Kadar jangka pendek dijangka stabil dengan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini, dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan mudah tunai hari ini sebanyak RM34.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.68 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan lima tender merangkumi tender lelongan matang pelbagai RM8 bilion bagi dua hingga 34 hari; tender repo RM100 juta bagi 34 hari; tender lelongan matang pelbagai Islam RM2.52 bilion bagi tujuh hingga 30 hari dan tender Komoditi Murabahah RM100 juta bagi 30 hari.

Selain itu, ia juga akan mengendalikan Bil Antara Bank Bank Negara RM1 bilion bagi 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM26.9 bilion dan tender Qard semalaman bagi RM10.1 bilion. — Bernama



Source link

read more

Lelaki tanam bom tangan takut ditangkap – Jenayah


KUALA LUMPUR 13 Jan – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menanam sebutir bom tangan di tepi longkang berhampiran sebuah kondominium di Jalan Kuchai Maju 13, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 40-an tersebut ditahan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, di sini kerana berkelakuan mencurigakan selain disyaki menagih dadah, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek mendakwa bom tangan terbabit diperolehnya daripada seorang rakan warga Thailand sejak dua tahun lalu.

Menurutnya,  bertindak ke atas maklumat tersebut, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom (UPB) dan anjing pengesan (K9) pergi ke lokasi dengan dipandu arah oleh suspek ke tempat bom tangan itu ditanam.

“Sebagai langkah keselamatan, keseluruhan penghuni Blok B kondominium tersebut diarah mengosongkan unit masing-masing sebelum kerja mengorek dan mengeluarkan bom tangan dilakukan.

“Satu objek menyerupai bom tangan ditemui oleh pasukan UPB yang kemudian diletakkan dalam ‘bekas selamat’ untuk proses analisis,”  katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mazlan, tiada unsur terrorism dalam kejadian berkenaan dan suspek tidak mempunyai niat meletupkan atau mencederakan sesiapa. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ugut letupkan rakan kongsi dengan bom tangan


KUALA LUMPUR: Gara-gara bimbang syarikat diisytihar muflis, seorang lelaki bertindak mengugut rakan kongsinya untuk meletupkan mereka berdua menggunakan bom tangan.

Suspek bagaimanapun ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berhubung ugutan berkenaan.

Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan itu di sebuah kondominuim dekat Jalan Kuchai Lama, di sini hasil risikan anggota polis.

Polis turut merampas sebuah objek dipercayai bom tangan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Roslan Khalid berkata, polis belum memastikan sama ada bom tersebut palsu ataupun tidak.

“Bom itu pun kita belum pasti lagi sama ada bom palsu ataupun tidak dan kita sedang menjalankan siasatan.

“Buat masa ini, untuk makluman semasa kejadian kita dah tutup semua blok (kondominium) ini supaya jangan ambil risiko. Jadi sekarang ini unit bom dan unit K9 sudah memeriksa kawasan tersebut dan ia didapati selamat,” katanya.

Objek dipercayai bom tangan itu ditemui tertanam di perkarangan kondominum terbabit.

Setakat ini, motif sebenar masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api.

Bagaimanapun, polis menolak andaian ia membabitkan kegiatan pengganas.



Source link

read more

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR: Kadar-kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan lebihan mudah tunai hari ini sebanyak RM31.745 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.998 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan memanggil tiga tender pasaran wang konvensional melibatkan sejumlah RM2.0 bilion untuk tujuh hari, 14 hari dan 21 hari, selain tender lelongan matang Islam Qard sebanyak RM4.6 bilion untuktujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan memanggil tender repo berjumlah RM350 juta untuk 31 hari, RM1.8 bilion Program Murabahah Komoditi untuk 31 hari selain Bil Antara Bank, Bank Negara sebanyak RM500 juta untuk 181 hari.

Pada 4 petang, BNM akan memanggil tender semalaman konvensional sehingga RM25.4 bilion dan tender semalaman Qard berjumlah RM10.6 bilion.

— BERNAMA



Source link

read more

Film Favorit buah tangan terbaharu Sheila on 7



KUALA LUMPUR: Bagi mengubati kerinduan peminat, kumpulan muzik popular Indonesia, Sheila On 7 akan mengeluarkan single terbaharu bertajuk ‘Film Favorit’ pada hujung bulan ini.

Pemain gitar kumpulan itu, Eross Chandra berkata lagu tersebut merupakan hadiah kepada peminat yang terus setia menyokong mereka sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni.

“Menerusi lirik Film Favorit, kami ingin menyampaikan mesej positif kepada para pendengar khususnya anak muda agar terus yakin dan tidak mudah putus asa untuk mencapai impian mereka.

“Tiada perancangan untuk mengeluarkan album dalam masa terdekat namun kami bercadang untuk mengeluarkan tiga atau empat single dalam tahun ini,” katanya pada sidang media sempena konsert ‘Sheila On 7 Live in Kuala Lumpur 2018’ yang turut dihadiri pemain bes kumpulan itu, Adam Subarkah di sini hari ini.

Eross berkata single terbaharu itu juga bakal didendangkan kepada peminat di Malaysia buat pertama kali pada konsert tersebut yang bakal berlangsung pada 10 Feb ini, di StarXpo Centre KWC Fashion Mall.

Katanya, persembahan yang berlangsung selama dua jam itu akan dihangatkan dengan 20 lagu popular mereka yang masih lagi di peringkat pemilihan.

Selain Eross dan Adam, Sheila On 7 yang ditubuhkan pada 1996 turut dianggotai Akhiyat Duta Modjo sebagai vokalis dan Brian Kresno Putro sebagai pemain dram.

Kumpulan yang popular dengan lagu Sephia, Berhenti Berharap dan Melompat Lebih Tinggi itu telah melahirkan lapan buah album bermula pada 1999 sehingga 2014. — Bernama



Source link

read more

Pemuda ditahan bawa bom tangan palsu


26609751_10214686684910280_1597957178_o.png.transformedMO, 4/1/2018, MIRI – Perbuatan seorang pemuda membawa pemetik api menyerupai bom tangan ketika melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Miri mengundang padah bagi dirinya apabila ditahan polis Selasa lalu.

Suspek berusia 23 tahun ditahan jam 9.20 malam di balai berlepas lapangan terbang itu ketika pemeriksaan bagasi dan imbasan badan di situ.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pemuda itu dalam perjalanan dari Miri ke Johor Bahru menyembunyikan objek berkenaan dalam beg kecil yang dibawanya.

“Ketika pemeriksaan dibuat menggunakan mesin pengimbas, satu objek mencurigakan menyerupai bom tangan dijumpai disembunyikan dalam beg suspek,” katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek dikatakan membeli pemetik api berkenaan di Johor Bahru.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Sekyen 32, Akta Senjata 1960.



Source link

read more

Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi – Mohd Amar



KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai bayangan individu yang akan ‘ditugaskan’ untuk menjadi tukang potong bagi menjalankan hukuman melibatkan kes kecurian atau Sariqah mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 Pindaaan 2015.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka adalah daripada kalangan doktor pakar memandangkan golongan itu mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan.

Bagaimanapun katanya kumpulan doktor pakar berkenaan masih belum dilantik memandangkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta 355 masih dibahaskan di Parlimen

“Ada ulama berpandangan pada zaman moden ini kita boleh mengunakan khidmat pakar bedah supaya hukuman hanya melibatkan pergelangan tangan serta tidak mencederakan lengan.

“Pengunaan pakar bedah lebih praktikal kerana mereka tidak memerlukan kursus tetapi hanya memerlukan panduan dari segi agama,” katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini telah melawat Aceh, Indonesia bagi melihat pelaksanaan hukuman kisas di sana dan berhasrat mempelajari kaedah pelaksaan hukum hudud tersebut di Qatar dan Arab Saudi memandangkan negara berkenaan melaksanakan hukum hudud secara professional.

Tambah Mohd Amar, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta setiap tahun selepas Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac 2015, bagi menjalankan lawatan ke negara terbabit serta mengadakan seminar, bengkel dan kajian.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad, berkata walaupun undang-undang terbabit diluluskan, proses menjatuhkan hukuman tersebut perlu melalui pelbagai tapisan dan pengecualian menurut pandangan Islam.

“Contohnya, hendak sampai peringkat potong tangan ini bukan senang kerana satu kesalahan itu ada banyak pengecualian.

“Bukan semuanya dipotong tangan kerana mungkin pesalah dalam keadaan terdesak, kelaparan atau apa-apa masalah hingga menyebabkannya terpaksa mencuri,” katanya.



Source link

read more

Ingin selamatkan anak saudara OKU tangan melecur dalam kebakaran



ALOR SETAR: Menyambut tahun baru tidak bermakna apa-apa bagi satu keluarga yang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka mereka musnah dalam satu kebakaran di Batu 2 Jalan Kuala Kedah, di sini pagi ini.

Selain rumah yang didiami mereka sejak 50 tahun itu, turut terbakar ialah sebuah rumah dan gerai berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, Jaafar Abu Bakar melecur tangan kanan ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Ketika kejadian, Jaafar, 64 tahun, dan adiknya Sarah, 51 tahun, serta anak Sarah, Mohd Hafiz Baharom, 31 tahun, sedang berada di dalam rumah.

“Tanpa kami sedari, api sedang merebak di tingkat atas rumah, asap sudah hitam. Saya tinggalkan bubur yang sedang dimasak di atas dapur, terus mahu menyelamatkan anak saya.

“Anak saya pula tidak mahu keluar. Dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak sempat mencapai apa-apa kerana saya terpaksa menariknya keluar,” kata Sarah.

Sebaik menyedari keadaan itu, Jaafar bingkas bangun lalu membantu Sarah mengangkat anak saudaranya dan ketika itu, tangannya terkena bara api yang terjatuh dari tingkat atas.

“Barang-barang semua tak sempat diselamatkan. Baik televisyen, kipas, lesen, kad bank, serta duit sikit, semua tak dapat diambil. Tangan cedera sikit, melecur dek api yang panas sangat,” kata Jaafar.

Menurutnya, mereka tinggal bertiga di rumah itu memandangkan adiknya sudah berpisah dengan suami manakala dia merupakan seorang duda yang tidak mempunyai anak.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Mohd Firdaus Isa berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati api sedang marak.

Ketika itu, rumah pertama sudah musnah 90 peratus manakala rumah kedua dan gerai itu hanya terbakar 10 peratus, katanya.

Api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya kira-kira jam 11 pagi.

Operasi pemadaman dilakukan enam anggota BBP Jalan Raja dengan turut dibantu 30 anggota dari lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Source link

read more

Tragedi Tsunami 2004 Nasib baik nampak tangan bawah runtuhan kalau tidak…



KUALA MUDA: Sebaik menyarung kembali pakaian seragam yang ditinggalkan 13 tahun lalu, memori tragedi tsunami terimbas kembali satu demi satu.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Leftenen Muda Hasrul Mohd Heary Halim berkata hiba itu terasa kerana dia tidak pernah sangka tragedi sebegini buruk berlaku di tempat sendiri.

“Kami pasukan penyelamat terawal tiba di lokasi. Setibanya, terus dimaklumkan ada seorang mangsa lumpuh.

“Selepas beberapa jam kami mencari, akhirnya ditemui. Itu pun sebab nampak tangan mangsa di bawah runtuhan,” kata Hasrul ketika mengimbas kembali detik tersebut.

Tragedi tsunami pada 26 Disember 2004 turut melanda 10 kampung di pesisir Kota Kuala Muda.

Insiden 13 tahun lalu ini telah meragut 11 nyawa dan memusnahkan ratusan kediaman penduduk di sini.

BACA: Tragedi Tsunami 2004: “Ombak dah nak kena masjid, tapi…”



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons