Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus tunang tapi cincin tak pulang – Sumber



KUALA LUMPUR: Media hiburan tempatan yang digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita hari ini.

Bagaimanapun menurut sumber yang boleh dipercayai ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, sukar untuknya menanyakan perkara yang menyentuh hal peribadi Sufian, namun jika benar ‘putus’, mengapa cincin tidak dipulangkan? kata Sufian kepada sumber itu.

“Belum ada maklum balas daripada keluarga Sufian mengenai hal itu malah, hubungan Sufian dan Elfira masih OK dan tidak cetus pergaduhan atau sebaliknya,” kata sumber itu lagi.

BACA: “Its complicated!” – Sufian Suhaimi enggan ulas status pertunangan dengan Elfira Loy

BACA: “Hubungan saya dan Elfira Loy masih baik” – Sufian


 

Jelas sumber berkenaan lagi, buat masa ini Sufian baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi walaupun terpalit isu tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terakhir’ itu khabarnya  tetap menerima dan meneruskan persembahan nyanyian di beberapa lokasi, antaranya Kuala Lumpur dan di Johor Bahru.

BACA: Dikatakan sombong? Ini respon Elfira Loy…

BACA: Sebak, terima kasih Ya Allah – Elfira Loy

Namun sumber itu berkata jika ditakdirkan masih ada jodoh antara kedua-duanya, mereka tetap akan disatukan juga satu hari nanti.



Source link

read more

Berlakon dengan Aliff Aziz Saya tak takut tapi berjaga-jaga – Farah Nabilah



PELAKON Farah Nabilah kini bergandingan dengan penyanyi Aliff Aziz dalam drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” yang sedang giat menjalani penggambaran.

Tidak takut bergandingan dengan Aliff yang pernah terpalit dengan kontroversi, Farah mahu menjadi diri sendiri.

“Sejujurnya, saya tak takut bergandingan dengan Aliff. Saya hanya menjadi diri sendiri dan bersikap profesional. Isteri Aliff juga ada di set penggambaran,” kata Farah.

Tambah gadis jelita itu, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga serta berfikiran positif.

“Saya tak takut berlakon bersama Aliff, tetapi sudah pasti saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya mahu jadi profesional dan berfikiran positif sahaja untuk melunaskan kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja.

“Mungkin dahulu dia ada buat silap tetapi sekarang mungkin dia sudah berubah? Siapa tahu? Berikan peluang untuk kami menyerlahkan bakat lakonan,” kata Farah lagi.

Drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” bakal menemui penonton sempena kedatangan Ramadan tahun ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff & Farah



Source link

read more

Kalau boleh nak simpan rambut panjang tapi ….. – Janna Nick



PELAKON Janna Nick yang sering tampil dengan imej rambut pendek ala boy cut mahu menyimpan rambut panjang sempena tahun baru.

“Kalau boleh saya memang nak simpan rambut panjang sebagai penampilan baru untuk tahun 2018. Tetapi semuanya bergantung dengan karakter yang akan saya jayakan.

“Kalau saya mendapat karakter lasak yang memerlukan saya menggayakan rambut boy cut, saya akan tetap potong rambut,” kata Janna yang ditemui ketika majlis peragaan fesyen jenama Fatimah Mohsin sempena The Wedding KL 2018 baru-baru ini.

Menyusun jadual lakonan, pengacaraan dan nyanyian, Janna membahagikan masa dengan baik untuk mengembangkan kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, cabang kerjaya yang saya ceburi semuanya berjalan dengan baik. Saya mahu mengimbanginya dan memberikan hasil kerja terbaik.

“Setakat ini, saya ada menerima beberapa tawaran lakonan drama bersiri termasuk di Singapura. Dalam bidang muzik, saya baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Akan Bercinta dan saya juga menjadi pengacara rancangan Melodi yang bersiaran setiap Ahad,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Janna



Source link

read more

Kerajaan Selangor ambil duit tapi kerja tak siap


KLANG – Penduduk Perumahan Golden Villa di Jalan Kebun, di sini merungut apabila menyedari Skim Ceria yang diperkenalkan kerajaan Pakatan harapan (PH) Selangor hanya bersifat memerah wang rakyat.

Menurut wakil penduduk, Mohamad Sadiq, tahun 2014 mereka mengadu kepada kerajaan negeri mengenai kerosakan lif yang perlu dibaiki atau diganti baharu.

Malangnya, kata beliau, kerajaan negeri mengenakan syarat iaitu di bawah Skim Ceria itu, penduduk diminta menanggung kos penyelenggaraan sebanyak 20 peratus, manakala selebihnya 80 peratus lagi ditanggung oleh kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku, kerajaan negeri tidak menunaikan janjinya untuk melangsaikan kos 80 peratus, sebaliknya meletakkan tanggungjawab menjelaskan baki itu kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Walkabout Menteri Kesejahteraa Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar di pangsapuri di sini, semalam.

Menurut Mohamad Sadiq, ketika berlaku kerosakan lif, penduduk di bangunan 10 tingkat itu terpaksa menggunakan tangga sehingga menyukarkan mereka terutama warga emas, yang uzur dan jika ada kematian.

“Pernah kami bawa turun jenazah melalui tangga kerana lif rosak. Kami berdepan dengan masalah untuk membawanya turun ke surau.

“Apabila kami adukan masalah ini kepada kerajaan negeri, mereka jawab kami kena tanggung sehingga 40 peratus pula. Di mana kami nak cari duit?

“Kos menyelenggara lif rosak saja melibatkan puluhan dan ratusan ribu ringgit. Kami tidak mampu membiayainya,” katanya menyifatkan Skim Ceria kerajaan PH Selangor sebagai indah khabar rupa.

Sementara itu, Noh ketika ditemui wartawan berkata, inilah contoh Skim Ceria yang diperkenalkan kerajaan Selangor, meminta duit dengan rakyat.

Kata beliau, bukan saja masalah kemudahan asas perumahan, jalan raya pun kalau rosak, rakyat kena baiki sendiri.

“Ini yang saya selalu cakap, mana ada kerajaan negeri minta duit dari rakyat. Nak baiki lif minta duit dengan rakyat. Nak baiki jalan raya yang rosak pun minta duit dengan rakyat,” katanya.

Sepatutnya ujar Noh, setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, kerajaan negeri yang selesaikan dan memberi keselesaan kepada penduduk. – theRakyat



Source link

read more

MENANG BELUM TENTU, TAPI BERANGAN MACAM MAT JENIN!!! ~ SEMUT HITAM


“Tidur Sebantal Tapi Mimpi Lain – Lain”

Itu satu kenyataan yang cukup tepat untuk ditujukan kepada puak – puak Pakatan Haprak tu hari ini. Memang nampak jelas yang diorang ni suka membina istana diatas awang – awangan.

Atau dalam pepatah Melayunya, perangai yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak ni tak ubah sama seperti Mat Jenin yang suka berangan – angan benda yang tak tentu arah.

Nak pulak bila diorang sibuk bercerita pasal isu pencalonan Perdana Menteri Pakatan yang pada ketika ini hangat menerima bantahan secara terbuka dari kalangan puak – puak PKR.

Pertikaian itu timbul selepas pucuk pimpinan Pakatan Haprak membuat keputusan untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya menang PRU yang akan datang.

Namun bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak itu hanya sekadar bayangan mereka sahaja sedangkan hakikatnya, belum tentu diorang boleh menang.

Bak kata seorang sahabat, apa kejadahnya puak Pakatan Haprak tu sibuk nak bercerita pasal isu tersebut sedangkan dalam masa yang sama, isu dikalangan mereka pun tak boleh nak diselesaikan?

Katanya, perkara itu memang nampak cukup jelas apabila puak Pakatan Haprak tu mempunyai agenda perjuangan peribadi yang sengaja disembunyikan sesama mereka sendiri.

“PKR ada tujuan mereka, mahu membebaskan Anwar dari Penjara. Malah dalam PKR pun terbahagi kepada dua puak yang bertentangan.

“DAP pula mahu kaum mereka berkuasa dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik. Sementara PAN pula hanya menjadi tunggangan kepada DAP.

“PPBM pula hanya menjadi parti hanya merupakan sebuah parti yang menjaga kepentingan Mahathir untuk memastikan legasinya berterusan dan anaknya dipilih sebagai Perdana Menteri.

“Maka persoalannya, buat apa diorang sibuk nak bercerita tentang isu pencalonan Perdana Menteri sedangkan isu berkaitan hala tuju gabungan itu sendiri pun gagal ditangani?” soalnya.

Dari apa yang dibangkitkan, ianya memang sudah cukup membuktikan bahawa Pakatan Haprak tu tidak mampu untuk membentuk sebuah gabungan mantap bagi menjaga kebajikan rakyat kerana mereka lebih mengutamakan kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!




Source link

read more

Tun M jadi PM tapi kuasa tadbir milik DAP


KUALA LUMPUR – Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanya untuk menjadi boneka kepada DAP.

Ikon Mahasiswa Nasional PEMANAS 4.0, Ahmad Azaruddin Azman berkata, pemilihan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai perdana menteri bersifat sementara sebagaimana diumumkan PH baru-baru ini, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan anak muda.

Katanya, hasrat dan harapan anak muda ialah hendak kerajaan dipimpin oleh perdana menteri yang bukan memegangnya kerana kepentingan peribadi tetapi mentadbir untuk tempoh lama.

“Kerisauan kita sebagai anak muda ialah apabila Mahathir menjadi perdana menteri, kuasa dan suara yang mentadbir adalah DAP.

“Tambahan pula dia berjanji memegangnya selama enam bulan dan selepas itu akan menyerahkan kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Diskusi UMNO Online bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam isu bertajuk, “Agihan Kerusi: Api Dalam Sekam Pakatan Harapan” di Café Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra  hari ini.

Ahli panel lain dalam program itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim dan penganalisa politik, Roslan Latif.

Ahmad Azaruddin yang juga Presiden Kelab Wasatiyyah UiTM berkata, daripada pengagihan kerusi Parlimen yang dilakukan oleh PH baru-baru ini juga jelas menguntungkan DAP walaupun 35 kerusi.

Ujar beliau, daripada 35 kerusi itu, DAP diyakini memenangi sekurang-kurangnya 30 hingga 32 kerusi berbanding PPBM yang mendapat 52 kerusi, tetapi dijangka menang hanya satu di Parlimen Pagoh.

“Dalam Analisa saya, PKR yang mendapat 51 kerusi juga sekurang-kurangnya boleh menang lebih 20 kerusi sahaja, manakala PN yang diberikan 27 kerusi hanya dapat mempertahankan antara lima hingga enam kerusi.

“Semua ini menguntungkan DAP dan kejayaan terbesar parti cauvinis itu ialah memecah belahkan perpaduan orang Melayu. Ini matlamat sebenar mereka. Sebab itu mereka tidak bantah walau mendapat jumlah kerusi yang lebih kecil dari PPBM dan PKR,” katanya.

Sementara itu, Rafizal dalam melontarkan pandangannya menjelaskan, selama dua penggal DAP mengambil alih Pulau Pinang, bukan sahaja orang Melayu, bahkan masyarakat Cina pun sedar mereka ditipu sepanjang pentadbiran Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Belilau memberi contoh, kegagalan ketara Guan Eng menangani masalah banjir di negeri itu baru-baru ini, membuktikan kerajaan pentadbiran DAP hanya pandai bercakap, tetapi tidak dapat memerintah dengan baik.

“Baharu dilanda banjir, dia (Guan Eng) sudah menangis minta bantuan dari kerajaan Persekutuan. Apabila bantuan disalurkan, dia langsung tidak berterima kasih.

“Pemimpin dari parti macam ini (DAP) yang kita nak beri undi kemenangan pada PRU14? Orang Cina pun dah mula sedar dengar helah parti ini,” katanya. – theRakyat



Source link

read more

Flat kerusi terbang kini bersih tapi sudah terlewat


KUALA LUMPUR: Sudah terhantuk baru terngadah.

Kotor dan jijik. Itu gambaran di flat Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, sehari selepas kejadian kerusi terbang yang mengorbankan nyawa seorang remaja S. Sathirawan, 15 yang maut akibat ditimpa kerusi yang dilempar dari tingkat atas flat berkenaan.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam, beliau melaporkan keadaan di flat berkenaan tidak terjaga disebabkan penduduknya yang tidak peka terhadap kebersihan di kawasan perumahan berkenaan.

Flat ‘kerusi terbang’ kini bersih, tapi sudah terlewat!

Ini merupakan gambaran sampah yang dirakam melalui video yang dimuat naik Nurul Izzah di Facebook beliau semalam. Video berkenaan bertujuan merakamkan reaksi beliau selepas sahaja menziarahi keluarga mangsa kejadian maut ditimpa kerusi di Pantai Dalam.

Tinjauan itu turut mendapati kes buang sampah dari tingkat atas bukan kes baharu.

Datuk mangsa mengakui nyaris terkena objek yang dilempar dari tingkat atas tidak lama dahulu.

Namun selepas menjadi perhatian umum, keadaan berubah sekelip mata, sampah mula lenyap dari pandangan.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh wartawan Harits Asyraf Hasnan hari ini pula mendapati, persekitaran flat berkenaan sudah bersih.

Malah sampah-sampah yang dibuang di hujung koridor juga sudah diangkut, sehari selepas kehadiran pihak berkuasa dan pemimpin politik.

Inikah budaya masyarakat kita, tunggu sehingga nyawa melayang, baru masing-masing akan membuka mata?



Source link

read more

TUN M SINDIR AZMIN, LAYAK TAPI TAK DIPILIH!!! ~ SEMUT HITAM


Ada kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, tapi kenapa nama dia tidak dipilih? Itu persoalan yang terselindung disebalik kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap Azmin.

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Tun Mahathir mendakwa Si Azmin Ali tu ada kredibiliti, cuma nama dia tidak terpilih dalam proses pemilihan Majlis Presiden Pakatan Haprak tu.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, keadaan itu berbeza dengan dirinya yang dianggap tidak mempunyai kredibiliti namun masih lagi dicalonkan oleh puak Pakatan Haprak.

“Sudah tentu dia mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri tetapi dia tidak dipilih. Bukan sahaja perlu kredibiliti, tetapi mesti juga dipilih. 

“Berbeza dengan saya yang tidak mempunyai kredibiliti tetapi mereka memilih saya,” katanya.

Dari satu sudut, kenyataan itu seolah – olah memberikan gambaran bahawa Si Azmin Ali tu tidak menjadi pilihan dikalangan pemimpin Pakatan walaupun dia mempunyai kelayakan yang diperlukan.

Sebagai rekod, nama Azmin menjadi buruk apabila dia merampas jawatan Menteri Besar Selangor daripada Wan Azizah dan seterusnya menggagalkan perlaksanaan agenda Langkah Kajang.

Tindakan Azmin itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan dari kalangan pemimpin PKR yang menyokong Wan Azizah. Malah ia juga mewujudkan ketegangan didalam parti DAPigs sendiri.

Majlis Presiden Pakatan sebelum ini mahu menggandingkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Sementara mereka, manakala Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Timbalannya.

PKR Selangor, yang dipengerusikan oleh Azmin, sebelum ini membantah dan mengkritik secara terbuka terhadap pencalonan Majlis Presiden Pakatan seperti yang telah diumumkan Ahad lepas.

Malah Ketua Wanita PKR mengakui kecewa dengan keputusan tersebut sambil mendakwa Pakatan seolah – olah tidak mampu menamakan calon Perdana Menteri “selepas 20 tahun berjuang”.

Selain Si Zuraida Mak Lampir dan PKR Selangor, anak perempuan kepada mendiang Karpal Singh juga turut mempertikaikan keputusan tersebut an berkata ia akan membawa kepada kelahiran semula “Mahathirisme”. Namun ianya tidak diendahkan!!!




Source link

read more

Orang boleh pertikai persahabatan kami tapi saya yang melaluinya – Erra Fazira



KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengakui terharu dengan keprihatinan peminat dan media yang kerap meluahkan kebimbangan berkenaan hubungannya dengan penyanyi Shahir.

Kata pelakon yang sinonim dengan lakonannya dalam Sembilu. dia memahami kerisauan tersebut memandangkan Shahir kerap dilanda kontroversi dan masalah peribadi.

Pun begitu, kata Erra, sebagai manusia biasa, dia menyerahkan kepada ketentuan takdir yang dia sendiri tidak tahu di mana dan bagaimana penghujungnya.

“Apa yang saya boleh katakan, doakan saja yang terbaik buat saya. Mungkin sekarang kita nampak seseorang individu itu banyak masalah, tetapi di penghujungnya mungkin dia lebih baik daripada mereka yang tidak punya masalah hari ini.

“Saya dengar dan hargai semua nasihat yang diberikan dan dalam masa yang sama, saya minta pada Allah SWT agar diberikan petunjuk serta dipermudahkan perjalanan selepas ini,” kata Erra.

Tambah pelakon yang diberi jolokan primadona filem Melayu itu lagi, senang untuk orang luar mempertikaikan mengapa dia masih memilih untuk meneruskan hubungan dengan Shahir, namun hanya dirinya yang melalui kehidupan itu lebih tahu hakikat sebenar.

“Orang cakap saya sepatutnya kahwin dengan orang seperti ini, seperti itu. Senanglah hidup jika situasinya begitu.

“Tetapi kehidupan tidak semudah kita bercakap. Ini cabaran dalam hidup saya dan saya hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik,” jelasnya.

Mengakui masih berhubung baik dengan Shahir yang dicungkil bakatnya melalui program realiti, Akademi Fantasia itu, Erra menafikan dakwaan yang beliau bakal mendirikan rumah tangga Mac ini.

“Tiada perancangan kahwin buat masa ini. Tahun ini, perancangan saya ialah fokus kepada kerja.

“Tapi tidaklah sampai saya menolak jodoh. Kalau Tuhan kata saya kahwin tahun ini, saya terima ketentuan itu,” tambahnya.

Erra ditemui pada majlis santai bersama media di pejabat pengurusannya, Mindorder Management, di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya tentang keputusannya memilih bernaung di bawah syarikat itu selepas lebih 20 tahun menguruskan kerjaya sendiri, kata Erra, ia bertitik tolak daripada kepercayaannya kepada syarikat tersebut.

“Saya menghargai bantuan dari pelbagai pihak dalam menguruskan kerjaya saya selama ini. Tapi sudah tiba masanya saya serahkan urusan itu kepada mereka yang profesional.

“Saya akui seorang artis memang memerlukan syarikat pengurusan yang berkredibiliti kerana ia bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan karier tetapi juga boleh membantu mengembangkan lagi potensi,” ujar Erra.

Bagi Pengarah Urusan Mindorder, Murshid Eunos, mereka berbesar hati menerima kehadiran Erra dan sudah pun merangka pelbagai pelan strategik untuk kerjaya ibu tunggal beranak satu berusia 44 tahun itu.

“Insya Allah, kami mahu membuat penjenamaan semula nama Erra Fazira sebagai primadona filem Melayu tahun ini,” kata Murshid.

Saluran 501 Awani turut membuat lintas langsung sidang media khas itu di Facebook 501 Awani.



Source link

read more

Tiada Istilah “Abang Besar” Kata DAP! PAN Merayu-rayu Minta tambah kerusi Tapi diberi Amaran Keras!!


 

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke baru-baru ini memberi jaminan tiada parti pembangkang yang akan mendominasi parti lain dalam Pakatan Harapan. Baca di sini. Kata Anthony Loke,

Dalam Pakatan Harapan tidak ada soal abang sulung atau pun adik bongsu, tak ada siapa yang lebih besar dalam Pakatan. Kami bukan BN 2.0. Dalam BN semua tahu parti paling dominan adalah UMNO, kita tak berniat meniru pendekatan BN.

Hari ini, apabila parti PAN memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, Setiausaha Agong Parti DAP sudah memberi amaran. Kata Joseph Lim Guan Eng, dipetik Berita Harian, di sini,

Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut. Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas.

Taukeh sudah marah, khadam ikut sajalah. Kesian PAN di anak tirikan sedangkan mereka lah paling banyak berkorban sehingga sanggup derhaka pada Tok Guru dan Ulamak PAS hanya kerana kuasa. Mungkin ini balasan Allah SWT di dunia.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons