Tembak alat sulit tanpanya mereka tidak berguna – Duterte



ADA persamaan ketara antara Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Donald Trump. Kerap keluarkan kenyataan  kontroversi dan gemar menjadikan wanita bahan perlecehan.

Terbaharu pemimpin berusia 72 tahun itu dilaporkan mengarahkan tentera yang ditugaskan memerangi pemberontak agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.

Memetik laporan portal akhbar Metro UK, Duterte mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.

“Beritahu askar. Ini arahan baharu daripada datuk bandar. Kami tidak akan bunuh kamu. Kami hanya akan tembak alat sulit kamu kerana tanpanya kamu tidak berguna,” kata Duterte disambut gelak tawa hadirin.

Dalam ucapannya Duterte turut mengkritik penglibatan wanita dalam kumpulan pemberontak Tentera Rakyat Baharu (NPA). Katanya kepada tentera jangan ambil peduli lelaki atau wanita, tembak sahaja mereka.

“Kita ada pil percuma. Kenapa kamu lahirkan sehingga enam ke tujuh orang anak sedangkan kamu anggota NPA? Kemudian kamu pergi berperang dan meninggalkan keluarga,” kecam Duterte.

Duterte sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina kaum hawa masuk membuat lawak berunsur lucah mengenai Miss Universe.

Paling kontroversi bekas Datuk Bandar Davao City itu juga pernah memberi kebenaran kepada tentera Filipina untuk memperkosa sehingga tiga orang wanita ketika di zon konflik tanpa dikenakan sebarang hukuman.



Source link

read more

Tembak jatuh pesawat Israel provokasi terbesar sejak perang 1982 – Rejim


BAITULMAQDIS: Tentera rejim Israel menganggap tindakan menembak jatuh sebuah pesawatnya oleh Syria pada Sabtu sebagai satu provokasi yang disifatkan sebagai satu ‘serangan paling signifikan’ oleh pihak lawan sejak Perang Lubnan 1982.

Maklum seorang pegawai kanan tentera rejim, Jeneral Tomer Bar, pesawat jenis F-16 terbabit ditembak jatuh sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim melancarkan beberapa serangan di Syria susulan aporan kononnya sebuah dron milik Iran telah dihantar  ke wilayah Israel.

“Serangan sebagai tindak balas gelombang kedua serangan yang mensasarkan tentera Syria dan Iran yang beroperasi di negara itu (Syria),” katanya.

Dua juruterbang berjaya menyelamat diri selepas melonjakkan diri menerusi kerusi anjal sebelum pesawat terhempas di utara Israel.

Antara serpihan peluru yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat pejuang F-16 tentera Syria. - Foto: REUTERS

Bagaimanapun mereka mengalami kecederaan dengan salah seorangnya dilaporkan kritikal.

Kumpulan Hezbollah yang disokong Iran berkata, tindakan menjatuhkan pesawat itu merupakan “permulaan fasa strategik baru” yang akan menghalang keupayaan Israel menceroboh ruang udara Syria.

Penglibatan Iran di Syria adalah untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara yang hampir tujuh tahun berlarutan.

Kanak-kanak di Quneitra, Syria melihat serpihan peluru bepandu yang digunakan untuk menyerang F-16. - FOTO: REUTERS

Sementara itu dalam reaksi segeranya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bergegas ke ibu pejabat tentera di Tel Aviv dan berkata rejim tekad untuk membalas tindakan itu.

“Israel mencari keamanan tetapi kami akan terus mempertahankan diri dengan tegas terhadap sebarang serangan terhadap kami atau sebarang cubaan oleh Iran untuk menentang kami di Syria,” ujar Netanyahu dalam kenyataan menerusi televisyen.

Rusia yang mula campur tangan dengan berpihak kepada rejim Presiden Syria Bashar Assad pada 2015, menyatakan kebimbangannya dengan perkembangan terbaharu ini dan menggesa kedua-dua pihak untuk mengekalkan keamanan dan mengelakkan peningkatan serangan.



Source link

read more

Remaja 12 tahun tembak rakan sekolah



LOS ANGELES: Dua pelajar cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah di Los Angeles.

Mangsa cedera, dikenal pasti seorang remaja lelaki 15 tahun, terkena tembakan di kepala kini kritikal namun stabil.

Seorang lagi mangsa cedera terkena peluru di pergelangan tangan.

Insiden turut menyebabkan tiga yang lain, berusia 11 ke 30 tahun cedera ringan.

Suspek penyerang, remaja perempuan dipercayai berusia 12 tahun berjaya ditahan polis sejurus kejadian.

Turut ditemukan, senjata yang digunakan.

Ketua Polis Los Angeles Steve Zipperman memaklumkan sekolah berkenaan ditutup untuk pemeriksaan namun dibuka semula selepas diisytiharkan selamat.



Source link

read more

Lima maut dalam kejadian tembak menembak di Pennsylvania



MELCROFT: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan seorang cedera dalam kejadian tembak menembak di kedai cuci kereta di Pennsylvania awal pagi Ahad.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi waktu tempatan di kedai cuci kereta di Melcroft yang terletak kira-kira 89 kilometer tenggara Pittsburgh.

Setakat ini, mangsa dikenal pasti terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.

Polis masih sedang memastikan sama ada suspek yang bertanggungjawab adalah antara yang ditemui di tempat kejadian.

Motif kejadian masih dalam siasatan.



Source link

read more

Salah tembak Polis Pakistan siasat dakwaan suspek rogol bunuh masih bebas


KASUR: Pihak berkuasa Pakistan akan menyiasat tuduhan yang mendakwa polis telah tersilap menembak mati seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang kanak-kanak.

Polis telah menembak seorang bernama Mudasir, yang dituduh membunuh Iman Fatima, 5 tahun, pada Februari 2017, mengatakan dia sebelum itu cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan pihak BBC Newsnight mendapati, pembunuh sebenar Iman didakwa masih bebas.

Selama setahun, Mudasir disangka sebagai suspek bunh dan rogol

Ujian DNA menunjukkan, Iman dibunuh oleh lelaki yang sama yang disyaki membunuh seorang kanak-kanak lain, Zainab Ansari, awal bulan ini di bandar ini.

Kes Zainab, kanak-kanak berusia enam tahun yang dirogol dan dibunuh, mencetuskan kemarahan dan protes di seluruh Pakistan.

Pasukan polis yang menyiasat kes Zainab mendapati, DNA yang dijumpai sepadan dengan tujuh lagi serangan membabitkan anak gadis di bandar sama.

Daripada tujuh mangsa itu, empat termasuk Iman, dibunuh.

Sebelum ini, polis dan keluarga Iman menganggap kes tersebut telah selesai, bagaimanapun, terkini, keluarganya mula percaya yang pembunuh sebenar masih bebas sementara Mudasir tidak bersalah.



Source link

read more

Dituduh upah pembunuh tembak Roslan Shah Ifa Raziah buat laporan polis


ARTIS versatil, Ifa Raziah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas didakwa mengupah pembunuh upahan untuk menembak Roslan Shah.

Ifa ketika ditemui berkata, dia dan suami terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada polis Johor Bahru yang memaklumkan tentang satu laporan polis telah dibuat oleh Roslan terhadapnya.

“Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir tetapi nampaknya dia (Roslan) bertindak semakin melampau apabila menuduh saya sebagai penjenayah.

“Dalam laporan Roslan, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembaknya. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah!.

“Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini?

“Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu peguam Ifa, Thalia Rohaina berkata, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya.

“Buat masa ini anak guam saya tidak ada masalah memberikan kerjasama untuk siasatan.

“Pihak kami juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi membersihkan nama anak guam saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa memberitahu sudah membawa perkara tersebut ke pengetahuan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Karyawan mengenai perkara tersebut.

“Esok, presiden Seniman dan Karyawan akan berada di IPD sentul bersama saya memberi kenyataan kepada pihak polis.

“Mereka (Seniman dan Karyawan) juga akan menyiasat serta meneliti perkara ini supaya tidak berulang kepada artis lain,” katanya.

Tambah Ifa, pihak polis dari Johor akan datang ke Kuala Lumpur pada hari ini untuk mengambil keterangan daripadanya.



Source link

read more

Tentera Mesir tembak mati nelayan Palestin – Luar Negara


GAZA CITY 13 Jan. – Seorang nelayan warga Palestin ditembak mati oleh tentera Mesir dalam satu kejadian, hari ini.

Menurut sumber perubatan di sini, mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Zeidan, 33, dari kem pelarian Shati ditembak di bahagian dada oleh tentera Mesir berhampiran sempadan laut Palestin dengan Mesir.

“Selepas ditembak, mangsa kemudiannya dibawa ke hsopital namun dia meninggal dunia awal pagi ini.

“Kami sudah menghubungi pihak berkuasa Mesir untuk menyiasat kejadian tersebut dan memberi penjelasan mengapa mangsa ditembak,” jelas sumber tersebut. – AFP



Source link

read more

Bekas pemandu Steven Spielberg tembak isteri dua anak sebelum bunuh diri



Seorang lelaki menembak mati isteri dan dua anaknya sebelum membunuh diri di kediaman mereka di California.

Suspek Michael Birnkrant, 51 tahun, dipercayai menembak mati isterinya Amy Birnkrant, 47 tahun, dan dua anak mereka Drew, 20 tahun, dan Sean, 11 tahun.

Polis Los Angeles menjumpai empat mayat di lokasi kejadian pada Jumaat selepas dihubungi jiran keluarga tersebut.

Menurut polis, keempat-empat mayat tersebut ditemukan cedera di bahagian dada di bilik berasingan di rumah mereka.

Polis menjumpai sepucuk pistol berhampiran mayat Michael.

Portal New York Daily News melaporkan Michael pernah menjadi pemandu peribadi selebriti ternama Hollywood, antaranya Steven Spielberg and J.J. Abrams.

Selain itu, dia juga terlibat sebagai pemandu di set penggambaran filem “Mission: Impossible III” dan “Little Fockers.”



Source link

read more

Askar tembak mati wanita hamil lima bulan kerana berebut daging babi



CARACAS: Pihak berkuasa Venezuela menahan askar Pengawal Kebangsaan hujung minggu lalu atas tuduhan menembak seorang wanita berusia 18 tahun yang sedang hamil dalam insiden yang digambarkan media tempatan sebagai ‘pergaduhan yang tercetus kerana kekurangan bekalan daging babi’.

Alexandra Colopoy yang hamil lima bulan, ditembak mati oleh Sarjan Pertama David Rebolledo, menurut satu tweet oleh pendakwa raya negeri pada Ahad. Tiada maklumat lanjut diberikan, tetapi pengkritik kerajaan berhaluan kiri menggelarkan kejadian itu sebagai satu contoh yang jelas kepada krisis ekonomi meruncing yang dialami negara berkenaan.

Media tempatan melaporkan suami Colopoy dan beberapa orang lagi saksi memberitahu sepasukan askar tiba di kawasan miskin di Caracas itu untuk membeli daging babi, dalam keadaan mabuk.

“Rebolledo ‘naik gila’ dan mula melepaskan tembakan. Isteri dan abang saya ditembak, tetapi abang saya selamat dan sedang dirawat,” kata suami Colopoy, Bernabé dalam satu temuramah yang kini rancak dikongsi di laman sosial.

Pendakwaraya Tarek Saab mengutuk insiden itu.

“Venezuela menjamin kehormatan dan amalan hak asasi manusia, serta hukuman bagi mereka yang melanggarnya,” katanya.

Rusuhan akibat kekurangan bekalan makanan, khususnya di hadapan pasar raya semakin kerap berlaku di Venezuela. Negara itu mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk sejak empat tahun lalu. Berjuta-juta penduduk tidak menerima kenaikan gaji yang banyak menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan yang cukup.



Source link

read more

Lelaki tembak diri sendiri selepas tembak dua rakan sekerja



CALIFORNIA: Seorang lelaki menembak dirinya sendiri selepas menembak dua rakan sekerjanya di sebuah pejabat peguam di California Selatan.

Polis Long Beach mengesahkan suspek dan seorang mangsa maut ditempat kejadian manakala seorang lagi bergegas ke hospital sambil menggunakan kenderaan sendiri.

Mangsa cedera terbabit kini dalam keadaan stabil.

Melalui rakaman video amatur menunjukkan orang ramai yang berada di bangunan terbabit bergegas keluar sejurus mendengar bunyi tembakan yang berlaku sekitar jam 2.25 petang Jumaat.

Hasil pemeriksaan lanjut di bangunan terbabit mendapati tiada mangsa lain yang terlibat.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai keganasan di tempat kerja melibatkan senjata api dan polis masih menjalankan siasatan berhubung motif sebenar serangan dilakukan suspek.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons