Teringat cerita Sembilu peminat tak sabar nak tengok Awie dan Erra



BUAT pertama kalinya primadona negara, Erra Fazira dan penyanyi Datuk Awie bakal muncul sebagai pengacara MeleTOP Selasa ini. Kemunculan Awie dan Erra di program MeleTOP adalah untuk menggantikan tempat Nabil dan Neelofa yang sedang bercuti.
 
Bagaimanapun, peminat sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat gelagat dan interaksi antara Awie dan Erra sejak berita ini mula dihebahkan pada Isnin.
 
Mana mungkin peminat dapat melupakan kisah antara Awie dan Erra yang pernah mengikat tali pertunangan sebelum ini namun jodoh mereka tidak panjang.
 
Yang lebih membuatkan peminat begitu respek dengan kedua-dua bintang popular ini adalah kerana sikap mereka yang cukup sporting dengan mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan persahabatan mereka sehingga ke hari ini.
 



Source link

read more

Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok macam tak percaya – Fizo Omar



PELAKON Fizo Omar akui pengalaman melihat sendiri proses isterinya, Mawar Karim melahirkan cahaya mata pertama mereka sesuatu yang sukar dipercayai.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Fizo berkongsi momen-momen Mawar berada di dalam bilik pembedahan melahirkan bayi perempuannya.

Fizo memberitahu dia tidak dapat menggambarkan perasaannya saat melihat doktor membelah perut isterinya di depan matanya secara langsung.

Ia bagaikan satu magika apabila dia berpeluang melihat anaknya keluar dari perut Mawar selepas empat tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Air mata Fizo terus mengalir selepas melihat doktor mengeluarkan bayinya keluar dari perut isterinya dan terus terpaku dengan keajaiban itu.

Fizo berkata air matanya mengalir deras apabila mendengar bayinya menangis lebih kuat.

Saat yang dinanti-nantikan ketika itu mengazankan zuriatnya sendiri.

Berikut merupakan cerita penuh pengalaman Fizo yang dikongsi:
 

Foto: Instagram Fizo Omar
Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Filem biografi LCW Tengok treler pun dah mengalir air mata – Netizen



KUALA LUMPUR : Siapa yang tidak kenal dengan juara badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah berjaya mengharumkan nama negara ke persada dunia.

Jaguh dunia ini akan muncul dengan filem biografinya buat julung kali dan akan ditayangkan pada suku pertama tahun hadapan.

Ternyata ramai yang menantikan filem itu ditayangkan terutamanya selepas treler pertama ditontonkan menerusi laman Twitter Chong Wei. 

Rata-rata netizen menyuarakan perasaan sukacita dan bangga dengan kemunculan filem tersebut menerusi ruangan komen di laman media sosial.

Filem ‘Rise of The Legend’ arahan Teng Bee itu mengisahkan sepenuhnya mengenai penglibatan awal Chong Wei dalam arena badminton sehingga menjadi jaguh terkemuka dunia.

BACA: Treler pertama filem biografi Datuk Lee Chong Wei keluar

Antara nama besar yang turut membintangi filem ini termasuk Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek yang merupakan jurulatih kepada Chong Wei.



Source link

read more

Tingkatkan kualiti perkhidmatan ni kami tengok bas pun takut- PIBG



KUALA LUMPUR: Benar harga minyak di negara ini tidak menentu dan ditambah pula dengan peningkatan kos operasi, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) sebelum ini ada mencadangkan untuk menaikkan tambang bas sekolah.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Ustaz Mohd Faisal Al-Hafiz Mohd Noor, cadangan itu perlu disesuaikan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan pengusaha bas.

“Boleh kalau mereka nak naikkan, tetapi kena la naik taraf perkhidmatan juga.

“Contohnya, masih ada perkhidmatan bas sekolah ni kalau kita tengok sekarang, bas yang ada tu kita tengok pun takut.

“Mana dengan tiada pembantu pemandu, muatan lebih, tiada penghawa dingin ditambah malah merisikokan pelajar, kenaikan tambang nampaknya tidak berbaloi setakat ni,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini hari ini.

Tambahnya, kalau pengusaha bas memikirkan kos operasi mereka sahaja yang meningkat, bukankah ia juga meningkatkan ‘kos operasi’ anak-anak?

Beliau turut menzahirkan harapannya untuk pihak pengusaha bas sekolah turut memahami cabaran yang turut dihadapi ibubapa kini.

Biarpun senada dengan Mohd Faizal, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Shahpandi Abdul Manan pula mahu cadangan kenaikan antara RM10 hingga RM20 itu dikurangkan.

“Saya berpendapat kenaikan yang dicadangkan itu boleh dikurangkan sikit kita mohonlah mereka kurangkan kepada separuh sahaja,” katanya.

Astro Awani juga cuba mendapatkan respon daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung isu ini.

Tiada respon diberikan pengurusan tertinggi SPAD memandangkan sejak 2016, kawal selia untuk tambang bas sekolah telah dimansuhkan dan setiap kadar yang dikenakan tertakluk kepada persetujuan antara pengusaha bas sekolah dengan ibubapa.

Pengusaha bas sekolah turut diberikan kemudahan subsidi petrol dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai langkah membantu mereka menghadapi kenaikan kos operasi.



Source link

read more

GV4 Enjoy tengok Daddy menari – Aqasha dedah rutin berlatih depan anak



Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Aqasha mendedahkan dia lebih kerap dan selesa berlatih menyanyi dan menari di rumah terutama depan anak-anaknya Alehandra Ahmad, 6, dan Alaena Ayesha, 5, setiap minggu.

Kata Aqasha, anak perempuannya paling banyak mengkritik dan memberikan semangat termasuk menemaninya berlatih setiap kali menjelang hari konsert.

“Anak-anak saya enjoy tengok Daddy mereka di atas pentas. Merekalah paling teruja melihat saya beraksi setiap minggu.

“Malah, saya lebih banyak membiasakan diri menari di hadapan anak-anak saya di rumah dan bertanyakan pandangan mereka.

“Mungkin mereka pun ada sudut pandangan seni tersendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Aqasha memberitahu kebanyakan sesi latihannya dilakukan di rumah dan masih berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan pelbagai rangka promosi lain GV4.

“Kebanyakan latihan nyanyian dan tarian saya di rumah. Jadi waktu bersama keluarga tidak terjejas pun.

“Cuma, mungkin waktu berkualiti itu sedikit kurang. Itu bukan alasan untuk saya membahagikan masa dengan baik untuk keluarga dan kerjaya saya,” kata Aqasha.

Aqasha bakal menyanyikan lagu Juwita (Datuk M. Nasir) sempena minggu kelima konsert GV4 bertemakan Kaum Kerabat.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV 4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza.
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @theaqasha



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons