Separuh pengundi British jangka Theresa May gagal peroleh rundingan terbaik Brexit



LONDON: Separuh daripada pengundi di Britain percaya bahawa Perdana Menteri Theresa May tidak akan berjaya memperoleh hasil rundingan Brexit yang terbaik, menurut tinjauan ORB pada Isnin.

“Masih terdapat banyak kerja yang perlu dilaksanakan untuk meyakinkan rakyat Britain tentang kewibawaan perdana menteri mendapatkan rundingan terbaik untuk United Kingdom,” kata ORB dalam satu kenyataan.

Reuters melaporkan, setahun yang lalu, hanya 35 peratus pengundi percaya May mempunyai kapasiti untuk mendapatkan rundingan Brexit seperti yang diharapkan.

Tinjauan pendapat itu juga menunjukkan pengundi sudah berbelah bahagi, sama ada Britain akan menjadi lebih baik selepas Brexit. Sejumlah 43 peratus berkata ia akan berjaya, manakala 42 peratus lagi beranggapan ia bakal menemui jalan buntu.

Hasil tinjauan pendapat terbaru itu menunjukkan 63 peratus pengundi tidak bersetuju dengan cara kerajaan British menangani rundingan Brexit, satu perangkaan yang lebih rendah berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Apabila ditanya sama ada mengawal imigresen lebih penting daripada memiliki perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah (EU), 47 peratus pengundi berkata mereka tidak bersetuju, meskipun maklum balas itu bersifat tidak tetap sepanjang tinjauan tahun lalu oleh ORB.

ORB mendapatkan hasil tinjauan itu menerusi sejumlah 2,023 pengundi United Kingdom pada 5 hingga 7 Januari.



Source link

read more

Anugerah Golden Globe Si underdog James Franco raih Pelakon Lelaki Terbaik



AKTOR James Franco bukan lagi ‘underdog’ apabila beliau dinamakan Aktor Lelaki Terbaik (Kategori Muzikal dan Komedi) di anugerah berprestij “Golden Globe 2018” di Hollywood hari ini.

Kemenangan Franco meletakkan beliau dalam kategori pelakon yang bakal mendapat penganugerahan dalam anugerah Oscar yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
.
Si kacak Franco yang mencipta nama dalam filem ’27 Hours’ berjaya menambat hati juri sebagai Tommy Wiseau, pelakon Hollywood berwatak misteri dalam filem “The Disaster Artist”.

Franco mengalahkan beberapa nama besar termasuk Hugh Jackman dan Steve Carrell.

BACA: Filem mana bakal ungguli anugerah ‘The Golden Globe 2018’?

BACA: Golden Globe: ‘The Shape of Water’ terima tujuh pencalonan

Lihat senarai penuh pemenang di bawah;

Filem Terbaik – Drama:
“Call Me by Your Name”
“Dunkirk”
“The Post”
“The Shape of Water”
“Three Billboards Outside Ebbing, Missouri” *MENANG

Filem Terbaik – Komedi atau Musikal:
“The Disaster Artist”
“Get Out”
“The Greatest Showman”
“I, Tonya”
“Lady Bird” * MENANG

Filem Animasi Terbaik:
Boss Baby”
“The Breadwinner”
“Coco” *MENANG
“Ferdinand”
“Loving Vincent”

Aktor Terbaik bagi Filem – Drama:
Timothée Chalamet, “Call Me by Your Name”
Daniel Day-Lewis, “Phantom Thread”
Tom Hanks, “The Post”
Gary Oldman, “Darkest Hour” * MENANG
Denzel Washington, “Roman J. Israel, Esq.”

Aktres Terbaik bagi Filem – Drama:
Chastain, “Molly’s Game”
Sally Hawkins, “The Shape of Water”
Frances McDormand, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri” *MENANG
Meryl Streep, “The Post”
Michelle Williams, “All the Money in the World”

Aktor Terbaik bagi Filem – Komedi atau Musikal:
Steve Carell, “Battle of the Sexes”
Ansel Elgort, “Baby Driver”
James Franco, “The Disaster Artist” * MENANG
Hugh Jackman, “The Greatest Showman”
Daniel Kaluuya, “Get Out”

Aktres Terbaik bagi Filem – Komedi atau Musikal:
Judi Dench, “Victoria & Abdul”
Helen Mirren, “The Leisure Seeker”
Margot Robbie, “I, Tonya”
Saoirse Ronan, “Lady Bird” *MENANG
Emma Stone, “Battle of the Sexes”

Pembantu Aktor Terbaik bagi Filem:
Willem Dafoe, “The Florida Project”
Armie Hammer, “Call Me by Your Name”
Richard Jenkins, “The Shape of Water”
Christopher Plummer, “All the Money in the World”
Sam Rockwell, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri” *MENANG

Pembantu Aktres Terbaik bagi Filem:
Mary J. Blige, “Mudbound”
Hong Chau, “Downsizing”
Allison Janney, “I, Tonya” *MENANG
Laurie Metcalf, “Lady Bird”
Octavia Spencer, “The Shape of Water”

Pengarah Terbaik – Filem:
Guillermo del Toro, “The Shape of Water” * MENANG
Martin McDonagh, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Christopher Nolan, “Dunkirk”
Ridley Scott, “All The Money in the World”
Steven Spielberg, “The Post”

Lakon Layar Terbaik – Filem:
Guillermo Del Toro, Vanessa Taylor, “The Shape of Water”
Greta Gerwig, “Lady Bird”
Liz Hannah, Josh Singer, “The Post”
Martin McDonagh, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri” * MENANG
Aaron Sorkin, “Molly’s Game”

Skor Asal – Filem:
“Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
“The Shape of Water” * MENANG
“Phantom Thread”
“The Post”
“Dunkirk”

Lagu Asli Terbaik – Filem:
“Home,” “Ferdinand”
“Mighty River,” “Mudbound”
“Remember Me,” “Coco”
“The Star,” “The Star”
“This Is Me,” “The Greatest Showman” *MENANG

Skrin Filem Terbaik:
“The Shape of Water”
“Lady Bird”
“The Post”
“Three Billboards Outside Ebbing, Missouri” *MENANG
“Molly’s Game”

Filem Bahasa Asing Terbaik:
“A Fantastic Woman”
“First They Killed My Father”
“In the Fade” *MENANG
“Loveless”
“The Square”

DRAMA TV 

Drama TV Terbaik:
“The Crown”
“Game of Thrones”
“The Handmaid’s Tale” *MENANG
“Stranger Things”
“This Is Us”

Aktres Terbaik bagi Drama TV:
Caitriona Balfe, “Outlander”
Claire Foy, “The Crown”
Maggie Gyllenhaal, “The Deuce”
Katherine Langford, “13 Reasons Why”
Elisabeth Moss, “The Handmaid’s Tale” *MENANG

Aktor Terbaik bagi Drama TV:
Sterling K. Brown, “This is Us” *MENANG
Freddie Highmore, “The Good Doctor”
Bob Odenkirk, “Better Call Saul”
Liev Schreiber, “Ray Donovan”
Jason Bateman, “Ozark”

Drama TV Terbaik – Komedi atau Muzikal:
“Black-ish”
“Marvelous Mrs. Maisel” *MENANG
“Master of None”
“SMILF”
“Will & Grace”

Aktor Terbaik bagi Drama TV – Komedi atau Muzikal:
Anthony Anderson, “Black-ish”
Aziz Ansari “Master of None” *MENANG
Kevin Bacon, “I Love Dick”
William H. Macy, “Shameless”
Eric McCormack, “Will and Grace”

Aktres Terbaik bagi Drama TV – Komedi atau Muzikal:
Pamela Adlon, “Better Things”
Alison Brie, “Glow”
Issa Rae, “Insecure”
Rachel Brosnahan, “The Marvelous Mrs. Maisel” *MENANG
Frankie Shaw, “SMILF”

Drama Bersiri Terbaik TV:
“Big Little Lies” *MENANG
“Fargo”
“Feud: Bette and Joan”
“The Sinner”
“Top of the Lake: China Girl”

Aktor Terbaik bagi Drama Bersiri TV:
Robert De Niro, “The Wizard of Lies”
Jude Law, “The Young Pope”
Kyle MacLachlan, “Twin Peaks”
Ewan McGregor, “Fargo” *MENANG
Geoffrey Rush, “Genius”

Aktres Terbaik bagi Drama Bersiri TV:
Jessica Biel, “The Sinner”
Nicole Kidman, “Big Little Lies” *MENANG
Jessica Lange, “Feud: Bette and Joan”
Susan Sarandon, “Feud: Bette and Joan”
Reese Witherspoon, “Big Little Lies”

Pembantu Aktor Terbaik bagi Drama TV:
Alfred Molina, “Feud”
Alexander Skarsgard, “Big Little Lies” *MENANG

David Thewlis, “Fargo”
David Harbour, “Stranger Things”
Christian Slater, “Mr. Robot”

Pembantu Aktres Terbaik bagi Drama TV:
Laura Dern, “Big Little Lies” *MENANG
Ann Dowd, “The Handmaid’s Tale”
Chrissy Metz, “This is Us”
Michelle Pfeiffer, “The Wizard of Lies”
Shailene Woodley, “Big Little Lies”



Source link

read more

PRU14 MCA Gerakan tekad raih keputusan terbaik


KUALA LUMPUR: Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama yang dilakukan sebelum ini selain bertekad meraih keputusan terbaik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau sangat positif kedua-dua parti itu akan meraih undi pada PRU14, berdasarkan komitmen padu mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kami telah belajar daripada kesilapan kami pada masa yang lalu, ia adalah kesilapan besar dan kami tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama (pada PRU14),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan MCA-Gerakan bertajuk ‘Teguh Bersama’ di Wisma MCA, di sini pada Sabtu.

Berhubung perhimpunan itu, Liow berkata tidak pernah dalam sejarah MCA dan Gerakan bahawa kedua-dua parti begitu bersemangat tinggi seperti hari ini.

“Kami memberi banyak wajaran kepada rakyat serta kami berharap rakyat akan melihat MCA dan Gerakan adalah serius mengenai masa depan negara kita,” katanya.

Tiong Lai berkata kedua-dua parti akan melancarkan jerayawara Visi Nasional di seluruh negara, untuk menyebarkan maklumat kepada akar umbi menjelang PRU14.

“Jerayawara ini penting untuk rakyat Malaysia kerana kita hendak tonjolkan wawasan dan visi negara kita.

“Kita mahu rakyat faham apa yang kita telah jelmakan..Saya rasa ramai yang tidak faham dan tidak tahu negara mempunyai visi yang cukup baik untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyatakan kepimpinan kedua-dua parti itu mengadakan mesyuarat lebih lima kali sepanjang dua bulan lepas, untuk membincangkan pelbagai isu dan akan membentangkan hasil mesyuarat itu kepada kerajaan.

“Isu-isu ini adalah perkara yang dekat dengan kami dan kami mengambil langkah yang betul,” katanya.

Siew Keong juga menegaskan bahawa perhimpunan itu melakar sejarah dan adalah permulaan baharu bagi kedua-dua parti, Gerakan dan MCA.

“Kita juga telah menyatakan komitmen untuk menolong satu sama lain di semua kawasan pada PRU14,” katanya.

Pada PRU13, MCA hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU 2008. Pada PRU13, MCA bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri.

Gerakan pula hanya mampu memenangi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN sebelum menambah satu lagi kerusi Parlimen di Teluk Intan melalui pilihan raya kecil pada 2014.

— BERNAMA



Source link

read more

Malaysia negara contoh terbaik tangani ekstremisme


PUTRAJAYA 17 NOVEMBER 2017. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. NSTP/ROSELA ISMAIL

MO, 5/1/2018, PUTRAJAYA – Malaysia yang menjadi pelopor kepada konsep Wasatiyyah wajar menjadi contoh terbaik dalam menangani keganasan dan ekstremisme secara holistik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, konsep Wasatiyyah diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil pendekatan keadilan dan keseimbangan dalam memacu keamanan berjaya menyatukan rakyat yang berbeza agama, etnik dan bangsa.

“Dalam menangani keganasan, tidak boleh hanya guna kekerasan, maka perlulah seimbang iaitu daripada segi pelbagai perkara antaranya soal pendidikan dan ekonomi.

“Dalam soal ini, kita dapati Malaysia lebih ke hadapan berbanding negara lain yang mana ada rakyatnya menghadapi pelbagai masalah termasuk kemiskinan dan tidak mendapat peluang pendidikan yang sekali gus menjerumuskan mereka ke kancah ekstremisme,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam Sebagai Alat Kesederhanaan dan Keselamatan: Pendekatan Malaysia’ pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, kejayaan Malaysia dalam membanteras keganasan wajar dipromosikan agar menjadi contoh kepada negara lain sekiranya masyarakat dunia mahu dakyah itu benar-benar ditangani.

“Perkara ini yang perlu dibanggakan rakyat Malaysia kerana kita mempunyai kekuatan tersendiri dalam memelihara keamanan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menempelak dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan ekstremisme dengan Islam.

Katanya, penyebaran ekstremisme tidak mengenal agama tertentu kerana terdapat negara bukan Islam juga berhadapan dengan masalah keganasan dan gerakan radikal.

“Oleh itu di Malaysia, kita melihat konsep ekstremisme dengan lebih luas dengan tidak merelakan dakyah itu menunjangi budaya kita.

“Maka sebab itu, wasatiyyah yang berteraskan kefahaman perlu dipraktikkan ke arah menjadi generasi seimbang bagi mendedahkan bahawa agama tidak perlu dilihat mengikut perspektif tertentu,” katanya.



Source link

read more

Mohamed Salah dinamakan Pemain Terbaik Afrika 2017


ACCRA: Pemain penyerang Liverpool Mohamed Salah dinamakan pemain terbaik Persekutuan Bola sepak Afrika 2017.

Salah menewaskan rakan sepasukannya dalam Liverpool dan pemain sayap dari Senegal, Sadio Mane, manakala penyerang Borrusia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang di tempat ketiga.

Acara penganugerahan berlangsung di ibu negara Ghana, Accra, pada Khamis.

“Ini satu mimpi yang menjadi nyata bagi saya. 2017 ialah tahun yang sukar dipercayai untuk saya, sama ada untuk aksi peringkat kebangsaan bersama Mesir, mahu pun aksi di kelab-kelab.

“Layak ke Piala Dunia selepas 28 tahun dan mengalami musim yang hebat di Roma dan Liverpool merupakan momen istimewa dalam karier saya,” kata Salah pada majlis itu.

Salah merupakan warga Mesir kedua memenangi anugerah itu selepas Mahmoud Al Khatib pada 1983.

Sebelum ini, penyerang Mesir itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik 2017 menerusi satu undian yang dijalankan saluran sukan, ESPN. 

Pemain berusia 25 tahun itu, yang menjaringkan 17 gol dalam Liga Perdana musim ini, membantu Mesir layak ke pusingan akhir Piala Dunia dan Piala Negara Afrika 2017. 

Disember lalu, Salah turut diundi sebagai pemain bola sepak terbaik Afrika, oleh Badan Penyiaran British (BBC).

Beliau menjaringkan 10 gol untuk kelab Roma antara Januari dan Mei 2017 sebelum memeterai kontrak dengan Liveroool ketika musim panas.

Beraksi dengan The Reds, Salah menyumbangkan 24 gol.

Salah turut menjaringkan dua gol untuk Mesir menang 2-1 ketika menentang Republik Congo dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, yang menyaksikan negara itu ke pusingan akhir buat pertama kali sejak 1990.



Source link

read more

Salah diiktiraf pemain Arab terbaik 2017 – Bola Sepak


KAHERAH 2 Jan. – Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah terus mendapat pengiktirafan di atas kecemerlangan prestasinya tahun ini apabila diumumkan pula sebagai Pemain Arab Terbaik 2017.

Selepas ditabal pemain terbaik Afrika oleh BBC sebelum ini, pemilihan Salah, 25, kali ini dibuat oleh kira-kira 100 wartawan daripada beberapa negara Arab menerusi satu proses undian yang dijalankan.

Salah yang mula mencipta nama sejak berhijrah dari AS Roma ke Liverpool dijangka turut menjadi pilihan untuk muncul Pemain Terbaik Afrika anjuran persekutuan bola sepak benua itu dalam satu majlis di Accra, Ghana pada Khamis ini. Bersama Liverpool, dia sudah menjaringkan 17 gol dalam kancah Liga Perdana Inggeris dan 23 gol di semua peringkat pertandingan. – AFP



Source link

read more

Suhaimi Mat Hassan Pengadil Terbaik 2017



PETALING JAYA: Pengadil kebangsaan, Suhaimi Mat Hassan dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik 2017 pada Majlis Makan Malam Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berlangsung di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini, malam tadi.

Pengadil berusia 41 tahun dari Kelantan itu menyifatkan segala usaha dan penat lelahnya selama berbakti dalam dunia bola sepak sebagai pengadil berbaloi.

Beliau berkata, pengiktirafan tersebut membakar semangatnya untuk lebih berusaha bagi meningkatkan mutu pengadilan, seterusnya berharap ia akan menyumbang kepada usaha FAM dalam mengangkat martabat bola sepak negara.

“Ini adalah hari terbaik dan bersejarah dalam hidup saya dan saya sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai Pengadil Terbaik 2017. Saya bersyukur kerana usaha saya selama ini dan sepanjang 2017 akhirnya membuahkan hasil.

“Saya akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi mutu pengadilan serta belajar kerana proses pembelajaran dalam bidang pengadilan tidak akan berakhir. Saya berazam untuk terus menunjukkan prestasi terbaik,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pengadil dari Perak, Mohamad Faizudin Ismail dipilih sebagai Pengadil Lelaki Berpotensi 2017 sementara anugerah Pengadil Wanita Berpotensi 2017 dimenangi Nurul Ain Izzaty Zainal dari Negeri Sembilan.

Majlis makan malam itu adalah bagi meraikan warga pengadil FAM melibatkan pengadil, penilai pengadil serta bekas pengadil, penilai pengadil dan pemimpin pengadil.

— BERNAMA



Source link

read more

Anugerah Pemain Terbaik Afrika bakal milik Salah ? – Bola Sepak


JOHANNESBURG 19 Dis. – Penyerang berbisa Mesir, Mohamed Salah dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Gabon berada dalam senarai tiga calon terakhir penerima anugerah Pemain Terbaik Afrika.

Turut tersenarai rakan sepasukan Salah di Liverpool, Sadio Mane dari Senegal melengkapkan senarai tiga pemain itu yang diumumkan di Ghana bagi calon kategori individu, sempena anugerah tahunan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Salah berpeluang besar untuk memenangi anugerah itu selepas mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan 14 gol.

Pemain berusia 25 tahu itu, juga mencipta jaringan menakjubkan ketika membantu Mesir melangkah ke Piala Dunia 2018 di Russia dan tampil kali pertama di pusingan akhir dalam tempoh 28 tahun.

Penyerang Borussia Dortmund, Aubameyang pula berada dalam senarai penjaring kedua terbanyak di Bundesliga, kurang dua gol berbanding bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Mane juga menjadi nadi penting ketika membantu Senegal melangkah ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 2002.

Penyandang gelaran, Riyad Mahrez dari Algeria yang beraksi untuk Leicester City, tidak berada dalam senarai 30 pemain yang dicalonkan untuk menerima anugerah musim ini.

Jurucakap CAF, Junior Binyam memberitahu kepada AFP, jawatankuasa penganjur memutuskan untuk mengenepikan kategori Pemain Terbaik Berpangkalan di Afrika dan kategori Pengadil Terbaik selepas hanya 10 pemain dan enam pengadil dicalonkan sejak pencalonan ditutup bulan lalu. – AFP

INFO

Pemain Wanita Terbaik – Asisat Oshoala (NGR, Dalian Quanjian/CHN), Chrestina Kgatlana (RSA, UWC Ladies), Gabrielle Aboudi Onguene (CMR, CSKA Moscow/RUS)

Pemain Remaja Terbaik – Krepin Diatta (SEN, Sarpsborg/NOR), Patson Daka (ZAM, Liefering/AUT), Salam Giddou (MLI, Guidars)

Jurulatih Terbaik – Gernot Rohr (NGR), Hector Cuper (EGY), L’Hussein Amoutta (Wydad Casablanca/MAR)

Kelab Terbaik – Al Ahly (EGY), TP Mazembe (COD), Wydad (MAR)

Pasukan Kebangsaan Terbaik – Cameroon, Mesir, Nigeria

Pasukan Kebangsaan Wanita Terbaik: Ghana U-20, Nigeria U-20, Afrika Selatan.



Source link

read more

Gavin Pemain Terbaik Jelajah Asia – Golf


KUALA LUMPUR 18 Dis. – Pemain golf No. 1 Malaysia, Gavin Kyle Green melengkapkan musim 2017 yang menakjubkan dengan dinobat sebagai Pemain Terbaik Jelajah Asia 2017 dalam Malam Anugerah jelajah berkenaan selepas tamatnya Indonesia Masters di Jakarta, malam tadi.

Gavin, yang mencecah usia 24 tahun pada 28 Disember ini meraih pengiktirafan itu melalui proses pengundian oleh rakan pesaingnya selepas mencatat musim cemerlang dengan meraih gelaran Jelajah Asia pertamanya di Taiwan Masters, selain tiga kali menduduki tempat kedua pada Terbuka India, Yeangder Heritage di Taiwan dan Terbuka Shinhan Donghae di Korea Selatan.

Pemain golf terkemuka negara itu meraih musim yang cemerlang apabila muncul pemain Malaysia pertama memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia, sejak Jelajah Asia ditubuhkan pada 2004.

“Ini satu lagi pencapaian dalam karier saya, dan saya akan terus berusaha keras dan meraih lebih banyak kejayaan,” kata Gavin seperti dipetik dalam laman sesawang Jelajah Asia, www.asiantour.com.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain Jelajah Asia yang mengundi saya. Ini adalah kemuncak kejayaan saya musim ini dan ia satu pengiktirafan yang akan saya ingati selama bertahun-tahun akan datang,” katanya.

Lebih manis lagi, beliau juga meraih kategori pukulan paling jauh selepas mencatat purata 287 meter pukulan tee-off.

Pemain muda Amerika Syarikat, Micah Lauren Shin pula menerima anugerah Pemain Muda Terbaik, manakala Terbuka Singapura SMBC dan venue kejohanan berkenaan, Kelab Golf Sentosa, masing-masing memenangi anugerah Kejohanan Golf Terbaik dan Lapangan Golf Terbaik.

Terbuka Shinhan Donghae pula menerima anugerah Penglibatan Penyokong Terbaik buat kali kedua berturut-turut sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif digital dan aktiviti disediakan kepada peminat.

Pemain Amerika Syarikat, Paul Peterson pula meraih anugerah purata pukulan ‘stroke’ terbaik manakala pemain Vietnam, Michael Tran memenangi gelaran ‘Greens in Regulation’ terbaik. – BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons