Rusia tuduh Amerika Syarikat dalang pertempuran terbaharu di Syria



DAMSYIK: Rusia mengutuk pertempuran terbaharu di Syria sehingga mengorbankan lebih 100 anggota tentera pro-Syria yang didakwa didalangi pakatan Amerika Syarikat (AS) dan Tentera Demokratik Syria (SDF).

Serangan pada masa sama didakwa tidak mengikut norma undang-undang malah menyifatkan ia sebagai satu pencerobohan.

Sumber ketenteraan AS bagaimanapun mendakwa pertempuran di wilayah Deir al-Zor itu berlaku selepas kira-kira 500 anggota tentera pro-Syria dilengkapi kereta kebal, bom mortar dan sistem pelancar roket menyerang markas utama Tentera SDF.

Pertempuran turut menyaksikan seorang anggota SDF cedera namun tidak membabitkan anggota tentera AS.

Terdahulu agensi berita, Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 180 orang awam terbunuh dalam serangan udara dilancarkan tentera Syria serta Rusia di wilayah Ghouta Timur dan Idlib dalam tempoh 48 jam.

Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) menyifatkan serangan terbaharu sebagai paling buruk di negara itu sejak serangan kimia pada April.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan hampir 12 peratus kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Ghouta Timur menderita kekurangan zat.



Source link

read more

Dua terbunuh dalam serangan udara terbaharu Yaman



SANAA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera dalam serangan udara di Sanaa, Yaman.

Serangan pada Ahad itu mensasarkan ibu pejabat polis yang dikawal pemberontak Houthi.

Menurut saksi, ketika serangan, orang ramai sedang sibuk berurusan termasuk penduduk yang mengemaskini cap jari dan mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar dari bandar itu.

“Kami tidak sedar kehadiran pesawat terbabit, tiba-tiba sahaja ia berlalu dan mensasarkan bangunan tersebut.

“Di dalam bangunan itu terdapat ramai orang yang sedang berurusan dan tiada siapa tahu apa yang berlaku sehingga sekarang.

“Tiada siapa tahu berapa ramai lagi yang cedera atau maut,” jelas saksi kejadian Hussein Al-Ziyadi.

Sementara itu, menurut seorang petugas yang mengalami kecederaan ringan, dia sedang bertugas ketika serangan berlaku.

“Ketika pesawat terbabit melancarkan serangan kami semua sedang sibuk dengan tugas masing-masing,” jelas Abdel Aziz Rageh.

Menurut laporan media tempatan Saba News Agency, tentera pakatan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi dan Amerika Syarikat telah melancarkan 16 serangan udara ke beberapa wilayah sejak 24 jam lalu termasuk serangan di Sanaa.

Selain itu, dua serangan udara dilaporkan berlaku di wilayah Saada dan sekitarnya, manakala dua serangan udara lain dilancarkan di daerah Azhor di sempadan Razeh.

Namun buat masa ini belum ada sebarang maklumat lanjut berhubung bilangan korban nyawa dan mereka yang cedera di dua wilayah terbabit.



Source link

read more

Film Favorit buah tangan terbaharu Sheila on 7



KUALA LUMPUR: Bagi mengubati kerinduan peminat, kumpulan muzik popular Indonesia, Sheila On 7 akan mengeluarkan single terbaharu bertajuk ‘Film Favorit’ pada hujung bulan ini.

Pemain gitar kumpulan itu, Eross Chandra berkata lagu tersebut merupakan hadiah kepada peminat yang terus setia menyokong mereka sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni.

“Menerusi lirik Film Favorit, kami ingin menyampaikan mesej positif kepada para pendengar khususnya anak muda agar terus yakin dan tidak mudah putus asa untuk mencapai impian mereka.

“Tiada perancangan untuk mengeluarkan album dalam masa terdekat namun kami bercadang untuk mengeluarkan tiga atau empat single dalam tahun ini,” katanya pada sidang media sempena konsert ‘Sheila On 7 Live in Kuala Lumpur 2018’ yang turut dihadiri pemain bes kumpulan itu, Adam Subarkah di sini hari ini.

Eross berkata single terbaharu itu juga bakal didendangkan kepada peminat di Malaysia buat pertama kali pada konsert tersebut yang bakal berlangsung pada 10 Feb ini, di StarXpo Centre KWC Fashion Mall.

Katanya, persembahan yang berlangsung selama dua jam itu akan dihangatkan dengan 20 lagu popular mereka yang masih lagi di peringkat pemilihan.

Selain Eross dan Adam, Sheila On 7 yang ditubuhkan pada 1996 turut dianggotai Akhiyat Duta Modjo sebagai vokalis dan Brian Kresno Putro sebagai pemain dram.

Kumpulan yang popular dengan lagu Sephia, Berhenti Berharap dan Melompat Lebih Tinggi itu telah melahirkan lapan buah album bermula pada 1999 sehingga 2014. — Bernama



Source link

read more

Sekurang-kurangnya 10 terkorban dalam rusuhan terbaharu di Iran



SEKURANG-KURANGNYA 10 orang terbunuh semalam dalam protes antikerajaan Iran yang masuk hari kelima, menurut stesen TV tempatan.

“Dalam kejadian malam tadi, malangnya kira-kira 10 orang terbunuh di beberapa bandar raya di Iran,” katanya.

Sekurang-kurangnya 12 orang telah meninggal dunia sejak protes bermula pada hari Khamis.

Malah, ratusan penunjuk perasaan ditahan dalam rusuhan itu.

Pada Isnin, Presiden Hassan Rouhani berkata protes dan kritikan adalah ‘peluang’ serta bukan satu ancaman.

Beliau berkata semua pihak perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ekonomi.

“Negara kita akan menangani tunjuk perasaan kumpulan minoriti yang membawa slogan terhadap undang-undang dan kehendak rakyat, dan menghina kesucian serta nilai-nilai revolusi,” katanya menurut portal BBC news.

Rouhani sebelum ini mengatakan bahawa rakyat bebas membantah, tetapi tidak dengan cara keganasan.

Presiden AS Donald Trump meneruskan perangnya dengan pemimpin Iran pada Isnin dengan memuat naik status twitter bahawa rakyat Iran yang hebat telah ditindas sejak bertahun-tahun, Mereka memerlukan ‘makanan’ dan kebebasan.



Source link

read more

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu antara benua terbaharu oleh DPRK



KUALA LUMPUR: Malaysia kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) kerana terus mengingkari gesaan demi gesaan oleh masyarakat antarabangsa untuk rejim Pyongyang mencari penyelesaian secara aman bagi menangani situasi di Semenanjung Korea.

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam ini berkata pelancaran peluru berpandu balistik antara benua oleh rejim itu hari ini sekali lagi terang-terang mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu berkaitan DPRK, dan seterusnya menjejaskan usaha ke arah perlucutan senjata nuklear dan pembatasan senjata.

“Tindakan provokatif DPRK amat membimbangkan dan hanya memburukkan lagi ketegangan yang telahpun wujud di Semenanjung Korea, dan menjejaskan usaha oleh masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian dan keamanan yang berkekalan di rantau tersebut.

BACA: Korea Utara sekali lagi lancar peluru berpandu balistik

BACA: Pyongyang umum kejayaan uji peluru berpandu balistik Hwasong-15

“Malaysia dengan keras mendesak DPRK supaya menghentikan daripada terus melancarkan peluru berpandu, menggalakkannya untuk meredakan ketegangan, dan kembali kepada dialog dan rundingam damai, demi menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa,” kata Wisma Putra.

— BERNAMA



Source link

read more

Kes Macau Scam terbaharu, guru rugi hampir RM600,000 – Jenayah


KUCHING 27 Nov. – Seorang guru berusia 51 tahun kerugian hampir RM600,000 setelah terpedaya dengan sindiket Macau Scam di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, wanita tersebut telah membuat laporan polis setelah menyedari dia tertipu pada Jumaat lalu.

Katanya, kes itu bermula apabila mangsa menerima pesanan ringkas (sms) memaklumkan dia mempunyai hutang sebanyak RM3,375 pada 16 November lalu.

“Kemudian pada hari sama, dihubungi seorang lelaki dari sebuah institusi kewangan pula memberitahu ada pihak tertentu menggunakan nama mangsa buat pinjaman bank.

“Selepas itu, mangsa diminta menghubungi nombor telefon Bank Negara yang diberikan seterusnya dijawab seorang lelaki memberikan maklumat pinjaman berkenaan,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemudian mangsa akhirnya menerima panggilan seorang lelaki mendakwa mangsa mempunyai kes pengubahan wang haram.

“Menurutnya, jika mangsa hendak selesaikannya dikehendaki mengeluarkan semua wang dalam bank dan dimasukkan ke dalam tiga akaun bank yang diberikan.

“Mangsa telah memasukkan wang keseluruhan berjumlah RM592,630 ke dalam akaun berkenaan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pihak polis juga telah kenal pasti akaun digunakan sindiket itu dan tindakan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bryan Adams tampil dengan album kompilasi hit terbaharu Ultimate



PENYANYI popular era 1990an dari Kanada, Bryan Adams tampil dengan album terbaharu berjudul “Ultimate”.

Koleksi “Ultimate” mengandungi 21 lagu hit sebelum ini, termasuk “Summer of 69” dan “Everything I Do I Do It For You”.

Lebih istimewa, “Ultimate” menampilkan dua lagu baharu “Ultimate Love” dan “Please Stay”.

Bryan Adams dalam satu temu bual berkata hanya selepas “Ultimate” diterbitkan, beliau akan membuat persembahan live dalam jelajahnya di UK pada Mei tahun depan.



Source link

read more

Trilogi terbaharu Star Wars bakal diarahkan oleh pengarah Last Jedi



LOS ANGELES: Pengarah  filem sains fiksyen ‘The Last Jedi’, Rian Johnson akan menulis dan mengarahkan trilogi baru Star Wars, umum Disney hari ini.

Bagaimanapun tiada butiran yang dikongsikan berkenaan projek terbaru itu, tetapi syarikat itu secara jelas menyatakan bahawa ia akan memperkenalkan watak baru dan akan terpisah sepenuhnya dari saga Skywalker.

Trilogi baru ini adalah petanda bahawa Disney sangat gembira dengan hasil kerja Johnson ke atas The Last Jedi, yangbakal  ditayangkan pada 5 Disember ini.

“Kami semua suka bekerja dengan Rian dalam The Last Jedi. Rian bakal melakukan perkara yang luar biasa dengan kanvas kosong trilogi baru ini,” kata Presiden Lucasfilm Kathleen Kennedy, dalam satu kenyataan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons