Kenyataan negatif berkaitan azan Arab Saudi keluar perintah larangan terhadap penulis



RIYADH: Arab Saudi pada Isnin telah mengeluarkan perintah larangan terhadap seorang penulis kerana mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan azan, yang dilaungkan untuk mengajak umat Islam menunaikan solat, lapor agensi berita China Xinhua memetik portal berita online tempatan, Sabq.

Penulis itu, Mohamed Al Suhaimi, dilarang daripada melakukan aktiviti penulisan dan media.

Mohamed turut dirujuk kepada jawatankuasa siasatan.

Baru-baru ini, Mohamed telah memaklumkan saluran berita MBC, yang berpangkalan di Dubai, bahawa laungan azan yang kuat boleh mengganggu kanak-kanak dan mereka yang sedang tidur serta menggesa agar bilangan masjid di kawasan kejiranan dikurangkan.

— BERNAMA



Source link

read more

Tahun Baharu Cina bawa lebih keyakinan terhadap ekonomi negara


KUALA LUMPUR – Tahun Baharu Cina bakal disambut pada Jumaat ini, dipercayai akan membawa bersamanya keyakinan semakin bertambah terhadap prestasi ekonomi negara yang rancak dan stabil.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong yang menyuarakan keyakinan itu, berkata keutuhan ekonomi negara yang semakin kuat untuk menahan kejutan luaran adalah cerminan terhadap asas ekonomi negara kukuh dan dasar wajar oleh kerajaan.

Mah yang juga Presiden Parti Gerakan, berkata beliau turut berkeyakinan bahawa peningkatan dalam momentum itu akan diterjemahkan kepada pelbagai manfaat yang dapat membantu rakyat dan memajukan negara.

“Ia memberikan sebab yang lebih untuk menyambut Tahun Baharu Cina dan tahun ini diharap adalah lebih baik sebagai sambutan tuah dan nasib baik.

“Tahun Baharu Cina, sebuah perayaan yang meraikan pembaharuan. Suasana optimis dan keyakinan baharu terhadap pucuk pimpinan negara muncul berikutan kejayaan kita sekali lagi dalam mengatasi masa kesukaran bersama sebagai sebuah negara,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.-BERNAMA



Source link

read more

Isu hamba seks WWII Jepun terus beri tekanan maksimum terhadap Korea Utara



TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk mengekalkan tekanan maksimum ke atas Korea Utara bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Abe pada Selasa berkata beliau mengesahkan dengan Moon, perjanjian kedua-dua negara mengenai hamba seks perang pada zaman Perang Dunia Kedua adalah muktamad.

“Kami mengesahkan bahawa kesepakatan mengenai isu hamba seks perang pada Perang Dunia Kedua adalah muktamad dan tidak akan diubah,” kata Abe yang memberi maklum di Parlimen.

Abe berbincang mengenai isu berkenaan ketika bertemu dengan Moon sewaktu upacara pembukaan Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan.



Source link

read more

Pembantu rumah tinggi suara terhadap ibu Umie Aida suruh berambus


DATIN Seri Umie Aida meluahkan rasa geramnya di laman sosial Instagram (IG) apabila pembantu rumahnya bertindak biadab dengan meninggikan suara terhadap ibunya.

Berkongsi rasa marahnya terhadap perbuatan melampau pembantu rumah tersebut, Umie sempat berpesan agar majikan lain tidak beri muka terhadap golongan tersebut.

Umie berkata, tahap kesabarannya tinggi namun jika terlampau kurang ajar selayaknya dihalau keluar daripada rumah.

Tambah Umie, menjadi kepantangannya pembantu rumah meninggikan suara terhadap ibunya.

“Dia orang ini tak boleh bagi muka, dipijak-pijaknya kepala!,” tulisnya.

Rasa-rasanya jika perkara sama berlaku kepada korang, adakah korang akan buat perkara yang sama?

Foto: Instagram Umie Aida
 



Source link

read more

Biar sampai terkeluar lidah tuntutan Filipina terhadap Sabah tidak akan dilayan – Anifah



KOTA KINABALU: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan tuntutan negara Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan sama sekali oleh Malaysia hatta mereka ‘terkeluar lidah’ sekalipun.

Menurut Anifah, sekiranya tuntutan ini dilayan,i a boleh dilihat sebagai petanda kerajaan sedia ada bersetuju terhadap tuntutan itu dan beliau turut menegaskan tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak dari negara berkenaan bagi membincangkan perkara terbabit.

Jelasnya, negara ini tetap berpegang teguh kepada pengiktirafan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa di mana Sabah adalah sebahagian dari Malaysia sejak persekutuan ini ditubuhkan pada 16 September 1963.

“Kita tidak mengiktiraf sebarang tuntutan yang dilakukan oleh mana-mana negara, kita tidak menghalang mereka daripada membuat tuntutan itu, biarlah mereka menuntut sehingga lidah panjang mereka keluar memandangkan mereka telah lama membuat tuntutan,” katanya selepas membuat pertemuan tertutup dengan bloger-bloger media sosial tempatan di Kota Kinabalu, hari ini.

Anifah turut menyatakan, terdapat juga segelintir pemimpin pembangkang yang menyelar tindakan kerajaan yang seolah-olah membisu terhadap perkara itu namun Anifah menjelaskan, perkara terbabit tidak perlu dibicarakan ke peringkat antarabangsa kerana ia seakan mengiyakan lagi tuntutan berkenaan.

Terdahulu, isu tuntutan yang terbaru terhadap Sabah ini timbul susulan salah seorang ahli jawatankuasa perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr. yang mendakwa mahu memasukkan Negeri Sabah di dalam negara republik berkenaan dalam satu temu bual bersama sebuah agensi berita, baru-baru ini.

Sementara itu, dalam pertemuan berkenaan Anifah turut membayangkan hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) wajar dimasukkan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuklah 40 peratus hak istimewa rakyat Sabah.

“Dengan sikap terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersedia mendengar tuntutan rakyat Sabah, saya rasa kita akan mendapat maklum balas yang positif dalam usaha kita untuk mendapatkan kembali hak yang sepatutnya menjadi milik kita,” katanya.

Dalam pada itu, Anifah turut menempelak tindakan mantan perdana menteri sebelum ini yang dalam pemerintahan selama 22 tahunnya tidak pernah mengambil berat berhubung isu di Sabah terutama mengenai MA63.



Source link

read more

Norlela lahir simpati terhadap Yee Cheu – Politik


PULAU PINANG 26 Jan. – Nasib yang menimpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang ditekan Kerajaan DAP Pulau Pinang turut mendapat perhatian dan simpati ADUN Penanti, Dr. Norlela Arifin.

Menurut wakil rakyat PKR berkenaan, beliau berharap Kerajaan DAP Pulau Pinang dapat mempertimbangkan untuk memaafkan Yee Cheu yang disifatkan seorang wakil rakyat yang prihatin berkenaan isu alam sekitar dan tadbir urus negeri yang baik.

“Yee Cheu membangkitkan isu-isu bagi pihak penduduk dan merupakan seorang wakil rakyat yang jujur dan prihatin serta sahabat seperjuangan saya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Yee Cheu ketika ini menerima pelbagai tekanan daripada partinya sendiri dan Kerajaan DAP Pulau Pinang ekoran kelantangannya mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.

Terbaharu, seramai lima kakitangan yang bertugas di pusat khidmatnya di Tanjung Bungah diberhentikan Kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi notis sebulan iaitu sehingga 18 Februari ini iaitu tiga hari selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Sebelum ini, Yee Cheu turut dinafikan peruntukan tahunan bagi pusat khidmatnya berjumlah RM200,000 selain turut disekat daripada menguruskan bantuan banjir berjumlah RM700 kepada penduduk di kawasannya sendiri. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

‘Ustaz Parti BERSATU’ Nak Lawan Salah Faham Terhadap Islam? Betulkan Dulu Keluarga Pengerusi Parti Dulu!!


Kita menyanjung tinggi usaha ‘Ustaz BERSATU’ yang siap siaga bersedia untuk melawan salah faham terhadap Islam, kalau mengikut laporan Malaysiakini. Cumanya, pada fikiran saya yang bukan Ustaz ini, adalah lebih molek kiranya, salah faham terhadap Islam ini kita mulakan dengan parti sendiri, ahli keluarga kita sendiri, pemimpin parti kita sendiri sebelum dikembangkan ke luar.
Contohnya, sekadar memberi beberapa contoh, Salah faham mengenai hukum haram babi. Sama ada disembelih dengan nama Allah atau tidak, hukumnya tetap haram. Contoh lagi, hukum menerima Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender (LGBT) dalam masyarakat Malaysia. Contoh lagi, hukum suami yang melarang isteri bertudung. Contoh lagi, hukum tidur dengan anjing-anjing. Bukankah itu semua salah faham terhadap Islam? Walau bagaimanapun, ini semuanya contoh. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang hampir hendak meninggal dunia.



Source link

read more

Siri jelajah Pope Francis dicemari insiden serangan terhadap gereja



AREQUIPA: Serangan terhadap beberapa gereja semakin menjadi-jadi selepas Pope Francis mengumumkan mengadakan siri jelajah ke rantau Eropah

Terbaharu sebuah gereja kecil di Selatan Peru turut tidak terlepas menjadi mangsa serangan tersebut.

Gereja Kapel Virgin Carmen mengalami kerosakan kecil di pintu hadapannya selepas dipercayai dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Gereja itu berusia lebih seratus tahun.

Ia berlaku beberapa jam ketika Francis dijadualkan tiba ke negara itu.

Sebelum ini lebih 11 gereja musnah di Chile akibat dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Source link

read more

Hina Sultan Pahang Satu lagi laporan polis terhadap Mahfuz


KUALA LUMPUR: Gabungan Anak Daerah-Daerah Pahang di Lembah Klang pada Selasa membuat satu laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung tindakannya menghina dan menjadikan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan ceramah politiknya.

Pengerusi Anak Pekan Di Lembah Klang, Datuk Shahruddin Ahmad, yang mewakili gabungan itu, memohon pihak berkuasa mengambil satu tindakan sewajarnya dengan segera bagi memberikan pengajaran kepada Mahfuz dan individu yang lain.
.
“Kami berharap ia akan memberi pengajaran kepada beliau supaya tidak mengulanginya dan orang lain supaya menghormati institusi raja,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

“Janganlah kita membabitkan institusi raja dalam kempen politik… sepatutnya rakyat mendoakan Sultan agar terus sihat untuk memerintah negeri tetapi kita lihat dia memperlekehkan tuanku yang mempunyai darjat tersendiri,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Anak Maran di Lembah Klang, Datuk Jasri Jamaludin dan Presiden Kelab Anak Jerantut di Lembah Klang, Datuk Rozilan Salleh serta kira-kira 15 wakil gabungan itu daripada setiap daerah di Pahang.

Semalam, empat laporan polis dibuat terhadap Mahfuz berhubung isu yang sama masing-masing di IPD Kuantan dan Pekan, Pahang.

Laporan tersebut dibuat berikutan klip video ceramah politik Mahfuz bersama Pakatan Harapan berdurasi 6.38 minit tular di laman media sosial.

Dalam ceramah tersebut, Mahfuz antara lain mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering.

Sementara itu,  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata Mahfuz perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atas sikap keterlaluannya menjadikan Sultan Pahang sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya.

Menurutnya, sebagai seorang anggota Parlimen, Mahfuz seharusnya tahu tentang kedudukan Raja-Raja Melayu dan lebih arif mengenai perlembagaan Malaysia.

“Tindakan beliau ini mencerminkan sikap sebenar pemimpin pakatan pembangkang yang sering melakukan provokasi dengan meluaskan lagi sentimen benci kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

“Kita khuatir, sikap pakatan pembangkang yang tanpa segan silu mempersendakan institusi raja ini bakal meninggalkan contoh yang tidak baik kepada generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menggesa Mahfuz memohon maaf kepada Sultan Pahang atas kebiadapan beliau itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Pas kaji tindakan undang-undang terhadap Husam


KOTA BHARU: Pas sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berhubung jemputan ke Solat Hajat Wisma Tok Guru yang disifatkan sebagai provokasi angkuh.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindakan Husam seperti mendahului keputusan Mahkamah Tinggi Malaya terhadap Injuksi Erinford pada 8 Januari lalu.

“Pas tolak jemputan itu dan tidak berminat untuk melayan ucapan Husam, tetapi hal ini melibatkan keputusan mahkamah maknanya ada kaitan dengan parti.

“Husam melalui satu video di Facebook Pemuda Amanah Kelantan mengisytiharkan solat hajat dan menjemput Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan ahli Pas, itu satu ucapan angkuh, sombong dan provokatif,” katanya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, tadi.

Beliau berkata, Adun Salor itu juga dikatakan mendahului mahkamah apabila berkali-kali menyebut beliau tuan punya bangunan sedangkan belum ada keputusan dibuat mahkamah terhadap hak milik wisma itu.

“Keputusan Injuksi Erinford lalu bertujuan mengharmonikan keadaan sementara keputusan sebenar dibuat, namun tindakan beliau seperti mencabar dan bercanggah.

“Dalam keputusan itu, defendan (Mohd Yasin Yusoff) tidak boleh mengganggu plaintif (Husam) masuk ke kawasan itu dan arahan setakat plaintif sahaja, yang lain boleh dihalang.

“Hak masih kepada Pas untuk guna kawasan, yang lain tidak dibenarkan masuk ke kawasan,” katanya.

Katanya, Pas juga meminta Husam menghentikan provokasi atau mengelirukan penyokong parti masing-masing sehingga hak milik wisma itu diputuskan mahkamah.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan permohonan Injunksi Erinford oleh Husam terhadap Mohd Yasin juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan sehingga rayuan permohonan injunksi plaintif didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.

Mahkamah turut memerintahkan tarikh sebutan semula pada 12 Februari depan sama dengan tarikh pengurusan kes induk Writ Saman yang difailkan Mohd Yasin terhadap Husam supaya mengosongkan bangunan itu.

Sebelum ini, injunksi plaintif terhadap writ saman itu ditolak mahkamah sama pada 16 November 2017.

Isu perebutan tanah di Pendek, Salor, di sini, mendapat perhatian bermula susulan tanah asal milik bekas Adun Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim atas nama isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd Yasin dengan harga RM700,000



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons