Ada pesta air di Tanjung Piai



PONTIAN: Macam taman tema air!

Begitulah keadaannya di Tanjung Piai yang meriah dengan kehadiran orang ramai yang menjadikan fenomena air pasang besar deras di kawasan itu sebagai ‘hiburan’ buat mereka.

Bukan apa, mereka juga sebenarnya mahu melihat dan mengalami sendiri pengalaman bermain air deras yang unik.

Pengurus pemasaran, komunikasi dan ICT Perbadanan Taman Negara Johor, Khalid Zahrom memberitahu Astro AWANI, kira-kira 2,000 pengunjung hadir pada waktu kemuncaknya sejak 3 Disember lepas.

Air pasang besar direkodkan setinggi 3.6 meter sejak semalam dan ia dijangka naik setinggi 3.5 meter esok dengan waktu kemuncaknya pada 1:23 tengah hari sebelum kembali ke paras biasa.

Keunikan air pasang besar yang hanya berlaku setahun sekali di tanah penghujung benua asia itu bagaikan pesta lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah.



Source link

read more

[VIDEO] Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung hilang isteri, 2 anak dan ibu dalam kebakaran – Nahas & Bencana


PULAU PINANG 15 Nov. – Empat yang maut dalam kebakaran rumah berkembar dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pangkalan Weld di sini awal pagi tadi merupakan keluarga kepada Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok.

Mereka ialah isterinya yang berusia 35 tahun dan anak lelaki serta perempuan masing-masing berusia 10 dan 8 tahun serta ibunya berusia 62 tahun.

Difahamkan ketika kejadian kebakaran itu pada pukul 6 pagi tadi, Swee Bok tidak berada di rumah kerana sedang bekerja.

Dalam pada itu, Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di rumahnya pagi tadi ketika kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan sehingga terpaksa ditenangkan beberapa jirannya.

Sementara itu, jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi memadam kebakaran kini selesai sepenuhnya dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Kawasan perumahan baharu di Tanjung Bungah selamat – MBPP – Nahas & Bencana


GEORGE TOWN 8 Nov – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi jaminan kawasan perumahan baharu di Beverly Hills, Tanjung Bungah di sini adalah selamat

Pengarah Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan MBPP Addnan Mohd. Razali berkata, lubang benam yang dapat dilihat dengan jelas apabila jalan menuju ke kawasan perumahan baharu itu runtuh awal pagi Ahad lepas akibat hujan lebat berterusan, tidak menjejaskan penduduk di kawasan sekitar kerana kawasan itu belum dibuka kepada orang awam.

“Pihak kami sudah meminta pemaju untuk membuat pemeriksaan dan kami minta perunding projek untuk melihat apa yang terjadi. Kami minta mereka memberhentikan kerja buat sementara bagi memberi laluan untuk mereka menjalankan kerja-kerja mitigasi dan melihat apa yang runtuh.

“Kawasan perumahan itu pun belum dibuka kepada orang ramai…OC (sijil layak menduduki) pun tiada lagi. Pihak kami beri jaminan kawasan ini selamat kerana ia terletak di kawasan paling hujung,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Penduduk yang tinggal berhampiran dengan lubang benam yang besar di Tanjung Bungah itu melahirkan kebimbangan dengan keselamatan mereka dan kesannya terhadap harta benda mereka.

Lubang benam itu dapat dilihat dengan jelas selepas jalan menuju ke kawasan perumahan baharu di Beverly Hills runtuh awal pagi Ahad lalu akibat hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Kondominium Surin, Jasmand Ng berkata, penduduk bimbang dengan keselamatan mereka selepas kemunculan lubang benam di depan projek perumahan yang baru siap itu.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 meter dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons