Meriam 105mm baharu untuk Tentera Darat – Nasional


KUALA LUMPUR 19 April – Kementerian Pertahanan mengumumkan perolehan 18 buah meriam 105LG1 dari syarikat pertahanan Perancis, Nexter.

Meriam tersebut akan dioperasikan oleh Tentera Darat Malaysia.

Penghantaran pertama sebanyak 6 unit akan dilaksanakan mulai November 2019, dan dijangka diterima sepenuhnya menjelang Februari 2020.

Perjanjian perolehan tersebut ditandatangi sewaktu Pameran Pertahanan dan Perkhidmatan Asia (DSA) 2018, di sini hari ini.

Meriam ini direka untuk kegunaan pasukan gerak cepat, dan mempunyai jarak tembakan sejauh 17km. Selain mampu ditunda kenderaan ringan, ia juga mampu diangkut menggunakan helikopter, dan digugurkan dari udara.

Meriam 105mm iniini dioperasikan oleh lima kru dan mampu menembak 12 peluru setiap minit. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Tentera Rusia dakwa temui makmal senjata kimia di Douma



DOUMA: Stesen televisyen Rusia menyiarkan video tentang penemuan senjata kimia yang didakwa digunakan dalam serangan oleh tentera Rusia di Douma baru-baru ini.

Bercakap kepada stesen RTR, Alexander Rodionov, salah seorang anggota yang bertugas di unit perlindungan senjata berkata, pakar menemui klorin dan komponen utama yang digunakan untuk menghasilkan gas mustard di makmal pemberontak di Douma.

Katanya pada Selasa, bahan-bahan utama yang ditemui di makmal adalah sama dengan gambar yang dikeluarkan oleh pihak aktivis di Syria.

Sebelum ini, pihak aktivis menyalahkan kerajaan Syria di bawah kepimpinan Presiden Bashar al-Assad yang didakwa menjadi dalang utama insiden serangan senjata kimia di Douma, yang meragut puluhan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kejadian ini mendorong Amerika Syarikat, Britain dan Perancis melancarkan serangan udara sebagai tindak balas ke atas tragedi berdarah itu.

Kerajaan Syria dan sekutu kuatnya Rusia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Malah, Moscow melemparkan tuduhan bahawa kumpulan pemberontak di Douma bersekongkol dengan pasukan perisikan British untuk melakukan serangan tersebut.

Britain bagaimanapun menyangkal tuduhan tersebut.



Source link

read more

Veteran tentera usah terpedaya janji palsu


JOHOR BAHRU 16 APRIL 2018.  Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada veteran tentera selepas merasmikan  Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk Veteran Orang Kurang Upaya (OKU), Balu Veteran OKU dan anak-anak Veteran OKU di Dewan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. NSTP/ZAIN AHMED

MO, 16/4/2018, JOHOR BAHRU: Meskipun mengundi adalah hak individu, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan tidak mudah percaya janji kosong pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berharap veteran tentera berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak menyesal pada masa depan.

Katanya, kerajaan yang mentadbir kini adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari kaedah baharu dalam penambahbaikan bantuan untuk veteran dan keluarga.

“Kita perlu berhati-hati. Ibarat kata pepatah rumput di kaki bukit yang jauh nampak lebih hijau berbanding rumput yang kita pijak tetapi keadaan adalah sebaliknya dan mungkin gersang serta ketandusan hujan.

“Gunalah kebijaksanaan ketika mengundi kerana sekiranya tersilap, kita menanggung bahana selama lima tahun dan ketika itu, penyesalan tidak berguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk veteran orang kurang upaya (OKU), balu veteran OKU dan anak veteran OKU di Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Anwar berkata, pihaknya turut menghargai pucuk kepemimpinan negara di peringkat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Kerajaan Pusat sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kebajikan dan sosioekonomi veteran. Ia termasuk pemimpin yang sentiasa meluangkan masa ketika wakil persatuan ingin mengadakan pertemuan,” katanya.



Source link

read more

Dua pemburu miliki senapang buatan sendiri ditangkap tentera – Jenayah


LUNDU 15 April – Pasukan Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) menangkap dua pemburu yang memiliki senapang buatan sendiri di Kampung Kandaie, Biawak di sini tengah malam tadi.

Pegawai Memerintahnya, Leftenan Kolonel Ismahizan Ishak berkata, kedua-dua pemburu tersebut ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya pada pukul 12.20 tengah malam.

Katanya, kedua pemburu itu sedang menunggang motosikal untuk ke hutan bagi memburu.

“Mereka ditahan dan hasil pemeriksaan menemui dua laras senapang patah yang dipercayai buatan sendiri disimpan di dalam guni.

“Selain itu, kita juga menemukan beberapa butir peluru yang diletakkan dalam guni sana,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Lundu untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

8 tentera Mesir, 14 militan terbunuh serangan di Sinai – Nasional


KAHERAH 15 April – Serangan bersenjata dan bom bunuh diri kumpulan militan di sebuah kem tentera di Semenanjung Sinai, semalam mengorbankan sebanyak lapan anggota tentera Mesir manakala 14 orang penyerang turut terbunuh.

Tentera Mesir dalam satu kenyataan berkata, militan itu meletupkan diri di luar kem berkenaan selepas dilarang memasuki premis terbabit oleh pasukan keselamatan.

“Pasukan tentera berjaya menghalang operasi pengganas yang lebih besar,” menurut kenyataan itu. – AFP



Source link

read more

Helikopter tentera Rusia terhempas dua maut



MOSCOW: Sebuah helikopter tentera Rusia terhempas ketika menjalani latihan penerbangan pada waktu malam di Lautan Baltic.

Tentera Rusia dalam kenyataannya menyebut bahawa kejadian berlaku berhampiran kawasan Kaliningrad di antara Poland dan Lithuania pada Khamis, jam 11.30 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua kru helikopter Ka-29 itu maut dalam nahas tersebut.



Source link

read more

Tentera tahan PATI bersama tiga motosikal curi – Jenayah


SERIKIN 13 April – Pasukan Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) berjaya menahan seorang pendatang ssing tanpa izin (PATI) bersama tiga motosikal disyaki dicuri melalui lorong tikus sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, Indonesia di sini, petang semalam.

Jurucakap 13 RAMD berkata, angggaran barangan dalam tangkapan yang dilakukan pada pukul 4 petang itu dianggarkan berjumlah RM 26,000.

“Kita akan terus menjalankan operasi mengawal keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat dari semasa ke semasa,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kapal Rusia tinggalkan pangkalan tentera Tartus – Nasional


MOSCOW 12 April – Kapal perang Rusia telah meninggalkan pangkalan tentera laut Tartus di Syria, lapor agensi berita Interfax memetik seorang ahli Parlimen Rusia.

Vladimir Shamanov yang mengetuai jawatankuasa pertahanan Rusia di dewan rendah Parlimen berkata, kapal-kapal itu telah meninggalkan pangkalan Mediterranean kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Menurut beliau, tindakan tersebut merupakan amalan biasa jika terdapat ancaman serangan.

Dalam pada itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Rusia, Vladimir dilaporkan membincangkan perkembangan terbaharu di Syria dalam satu panggilan telefon dan kedua-dua pemimpin itu turut bersetuju untuk terus berhubung.

Erdogan sebelum itu menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan bertukar pandangan mengenai Syria.-REUTERS



Source link

read more

Lebih 250 terkorban nahas pesawat tentera di Algeria – Luar Negara


ALGIERS 11 April – Lebih 250 orang terkorban dalam kejadian kapal terbang tentera terhempas di pangkalan tentera Boufarik di luar bandar ini pagi ini.

Stesen televisyen swasta Ennahar melaporkan, kapal terbang Ilyushin II-76 itu terhempas semasa hendak berlepas dari lapangan terbang Boufarik.

Setiausaha Agung parti memerintah, Barisan Pembebasan Kebangsaan (FLN), DJamel Ould Abbes berkata, mangsa yang terkorban termasuklah 26 anggota pergerakan pembebasan Western Saharan Polisario.

Beliau bagaimanapun tidak memberi jumlah sebenar mangsa yang terkorban.

Kapal terbang itu dikatakan dalam penerbangan ke Tindouf di selatan Algeria iaitu kawasan kem yang menempatkan pelarian dari wilayah pertikaian Sahara Barat. – Agens



Source link

read more

Pesawat tentera Algeria terhempas lebih 250 dilaporkan terbunuh


ALGIERS: Lebih daripada 250 orang termasuk anggota pergerakan kebebasan Polisario di Sahara Barat dilaporkan terbunuh apabila sebuah pesawat tentera terhempas di sebuah kawasan lapang di pinggir ibu negara Algeria pada Rabu.

Siaran televisyen menunjukkan orang ramai berada di lokasi nahas, dengan bangkai pesawat yang masih terbakar di lapangan terbang Boufarik, di barat daya Algiers.

Kementerian Pertahanan Algeria mengesahkan, pesawat itu dijadual berlepas ke Tindouf, iaitu sebuah kawasan di sempadan Algera-Sahara Barat, namun terhempas di dalam perimeter lapangan terbang tersebut.

Sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan sejumlah 257 orang terkorban dalam nahas itu.

Deretan beg mayat juga dapat dilihat sudah disusun di atas tanah di lokasi berkenaan, dengan latar kepulan asap hitam dilihat berhampiran lebuh raya dan ramai pegawai keselamatan serta orang awam berdiri di seberang tapak kemalangan.

Seorang anggota parti pemerintah Algeria, FLN, memberitahu stesen televisyen Ennahar bahawa antara yang maut termasuk 26 anggota Polisario, iaitu kumpulan sokongan Algeria yang berjuang demi pembebasan Sahara Barat, iaitu wilayah yang juga dimahukan Maghribi sejak sekian lama.

Pesawat tersebut terhempas di dalam perimeter lapangan terbang Boufarik. - AP



Source link

read more