Terima kasih Dr McDreamy saya kini terima AS20 juta untuk musim baru Greys Anatomy – Ellen Pompeo



Pelakon drama bersiri televisyen popular Grey’s Anatomy, Ellen Pompeo berkata dia akan menerima lebih AS$20 juta (RM81 juta) melalui kontrak baharunya yang meliputi tiga musim termasuk musim ini.

Dalam temubualnya bersama The Hollywood Reporter, Pompeo berkata dia akan digaji AS$575,000 untuk setiap episod, bonus “7-angka” untuk menandatangani kontrak pembaharuan dan tambahan kira-kira AS$6-7 juta.

Peningkatan gaji secara tiba-tiba berlaku selepas Pompeo mengadakan perbincangan dengan penerbit Grey’s Anatomy, Shonda Rhimes.

Katanya kepada Rhimes, jika dia ingin meneruskan siri Grey’s Anatomy, Pompeo harus diberi insentif dan kuasa supaya dia akan rasa seperti sebahagian daripada siri televisyen itu.

Respon Rhimes, “Sudah pastinya saya ingin meneruskan siri ini. Oleh itu, kami akan mencari cara untuk menggembirakan anda. Apa yang anda kehendaki?”

Pompeo menerangkan bahawa komitmen dalam Grey’s Anatomy memberikan tekanan kepadanya kerana dia tidak dapat berlakon dalam projek yang lain disebabkan kontrak yang tidak mengizinkan.

Menurut Pompeo, terma ini harus memberikan bayaran yang tinggi.

Pompeo turut meminta kontrak yang mengizinkan beliau untuk menjadi penerbit kerana pada usia 48 tahun, karier lakonannya menjadi tidak realistik.

Tambah Pompeo, keputusan Patrick Dempsey untuk keluar dari siri televisyen itu bertukar menjadi manfaat baginya dalam menentukan tawaran kontrak baru.

Watak McDreamy lakonan Dempsey ditamatkan pada 2015 selepas wujud ketegangan antara Dempsey dan pelakon lain serta Rhimes.

“Mereka sentiasa membandingkan Dempsey dan saya – ‘Kami tidak memerlukan kamu; Kami ada Patrick’ – mereka sentiasa menggunakan dialog ini ke atas saya.

“Saya tidak pasti jika mereka menggunakan taktik yang sama ke atas Dempsey kerana kami tidak pernah membincangkan tawaran dan kontrak kami.

“Saya pernah meminta bayaran AS$5,000 lebih tinggi daripada Dempsey kerana ini adalah Grey’s Anatomy dan watak saya adalah Meredith Grey, tetapi mereka menolak permintaan saya,” jelas Pompeo.

Katanya dia tidak meninggalkan siri televisyen itu kerana dia tidak mahu seorang lelaki menjadi punca dia keluar dari Grey’s Anatomy.



Source link

read more

Ribery layak terima kontrak baru


PENJAGA gol Bayern Munich, Sven Ulreich, yakin Franck Ribery masih mampu menyumbangkan sesuatu buat pasukannya, sekurang-kurangnya dua musim lagi walaupun kini sudah berusia 34 tahun.

Perjanjian Ribery dan Bayern bakal tamat pada Jun ini tetapi bekas pemain sayap Perancis itu secara terbuka menyatakan hasratnya untuk terus kekal beraksi di Allianz Arena.

Perkara itu disuarakan selepas membantu Bayern menewaskan Bayer Leverkusen 3-1, Jumaat lalu.

“Sasaran saya adalah untuk kekal bersama Bayern Munich selama yang mungkin,” kata Ribery.

Kesungguhan yang dipamerkan Ribery juga membuatkan Ulreich begitu yakin rakan sepasukannya itu mampu beraksi dengan baik sehingga memasuki usia 37 tahun nanti.

“Walaupun sudah menghampiri 35 tahun, Ribery memberikan contoh kepada pemain-pemain muda.

“Dia seorang yang sangat professional dan memberikan kudrat 100 peratus dalam sesi latihan.

“Apabila turun beraksi, dia adalah salah seorang pemain terbaik, jadi saya rasa dia mampu beraksi selama satu atau dua tahun lagi,” ujar Ulreich.



Source link

read more

Shamala terima gelaran Datuk – Hoki


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dr. S. Shamala antara senarai 693 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-70 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.

S.Shamala yang juga pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, mendahului senarai nama penerima yang menerima pingat Darjah Kerabat Negeri Sembilan, darjah kebesaran tertinggi dianugerahkan kepada Raja atau Raja Permaisuri yang memerintah, pada istiadat pengurniaan di Istana Besar, Seri Menanti.

S.Shamala begitu berbesar hati dengan penganugerahan itu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tengku Mukhriz di atas penghormatan tersebut.

“Saya sangat terhutang budi kepada Tengku Mukhriz atas penghormatan ini dan rasa teramat bersyukur kepada semua orang yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini terutamanya MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) dan UPM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penduduk Hawaii panik terima mesej amaran serangan nuklear


HAWAII: Apa yang akan anda lakukan sekiranya menerima mesej amaran “PELURU BERPANDU BALISTIK SEDANG DALAM PERJALANAN, CARI PERLINDUNGAN SEGERA, INI BUKAN SATU LATIHAN,”?

Amaran sebegini sudah pasti mencetus panik, dan huru-hara.

Ini yang dihadapi penduduk Hawaii.

Pengguna telefon bimbit terima mesej berikut, yang menyebabkan penduduk panik.

Ketika penduduk sedang bersesak-sesak mencari perlindungan, mereka dimaklumkan pihak berkuasa tempatan, tiada sebarang ancaman berlaku, dan kesilapan menyebabkan mesej itu dihantar.

Mesej kedua memaklumkan tiada sebarang ancaman nuklear berlaku

Tentera Amerika Syarikat juga mengesahkan berlaku kesilapan hingga menyebabkan amaran itu dikeluarkan.

Ia kemudian umum siasatan penuh berhubung kejadian itu.

Sistem amaran ditempatkan di Hawaii, kerana ia berada dalam jarak serangan peluru berpandu Korea Utara.

Disember lalu, sistem amaran nuklear itu diuji, buat pertama kalinya sejak Perang Dingin.

Menurut agensi Associated Press, mesej amaran itu dihantar sekitar 8.07 pagi waktu tempatan.

Mesej kedua untuk membetulkan amaran itu dihantar 38 minit kemudian oleh Agensi Pengurusan Kecemasan (EMA).  

Gabenor Hawaii, David Ige memaklumkan, kesilapan manusia punca amaran itu dihantar.

“Berlaku kesilapan ketika proses standar pertukaran syif, dan petugas yang terlibat telah menekan butan yang salah,”kata beliau.



Source link

read more

Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih



LIMA: Beratus-ratus orang berkumpul di jalanan di Lima pada Jumaat bagi menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.

Perarakan berkenaan turut bertujuan bagi menyatakan rasa terima kasih kepada Presiden Pedro Pablo Kuczynski atas pengampunan Fujimori pada malam Krismas.

Dalam keputusan yang bermakna itu, Fujimori hanya perlu menjalani tempoh separuh daripada hukuman yang dikenakan iaitu 25 tahun atas kesalahan melanggar hak asasi manusia.

Keputusan itu telah mencetuskan bantahan besar di seluruh negara dan mendorong pegawai kanan meletak jawatan di tengah-tengah krisis politik.

Secara rasmi, pengampunan diberikan atas dasar kemanusiaan yang ekoran kesihatan Fujimori.



Source link

read more

Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis – Donald Trump



PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terus mengeluarkan kenyataan celuparnya terhadap pendatang asing di negara itu.

Kali ini Trump mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.

“Mengapa kita benarkan rakyat dari negara ‘lubang najis’ datang ke negara ini?,” persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.

Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

White House tidak membuat penafian sebaliknya mempertahankan kenyataan Trump itu yang telah disebar secara meluas oleh media AS.

“Ada dalam kalangan ahli politik Washington yang memilih untuk berjuang bagi negara asing, namun Trump sentiasa berjuang untuk rakyat Amerika,” jelas jurucakap White House Raj Shah menerusi satu kenyataan.

Jelas Shah lagi Trump ketika ini berjuang bagi mendapatkan penyelesaian muktamad dalam isu pendatang di negara itu.

“Matlamat Trump hanya pendatang yang mampu menyumbang kepada kekuatan ekonomi dan keutuhan masyarakat dibenarkan menetap di negara itu,” tambah Shah ketika mepertahankan tindakan ketuanya itu.

The New York Times tiga minggu lalu melaporkan Trump mengeluarkan kenyataan menghina terhadap pendatang Haiti dengan mendakwa mereka semua dijangkiti AIDS.

Kenyataan itu dibuat Trump dalam mesyuarat berkaitan pendatang pada Jun lalu.

Trump pada awal tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila mengharamkan sementara pelancong dari Syria dan enam negara Islam lain iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman dari memasuki AS.

Dakwaan Trump itu bertujuan menghalang AS daripada jadi sasaran serangan pengganas.



Source link

read more

Terima ancaman bunuh Salman Khan dikawal ketat pihak polis



PELAKON popular Bollywood, Salman Khan, dilapor menerima ancaman bunuh daripada ketua gangster bernama Lawrence Bishnoi pada 5 Januari lalu.

Menurut laporan India Today, Bishnoi telah ditahan reman dan dihadapkan ke mahkamah selepas mengeluarkan kenyataan dia akan membunuh Salman Khan di Jodhpur, India.

“Salman Khan akan dibunuh di Jodhpur, kemudian dia akan mengetahui tentang identiti kita yang sebenar.

“Saya akan melarikan diri dari tahanan polis bila-bila masa yang saya mahu,” katanya kepada media ketika dibawa ke mahkamah Jodhpur.

Bishnoi sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa kes jenayah termasuklah 20 kes cubaan membunuh, menculik dan memeras ugut.

Pesuruhjaya Polis, Ashok Rathore berkata, pihaknya telah memperketat kawalan keselamatan untuk pelakon itu dan akan memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Kami akan mengembil serius dengan ancaman bunuh yang dilakukan oleh gangster tersebut terhadap Salman Khan.

“Kami telah memperketatkan kawalan keselamatan untuk dia supaya dengan ini dapat memastikan keselamatan pelakon itu berada dalam keadaan selamat ,” katanya.

Namun sehingga kini, tidak dapat dipastikan punca sebenar Salman menerima ancaman tersebut.

Sumber: India Today



Source link

read more

Penjawat awam terima durian runtuh hari ini


KUALA LUMPUR: Seramai 1.6 juta penjawat awam menerima bayaran khas berjumlah RM1,000 hari ini dan baki sebanyak RM500 lagi akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter miliknya.

Sebelum ini Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, pembayaran bonus akan dilakukan kerajaan selaras dengan pengumuman Najib dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2018 Oktober lalu memaklumkan bayaran itu akan diberikan sebanyak dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari depan, dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Manakala katanya, bagi pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.



Source link

read more

Terima kasih Anwar Ibrahim kerana terima saya – Tun Mahathir


SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berharap agar keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim melupakan perkara yang lepas, dan sebaliknya menumpukan usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Berucap sejurus dinamakan calon Perdana Menteri pilihan gabungan empat parti pembangkang itu, Dr Mahathir berkata, beliau sedar tekanan yang dialami keluarga ketua umum PKR itu, namun beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kesanggupan menerimanya semula.

“Di masa saya memerintah (1981-2003 sebagai Perdana Menteri ke-4), dia (Anwar) dihantar ke Sungai Buloh. Bukan mudah baginya untuk menerima saya.

“Bukan sahaja Anwar, malah keluarganya tentu merasai tekanan apabila Anwar dimasuk dalam tahanan. Mereka menderita selama 20 tahun dan untuk melupakan peristiwa ini bukan mudah buat keluarga Anwar,” katanya sewaktu berucap di penghujung Konvensyen Pakatan Harapan, di Shah Alam hari ini.

BACA: PH setuju Tun M dilantik PM, Wan Azizah timbalannya sekiranya menang PRU14

BACA: Pakatan Harapan setuju PM dua penggal

BACA: Calon Tun M sebagai PM ‘tawaran’ berani

Namun, Dr Mahathir berkata, beliau terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana sanggup bekerjasama dengan pasukan, termasuk dirinya sendiri, dalam apa yang mereka anggap sebagai ‘usaha’ menyelamatkan negara ini.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar
atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Namun, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar hari ini berkata, Anwar akan dibebaskan pada 8 Jun ini berdasarkan ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000, 1/3 remitan daripada hukuman diberikan kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut bersetuju menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sejurus selepas gabungan itu mendapat mandat rakyat selepas PRU14 nanti.

Perkara itu diumumkan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu membaca dokumen resolusi konvensyen yang dikenali sebagai Muafakat Pakatan Harapan.

Turut diumumkan, langkah Pakatan Harapan untuk membebaskan Anwar segera melalui permohonan Pengampunan Diraja, serta pengagihan 165 kerusi parlimen Semenanjung untuk empat parti itu.

Dalam sidang media kemudiannya, ketika ditanya sama ada beliau akan memegang jawatan itu untuk tempoh penuh lima tahun, Dr Mahathir berkata, beliau sudah pun berumur 93 tahun.

Ditanya sama ada 165 kerusi itu sudah cukup bagi Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional, Dr Mahathir berkata ia sebenarnya berkemungkinan.

Namun, tambahnya lagi, perlu juga rundingan berterusan dengan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak dalam menentukan jumlah sebenar pengagihan 222 kerusi parlimen.

“Kita punyai 165 kerusi, ia sebenarnya berkemungkinan untuk kita memenangi pilihan raya tanpa memerlukan kita bergantung kepada mereka (di Sabah dan Sarawak), tetapi kami tetap mahu bekerjasama dengan mereka,” katanya lagi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons