Firdaus sudah tampil Taj bila lagi



KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada dua artis yang dipanggil polis bagi membantu siasatan dakwaan kes penyalahgunaan dadah oleh Datuk Farid Kamil sudah tampil memberi keterangan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47 tahun, yang juga dikenali sebagai Os atau Firdaus tampil memberi keterangan di Balai Polis Sentral Johor Bahru pukul 5 pagi tadi, 

“Polis sudah memanggil dan mengambil rakaman percakapan ke atas lelaki berkenaan di Balai Polis Sentral pagi tadi.

“Ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan turut dijalankan, namun keputusannya belum diperoleh serta tiada penahanan dibuat,” dia dipetik berkata oleh Utusan Online. 

Pada 31 Januari lalu, Farid, 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, dengan dakwaan dianiaya tiga rakan artis yang dikatakan telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.

Susulan laporan itu, pelakon Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam, 8 Januari lalu selepas tampil memberi keterangan susulan laporan yang dibuat Farid.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan artis yang dikenal pasti sebagai Ahmad Tajuddin atau Taj masih belum tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu “Belaian Jiwa” pada tahun 1990-an.

Cubaan Astro AWANI untuk menghubungi Taj melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp gagal.

Sumber rapat memaklumkan Taj masih berada dalam negara dan sedang sibuk menjalani penggambaran sejak awal tahun.



Source link

read more

Komposer Rosli Selasih, Ayied dan Iman Balqis tampil Jom Chat malam ini – Hiburan


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Buat julung kalinya komposer Rosli Selasih diundang sebagai selebriti jemputan segmen Jom Chat yang bersiaraya secara langsung di Utusan Online dan Facebook Utusan Online pada setiap Rabu, 9 malam.



jom chat

ROSLI SELASIH

Malam ini, selama satu jam, Rosli Selasih ditemani oleh dua pendatang baharu seni suara yang mencuba nasib untuk tampil sebagai artis duet menerusi lagu ciptaan Rosli, lirik oleh Rijja berjudul Api dan Cinta.

Walaupun Ayied atau dikenali sebagai Ayied Saharin pernah tampl sebagai artis undangan Jom Chat kerana mempromosikan single terbaharunya baru-baru ini, malam ini Ayied mengembangkan sayapnya untuk menjadi penyanyi yang serious secara bergandingan dengan Iman Balqis.

Iman Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Balqis baharu berusia 13 tahun dan keseriusannya untuk menjadi penyanyi adalah atas dorongan dan semangat kedua orang tuanya.

Justeru tidak hairanlah jika Balqis telah pun melahirkan beberapa single sebelum digandingkan dengan Ayied untuk membawakan Api Dan Cinta, ke tahap yang lebih baik dalam industri muzik tanah air. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tipu umrah Ustazah tampil akui jadi mangsa juga



ALOR SETAR: Seorang individu mengakui sebagai ‘ustazah’ berusia 48 tahun yang didakwa memperdaya 25 mangsa dengan menawarkan pakej umrah tampil menafikan perbuatan itu.

Sebaliknya dia akui menjadi mangsa seorang lagi wanita yang menetap di Makkah yang dipertanggungjawab menguruskan pakej umrah.

Dia yang enggan identiti dikenali berkata, kejadian seumpama ini pertama kali berlaku sejak menjadi ketua rombongan jemaah umrah dua tahun lalu malah dia tidak berniat langsung untuk menipu mangsa.

“Sebelum ini saya berurusan dengan agensi pelancongan lain yang menawarkan pakej umrah dan tidak menghadapi sebarang masalah seperti ini.

“Saya dimaklumkan ia ditunda kemudian saya hubungi dia (wanita di Mekah) dan bertanyakan kenapa ia ditunda.

“Bagaimanapun ini melibatkan seorang lagi individu dari agensi yang lain yang sepatutnya membawa mereka,” katanya.

Katanya, dia mengenali wanita itu sebelum ini ketika bertemu dengannya di Makkah beberapa kali kemudian bersetuju untuk menggunakan perkhidmatannya untuk menguruskan soal pengangkutan, makan dan tempat tinggal manakala visa diserahkan kepada agensi pelancongan lain di Kedah.

Malah beliau ada bukti penyerahan wang mereka kepada wanita terbabit sebanyak RM118,000 melalui transaksi bank.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata pihaknya akan cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut untuk membantu semua mangsa pakej umrah berkenaan.

“Kebiasaannya ustazah ini berurusan dengan seorang individu yang berada di tanah suci kota Mekah yang mana beliau sekali lagi pada kali ini beliau menghubungi induvidu tersebut untuk urusan urusan ini.

“Beliau telah memasukkan wang yang telah diberi kepada beliau ke dalam akaun individu tersebut untuk urusan penerbangan dan hotel bagaimanapun perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Astro AWANI semalam melaporkan 10 mangsa mendakwa tertipu dengan pakej umrah membabitkan kerugian RM71,000.

Mereka sepatutnya mengerjakan umrah pada 6 Disember lalu namun ditunda dengan alasan sama kerana tiket penerbangan tiada dan dijanjikan penerbangan seterusnya pada 9 Disember dan terakhir kelmarin namun hampa.

 



Source link

read more

ADUN Senai tampil beri keterangan kebocoran dokumen SPRM



JOHOR BAHRU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Shu Qi hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi membantu siasatan berhubung kebocoran dokumen kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di laman web yang dikatakan mengandungi kenyataan saksi.

Wong yang merupakan anggota DAP itu tiba di IPK Johor pada 4.15 petang dengan diiringi Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo yang juga Anggota Parlimen Puchong.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada pegawai siasatan dari Bukit Aman, Wong berkata beliau disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Gobind pula berkata polis memanggil Wong untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dan proses memberi keterangan hari ini mengambil masa kira-kira 40 minit.

“Pada saya ini adalah satu kes yang kita tidak mahu menjadi precedent (duluan) kerana YB Wong melaksanakan tugas beliau sebagai seorang ADUN semasa berbahas di dalam Dewan dan kepada saya, apa yang disebut oleh seorang ahli Dewan itu adalah perkara yang seharusnya terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Gobind berkata beliau akan menulis surat kepada SPRM dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagi mengetahui siasatan berkenaan perkara disebut Wong dalam perbahasan memandangkan ia sudah menjadi pengetahuan umum dan isu awam.

Wong pada 27 Nov lepas diarah keluar DUN Johor selepas enggan menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya ketika membahaskan Bajet Johor 2018 mengenai kesahihan maklumat dalam dokumen SPRM yang dimuat naik oleh sebuah blog.

Dokumen itu mengaitkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terlibat dalam rasuah dan skandal hartanah melibatkan bekas Exco negeri ini dan Mohamed Khaled pada ucapan penggulungan persidangan DUN Johor, Isnin lepas, (4 Dis) pula menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rasuah yang diterimanya seperti dikatakan terkandung dalam dokumen siasatan SPRM terbabit.

Mohamad Fuzi seperti dilaporkan media mengesahkan menerima laporan daripada pihak SPRM berhubung kebocoran dokumen itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki pula turut dilaporkan berkata pembocoran dokumen yang dikelaskan sebagai rahsia itu adalah perkara serius.

— BERNAMA



Source link

read more

[VIDEO] Pembina khas motosikal tempatan bakal tampil di kejohanan dunia – Nasional


PUTRAJAYA 2 Dis. – Buat pertama kalinya dalam sejarah, Malaysia akan mempunyai wakil dalam kejohanan motosikal binaan khas paling berprestij di dunia, Intermot AMD World Championship of Custom Bike Building yang bakal berlangsung di Koelnmesse, Cologne, Jerman dari 3 hingga 7 Oktober 2018.



Video oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TARMIZI

Ia adalah hasil usaha Motonation yang merupakan satu-satunya wakil Malaysia menjadi ahli gabungan AMD World Championship of Custom Bike Building.

Pemenang Motonation Custom Bike Building Competition affiliate with AMD (Pertandingan Motosikal Binaan Khas Motonation gabungan AMD) yang diadakan sempena karnival permotoran Motonation 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, akan mewakili negara ke kejohanan tersebut.

Seramai lapan pembina khas motosikal terkenal di negara ini bersaing di pusingan akhir pertandingan itu dan pemenang akan diumumkan pada hari terakhir karnival Motonation 2017, esok.

Pertandingan itu dikendalikan oleh Showmaster iaitu pengurusan pameran motosikal ‘custom’ dari United Kingdom (UK).

Pemilik Showmaster, Neil Blaber berkata, beliau berasa terkejut melihat standard tinggi motosikal binaan khas dalam pertandingan akhir itu.

“Ini adalah kali pertama saya kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun. Ketika saya datang dahulu, pameran motosikal binaan khas dikuasai pembina khas dari Jepun dan Indonesia.

“Kali ini, saya berasa amat kagum melihat banyak motosikal binaan khas dari Malaysia mempunyai standard sangat tinggi, setanding dengan motosikal yang dihasilkan oleh pembina khas terkenal dunia,” katanya ketika ditemui di Motonation 2017, di sini hari ini.

Menurut Blaber, kebanyakan motosikal yang bersaing dalam pertandingan akhir itu mampu mencatatkan keputusan baik dalam apa pelbagai kategori pertandingan motosikal binaan di peringkat antarabangsa.

“Saya fikir berdasarkan standard motosikal di sini, mereka boleh memberikan saingan sengit di Intermot AMD World Championship of Custom Bike Building di Jerman nanti.

“Kalau kamu lihat betapa banyak hasil kerja binaan khas yang dibuat menggunakan tangan, itulah yang dimahukan dalam kejohanan dunia,” ujarnya.

Sementara itu, pemilik Eastern Bobber, Omar Jumiran yang merupakan antara peserta saingan akhir berkata, motosikal yang dibinanya untuk pertandingan itu adalah yang terbaik pernah dihasilkan sejak terlibat dalam karier sebagai pembina khas pada 2009.

“Semua orang ada cita-cita dan impian. Inilah impian saya. Sebagai pembina khas motosikal, saya ingin bertanding di AMD World Championship of Custom Bike Building. Kalau dalam bola sepak, kejohanan ini ibarat piala dunia,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tampil wanita berbikini dalam klip video Drop Joe Flizzow sedia dikritik



PENYANYI rap popular Joe Flizzow mengakui sudah mempersiapkan diri dari awal untuk berhadapan dengan kritikan netizen apabila menampilkan wanita berbikini dalam klip video single terbarunya, Drop.

Joe ketika ditemui berkata, dia tidak kisah sekiranya klip video Drop dianggap kebaratan oleh netizen kerana setiap orang mempunyai hak untuk memberikan pendapat.

“Ya, saya sudah bersedia. Saya tidak kisah dikritik kerana setiap orang bebas untuk memperkatakan apa sahaja tentang sesuatu.

“Klip video Drop ini tidaklah ‘teruk’ sangat atau keterlaluan. Tapi apa-apa pun saya hormati setiap pendapat sama ada yang baik mahupun buruk.

“Lagipun kritikan bukan sesuatu yang luar biasa di zaman media sosial ini,” katanya.

Sementara itu, pihak Sony Music ketika mengulas tentang perkara tersebut berkata, muzik video tersebut dibikin untuk menembusi pasaran antarabangsa dan sudah tiba masanya masyarakat perlu bersifat sedikit terbuka.

“Jika ditonton muzik video tersebut tidaklah kebaratan sangat. Kami mengharapkan lagu ini dapat menembusi pasaran antarabanga, itu sahaja.

“Pandang dari sudut positif dan kami sangat mengharapkan Drop dapat diterima oleh semua pendengar di Malaysia dan luar negara,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Joe tampil dengan single terbarunya Drop selepas 9 tahun sepi tanpa sebarang karya bahasa Inggeris.

Lagu berbahasa Inggeris itu merupakan sebuah karya terbitan Alif SleeQ dan diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia Chris Athens.

Klip video arahan Shimy Julaini itu telah menjalani penggambara di Phuket, Thailand.

Sementara Joe yang juga penerbit klip video tersebut sempat memberitahu dia jatuh cinta dengan keindahan pulau peranginan tersebut selepas bermalam di sebuah resort milik temannya di sana.
 
 



Source link

read more

Bryan Adams tampil dengan album kompilasi hit terbaharu Ultimate



PENYANYI popular era 1990an dari Kanada, Bryan Adams tampil dengan album terbaharu berjudul “Ultimate”.

Koleksi “Ultimate” mengandungi 21 lagu hit sebelum ini, termasuk “Summer of 69” dan “Everything I Do I Do It For You”.

Lebih istimewa, “Ultimate” menampilkan dua lagu baharu “Ultimate Love” dan “Please Stay”.

Bryan Adams dalam satu temu bual berkata hanya selepas “Ultimate” diterbitkan, beliau akan membuat persembahan live dalam jelajahnya di UK pada Mei tahun depan.



Source link

read more

Gaun nasi lemak Miss Universe pemuda ini tampil idea lebih bernyawa


SELEPAS ‘gaun nasi lemak daun pisang’ dipakai peserta Miss Universe 2017, Samantha Katie James menjadi viral, seorang pemuda dikenali sebagai Riezal Mustafa telah tampil dengan rekaan yang lebih ‘brilliant’!

Riezal menerusi perkongsiannya di Facebook, telah ‘menaik taraf’ rekaan Brian Khoo itu menjadi lebih menarik apabila menambah elemen plastik dan kertas pembungkus pada gaun tersebut.

BACA: ‘Komen negatif? biarlah!’- Samantha tak kisah digelar ‘Gadis Nasi Lemak’

BACA: Busana nasi lemak bakal jadi ‘kunci’ kemenangan Miss Universe kita – Pereka Brian Khoo

Menariknya, ilustrasi yang dilukis Riezal nampak lebih ‘bernyawa’ dan hidup apabila gaun tersebut kelihatan lebih kembang apabila ditambah elemen plastik dan kertas pembungkus.

‘Rekaan’ Riezal turut mendapat pujian pengikut FBnya yang rata-rata memuji gaun tersebut tampak lebih cantik dan ‘extravaganza’.

Untuk pengetahuan semua, Riezal Mustafa atau Just Riezal merupakan seorang pereka kreatif dan grafik yang jika anda jenguk ke akaun sosial Instagram miliknya iaitu @justriezal atau @floffartlove, comfirm anda akan jatuh cinta dengan semua hasil seni yang dihasilkannya!

Terdahulu, Samantha dan Brian dikecam hebat oleh netizen kerana busana tersebut namun masing-masing mengambil pendekatan untuk tidak menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang negatif.

Malah kedua-dua mereka menghargai semua maklum balas yang diberi netizen di media sosial.

Brian turut yakin rekaan yang diilhamkan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia itu akan mengharumkan nama negara di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November ini.

Sumber: Facebook Riezal Mustafa
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons