi ini. Sehubungan itu, kami begitu merasai kehilangan beliau yang telah menyampaikan ucaptama pada Dialog Integriti ASEAN (AID) 2017 yang diadakan Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anis Yusal lagi, selain itu, Allahyarham juga telah memenuhi undangan Integriti untuk menyampaikan ucaptama pada penganjuran pertama AID di negara ini pada 2008.

“Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan dan musibah ini dan kami di Integriti juga mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PM Najib ucap takziah atas pemergian Surin



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah atas pemergian bekas setiausaha agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan di Bangkok.

“Dukacita mendengar mengenai pemergian Surin Pitsuwan, bekas setiausaha agung ASEAN dan (bekas) menteri luar Thailand. Satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ASEAN tetapi juga kepada dunia diplomasi. Al-Fatihah,” menurut Najib dalam catatannya menerusi Twitter.

Allahyarham Surin, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Surin rebah ketika sedang bersiap untuk menghadiri Perhimpunan Halal Thailand 2017 dekat Bangkok dan dikejarkan ke Hospital Ramkhamhaeng sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang waktu tempatan.

BACA: Belasungkawa: Tan Sri Dr Surin Pitsuwan

BACA: Tan Sri Surin Pitsuwan meninggal dunia akibat serangan jantung

Surin merupakan timbalan menteri luar Thailand dari 1992 hingga 1995 sebelum dilantik sebagai menteri luar dari 1997 hingga 2001 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Chuan Leekpai.

Pada 1 Jan, 2008, beliau dinamakan sebagai Setiausaha Agung ASEAN.

— BERNAMA



Source link

read more

Kelantan ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Surin



KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Surin Pitsuwan, bekas Setiausaha Agung ASEAN yang meninggal dunia kira-kira 3 petang Khamis (waktu tempatan) akibat kegagalan jantung.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata jasa dan sumbangan Allahyarham Surin dalam mencorakkan hubungan diplomatik di rantau Asia Tenggara terlalu besar terutama sewaktu menerajui ASEAN.

“Allahyarham juga merupakan tokoh diplomat Muslim yang disegani di peringkat global. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham bersama para hambaNya yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

BACA: Belasungkawa: Tan Sri Dr Surin Pitsuwan

BACA: Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN – Institut Integriti Malaysia 

Ahli politik tersohor Thailand berusia 68 tahun itu rebah ketika sedang bersiap untuk menghadiri majlis Perhimpunan Halal Thailand 2017 dan dibawa ke Hospital Ramkhamhaeng sebelum disahkan meninggal dunia.

Surin pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Thailand dari 1992 hingga 1995 dan kemudian dilantik Menteri Luar dari 1997 hingga 2001 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Chuan Leekpai dan tujuh tahun selepas itu, pada 1 Jan 2008, beliau dinamakan sebagai Setiausaha Agung ASEAN.

Surin, yang beragama Islam, dilahirkan pada 28 Okt 1949 di daerah Muang, Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand. Beliau berkelulusan dalam bidang sains politik dari Claremont College, California pada 1972 serta memperoleh ijazah Sarjana daripada Harvard University.

— BERNAMA



Source link

read more

Najib ucap takziah kepada pemimpin MCA berhubung tragedi kebakaran



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa tragiknya bagi Lim Swee Bok yang kehilangan anggota keluarganya. Takziah dan doa saya bersama-sama beliau pada waktu sukar ini,” kata perdana menteri dalam catatan di Twitter beliau hari ini.

Mangsa dalam kebakaran pada 6 pagi itu dikenal pasti sebagai isteri Lim, Chen Yen, 35, anak lelaki mereka, Yin Chun, 9, dan anak perempuan, Jia Yiin, 8, dan ibu Lim, Lau Sai Poh, 62.

Lim tiada di rumah ketika berlakunya kebakaran yang memusnahkan rumah kluster dua tingkat itu di Pintasan Cecil 5. Sebaik beliau tiba, anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan api.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons