Dibunuh sebelum dibakar mayat pengasuh rentung ditemui di taman



SEORANG pereka dan pasangannya mengaku bersalah membakar mayat seorang pengasuh warga Perancis.

Bagaimanapun kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh wanita terbabit.

Mayat itu ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah taman di sebuah rumah di Southfields, barat daya London, pada 20 September tahun lalu.

Polis berdepan kesukaran bagi mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayat yang rentung.

Bagaimanapun polis akhirnya berjaya mengesahkan mangsa sebagai Sophie Lionnet, 21 tahun, berasal dari Troyes, timur laut Perancis.

Memetik sumber SkyNews, Suspek Sabrina Kuider, 34, dan pasangannya Oissem Medouni, 40, dari Wimbledon Park Road, Wandsworth, selatan London mengaku membakar mayat wanita malang itu.

Kedua-duanya mengaku bersalah pada sesi pendengaran kes di Mahkamah Old Bailey pada Jumaat terhadap dakwaan cuba melupuskan mayat Lionnet dengan cara membakarnya.

Bagaimanapun kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh pada atau sebelum tarikh mayat itu ditemui.

Kedua dua defendan bakal dibicarakan selama lima minggu bermula 19 Mac depan.



Source link

read more

Pejabat Jabatan Taman Laut di Pulau Aur rosak akibat tanah runtuh


MERSING: Hujan lebat sejak semalam di daerah ini turut mengakibatkan tanah runtuh berhampiran pejabat Jabatan Taman Laut di Pulau Aur, Mersing, Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, terdapat keretakan pada struktur bangunan utama pejabat itu.

“Kita juga mendapati kerosakan berlaku melibatkan pagar, stor penguatkuasaan dan sistem tapisan air bersih.

Berlaku pergerakan tanah di belakang pejabat Jabatan Taman Laut Pulau Aur, Mersing.

“Bagaimanapun, anggaran kerugian masih belum ditafsirkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, setakat pukul 7 malam ini, seramai 352 mangsa daripada 95 keluarga di Mersing dan Kota Tinggi dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara.

Kawasan terjejas di Mersing masih melibatkan Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Kampung air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

Di Kota Tinggi, kawasan terjejas masih melibatkan Kampung Bukit Raja dan Kampung Sungai Buntu.

Berlaku pergerakan tanah di belakang pejabat Jabatan Taman Laut Pulau Aur, Mersing.



Source link

read more

Tanah runtuh di Pejabat Jabatan Taman Laut, Pulau Aur – Johor


JOHOR BAHRU 2 Jan. – Struktur bangunan utama Pejabat Jabatan Taman Laut di Pulau Aur, Mersing retak selepas berlaku tanah runtuh pukul 9 pagi ini akibat hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, turut mengalami kerosakan pagar, rumah genset, stor penguatkuasaan, sistem air tapisan bersih dan peralatan lain.

“Jumlah kerosakan masih belum ditafsirkan jumlahnya. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Tanah runtuh berlaku akibat hujan sejak malam tadi hingga pagi ini.

“Selain itu sekolah dan kuaters guru di pulau tersebut terjejas akibat banjir selepas dinaiki air malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Bangunan lain di pulau itu katanya seperti masjid, klinik dan pondok polis tiada mengalami sebarang kerosakan cuma balai raya perlu dibersihkan.

Beliau berkata, selain itu kawasan tebing Pulau Aur turut mengalami hakisan.

Pulau Aur merupakan satu daripada enam kumpulan gugusan pulau di bawah Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) yang terdapat di Mersing selain Pulau Rawa, Pulau Linggi, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Besar yang disifatkan sebagai ‘permata laut Johor’ kerana keunikannya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Taman Fikri terjejas akibat ribut – Nahas & Bencana


KEMAMAN 1 Jan. – Sebanyak 41 buah kediaman melibatkan lebih 160 penghuni di kawasan perumahan Taman Fikri di sini terjejas akibat ribut yang melanda kira kira pukul 11.15 pagi tadi.

Daripada jumlah tersebut, ada sebahagiannya rosak teruk setelah bumbung terkopak dan diterbangkan angin namun nilai sebenar kerosakan belum dapat dipastikan.

Pemangku Penyelia Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) Cukai,  Mohd Hanafi Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mendaftar senarai keluarga mangsa yang terlibat sebelum mengambil langkah tindakan.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera pula memberitahu, pihaknya telah meminta pejabat daerah Kemaman menilai segala kerosakan dan melantik kontraktor bagi membaik pulih dengan segera. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ladang bunga matahari tarik pelancong ke Taman Negara Khao Yai



NAKHON RATCHASIMA: Taman Negara Khao Yai, kira-kira tiga jam perjalanan menggunakan kereta dari Bangkok merupakan antara tarikan pelancongan alam sekitar dan tanah tinggi yang semakin popular di Thailand.

Menurut pihak berkuasa Taman Negara Thailand, tahun lepas sahaja sebanyak 1.2 juta pelancong luar dan dalam negara melawat taman negara yang terletak di wilayah Nakhon Ratchasima (juga dikenali Korat) di Timur Laut Thailand itu.

Taman Negara Khao Yai meliputi kawasan keluasan 300km persegi dan merupakan taman negara ketiga terbesar di Thailand, memiliki pelbagai tarikan daripada hidupan liar kepada kawasan pertanian musim sejuk seperti strawberi.

Bagaimanapun ladang Bunga Matahari yang terdapat di tanah tinggi taman negara itu kini muncul sebagai antara tarikan utama yang menggamit kedatangan pelancong dalam dan luar Thailand.

Pelancong sanggup menempuh perjalanan jauh termasuk dari China dan tidak kurang juga dari Malaysia untuk mengabadikan kenangan di hamparan lading Bunga Matahari yang terbentang luas serta indah di Taman Negara Khao Yai.

Dengan cuaca sejuk di Khao Yai bermula November hingga awal Januari menyebabkan suhunya mencapai sekitar 20 darjah Celcius pada waktu siang dan kira-kira 10 darjah Celcius pada malam, bilangan pelancong ke ladang Bunga Matahari terutamanya pada cuti umum melonjak.

Menurut pihak berkuasa Pelancongan Thailand, ladang-ladang ini semakin popular dengan semakin banyak ladang Bunga Matahari dibuka di kawasan berhampiran Khao Yai seperti Saraburi dan Lopburi.

Bagi menampung kebanjiran pelancong, puluhan hotel serta resort dengan pelbagai reka bentuk menyerupai bangunan di United Kingdom dengan nama seperti ‘Thames Valley’ dan’Notting Hill’ serta Lembah Tuscan di Itali sedia menerima kedatangan mereka.

Antara lain, Taman Negara Khao Yai juga memiliki ‘Toscana Valley’ yang direka bentuk persis perkampungan di Florence, Itali yang juga menjadi tarikan pelancong taman negara itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Wartakan kawasan tambak laut di Pulau Pinang sebagai taman laut



GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dicadangkan supaya mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang sebagai Taman Laut supaya kekal menjadi warisan zaman berzaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata ia juga bagi memastikan kawasan yang menjadi ‘hasrat’ kerajaan negeri Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan tambak laut bagi membina tiga pulau buatan itu selamat selamanya daripada kerakusan manusia terhadap alam sekitar .

“Sebagai anak jati kelahiran Balik Pulau dan Pulau Pinang, sekiranya saya diberi kuasa, saya akan mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang itu sebagai Taman Laut supaya kekal menjadi warisan zaman berzaman dan selamat daripada sikap rakus manusia.

“Eko-sistem dan kehidupan laut di kawasan itu akan musnah dan akhirnya menyebabkan sumber makanan dari laut kita turut terjejas. Jangan kita berlaku zalim kepada alam. Pada saya, jika kita berlaku zalim kepada alam, alam akan bertindak balas serta menyukarkan kehidupan kita pula,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Muhamad Farid berkata sekiranya projek tambak laut itu diteruskan, mata pencarian dan kehidupan para nelayan di sekitarnya akan terjejas.

“Mereka (nelayan) sudah menyatakan penolakan dan tentangan terhadap projek tambakan laut berkenaan. Malah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Alam Sekitar turut menyatakan tentangan serta bantahan mereka terhadap projek bakal memusnahkan kehidupan laut di kawasan yang akan ditambak serta mengancam ekosistem laut sekitarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Farid turut menasihatkan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow agar tidak mempertikaikan ucapan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung butiran projek tambakan laut mega pesisir pantai Permatang Damar Laut di selatan Pulau Pinang.

“Saya ingin menasihatkan Yang Berhormat (YB) Exco untuk menulis surat kepada YB Menteri memohon satu pertemuan diadakan supaya YB Exco dapat menjelaskan dan menerangkan kepada YB Menteri butiran projek tambakan laut mega pesisir pantai Permatang Damar Laut di selatan Pulau Pinang.

“YB Exco tidak sepatutnya bersifat angkuh dan sombong meminta seorang YB Menteri Persekutuan datang ke Pulau Pinang untuk menghadap beliau bagi diberitahu butiran projek tambakan laut berkenaan. YB Exco perlu sedar diri dia hanya seorang exco Kerajaan Negeri, bukan seorang Ketua Menteri.

“Mungkin pada penggal depan, apabila YB Exco menjadi YAB Ketua Menteri, bolehlah beliau menjemput YB Menteri ke Tingkat 28 Komtar untuk minum kopi kerana mereka adalah ‘kawan lama’ di Parlimen,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Taman Rimba Kiara tidak pernah diwarta sebagai taman awam – Ku Nan



KUALA LUMPUR: Taman Rimba Kiara tidak pernah diwarta sebagai taman awam, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam satu kenyataan media, Tengku Adnan menjelaskan cadangan pembangunan perumahan mampu milik itu tidak membabitkan kawasan 5.32 hektar itu.

“Ia bagi kegunaan sebagai ruang terbuka dengan keluasan 5.32 hektar. Pembangunan ini  langsung tidak membabitkan kawasan 5.32  hektar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kebimbangan bahawa cadangan pembangunan perumahan mampu milik itu akan menjejaskan kawasan itu sebagai taman rimba.

Tengku Adnan berkata kementerian telah memberi perhatian terhadap aduan berkenaan sebelum  pembangunan itu diluluskan.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan penduduk pada 20 Julai dan 3 Ogos tahun ini untuk menjelaskan bahawa pembangunan itu langsung tidak membabitkan Taman Rimba Kiara,” katanya.

Tengku Adnan juga berkata cadangan pembangunan itu juga akan membantu menyelesaikan masalah penduduk yang tinggal di rumah-rumah panjang sejak 30 tahun lepas.

“Saya harap orang ramai akan menyokong kami dalam usaha kami untuk menyediakan perumahan selesa di Kuala Lumpur  khususnya untuk golongan miskin dan mereka yang memerlukan rumah mampu milik,” katanya.



Source link

read more

Taman Akuatik San Francisco ditutup ekoran serangan singa laut – Luar Negara


CALIFORNIA 18 Dis. – Sebahagian daripada kawasan teluk di San Francisco di sini termasuk Taman Akuatik kini telah ditutup untuk perenang-perenang selepas berlaku dua insiden serangan singa laut dalam masa dua hari.

Insiden terbaharu hari ini membabitkan seorang lelaki yang cedera digigit di bahagian paha oleh haiwan itu hanya sehari selepas seorang lagi lelaki mengalami kecederaan serius di bahagian lengan akibat gigitan yang sama, lapor BBC.

Menurut pihak berkuasa, Taman Akuatik yang menjadi lokasi penempatan singa laut di kawasan itu bagaimanapun hanya ditutup sehingga Isnin ini kerana serangan terbabit melibatkan seekor haiwan sahaja.

Difahamkan, alasan penutupan itu disebabkan tindakan ‘agresif mamalia marin’ berkenaan yang didakwa boleh membahayakan nyawa orang ramai.



Source link

read more

Taman Duriotourism pertama di Kuala Kangsar – Nasional


KUALA KANGSAR 9 Dis. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan tarikan baharu agropelancongan berasaskan durian pertama di negara ini di Taman Duriotourism MARDI Kuala Kangsar di sini.

Terletak di Kampung Talang Hulu, tapak agropelancongan tersebut yang berkeluasan 39.5 hektar itu memiliki pelbagai jenis varieti durian bermutu tinggi seperti D24, D99, MDUR78, MDUR79, MDUR 88 dan Musang King.

Dengan bayaran masuk sebanyak RM50 seorang, pengunjung berpeluang melawat ladang durian seluas 22 hektar dengan menaiki tram selain menikmati raja buah itu secara segar terus dari ladang.

Pengunjung turut berpeluang memetik sendiri buah-buahan lain yang turut terdapat di sana seperti limau bali, manggis, rambutan dan kelapa selain merasai suasana sebenar di ladang dan menyertai aktiviti riadah seperti perkhemahan, berbasikal serta memancing.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, Muzium Durian yang memaparkan maklumat mengenai jenis-jenis durian, amalan agronomi serta kaedah penanamannya juga bakal dibangunkan supaya pengunjung mengetahui teknologi diguna pakai oleh MARDI dalam industri ini.

“Terdapat enam tarikan yang akan ditawarkan di Taman Duriotourism MARDI Kuala Kangsar iaitu Durio Tour, Durio Festival, Durio Products, Durio Muzium, Durio Chalet dan Friends of Durio.

“Pada musim cuti sekolah ini, kita galakkan orang ramai untuk hadir ke MARDI Kuala Kangsar sesuai dengan tema Taman Duriotourism ini iaitu ‘datang, makan buah-buahan segar, pelajari dan nikmati alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taman agropelancongan berkenaan di sini hari ini dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah MARDI, Dr. Mohamad Roff Mohd Noor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penduduk gusar kelibat Pak Belang di taman perumahan



DUNGUN: Kehadiran seekor harimau belang yang dipercayai berada berhampiran kawasan Perumahan Rimbunan Kasih, Rantau Abang, di sini menggusarkan penduduk tempatan.

Penduduk mendakwa kelibat Pak Belang berkenaan sering dilihat berhampiran kawasan semak tidak jauh dari kediaman mereka.

Seorang penduduk, Nor Ras Jariaziah Mohd Jamil berkata, haiwan berkenaan dilihat pada jarak yang dekat kira-kira jam 7.20 petang Ahad lalu.

Katanya, ketika keluar untuk menutup cermin keretanya, dia dikejutkan dengan bunyi ranting kayu yang patah seperti dipijak sesuatu.

“Setelah menoleh ke semak berhampiran, saya ternampak seekor harimau. Ketika itu, memang takut, sebelum haiwan berkenaan menghilang di kawasan semak,” katanya.

Nor Ras Jariaziah berkata, sejurus selepas itu dia terus melarikan diri masuk ke dalam rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengingatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan mengelakkan dari menjalankan aktiviti di kawasan pinggir hutan Jambu Bongkok.

Jelasnya, pihaknya telah melaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya mengambil tindakan segera mengatasi isu berkenaan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons