Bas terbakar 52 penumpang rentung



SEBUAH bas terbakar di kawasan terpencil Kazakhstan pada Khamis mengorbankan 52 penumpang warga Uzbekistan, kata Kementerian Dalam Negeri Kazakhstan.

Bas tersebut dikatakan dipandu di sepanjang jalan di utara-barat wilayah Aktau, Kazakhstan yang menghubungkan Samara ke Shymkent, sebuah bandar di selatan Kazakhstan berdekatan dengan sempadan Uzbekistan.

Arah laluan bas sebelum kejadian belum dapat dikenal pasti namun, bas tersebut seringkali digunakan untuk menghantar pekerja-pekerja asing yang kebiasaannya bekerja di tapak pembinaan sama ada pergi dan pulang dari Rusia.

Dalam kejadian tersebut, lima penumpang berjaya menyelamatkan diri dari kenderaan yang terbakar itu.

Kenyataan turut menyebut kemalangan berlaku pada 10.30 pagi waktu tempatan namun tidak menjelaskan mengenai punca kemalangan.



Source link

read more

Sanchi masih terbakar di Laut China



WALAUPUN selepas seminggu pelanggaran kapal tangki dari Iran, Sanchi dengan kapal China di Laut China Timur, kebakaran pada kapal tangki Iran itu masih belum mampu dipadamkan.

Malah 31 anak kapalnya juga masih belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Rakaman udara yang diambil semalam oleh pasukan SAR dari China menunjukkan 14 kapal yang dikerahkan untuk memadamkan kebakaran kapal tangki tersebut masih bekerja keras melakukan usaha pemadaman.

Sachi membawa hampir satu juta tong Kondesat iaitu sejenis minyak Ultra Ringan yang amat mudah terbakar ketika ia bertembung di laluan tersebut iaitu kira-kira 257 Kilometer dari Laut China.

Usaha mencari baki 31 daripada 32 anak kapal malang itu masih diteruskan selepas satu mayat dipercayai kru kapal tangki tersebut ditemui beberapa hari lalu.



Source link

read more

Kecoh Trump Tower New York terbakar disambar api


NEW YORK: Bangunan terkenal milik Presiden Amerika Syarikat, Trump Tower di New York terbakar pada Isnin menyebabkan puluhan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Jabatan Bomba New York, pihaknya telah menerima laporan kejadian kebakaran di bangunan yang terletak d ikawasan Manhattan itu kira-kira 7 pagi, Isnin waktu tempatan

Kebakaran yang berlaku di tingkat atas bangunan itu bagaimanapun berjaya dikawal dan setakat ini, tiada mangsa yang tercedera dilaporkan.

Jabatan Bomba New York turut memaklumkan, kebakaran dipercayai berpunca elektrik yang terletak di bumbung bangunan tersebut.

Dalam pada itu, 84 anggota bomba telah dikerahkan di tempat kejadian.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagaimanapun berada di Washington pada ketika kejadian.

Bangunan milik Trump itu menempatkan pangsapuri mewah dan ruang perniagaan.



Source link

read more

Restoran terbakar, lima pekerja maut di Bangalore – Luar Negara


BANGALORE 8 Jan. – Lima pekerja sebuah restoran yang sedang tidur terkorban dalam kejadian kebakaran di tempat kerja mereka di sini, kurang dua minggu selepas kejadian kebakaran sebuah lagi restoran yang mengorbankan 14 orang.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Bangalore, M. N. Anucheth berkata, kebakaran di Kailash Bar & Restaurant itu berpunca daripada litar pintas.

Dalam kejadian bulan lalu, seramai 14 orang terkorban akibat kebakaran di sebuah bumbung restoran di Mumbai, kebanyakan mangsa adalah wanita yang sedang meraikan majlis harijadi. – AFP

habis.



Source link

read more

Kapal tangki Iran terbakar selepas berlanggar dengan kapal China 32 hilang



BEIJING: Lebih 32 anak kapal hilang selepas kapal tangki bertembung dengan sebuah kapal pengangkut pukal di luar pantai di Timur China pada Ahad.

Kapal tangki Sachi milik Iran yang membawa minyak  didaftarkan di Panama itu dipercayai berlanggar dengan kapal tersebut sebaik tiba di laluan berkenaan.

Pelanggaran itu menyebabkan kapal tangki tersebut terbakar dan menumpahkan sejumlah besar minyak.

Pihak berkuasa maritim China telah menghantar bantuan pasukan mencari dan menyelamat termasuk menggunakan pesawat udara.

Kerja-kerja pemadaman dan pembersihan juga sedang giat dijalankan.

30 daripada krew yang hilang itu dipercayai warga Iran manakala dua daripadanya merupakan warga Bangladesh.

Kapal Sachi itu berlayar dari Iran ke Korea Selatan apabila ia bertembung dengan kapal CF Crystal yang didaftarkan di Hong Kong ketika memasuki laluan 257 kilometer (160 batu) dari pantai Shanghai.

Bagaimanapun semua krew Crystal Berjaya diselamatkan.

Sachi dipercayai membawa 136,000 metrik tan kondesar iaitu sejenis minyak Ultra-Ringan ketika kemalangan itu berlaku.

Setakat ini punca kejadian masih belum diketahui.



Source link

read more

16 cedera bangunan terbakar di Bronx – Luar Negara


NEW YORK 3 Jan. – Seramai 16 orang cedera termasuk sembilan kanak-kanak dalam kebakaran sebuah bangunan tiga tingkat di Bronx semalam.

Ketua Jabatan Bomba New York, Danel Nigro berkata, tujuh lain yang cedera merupakan orang dewasa manakala pihaknya berjaya membawa keluar mangsa lain yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut media tempatan, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah kilang perabot di bahagian bawah bangunan terbabit. – AFP

habis.



Source link

read more

15 maut dalam insiden bumbung buluh restoran terbakar



MUMBAI: Sejumlah 15 orang maut apabila bumbung yang diperbuat daripada buluh terbakar di sebuah restoran di Mumbai.

Kebakaran berkenaan turut mengakibatkan 12 orang cedera.

Menurut saksi, bumbung tersebut terbakar dengan pantas dan runtuh ke atas pengunjung restoran itu.

Tambah saksi, serpihan bumbung yang terbakar itu turut jatuh ke laluan keluar bangunan berkenaan.

Ini menyukarkan pengunjung restoran berkenaan untuk keluar menyelamatkan diri.

Bangunan tersebut menempatkan beberapa restoran mewah dan menjadi destinasi popular untuk pengunjung.



Source link

read more

[VIDEO] Kediaman Pondok Beta Hilir musnah terbakar – Nahas & Bencana


KOTA BHARU 28 Dis. – Sebanyak 14 unit kediaman Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir (Pondok Beta Hilir), di sini yang menempatkan 24 pelajarnya musnah dalam kebakaran malam ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu berlaku ketika kesemua pelajar sedang membaca Yassin sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di masjid yang terletak bersebelahan pondok-pondok berkenaan.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Pengurusan Pondok Beta Hilir, Muhammad Hanif Muhammad Razali berkata, pondok pengajian itu dihuni kira-kira 186 pelajar berasal dari seluruh negara manakala 14 unit pondok yang musnah pula didiami 24 pelajar

“Ketika kejadian saya sedang mengetuai bacaan Yassin di tingkat satu masjid. Salah seorang pelajar yang duduk di saf paling kanan ternampak api dan segera memberitahu yang lain.

“Kami bergegas turun dan mengalihkan tong gas bagi mengelak keadaan lebih buruk selain cuba menyelamatkan kita-kitab pengajian. Selepas menghubungi pihak bomba, saya turut melaung azan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Husin Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 7.50 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebanyak empat jentera dengan kekuatan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Kota Darul Naim serta Tunjong terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

“Ketika tiba, kira-kira 60 peratus pondok-pondok yang berstruktur kayu sudah terbakar. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.27 malam. Kita masih menyiasat jumlah kerugian serta punca kejadian,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

14 pondok Madrasah Muhammadiah Kota Bharu terbakar



KOTA BHARU: Sebanyak 14 buah pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di sini, musnah dalam kebakaran malam ini, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam, kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

“Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Nazili berkata tiga buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenan pada kira-kira 9 malam.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.

— BERNAMA



Source link

read more

Premis proses makanan terbakar – Nahas & Bencana


KUALA SELANGOR 28 Dis. – Sebuah premis memproses makanan hampir musnah dalam kejadian kebakaran di Pekan Sungai Buloh dekat Jeram, di sini petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Al Hafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.10 petang sebelum tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian bersama tiga buah jentera FRT serta 20 anggota termasuk pegawai.

“Semasa kejadian, kita dapati api sedang marak dan menyebabkan 70 peratus premis berkeluasan 266 meter persegi itu musnah.

“Bagaimanapun, api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit kemudian dengan bantuan daripada BBP dari Kapar dan Bestari Jaya,” katanya, di sini hari ini.

Tambah Al Hafiz, tiada kemalangan dijiwa dilaporkan manakala kesemua pekerja premis terbabit berjaya melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Setakat ini pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian termasuklah anggaran nilai kerugian sebenar. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons