Uber Ingin Mengkomersialkan Teksi-Terbang Dalam Tempoh 5-10 Tahun – Amanz


Uber merupakan salah satu syarikat yang tidak merahsiakan perancangan mereka dalam arena kereta-terbang. Mereka sebelum ini telah berkongsi perancangan untuknya, selain turut telah mengumumkan kerjasama dengan pihak NASA untuk membangunkan dan menguji kereta-terbang.

Kini, berkongsi lanjut mengenainya, CEO Uber mengatakan beliau menyasarkan untuk mengkomersialkan penawaran perkhidmatan teksi-terbang Uber Air dalam antara lima ke sepuluh tahun akan datang.

Uber Udara

Sebelum ini sendiri, Uber telah berkongsi perancangan mereka untuk menawarkan perkhidmatan teksi-terbang yang mana akan menjadikan ia sebagai mod pengangkutan yang efisyen kepada pengguna untuk dari satu lokasi ke yang lain dengan pantas.

Selain Uber, beberapa syarikat lain turut melihat kepada arena pengangkutan sama, tetapi masih samar-samar berkaitan dengan bilakah kita boleh melihatnya dan menggunakannya sendiri. Dengan perancangan Uber kini untuk mengkomersialkannya dalam dekad akan datang, ia semestinya menarik untuk melihat pelbagai perkembangan lain dalam arena ini.



Source link

read more

Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan



PRETORIA: Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) memberi tempoh 48 jam untuk Presiden Jacob Zuma meletak jawatan sebagai pemimpin negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti ANC yang berlangsung selama lapan jam.

Presiden ANC, Cyril Ramaphosa menyampaikan keputusan itu secara langsung di sekitar kediaman Zuma berhampiran Bangunan Kesatuan di Pretoria setelah tamat mesyuarat parti berkenaan pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut Ramaphosa, 65 tahun, mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Pretoria itu menyaksikan pengumpulan segala maklumat dan bahan bukti kes rasuah Zuma, dan maklumat tersebut akan disalurkan kepada semua ahli ANC.

Ramaphosa yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, berkata beliau telah berbincang secara langsung dengan Zuma berhubung pemindahan kuasa.

Walaupun kepimpinan tertinggi parti mempunyai kuasa untuk perintahkan presidennya untuk mengundurkan diri sebagai ketua negara, spekulasi media tempatan menyatakan Zuma mungkin akan menolak.

Zuma, 76 tahun, diseru untuk mengakhiri pemerintahannya setahun lebih awal selepas Ramaphosa dipilih sebagai Presiden ANC pada Disember lalu selepas menewaskan Nkosazana Dlamini-Zuma, isteri Jacob.

Ramaphosa sebelum ini berjanji untuk menumpukan fokus usahanya terhadap membanteras rasuah serta memulihkan ekonomi negara.

Sejak menjawat jawatan Presiden pada 2009, Zuma dihantui skandal rasuah. Beliau sedang melawan 783 tuduhan rasuah berkenaan perjanjian senjata yang didakwa diatur oleh kerajaan bernilai 30 bilion rand (RM9.8 bilion) pada akhir 1990-an ketika beliau menjadi timbalan presiden.

Zuma juga mungkin akan berdepan undi tidak percaya di Parlimen nanti. Jika beliau berjaya digulingkan, kesemua ahli Kabinetnya juga perlu meletak jawatan.



Source link

read more

Apple Membuang Aplikasi Telegram Tempoh Hari Kerana Kandungan Pornografi Kanak-Kanak – Amanz


Pada minggu lepas, kita sedia mendengar akan mengenai aplikasi Telegram yang dibuang seketika daripada App Store. Lanjutan daripadanya, kini pihak Apple berkongsi lanjut mengenai hal berkenana, dan mengatakan Telegram dibuang kerana ia didapati melanggar peraturan yang ditetapkan, dan mengandungi kandungan pornografi kanak-kanak padanya.

Melalui komen yang dikeluarkan kepada 9to5Mac, Apple mengatakan mereka telah menerima laporan berkaitan kandungan pada aplikasi berkenaan, dan mengesahkan perkongsian tersebut selepas mengujinya sendiri.

Apple turut mengatakan yang mana mereka telah bekerjasama dengan pembangun aplikasi berkenaan dalam membuang kandungan tersebut, selain pada masa yang sama mengharamkan pengguna berkaitan daripada berkongsi di Telegram.

Selepas pengesahan kembali, Apple telah pun menerbitkan kembali aplikasi tersebut di AppStore.

Apple sekali lagi menekankan yang mana mereka tidak akan sekali-kali membenarkan kandungan tidak sah diedarkan melalui aplikasi di App Store

Dengan komen rasmi daripada Apple ini, semestinya ramai yang akan tertanya-tanya apakah Google turut menerima laporan sama berkaitan perkongsian kandungan tidak sah atau sebaliknya untuk aplikasi Telegram di Google Play Store.



Source link

read more

200 kemalangan dalam tempoh 24 jam



DELNICE: Lebih 200 kemalangan dilaporkan di Croatia dalam tempoh 24 jam gara-gara  salji tebal melanda  kawasan pantai dekat pusat peranginan negara itu sejak Jumaat.

Salji yang turun setinggi lebih tiga kaki itu turut menyebabkan jalan dan lebuh raya menghala ke pusat peranginan berkenaan ditutup.

Selain itu pihak berkuasa turut mengarahkan penduduk tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga ribut salji reda.

Kira-kira 30 kampung di wilayah Rijeka turut bergelap kerana bekalan elektrik terputus.

Ribut salji diikuti angin kuat  membadai kawasan perairan Dalmatian menghasilkan salji setebal hampir lapan inci di sepanjang pantai. 

Jabatan Meterologi mengeluarkan amaran oren dan merah kerana cuaca diramal semakin buruk untuk beberapa hari akan datang.



Source link

read more

India bakal jadi ekonomi kelima terbesar dalam tempoh terdekat



INDIA dijangka menjadi ekonomi kelima terbesar dunia ‘dalam tempoh terdekat’ berbanding tempat ketujuh, kata Menteri Kewangannya Arun Jaitley.

Ketika membentangkan belanjawan negara bagi kewangan 2018-2019 pada Khamis, beliau mengumumkan saiz ekonomi India sebanyak US$ 2.5 trilion.

India dijangka tumbuh tujuh hingga 7.5 peratus pada tahun fiskal April-Mac, berdasarkan unjuran rasmi.

Jaitley berkata pada separuh kedua tahun kewangan semasa 2017-2018, kadar pertumbuhan dijangka antara 7.2 peratus dan 7.5 peratus.

“India mencapai pertumbuhan purata sebanyak 7.5 peratus dalam tiga tahun pertama kerajaan sedia ada, ekonomi India kini bernilai 2.5 trilion dolar – ketujuh terbesar di dunia. India dijangka menjadi ekonomi kelima terbesar tidak lama lagi,” katanya.

Kerajaan mengkaji semula defisit fiskal bagi tahun kewangan 2017-2018 kepada 5.95 trilion rupee (kira-kira US$93.4 bilion) pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Defisit fiskal untuk 2018-2019 diunjur 3.3 peratus daripada KDNK.

Kerajaan yang diketuai Parti Bharatiya Janata (BJP) mengumumkan beberapa cadangan untuk pertumbuhan infrastruktur selain bagi menarik pengundi luar bandar, sebelum pilihan raya umum tahun depan.

Antara cadangan utama ialah menyediakan insurans kesihatan kepada 100 juta keluarga miskin dengan menampung perbelanjaan perubatan sehingga 500,000 rupee setiap isi rumah bagi rawatan.

Bagaimanapun, bajet itu dikritik golongan kelas menengah India yang mengharapkan pelepasan cukai pendapatan.

“Kerajaan telah membuat banyak perubahan positif dalam kadar cukai pendapatan peribadi untuk individu sejak tiga tahun lepas. Oleh itu saya tidak mencadangkan sebarang perubahan dalam struktur kadar cukai pendapatan individu,” kata Jaitley.

Perbelanjaan untuk infrastruktur bagi 2018-2019 meningkat kepada 5.97 trilion rupee berbanding anggaran perbelanjaan 4.94 trilion rupee pada 2017-2018.

Beliau berkata keperluan pelaburan infrastruktur India melibatkat kira-kira US$785 bilion bagi meningkatkan pertumbuhan KDNK, menyambung dan mengintegrasikan negara dengan rangkaian jalan, lapangan terbang, kereta api, pelabuhan dan saluran air pedalaman dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

— BERNAMA



Source link

read more

MH370 dijangka ditemui dalam tempoh beberapa minggu – Pakar



SYARIKAT eksplorasi dasar laut, Ocean Infinity Limited (Ocean Infinity) dijangka menemui serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 dalam tempoh beberapa minggu selepas memulakan pencarian 15 Januari lalu.

Keyakinan itu disuarakan Ahli Oseanografi Australia, David Griffon berasaskan data analisis oseanografi dan penggunaan kapal carian berteknologi yang digunakan Ocean Infinity.

Menurut portal berita United Kingdom, Griffon yang juga ahli Pertubuhan Saintifik dan Kajian Perindustrian Komanwel (CSIRO) menjangkakan Ocean Infinity mampu menemui sesuatu pada bulan pertama pencarian.

“Kerajaan Malaysia memberikan tempoh tiga bulan kepada mereka untuk menyempurnakan pencarian. Kini kita sudah berada pada minggu pertama dalam misi ini dan berharap menerima berita baru dalam tempoh beberapa minggu lagi,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, kerajaan Malaysia memeterai perjanjian dengan Ocean Infinity bagi memulakan pencarian baharu pesawat MH370 yang hilang pada 2014.

BACA: Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370

BACA: Kapal mencari MH370 di selatan Lautan Hindi

TONTON: Misi 90 hari cari MH370 bermula

Ia selepas persetujuan tripartit Malaysia-Australia-China untuk menerima tawaran daripada syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat yang yakin mampu merungkai misteri yang gagal dijawab seluruh dunia selama empat tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett, mereka mempunyai keupayaan peralatan dan aset yang canggih serta pasukan yang berpengalaman luas berhubung penerokaan dasar laut untuk mencari pesawat tersebut di selatan Lautan Hindi.

Misi utamanya mencari bangkai pesawat Boeing 777 tersebut dan/atau dua perakam penerbangannya iaitu Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR)/kotak hitam dalam tempoh 90 hari dalam kawasan lingkungan 25,000 kaki persegi.

Ia atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ atau ‘no cure no fee basis’.

Sekiranya jumpa, jumlah bayaran dipersetujui yang ditanggung kerajaan Malaysia sepenuhnya adalah tertakluk kepada kawasan penemuan: USD20 juta untuk lingkungan 5,000 kilometer persegi, USD30 juta untuk lingkungan 10,000 kilometer persegi seterusnya, USD50 juta untuk lagi 10,000 kilometer persegi dan USD70 juta sekiranya penemuan di kawasan melepasi lingkungan 25,000 kilometer persegi.

Pasukan pencarian akan memaklumkan keluarga dan waris mangsa menerusi mesej teks juga emel bagi perkembangan terkini pencarian di samping menerusi laman web mh370.gov.my/index.php.en/.



Source link

read more

Manifesto Pakatan Harapan hadkan tempoh PM kepada dua penggal


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan bercadang untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata cadangan itu merupakan antara manifesto pakatan pembangkang  sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14.

Gabungan  longgar pembangkang itu akan turut mencadangkan  pelantikan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara mesti melalui Parlimen dahulu dan bukannya lantikan atas nasihat perdana menteri, katanya semasa majlis pelancaran rasmi PPBM Bahagian Setiawangsa di sini pada Ahad.

Sementara itu ketika berucap, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, berkata perjuangan PPBM ialah untuk 30 juta rakyat Malaysia.

“Setiap rakyat berhak memilih pemimpin mereka melalui cara demokrasi. Sekiranya Pakatan Harapan tidak bersatu hati, kita tidak akan mampu bersaing dalam PRU14 akan datang,” katanya.

Pada sidang akhbar selepas pelancaran PPBM Setiwangsa itu, Dr Mahathir berkata beliau telah membuat keputusan untuk hanya bertanding di antara tiga kerusi dicadangkan iaitu Parlimen Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

BACA: Tawaran kerusi Gombak kepada Tun M hanya wayang

“Terima kasih (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) atas pelawaannya untuk saya bertanding di Gombak,” katanya merujuk pelawaan Menteri Besar Selangor yang bersedia memberi laluan kepada Pengerusi PBBM itu bertanding di Parlimen Gombak.

— BERNAMA



Source link

read more

Masalah lalat Kerajaan negeri beri tempoh seminggu


SUNGAI PETANI: Kerajaan Negeri Kedah memberi tempoh seminggu kepada Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Pendang dan agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu lalat di Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang di sini.

Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain menegaskan sekiranya pihak berkaitan gagal bertindak, kerajaan negeri akan campur tangan dalam isu tersebut.

Jelas Tajul, situasi itu menyebabkan pelajar, guru dan kakitangan sekoleh berkenaan dibelenggu masalah lalat yang kritikal serta berpanjangan sejak Jun tahun lalu.

“Kebimbangan kita ialah perkara ini (isu lalat) boleh membawa kepada keracunan makanan khususnya melibatkan penyediaan makanan di kantin.

“Saya sangat berharap jabatan berkaitan khasnya Jabatan Alam Sekitar untuk mengambil tindakan lebih efektif,” kata beliau ketika ditemui Astro AWANI.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan 987 pelajar sekolah berkenaan tertekan dengan masalah lalat.

Keresahan itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Mereka mendakwa pelbagai ikhtiar dijalankan untuk menyelesaikan masalah tersebut namun gagal.



Source link

read more

Tempoh pendaftaran BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini


indexMO, 4/1/2018, KUALA LUMPUR  – Tempoh pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2018)akan dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, permohonan boleh dilakukan dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Selain itu, pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

-UTUSAN



Source link

read more

Visa tamat tempoh lapan sekeluarga enggan pulang ke negara asal



BANGKOK: Kerana takut dibunuh pemerintah Zimbabwe, lapan sekeluarga menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok sebagai rumah kedua selama hampir tiga bulan.

Keluarga itu yang termasuk empat kanak-kanak di bawah usia 11 tahun, tiba di Bangkok pada Mei lalu dan semenjak itu mereka tidak pulang ke Zimbabwe.

Merumitkan lagi keadaan, visa pelancong untuk mereka berada di Thailand telah tamat dan mereka dikenakan denda kerana tinggal lebih masa.

Namun, pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi perlu diberi pujian kerana masih memberikan kebenaran kepada keluarga terbabit.

Mereka pernah cuba mengambil penerbangan ke Sepanyol melalui laluan Ukraine, namun hasrat mereka terbantut berikutan urusan visa dan mereka terpaksa terbang semula ke Bangkok.

Walaupun Zimbabwe kini tidak lagi ditadbir Robert Mugabe, namun mereka mendakwa krisis dalaman masih berlangsung di negara itu dan mereka masih belum bersedia untuk pulang.

Pada sambutan Krismas lalu, seorang pekerja di lapangan terbang terbabit memuat naik gambar bersama beberapa anggota keluarga terbabit di media sosial dengan catatan:

“Selamat Hari Natal kepada Misha, Milan, Eden dan Tanaka, dengan harapan semoga kamu semua dapat pulang ke negara asal dengan selamat.”



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons