SonarPen – Stylus Mampu Milik Dengan Sokongan Mengesan Tekanan Untuk Peranti iOS – Amanz


Stylus mungkin dibenci oleh Steve Jobs semasa melancarkan iPhone sebelas tahun yang lalu. Tetapi hakikatnya jari manusia masih belum cukup sempurna untuk menggantikan stylus terutamanya jika ingin melakukan lakaran terperinci. Oleh itu Apple Pencil dilancarkan tetapi stylus dengan kemampuan mengesan tekanan ini dijual pada harga yang tidak mampu milik dan hanya boleh digunakan dengan iPad Pro.

Bagi mereka yang mencari stylus dengan sokongan mengesan tekanan yang mampu milik, SonarPen telah dihasilkan. Stylus ini juga boleh digunakan pada kesemua peranti iOS seperti iPad generasi lama dan iPhone.

Keunikan SonarPen ialah ia menggunakan gelombang bunyi untuk mengubah pergerakan stylus menjadi gambar pada skrin. Ia disambungkan terus kepada bicu audio. Pada peranti tanpa bicu audio, penyesuai Lighthing kepada bicu audio sedia ada boleh digunakan. Buat masa ini hanya aplikasi ZenBrush 2 dan GoodNotes menyokong fungsi mengesan tekanan pada SonarPen.

SonarPen sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dimiliki pada harga HKD 195 (~RM 97). Ini menjadikannya stylus dengan sokongan tekanan paling mampu milik untuk peranti iOS buat masa ini.



Source link

read more

Isu hamba seks WWII Jepun terus beri tekanan maksimum terhadap Korea Utara



TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk mengekalkan tekanan maksimum ke atas Korea Utara bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Abe pada Selasa berkata beliau mengesahkan dengan Moon, perjanjian kedua-dua negara mengenai hamba seks perang pada zaman Perang Dunia Kedua adalah muktamad.

“Kami mengesahkan bahawa kesepakatan mengenai isu hamba seks perang pada Perang Dunia Kedua adalah muktamad dan tidak akan diubah,” kata Abe yang memberi maklum di Parlimen.

Abe berbincang mengenai isu berkenaan ketika bertemu dengan Moon sewaktu upacara pembukaan Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan.



Source link

read more

Kurangkan tekanan pendidikan dan pembelajaran bukan berasaskan peperiksaan


TINGGAL kurang 24 jam lagi, debaran lebih 440 ribu calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR 2016 bakal berakhir. Ikut tradisinya, pencapaian calon dinilai berdasarkan kepada berapa ‘A’ yang mereka peroleh.

Berbanggalah calon, guru dan pentadbiran sekolah jika ramai yang berjaya melakar keputusan cemerlang. Apatah lagi ibu bapa, pasti kembang kempis hidung dan tersenyum lebar. Maka murid yang cemerlang dirai.

Inilah senario yang biasa dilihat setiap kali keputusan peperiksaan dikeluarkan. Selain itu, perbandingan pencapaian antara sekolah dan negeri juga menjadi agenda utama. Ia seolah satu-satunya kayu pengukur kepada kecemerlangan sekolah dan jabatan pendidikan negeri.

Bagaimanapun, kebiasaan ini mungkin berakhir. Tiada lagi umum pelajar cemerlang, tiada lagi sambutan majlis khas meraikan mereka. Kesungguhan untuk menukar tradisi itu ditunjukkan sendiri oleh dua orang kuat Kementerian Pendidikan.

Hujung minggu lepas, Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid keluarkan kenyataan melalui platfom media sosialnya meminta pihak sekolah tidak mengadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang. Katanya, tidak mahu membebankan guru semata-mata meraikan sebilangan kecil pelajar dan majoriti yang lain hanya memerhatikan sahaja.

Tambah Mahdzir, UPSR hanya langkah pertama mereka meneroka dunia.

Selepas itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin pula memberitahu pengumuman pada Khamis ini bukan mengenai UPSR semata-mata. Sebaliknya, yang diumumkan nanti ialah Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)- satu rekod penilaian setiap murid yang holistik.

Umumnya, PPSR merangkumi 4 elemen penilaian.

Ia adalah keputusan pencapaian akademik melalui UPSR, pentaksiran bilik darjah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. 

Laporan Pentaksiran Sekolah

PPSR bersifat menyeluruh kerana ia bukan sahaja menilai tahap akademik murid, malah perihal fizikal, intelektual dan interpersonal turut ditaksir.

Jangan terkejut, kerana yang turut dimaklumkan kepada ibu bapa ialah Indeks Jisim Badan (BMI) anak mereka.

Bermakna, apa yang bakal disajikan kepada ibu bapa nanti ialah laporan mengenai kedudukan akademik dan keperibadian serta kecenderungan anak mereka. Maklumat itulah nanti boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa merancang arah tuju pendidikan anak mereka. 

Falsafah disebalik pelaksanaan PPSR ini ialah ‘memanusiakan’ murid hingga mencapai tahap penguasaan minimum.

Ini kerana setiap pelajar adalah unik dan sepatutnya mereka tidak boleh dinilai berdasarkan kecemerlangan sahaja. Paling utama yang harus diberi tumpuan ialah pencapaian murid sebagai seorang insan. Sementara itu, kementerian yakin melalui kaedah pentaksiran ini pembelajaran di sekolah lebih seronok.

Diharapkan PPSR ini nanti menjadi langkah kanan cara baru kita menilai murid selepas 6 tahun berada dalam sistem pendidikan negara.

Namun, yang menjadi tanda tanya nanti ialah bagaimana pencapaian sekolah dan guru yang mengajar pula dinilai? Adakah Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) masih jadi indeks prestasi mereka?

Mungkin esok boleh dijawab Ketua Pengarah Pelajaran.


* Ali Alimin merupakan seorang penerbit kanan dan pengarang kanan di Astro AWANI (Saluran 501).

* Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons