KDN tidak lulus tayangan filem Padmaavat di Malaysia



KUALA LUMPUR: Filem ‘Padmaavat’ tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai elemen menyentuh sensitiviti agama Islam, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat’ atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.

Keputusan LPF itu turut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Januari lepas berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem itu untuk mempertimbangkan keputusan tapisan filem tersebut, katanya.

“JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan – TUT),” kata KDN.



Source link

read more

Tayangan Wonder Woman 2 diawalkan



KUALA LUMPUR: Berita gembira buat peminat Wonder Woman. Tayangan perdana sekuel filem adiwira lakonan Gal Gadot itu Wonder Woman 2 yang sepatutnya 13 Disember 2019 dijadualkan semula kepada 1 November 2019.

Perkara ini dimaklumkan Warner Bros. Pictures menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Jika mengikut tarikh asal Wonder Woman 2 terpaksa bersaing dengan “Star Wars: Episode IX” arahan JJ Abrams yang turut menukar tarikh tayangannya dari May 2019 kepada 20 Disember 2019.

Satu-satunya filem bajet besar yang bakal menjadi saingan Wonder Woman 2 pada tarikh itu nanti adalah filem ke-25 James Bond yang dijadual ditayangkan pada 8 November 2019.

Selain Gal Gadot selaku tarikan utara Wonder Woman 2 turut mengekalkan Patty Jenkins selaku sutradara yang turut berperanan sebagai penulis skrip bersama Dave Callaham dan Geoff Johns.

Filem pertama Wonder Woman yang ditayangkan tahun ini berjaya mencatat kutipan global berjumlah AS$821 juta.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons