Pelancong China penyumbang terbesar jualan di KLIA2


51513420077_KLIADuaMO, 13/1/2018, SEPANG – Populariti Malaysia dalam kalangan pelancong China menyumbang kepada peningkatan jualan di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pengurus Besar Kanan MAHB, Nazli Aziz memberitahu, tahun 2017 menyaksikan kejayaan pertama kali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk mencapai jualan melebihi RM1 billion.

“Kita juga dapat lihat kempen sepanjang tahun 2017 memberi banyak kesan kepada kenaikan perbelanjaan setiap  penumpang. Tahun 2016, KLIA berjaya melepasi pasaran melebihi RM1 billion, dan tahun ini, KLIA2 pula akan mencecah angka ini.

“Ini membuktikan bahawa usaha-usaha kerajaan yang memudahkan penerbangan dan juga kemudahan e-visa telah berjaya kerana jualan yang kita terima di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian MAHB meningkat jika dibandingkan dengan tahun lalu,” katanya.



Source link

read more

Mikhail Popkov pembunuh bersiri terbesar Rusia



IRKUTSK: Seorang bekas anggota polis di Rusia dibicarakan di mahkamah bandar Siberia kerana didakwa telah membunuh 60 orang wanita.

Mikhail Popkov yang berasal dari bandar Siberia di timur Angarsk telah ditahan pada tahun 2012 dan dihukum penjara seumur hidup kerana mengaku membunuh 22 orang wanita.

Bagaimanapun semasa berada dalam tahanan, Popkov mengakui telah membunuh 20 yang lain.

Polis tempatan di Rusia telah menjalankan siasatan bertahun-tahun bagi menyiasat banyak kes pembunuhan di Irkutsk yang menyaksikan berpuluh-puluh wanita mati dirogol dan dibunuh di kawasan-kawasan terpencil.

Seorang pegawai penyiasat Rusia, Yevgeny Karchevsky mendakwa suspek berusia 53 tahun ini telah melakukan sekurang-kurangnya 84 pembunuhan mensasarkan wanita dari latar belakang berbeza berumur dari usia 16 hingga 40 tahun.

Tuduhan terbaharu terhadap Popkov termasuk 60 tuduhan membunuh dan ini menjadikannya sebagai pembunuh bersiri terbesar di Rusia.

Pihak pendakwa membaca kertas pertuduhan pada Rabu lepas dan menangguhkan pendengaran sehingga Isnin depan.

Ujian psikiatrik juga telah dijalankan ke atas Popkov dan hasil keputusan menunjukkan bahawa dia seorang yang waras.



Source link

read more

Malaysia hantar kontinjen terbesar ke Sukan Komanwel 2018


KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menghantar kontinjen terbesar terdiri daripada 99 atlet lelaki dan 76 atlet wanita pada Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia, April depan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, bagaimanapun berkata badan induk sukan itu masih menunggu senarai nama atlet daripada beberapa sukan yang belum layak secara merit ke temasya sukan berkenaan.

“Saya berpendapat, kita akan menghantar kontinjen terbesar dalam sejarah penyertaan pada Sukan Komanwel kerana kebanyakan sukan di Gold Coast melibatkan banyak acara berpasukan.

“Saya sangat gembira kerana atlet kita terutamanya dalam sukan pilihan menunjukkan peningkatan dengan layak secara merit daripada hanya bergantung kepada sukan teras seperti olahraga dan renang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan MOM di Wisma MOM di sini pada Isnin.

Mengenai pungutan pingat, Tunku Imran yakin kontinjen negara dalam beberapa sukan seperti skuasy, badminton dan berbasikal trek akan menampilkan prestasi yang baik.

“Tetapi pada akhirnya, terpulang kepada atlet dan juga pengurusan pasukan dalam merangka strategi terbaik dalam sukan masing-masing untuk meraih keputusan positif,” katanya.

Kontinjen Malaysia akan bersaing dalam 11 daripada 25 jenis sukan yang dipertandingkan, termasuk tujuh sukan para pada Sukan Komanwel 2018 yang akan berlangsung dari 8 hingga 15 April.

— BERNAMA



Source link

read more

Kilang arak terbesar di Cameroon musnah dalam kebakaran



DOUALA: Sebuah kilang arak dan beberapa buah kediaman berdekatan musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di bandar Douala, Cameroon pada Isnin.

Kebakaran itu dipercayai bermula dari tong menyimpan alkohol di kilang Fermencam.

Api pantas merebak berikutan cuaca panas dan kering di bandar itu memburukkan lagi keadaan.

Menurut penduduk tempatan, api di kilang tersebut sangat marak dan merebak ke kawasan kediaman berdekatannya.

Sebuah sekolah berhampiran juga turut dilaporkan musnah.

Fermencam adalah salah satu pengeluar terbesar wain, minuman keras dan wiski di Cameroon.

Bagaimanapun setakat ini tiada mangsa yang maut laporan.



Source link

read more

Khloe Kardashian hamil Impian terbesar saya tercapai


KHLOE Kardashian akhirnya mengumumkan berita mengenai kehamilan bayi pertamanya bersama teman lelaki, Tristan Thompson.

Selebriti ini memuat naik foto bersama Tristan di laman instagramnya dengan kapsyen, “Impian terbesar saya tercapai”.

Kapsyennya turut menyatakan bahawa mereka tidak mengumumkan perkara ini kepada mana-mana pihak kerana ingin menikmati saat itu secara privasi antara keluarga dan rakan-rakan sehingga kehamilannya jelas kelihatan.

Media sosial dibanjiri netizen dengan ucapan tahniah kepada Khloe dan Tristan atas cahaya mata pertama mereka.

Reaksi netizen kepada berita kehamilan Khloe

Sementara itu, Tristan juga membalas posting Khloe dengan mengucapkan terima kasih kerana menerima beliau dalam hidupnya.

Respon Tristan Thompson kepada pos Khloe Kardashian

Sebelum ini, Khloe pernah berkongsi mengenai masalah kesuburannya dalam program realiti Khloe and Lamar.

Keinginan Khloe untuk memulakan sebuah keluarga dilihat jelas dalam program tersebut, yang dibintangi bekas suaminya, Lamar Odom.

Pasangan itu bercerai pada December 2016 dan Khloe kini bersama Tristan yang merupakan seorang bintang NBA.



Source link

read more

Konglomerat terbesar Hong Kong tunjuk minat melabur di Perlis – Nasional


KANGAR 17 Dis. – K. Wah Construction Materials, cabang syarikat K. Wah Group, sebuah konglomerat pembekal bahan pembinaan dan infrastruktur multinasional terbesar di Hong Kong telah menunjukkan minat untuk melabur di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA).

Timbalan Pengurus Besar Kuari K. Wah Construction Materials, Ng Heong Chen hadir ke negeri ini semalam, untuk mendengar taklimat perancangan pembangunan negeri oleh wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perlis dan Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) Perlis.


Beliau dan delegasi kemudian mengadap Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.


Dalam kunjungan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa pembangunan berfasa CVIA telah memulakan pembinaan infrastruktur pertamanya April lalu iaitu Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC), yang dijangka siap pada Mac depan.


Menurut baginda, keseluruhan CVIA yang melibatkan kawasan seluas 1,000 hektar menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kluster pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri meliputi industri hijau, halal dan tenaga boleh diperbaharui. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Baitumaqdis Hezbollah anjur bantahan terbesar di Beirut



BEIRUT: Puluhan ribu rakyat Lubnan keluar pada Isnin menyertai tunjuk perasaan bagi mengutuk pengyistiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Perhimpunan yang berlangsung di selatan Beirut itu dianjurkah pergerakan Hizbollah dan merupakan antara bantahan terbesar masyarakat dunia setakat ini susulan pengumuman Trump itu.

Ia diketuai oleh pemimpin Hizbullah sendiri iaitu Hassan Nasrallah.

Para penunjuk perasaan berarak melalui pinggiran selatan bandar Beirut, kubu kuat Hezbollah sambil mengibar bendera dan melaungkan sokongan kepada rakyat Palestin.

Perhimpunan itu dianjurkan sehari selepas protes keras di luar kedutaan Amerika Syarikat di Beirut, di mana pasukan keselamatan terpaksa menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah  penunjuk perasaan yang melempar batu ke arah pihak keselamatan.



Source link

read more

Skandal RM14.9 juta Rampasan wang pelacuran terbesar JIM



PUTRAJAYA: Siasatan dan penahanan suspek terbaru kes sindiket pelacuran oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam turut merampas RM1.45 juta lagi.

Ini menjadikan keseluruhan RM14.9 juta wang tunai dirampas oleh JIM, jumlah terbesar setakat ini.

Wang yang dirampas di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api di Kota Kinabalu, Sabah itu disimpan dalam sebuah peti besi dengan nilai RM100 dan RM50.

Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali, penahanan wanita berumur 46 tahun yang dipercayai isteri dalang sindiket itu menjadikan keseluruhan 17 individu yang ditahan

Keseluruhannya, empat individu yang dipercayai dalang ditahan setakat ini sejak ‘Op Gegar’ minggu lalu.

BACA: Skandal RM13.5 juta: Isteri salah seorang suspek ditahan

BACA: Skandal RM13.04 juta: Pasukan Khas JIM mula panggil saksi

BACA: Imigresen tubuh pasukan khas siasat penemuan RM13.04 juta di Sabah

BACA: Sabah: RM11 juta ditemui … Milik siapa?

Mustafar menjelaskan, kegiatan haram itu diselindungi dengan perusahaan spa yang beroperasi di hotel yang telah beroperasi sejak 1999.

Mengulas mengenai wang rampasan berkenaan, Mustafar berkata pihak JIM berkongsi maklumat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi siasatan



Source link

read more

Pesawat udara terbesar dunia terhempas, seorang cedera – Luar Negara


LONDON 18 Nov. – Sebuah pesawat udara milik syarikat penerbangan Hybrid Air Vehicles yang dianggap terbesar di dunia dilaporkan terhempas tidak sampai 24 jam selepas berjaya diterbangkan, semalam.

Portal BBC memetik kenyataan seorang saksi sebagai berkata, kenderaan gabungan pesawat dan kapal udara yang dikenali sebagai Airlander 10 itu ‘terpisah dua’ selepas terhempas di Cardington, Bedfordshire, timur England.

Difahamkan, tiada penumpang berada dalam pesawat itu ketika kejadian, namun, seorang wanita yang dipercayai kakitangan syarikat penerbangan pesawat tersebut cedera ekoran insiden itu dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. -AGENSI



Source link

read more

Rantai leher dengan batu berlian putih terbesar dijual pada harga rekod dunia – Nasional


GENEVA 15 Nov. – Seutas rantai leher zamrud dan berlian yang didatangkan dengan berlian putih terbesar berjaya dijual pada harga rekod dunia iaitu AS$34 juta (RM142 juta) dalam satu lelongan di sini, semalam.

Rantai leher yang dikenali sebagai `Art of de GRISOGONO, Creation 1’ mempunyai berlian segi empat tepat dengan berat 163.41 karat.

Berlian putih itu ditemukan di Angola pada 2016.

Pusat lelongan Christie dalam satu kenyataan berkata, pembeli yang namanya tidak didedahkan membuat bidaan itu menerusi panggilan telefon, malam tadi. – REUTERS



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons