SURAT TERBUKA, ANWAR | Merdeka Online


031bb-anwar2babg2bnon2bsedih

Assalamualaikum WW.

Yang Dihormati DS Anwar Ibrahim,

Terlebih dahulu diucapkan selamat beristirehat dan semoga sihat-walafiat hendaknya. Marilah kita mendoakan juga kepada sahabat kita di Indonesia yang baharu meninggal dunia, bapak Andi Mappatahang @ AM Fatwa (Wakil Ketua DPR Parlimen Indonesia, 1999-2004), semoga allahyarham dimasukkan di dalam syurga firdausi.

Baru-baru ini, Konvensyen Pakatan Harapan kembali meletak Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara. Adakah DS mempercayainya? Berapa lama sementara itu? Adakah ada apa-apa perjanjian bertulis? Bolehkah gentlemen agreement dipercayai? Kenapa PH tidak melantik Dr Wan Azizah sebagai PM Sementara yang akan memudahkan lagi perlantikan DS sebagai Perdana Menteri? Ternyata semua ini adalah game politic Tun M yang akan menjerumus DS ke lubang yang lebih dalam. Nampaknya DS tidak serik kena tipu !

DS kena beringat, Tun M tidak kisah jika ada ribuan doktor pakar atau consultant yang lebih baik dari dia, Tun M juga tidak kisah jika ada orang lebih berilmu pengetahuan dari dia, atau jika ada rakyat Malaysia lebih pandai dalam aspek lain. Tetapi Tun M tidak akan menerima jika ada orang yang lebih pandai dalam politik daripada dia, dan Tun M tidak boleh menerima hakikat jika ada orang yang lebih kaya daripada anak-anak dia. 

Sebab itulah, dalam sains politik, Tun M tidak akan membenarkan DS menjadi Perdana Menteri atau Dr Wan Azizah menjadi Perdana Menteri sementara. Sebab itulah dalam konvensyen itu, Tun M berjaya meletakkan dirinya semula sebagai Perdana Menteri walaupun hanya PM Sementara. Isunya sementara berapa lama? 

Ramai orang sekelip mata lupa bagaimana nasib DS dilebamkan di dalam penjara semasa Tun M memerintah, bagaimana DS dimalukan sebagai sodomis dan melakukan rasuah, bagaimana DS terpaksa menaiki motor untuk melarikan diri dari kepungan polis di Dataran Merdeka dahulu (1998), bagaimana rumah DS dirosakkan untuk menangkap DS ke penjara, dan banyak lagi tragedi yang memalukan. 

Sehingga ke saat ini, Tun M tidak pernah memohon maaf secara terbuka dan spesifik. Tun M tidak pernah mahu membersihkan nama baik DS walaupun dengan hanya berkata, ‘saya memohon maaf kepada Anwar kerana tuduhan-tuduhan saya dahulu sodomi dan rasuah dahulu adalah fitnah sahaja’. Tun M tidak ada keikhlasan. Sebenarnya permuafakatan Tun M sekarang hanyalah untuk menjatuhkan DS Najib bagi memastikan survival anak-anaknya dalam politik dan perniagaan, bukannya untuk melantik DS sebagai Perdana Menteri.

Saya telah berbicara dan bertukar-tukar pandangan dengan sahabat DS yang juga seorang ilmuwan di Bangi. Kesimpulan kami, DS sedang masuk perangkap kali kedua. Berhati-hatilah…



Source link

read more

SURAT TERBUKA OTAI REFORMASI BUAT WAN AZIZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Menyambung kegelisahan Sdra Razak Ismail, bekas Setiausaha R98, saudara sebenarnya tidak keseorangan, malah beberapa rungutan dapat di kesan ekoran keputusan Majlis Presiden pada Konvensyen 7/1/2018 memutuskan bakal PM ialah Tun Mahathir.

Seawal 10/01/2018, Saudara Hj. Jamal Nasir telah menyuarakan rasa kurang senang beliau di atas keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden, dan menawarkan solusi Win win situation – Gandingan DS Azmin – DS Mukhriz dan Timbalan II dari DAP.

Saya berpendapat keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden adalah seperti memandang remeh dan rendah pengorbanan Dato Sri Anwar yang teraniaya sejak 1998, kesan fitnah dalaman Umno. Sewajarnya Majlis Presiden meletakkan D.S Wan Azizah atau DS Azmin sebagai calon PM. 

Kebimbangan Saudara Razak Ismail – Bimbang Tun Mahathir berpaling tadah adalah berasas. Sejarah tidak boleh di tipu. Tun Dr Mahathir pernah berada berada di dalam UMNO dan bersama pembangkang sewaktu era Tunku Abdul Rahman, dan menikam Tun Hussein Onn untuk mengambil tempat sebagai PM.

Adalah tidak mustahil Tun Mahathir akan pulang ke lubuk sekiranya PH berjaya memenangi Pru 14, atau sekiranya DS Najib kalah pada pru yang akan datang.

Saya sependapat dengan Saudara Rosli Ibrahim (Adinda DSAI), bahawa PKR yang telah sekian lama memperjuangkan agenda reformasi mesti bertindak sebagai tulang belakang wakil PKR sendiri.

Untuk kesekian kalinya, kami merayu Datin Seri segera menyampaikan suara dari bawah, bahawa kami hanya menerima calon dari PKR sahaja sebagai calon P.M.

Khamis malam Jumaat adalah malam perhimpunan sebahagian Otai Reformasi di rumah Yab Datin Seri di Segambut, silalah Yab Datin Seri selami pendapat kami.

*Hj Najib Hamid*

Marshall Reformasi 98

Bandar Baru Bangi.

11/01/2018




Source link

read more

TN50 Surat terbuka KJ kepada Tun Mahathir


SAYA merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, sepertimana yang disiarkan dalam beberapa portal berita semalam.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab atas pengumpulan aspirasi belia untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50), saya amat kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang tidak tepat dan bersikap peribadi.

Antara tuduhan utama Tun Dr Mahathir ialah TN50 merupakan tiruan Wawasan 2020, TN50 adalah pengakuan bahawa Wawasan 2020 tidak akan tercapai dan TN50 adalah usaha untuk mengalih tumpuan rakyat daripada Wawasan 2020.

Saya akan menjawab setiap tuduhan tersebut seperti di bawah:

1.  TN50 merupakan tiruan Wawasan 2020

TN50 merupakan kesinambungan kepada perancangan jangka panjang yang sudah menjadi amalan dalam usaha membangunkan Malaysia. Antara perancangan jangka masa panjang utama yang telah memacu pembangunan negara adalah Dasar Ekonomi Baru (1971-90) dan juga Wawasan 2020 (1991-2020) yang telah menghasilkan, antara lain, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara.

Oleh kerana Wawasan 2020 akan tamat pada tahun 2020, kita perlu ada satu aspirasi negara baharu yang mengambil kira perkembangan terkini yang tidak wujud sewaktu Wawasan 2020 diperkenalkan.

Apakah Tun Dr Mahathir berpandangan bahawa selepas tahun 2020, kita tidak perlu lagi apa-apa perancangan jangka masa panjang dan tidak perlu lagi aspirasi yang baharu untuk membawa Negara kita jauh ke hadapan?

Saya rasa rakyat Malaysia ingin melihat kita meletakkan sasaran yang lebih tinggi untuk 30 tahun akan datang dan bukannya menjadi sebuah negara yang “stagnant” dan tidak lagi mengejar kemajuan.

TN50 juga terpaksa mangambil kira perkembangan yang baharu yang tidak wujud dahulu. Wawasan 2020 tidak dapat menyediakan Malaysia untuk berhadapan dengan gangguan teknologi seperti artificial intelligence, augmented reality, dan Internet of Things (IOT).

Wawasan 2020 tidak menjangkakan Revolusi Industri ke-Empat yang bakal mengubah model pembangunan ekonomi dunia. Wawasan 2020 tidak mengambil kira perkembangan masa depan yang ketara seperti penuaan masyarakat (aging society), kadar urbanisasi yang pantas dan keperluan untuk menjana tenaga hijau.

Ini antara sebab TN50 diperlukan – kerana perkara-perkara ini adalah pola baharu dan tidak terkandung dalam Wawasan 2020.

Antara perbezaan ketara TN50 dan Wawasan 2020 juga adalah pendekatan dan pelaksanaan. Dalam menyediakan TN50, kerajaan mengambil pendekatan bottom-up, menghormati suara rakyat.

Puluhan ribu aspirasi dikumpul daripada jutaan rakyat Malaysia supaya masa depan Negara kita dibina atas impian dan aspirasi rakyat sendiri.

Ini berbeza dengan Wawasan 2020 yang tidak mengumpulkan suara rakyat tetapi merupakan satu top-down vision yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri bermula dengan satu ucapan pada tahun 1991.

Secara mudahnya, TN50 bukan semata-mata legasi Datuk Seri Najib Razak, kerajaan Barisan Nasional atau parti UMNO tetapi adalah legasi setiap rakyat Malaysia yang telah berkongsikan aspirasi mereka.

Satu lagi perbezaan ketara ialah Wawasan 2020 tidak mempunyai pelan pelaksanaan yang teliti, yang disertakan dengan sasaran kuantitatif untuk semua cabaran-cabaran yang dinyatakan.

TN50 bakal melihat satu pelan pelaksanaan yang teliti bersama dengan sasaran kuantitatif yang jelas bagi mencapai aspirasi negara menjelang tahun 2050.

2. TN50 adalah pengakuan Wawasan 2020 telah gagal

Siapa kata Wawasan 2020 telah gagal? Mengikut ramalan Bank Dunia, Malaysia dijangka melepasi nilai ambang negara berpendapatan tinggi (Pendapatan Negara Kasar per kapita sebanyak USD 12, 236) seawal tahun 2020 dan selewat-lewatnya pada tahun 2024 bergantung kepada faktor ekonomi dunia.

Itu merupakan satu-satunya sasaran jelas Wawasan 2020. Cabaran Wawasan 2020 yang lain merupakan cabaran deskriptif dan aspirasi-aspirasi seperti “Negara Malaysia yang Bersatu”, “Masyarakat penyayang” dan “Masyarakat demokratik yang matang” yang memerlukan usaha berterusan melangkaui tahun 2020, juga tahun 2050, bahkan harus diteruskan selama-lamanya.

3. TN50 adalah usaha untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada Wawasan 2020.

Tidak ada langsung usaha untuk mengalih pandangan rakyat melalui TN50, atau melalui apa jua cara. Di semua dialog TN50, saya sentiasa menyebut TN50 sebagai kesinambungan kepada perancangan jangka masa panjang dahulu seperti DEB dan Wawasan 2020.

Saya tidak pernah menidakkan Wawasan 2020. Walaupun saya tidak setuju dengan pelbagai dasar dan pendekatan Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, antara perkara yang saya setuju dan sokong adalah Wawasan 2020.

Saya bangga menjadi sebahagian daripada Generasi Wawasan 2020. Dan saya mahu anak muda hari ini merasa bangga kerana mereka adalah Generasi TN50.

Tun,

It is extremely sad and disappointing to see that you have simply dismissed the collective aspirations of young Malaysians. TN50 is the voice of young Malaysians, for the future. Millions have come forward to share their hopes, dreams and aspirations to build the future, together.

But for you, it is just about your personal legacy. It has been reduced to Vision 2020 vs TN50. How sad. And how petty. I have explained countless times in great detail how both are part of the grand narrative of the Malaysian story. A continuum of success and development. But for you, it is all about your legacy. Me, myself, Mahathir.

I hope future generations of Malaysia will not be so vindictive and mean-spirited. That they will be gracious and magnanimous enough to support that which deserves support and give credit where it is due. It is only with that spirit of munificence that we will become a great civilisation.



Source link

read more

Nishikori tarik diri Terbuka Australia – Sukan


MELBOURNE 4 Jan. – Bintang tenis Jepun, Kei Nishikori mengumumkan menarik diri daripada menyertai kejohanan Grand Slam pembuka tirai 2018 iaitu Terbuka Australia atas alasan belum bersedia untuk bermain dalam lima set.

Pemain No.1 Asia berusia 28 tahun itu dikatakan masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan tendon pergelangan tangan kanan yang memaksanya berehat panjang dan menghalangnya daripada beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak Ogos tahun lalu.

“Saya minta maaf untuk mengumumkan bahawa saya bakal terlepas untuk beraksi di Terbuka Australia tahun ini,” katanya menerusi laman sesawang peribadi tentang peluangnya untuk beraksi di kejohanan yang bermula di sini pada 15 Januari ini. – AFP



Source link

read more

TPM rasmi Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Krismas 2017 – Terkini


MELAKA 27 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Krismas 2017 yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir di sini malam ini.

Ketibaan Ahmad Zahid pada pukul 9 malam menaiki beca dari Hotel Equatorial di sini disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup merangkap wakil masyarakat Kristian.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO negeri, Datuk MS Mahadevan Sanacy yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Pada tahun 2015, Melaka pernah menjadi lokasi sambutan Majlis Rumah Terbuka sempena Krismas peringkat kebangsaan yang turut dihadiri oleh Ahmad Zahid dan sambutan malam ini meriah dengan kehadiran kira-kira 8,000 pengunjung di hadapan bangunan bersejarah A Famosa bagi menghayati sambutan hari Krismas yang diraikan penganut Kristian di seluruh negara, kelmarin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Surat terbuka Mufti Wilayah Persekutuan buat Iqram Dinzly



KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri menjemput pelakon, Iqram Dinzly untuk datang ke pejabatnya di Putrajaya untuk sesi perkenalan dan perbincangan tentang keadaan semasa yang dialami Iqram.

Jemputan menerusi surat terbuka yang dikeluarkan Zulkifli dalam Facebooknya hari ini susulan tindakan ‘aneh’ yang dilakukan Iqram menerusi muat naik dan video langsung (live video) di Instagram.

“Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara.

“Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan,” katanya.

Malah, Zulkifli turut menasihati Iqram untuk mendekati Al-Quran selain memuji beliau yang seringkali berzikir.

“Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati Al-Quran, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa live video saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir.

“Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang,” ujarnya.

Zulkifli pada masa sama menzahirkan ucapan takziah kepada Iqram atas pemergian bapanya, Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad Said.



Source link

read more

Surat terbuka mufti kepada Iqram Dinzly – Hiburan


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Berikutan isu yang melibatkan kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly di akaun Instagram, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri mengemukakan surat terbuka kepadanya.

Surat yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, Zulkifli menasihatkan agar Iqram tidak mengambil peduli kritikan dan cemuhan netizen terhadapnya dan dalam masa yang sama meminta pelakon tersebut sentiasa membaca al-Quran dan berzikir.

“Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar. Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara.

“Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara.

“Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa live video saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir.

“Itu adalah hal yang amat baik kerana hanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang,” tulisnya.

Selain itu, Zulkifli turut menjemput Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk lebih mengenali antara satu sama lain serta berbincang berkenaan situasi dan keadaannya.

“Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh hubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri.

“Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin,” tulisnya lagi.

Menerusi kenyataan itu juga, Zulkifli mengucapkan takziah kepada Iqram dan ibunya . Dia percaya, Iqram dan ibunya tabah menghadapi ujian ini dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pintu rundingan dengan Korea Utara masih terbuka – Tillerson



NEW YORK: Amerika Syarikat sedia berunding secara terus dengan Korea Utara berhubung isu nuklear.

Setiausaha Negaranya, Rex Tillerson memaklumkan Washington tidak akan bersetuju dengan rundingan pra-syarat, namun Pyongyang sedia maklum saluran komunikasi bagi  membincangkan pembubaran program nuklear mereka, sedia terbuka. 

“Kami tidak akan menerima sebarang pra-syarat untuk rundingan. Kami tidak akan mengurangkan sekatan semata-mata untuk berunding. Saluran komunikasi kekal terbuka, dan mereka (Pyongyang) tahu bagaimana untuk melakukannya,” kata Tillerson dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini berikrar untuk mengelakkan penglibatan tentera, bagi mengekang tindakan Pyongyang melengkapkan penghasilan peluru berpandu yang boleh digunakan untuk menyerang Amerika Syarikat.

Tahun ini sahaja, Korea Utara sudah mengendalikan lebih 20 ujian peluru berpandu balistik.

Ujian terbaru dilakukan pada November lalu dengan pakar menyifatkan ia mampu membawa peledak nuklear sehingga ke timur Amerika.

Sekatan yang diketuai Amerika ke atas Pyongyang serta pengasingan diplomatik sehingga kini belum memberi kesan ke atas republik itu daripada menghentikan ujian nuklearnya.



Source link

read more

Pemilihan kontraktor mesti melalui tender terbuka – PAC – Parlimen


KUALA LUMPUR 22 Nov. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan, pemilihan kontraktor bagi projek kerajaan termasuk pembinaan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) perlu dilakukan melalui proses tender terbuka.

Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, projek juga mesti dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raja (JKR).

Menurut beliau, proses panggilan tender juga seharusnya dilakukan hanya setelah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelakkan sebarang masalah di tapak.

“Tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap kontraktor, juruperunding dan pembekal sekiranya mereka gagal untuk membekal atau memasang komponen projek terutama komponen yang memberi kesan terhadap fungsi projek itu.

“Selain itu, kontraktor dan juruperunding yang gagal melaksanakan projek seperti dalam tender perlu disenaraihitamkan sebagai pengajaran kepada kontraktor lain,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di bangunan Parlimen hari ini.

PAC mengadakan mesyuarat prosiding pada 18 Mac lalu dengan memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad bagi menjelaskan isu-isu berkaitan pengurusan projek-projek pembinaan SMKA yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen pada 23 November 2015.

Isu-isu yang dibangkitkan termasuk Surat Setuju Terima lewat dikeluarkan, kontrak lewat ditandatangani, reka bentuk pembinaan tidak praktikal dan kualiti kerja pembinan tidak memuaskan.

Hasan menambah, berdasarkan mesyuarat prosiding berkenaan, PAC merumuskan bahawa projek pembinaan SMKA yang dilaksanakan secara rundingan terus atau tender terhad dan dipantau oleh juruperunding menghadapi masalah.

“Juruperunding gagal memastikan kontraktor mematuhi reka bentuk yang disediakan seperti dalam kes sesalur lif tidak mengikut saiz,” jelasnya.

Beliau memberitahu, syarikat perunding juga tidak mempunyai kakitangan berpengalaman di tapak projek bagi tujuan pemantauan menyebabkan banyak kerja-kerja dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons