Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7000 sebulan tanpa enjin elektrik. Kenapa


MUDAH dah murah!

Dua faktor ini mendorong ribuan penduduk di semua bandar utama di seluruh dunia untuk memilih perkhidmatan e-hailing.

Saya harus akui, saya adalah pengguna tegar perkhidmatan e-hailing Grab dan Uber dan keadaan ini didorong beberapa faktor. Mungkin juga kehidupan di kota serta kebergantungan terhadap perkhidmatan awam mendorong saya lebih cenderung mengunakan e-hailing.

Tetapi kenapa bukan teksi?

Enggan mengikut meter, meminta tambang lebih daripada sepatutnya, pemanduan yang tidak selamat dan usia kenderaan yang sudah lanjut mungkin jadi sebab ramai yang pilih untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan teksi, sebaik sahaja ada alternatif lain, terutama sekali apabila itu adalah alternatif yang lebih baik.

Uber kini mempunyai 40 juta pengguna aktif setiap bulan. Sementara aplikasi Grab pula merekodkan 77 juta muat turun. 

Kenapa e-hailing jadi alternatif lebih baik?

Teknologi satelit dan mudah alih membolehkan pengguna menempah kenderaan e-hailing di hujung jari dari mana-mana sahaja. Aplikasi e-hailing juga memberikan indikasi jika ada kenderaan yang menerima tempahan atau tidak. Pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai transaksi pembayaran tambang kerana semuanya boleh dibuat menggunakan kad kredit yang sudah didaftarkan menerusi akaun e-hailing terbabit.

Pemandu juga diminta untuk mengikuti laluan perjalanan yang telah ditetapkan. Bagi sesetengah perkhidmatan e-hailing, tambang ke sesuatu lokasi juga sudah ditetapkan. Jadi tiada isu pemandu minta bayaran lebih atau pemandu sengaja memandu menggunakan laluan yang lebih jauh. Ia juga lebih murah berbanding teksi biasa.

Tambang ini juga mengambil kira kos petrol dan penyelenggaraan kereta.

Ini antara kelebihan yang mendorong ribuan pengguna beralih kepada perkhidmatan e-hailing. Tetapi kenapa teksi tempatan tidak boleh menggunakan perkhidmatan sama?

Sehingga pertengahan tahun lepas, 14,000 pemandu teksi sudah mendaftar sebagai pemandu e-hailing.

Malah kerajaan menggalakkan penyertaan mereka dalam platform e-hailing sebagai usaha mendorong pemandu teksi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Begitupun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masih ramai pemandu teksi yang enggan menerima teknologi berkenaan.

“Antara cabaran menggalakkan pemandu teksi menggunakan teknologi e-hailing ialah faktor pemandu yang tidak celik IT kerana faktor usia dan menganggap pemandu teksi yang menggunakan platfrom berkenaan sebagai saingan,” jelas Nancy ketika persidangan Dewan Rakyat Ogos lalu.

Malah Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang lantang mengkritik kerajaan mengenai isu Uber dan Grab mengakui pemandu teksi sukar berubah!

Petang tadi beliau juga meminta Kerajaan untuk memperuntukkan dana bagi membantu pemandu teksi untuk menukar enjin teksi mereka kepada enjin elektrik.

Adakah ini penyelesaiannya?

BACA: Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik – Shamsubahrin

Pada November lalu, tiga syarikat teksi mega di Philadelphia, Amerika Syarikat mengumumkan kerjasama bagi membolehkan mereka kekal kompetitif dalam persaingan dengan Uber dan Lyft, lapor portal Philly Voice.

Kerjasama itu antara lain bakal menyaksikan lebih 1,100 pemandu teksi di bandar berkenaan bernaung di bawah satu aplikasi e-hailing yang tersendiri.

Pemandu teksi juga akan menggantikan meter dengan tablet, yang akan digunakan untuk melaksanakan sistem pembayaran elektronik dan menyemak tambang semasa.

Pelbagai lagi ciri-ciri baharu yang sebelum ini hanya wujud di platform e-hailing seperti Uber, turut akan diperkenalkan seperti pembayaran tanpa tunai dan perkongsian tambang.

Sementara itu, Harvard Business Review menerusi artikel yang ditulis oleh Rafi Mohammed, seorang konsultan strategi dalam penetapan harga, pada 2015 pula menggariskan empat langkah untuk memastikan industri perkhidmatan teksi sentiasa relevan.

1. Jangan minta kerajaan ketatkan syarat! Sebaliknya bersikap lebih inovatif untuk mendapatkan penumpang.
2. Tiru fleksibiliti tambang yang ditawarkan Uber yang mengenakan tambang lebih tinggi semasa waktu puncak dan rendah semasa waktu lengang. 
3. Tukar model penetapan tambang. Penulis berpendapat pemandu tidak boleh fokus kepada tambang setiap kilometer, tetapi harus fokus kepada jarak perjalanan yang boleh memberikan pulangan yang lebih kepada pemandu. 
4. Bangunkan aplikasi mudah alih tersendiri. 

Pagi tadi, saya ke pejabat menaiki kereta yang ditempah menerusi salah satu perkhidmatan e-hailing yang berpangkalan di Singapura.

Semasa dalam perjalanan, pemandu tersebut memaklumkan kepada saya dia memandu dari jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari.

“Penat memang penat, tetapi usaha lebih kalau nak dapat lebih,” katanya.

Bila ditanya, beliau mendedahkan beliau boleh membawa pulang pendapatan bersih antara RM6,000 hingga RM7,000 setiap bulan. Semua ini tanpa enjin elektrik.


* Shafizan Johari merupakan wartawan di Astro AWANI.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

 



Source link

read more

Kes bakar tahfiz Remaja dilepas tanpa dibebas atas pertuduhan dadah



KUALA LUMPUR : Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang remaja lelaki yang merupakan antara suspek dalam kes pembunuhan penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tahun lepas.

Remaja berumur 16 tahun itu dilepas tanpa dibebas oleh Majistret Zilfinaz Abbas atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, September lalu.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada jam 11.35 pagi, 16 Sept lalu.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Bagaimanapun tertuduh itu tidak boleh dibebaskan kerana mempunyai satu lagi pertuduhan iaitu membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz manakala dua remaja itu diwakili peguam Haijan Omar dan Joanne Chua.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, 14 Sept lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian terbabit.

BACA: Kebakaran tahfiz Darul Ittifaqiyah: Remaja lelaki bebas pertuduhan

BACA: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah

BACA: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan



Source link

read more

Ku Serah Padamu Sekolah tanpa kehadiran ibu bapa di SK Minden Height



GEORGE TOWN: Kebiasaannya pada hari pertama persekolahan, ibu bapa akan menemani anak masing-masing di dalam sekolah, khususnya bagi sesi kemasukan pelajar Tahun 1.

Namun kali ini, menerusi program ‘Ku Serah Padamu’ anjuran Sekolah Kebangsaan Minden Height, Gelugor, semua ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak mereka di perkarangan pintu pagar sekolah.

“Program ini bertujuan untuk galakkan murid datang ke sekolah dengan penuh keyakinan diri, jadi ibu bapa hanya hantar ke pintu pagar sahaja, kami akan terima dan bawa anak mereka masuk ke kelas,” jelas guru sekolah tersebut, Mazli Mohd Isa.

Ujarnya, pihak sekolah sudah bersedia menerima tanggungjawab mendidik murid yang diamanahkan kepada mereka dan berharap ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru di sekolah berkenaan untuk menguruskan anak mereka.

“Kami dapati murid yakin melangkah ke sekolah dan saya tak nampak ada murid yang menangis,” kata Mazli.

Semua guru bersedia seawal jam 6.50 pagi demi menanti kehadiran murid-murid dan pihaknya juga telah menjelaskan mengenai peraturan berkenaan kepada ibu bapa.

“Ada juga ibu bapa yang tidak begitu yakin untuk ‘melepaskan’ anak mereka di pagar sekolah tetapi kami cuba yakinkan mereka bahawa kami akan mengawasi murid sewaktu di dalam kelas serta pada waktu rehat, jadi ibu bapa tidak perlu bimbang,” tambah Mazli.

Sementara itu, rata-rata ibu bapa menyambut baik inisiatif yang dilakukan pihak sekolah ini.

“Mungkin sesetengah ibu bapa tidak suka, tapi saya tiada masalah setakat ini sebab saya nak anak saya berdikari. Kalau tidak sesuai, saya akan tukar anak saya ke sekolah lain,” kata Salbiah Mat, ibu salah seorang murid Tahun 1.

Seorang lagi ibu murid Tahun 1, Ranjini Ambigapati, berkata: “Ini cadangan yang baik kerana dari segi keselamatan, sekurang-kurangnya kita tahu tiada orang luar yang masuk ke sekolah. Cuma saya rasa gementar sedikit sebab ini pertama kali anak saya hadir ke sekolah.”

SK Minden Height mempunyai 1,217 murid dengan 221 merupakan murid Tahun 1 dan 25 lagi mengikuti kelas pra-sekolah.



Source link

read more

UniSZA kampus tanpa tunai – Terengganu


KUALA TERENGGANU 31 Dis. – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar satu lagi transformasi hari ini apabila menjadi kampus tanpa tunai pertama di pantai timur menerusi pelancaran aplikasi dompet elektronik (e-dompet), Boost.

Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat di bawah Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. itu membolehkan seluruh warganya termasuk 12,000 pelajar di tiga kampus iaitu di Gong Badak, juga di Besut dan Perubatan di sini menggunakan e-dompet sebagai kaedah pembayaran tunggal untuk semua urus niaga pembelian dalam kampus.

Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, Boost akan menyediakan pelajar  dengan gaya hidup digital dan pengalaman menyeronokkan melalui pembelian yang lebih mudah, tambah nilai telefon, penghantaran dan pengeluaran wang serta pemberian hadiah digital.

Katanya, pengguna dapat memanfaatkan e-dompet di mana-mana kedai yang mempunyai kod QR sekali gus mengurangkan kesulitan pembayaran secara tunai atau kad debit dan kad kredit.

“Matlamat UniSZA adalah untuk menjadi kampus tanpa tunai terunggul dan inovatif, bermula dengan mentransformasikan semua perkhidmatan di dalam kampus supaya lebih mudah diakses secara digital,” katanya dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 dan pelancaran UniSZA tanpa tunai di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, di sini hari ini.

Yang hadir sama Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaifi Abdul Latif dan Ketua Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Saiful Bahrin Abdul Ghaffar.

Menurut Kamarudin, kerjasama strategik bersama Celcom Axiata Berhad itu merupakan salah satu usaha UniSZA untuk memperkayakan pelajar dengan kemudahan dan bantuan dalam pembelajaran.

Katanya, selain kampus tanpa tunai, universiti itu turut terpilih sebagai salah satu institusi pengajian tinggi (IPT) yang tersenarai dalam program Siswapreneur Celcom bagi melatih dan membangunkan potensi pelajar dalam bidang keusahawanan di samping turut menerima sumbangan foodcart. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

UniSZA kampus universiti pertama di pantai timur sedia aplikasi tanpa tunai



KUALA NERUS: Warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini boleh menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran tunggal untuk semua transaksi di dalam kampus universiti itu.

Langkah itu menjadikan UniSZA kampus tanpa tunai atau ‘cashless campus’ pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UniSZA pada Ahad, langkah itu adalah bagi mencapai matlamat UniSZA untuk menjadi Kampus Tanpa Tunai terunggul lagi inovatif, bermula dengan mentransformasikan semua perkhidmatan di dalam kampus supaya lebih mudah diakses secara digital.

“Pelajar dan kakitangan UniSZA di tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) boleh membuat pembayaran menggunakan eDompet di kedai terpilih tanpa kesulitan pembayaran secara tunai atau kad debit dan kad kredit,” menurut kenyataan itu lagi.

Antara kelebihan menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran adalah aplikasi eDompet ini boleh dimuat turun dengan mudah dari App Store atau Google Play.

“Proses pendaftaran sebagai pengguna adalah sangat mudah dan setelah selesai pendaftaran, pengguna boleh membuat pemindahan atau penambahan wang tunai melalui kad debit, kad kredit Visa dan Mastercard atau melalui perbankan dalam talian.

“Seterusnya pengguna dapat menggunakan eDompet di mana-mana kedai yang mempunyai Kod QR (tertakluk kepada Kod QR yang didaftarkan dengan syarikat pengendali eDompet di Malaysia),” katanya.

Selain itu, tambah kenyataan itu lagi, pengguna eDompet juga boleh menikmati pelbagai fungsi digital seperti pembelian baucar untuk pembelian secara digital, penambahan kredit untuk talian prabayar, penghantaran wang tunai ke eDompet yang didaftarkan dengan syarikat pengendali eWallet yang sama, pengeluaran wang tunai ke akaun bank.

— BERNAMA



Source link

read more

Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab – Mimi Fly ulas keretakan rumah tangga



ANGGOTA kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly  mengulas lanjut mengenai perceraiannya dengan suami Mohd Firdaus Hajar baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Mimi memberitahu dia mahu menjawab segala soalan dan tanda tanya daripada peminat dan netizen yang selama ini menghubunginya.

Menurut Mimi tiada siapa yang menginginkan perceraian dalam perkahwinan dan dia berharap dia dapat melalui fasa tersebut dengan tenang.

Penyanyi itu berkata hanya Tuhan sahaha yang mengetahui suratan hidup yang ditempuhi.

Mimi memberi amaran kepada orang atau pihak luar supaya tidak cuba menokok nambah cerita mengenai hal peribadinya itu.

Katanya, spekulasi yang ditimbulkan hanya akan lebih mengeruhkan keadaan dan mengganggu emosi keluarga mereka.

Mimi menjelaskan lagi hubungannya dengan bekas suami masih baik malah masih berkawan baik sejak mereka kenal di usai Mimi 13 tahun.

Berikut merupakan luahan Mimi yang ditulisnya:
 



Source link

read more

India perkenal kereta api metro tanpa pemandu – Luar Negara


NEW DELHI 25 Dis. – Syarikat pengangkutan kereta api Delhi Metro melancarkan sebuah kereta api metro yang dilengkapi teknologi tanpa pemandu.

Kereta api tersebut memulakan operasinya hari ini dan akan bergerak meliputi kawasan antara New Delhi serta bandar Noida, sejauh 12.6 kilometer.

Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan menjelaskan kereta api itu tetap akan beroperasi dengan menggunakan pemandu dalam tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua tahun lagi. – AP



Source link

read more

Tanpa perlu bekerja keras kanak-kanak 6 tahun raih RM44 juta menerusi YouTube



TANPA perlu bekerja keras, seorang kanak-kanak berusia enam tahun berjaya meraih USD$11juta (RM44,880,000) dengan hanya menjadi tumpuan utama di YouTube.

Baru-baru ini, Forbes mengeluarkan senarai pemilik akaun YouTube yang dibayar dengan bayaran tinggi dan ia menampilkan beberapa saluran menarik yang meraih lebih dari USD$127juta (RM518,236,000) dari Jun 2016 hingga Jun 2017.

Ryan dari Ryan ToysReview adalah antara yang berjaya menjana pendapatan tertinggi dengan hanya membuat ulasan tentang mainan dan makanan.

Walaupun antara persaingannya terdiri daripada orang dewasa, namun Ryan mempunyai lebih 10 juta pengikut dan kebanyakan videonya telah ditonton lebih 16 juta kali.

“Dia suka kereta, kereta api, Thomas and Friends, Lego dan Disney. Dia juga suka melakukan eksperimen yang menyeronokkan,” itu adalah gambaran yang dinyatakan menerusi akaun YouTube milik Ryan.

Ibu bapa Ryan memulakan saluran tersebut pada Mac 2015 dan telah berjaya menarik perhatian penonton YouTube selepas video Ryan membuka ‘telur gergasi’ yang penuh dengan mainan dari filem Cars, terbitan Disney.

Video menarik itu telah ditonton lebih 800 juta kali sehingga Disember, 2017.

Memetik laporan People.com, ibu bapanya sudah bersiap sedia untuk menutup akaun Youtube itu sekiranya Ryan sudah tidak mahu terlibat dalam pembikinan video.

Namun, ibu bapanya sudah memulakan akaun kedua iaitu Ryan’s Family Review yang mengisahkan pengembaraan keluarga itu dengan menampilkan adik kembar Ryan, Emma dan Kate.



Source link

read more

Saya dicium punggung diraba Trump tanpa kerelaan dakwa mangsa salah laku seks



NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini berdepan tiga pertuduhan salah laku seks dari tiga wanita yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.

Tiga wanita tampil membuat sidang media berhubung gangguan seksual yang didakwa dilakukan Trump dan mahu Kongres Amerika membuka kertas siasatan terhadap Trump.

Tiga wanita terbabit adalah Jessica Leeds, Samantha Holvey dan Rachel Crooks berkongsi pengalaman hitam mereka bersama Presiden Amerika Syarikat terbabit.

Sebelum ini ketiga-tiga wanita terbabit telah menceritakan apa yang berlaku kepada mereka semasa kempen pilihan raya presiden berlangsung tahun lalu namun tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut seorang mangsa Rachel Crooks, 22, dia pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah firma hartanah di Trump Tower dan adegan salah laku seks itu berlaku apabila Trump didakwa menciumnya secara paksa.

Crooks memetik rakaman temubual dibuat Trump yang berkata “Saya hanya mula mencium mereka, seperti magnet, cuma mencium, saya tidak menunggu. Biarkan awak melakukannya, anda boleh berbuat apa-apa.”

Kenyataan itu bagi Crooks jelas menunjukkan sifat tidak hormat Trump terhadap kaum wanita terutama dirinya yang menjadi mangsa salah laku seks Trump.

Menurut seorang lagi mangsa, Jessica Leeds, Trump pernah merabanya ketika dalam perjalanan menaiki kapal terbang hingga dia terpaksa menukar tempat duduk kerana tidak tahan dengan perlakuan Trump.

“Saya bukan budak kecil, saya berusaha bangun dari kerusi saya dan mencapai dompet dan terus beredar ke tempat duduk belakang,” jelasnya.

‘White House’ yang menerima maklumat tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan dan mendakwa ia laporan palsu.

Buat masa ini belum ada maklum balas dari Trump berhubung dakwaan itu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons