Veteran tentera usah terpedaya janji palsu


JOHOR BAHRU 16 APRIL 2018.  Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada veteran tentera selepas merasmikan  Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk Veteran Orang Kurang Upaya (OKU), Balu Veteran OKU dan anak-anak Veteran OKU di Dewan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. NSTP/ZAIN AHMED

MO, 16/4/2018, JOHOR BAHRU: Meskipun mengundi adalah hak individu, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan tidak mudah percaya janji kosong pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berharap veteran tentera berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak menyesal pada masa depan.

Katanya, kerajaan yang mentadbir kini adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari kaedah baharu dalam penambahbaikan bantuan untuk veteran dan keluarga.

“Kita perlu berhati-hati. Ibarat kata pepatah rumput di kaki bukit yang jauh nampak lebih hijau berbanding rumput yang kita pijak tetapi keadaan adalah sebaliknya dan mungkin gersang serta ketandusan hujan.

“Gunalah kebijaksanaan ketika mengundi kerana sekiranya tersilap, kita menanggung bahana selama lima tahun dan ketika itu, penyesalan tidak berguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk veteran orang kurang upaya (OKU), balu veteran OKU dan anak veteran OKU di Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Anwar berkata, pihaknya turut menghargai pucuk kepemimpinan negara di peringkat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Kerajaan Pusat sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kebajikan dan sosioekonomi veteran. Ia termasuk pemimpin yang sentiasa meluangkan masa ketika wakil persatuan ingin mengadakan pertemuan,” katanya.



Source link

read more

Penduduk Teluk Intan terpedaya Gerakan bagi duit


TELUK INTAN – Berita palsu telah berleluasa walaupun tarikh pilihan raya belum ditetapkan!

Mangsanya ialah Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong yang dijangka bertanding semula di kerusi Parlimen Teluk Intan, Perak apabila ramai orang membanjiri pusat perkhidmatan Gerakan Teluk Intan kerana terpedaya berita palsu ada ‘aktiviti memberi duit’.

Siew Keong berkata,  ramai orang yang terpedaya telah berkunjung ke pusat itu pada Jumaat dan Sabtu.

Menurutnya, mereka yang gagal mendapat duit akhirnya berasa marah terhadap Gerakan.

“Ini taktik politik yang kotor dan ia menyusahkan mereka yang bertandang ke pusat perkhidmatan Gerakan dengan harapan mendapat duit,” katanya kepada Sinchew Daily.

Siew Keong meminta orang berkenaan supaya berkempen secara sihat dan tidak menggunakan berita palsu untuk memperoleh undi. –  theRakyat



Source link

read more

Awas Jangan terpedaya susu bayi murah



KUALA LUMPUR: Menjadi lumrah kepada manusia yang ingin mendapatkan sesuatu produk yang mempunyai promosi sekali gus dapat menjimatkan wang.

Namun, bagi Perunding Keselamatan Makanan, Mohd Soffian Osman, promosi tersebut tidak boleh diguna pakai untuk susu bayi.

Jelasnya, harga susu bayi adalah mengikut piawai berdasarkan kandungan zat dan vitamin dalam susu tersebut.

“Saya galakkan kepada pengguna untuk membeli susu bayi di rangkaian kedai yang terkenal yang mana mereka (penjual) mendapat bekalan daripada pembekal-pembekal di pasaran.

“Ini kerana pembekal akan mendapatkan bekalan daripada pengeluar susu yang pastinya mereka mempunyai prosedur rapi dalam memilih pembekal kepada pasaraya dalam menjamin kualiti pengguna.

“Jika ibu bapa mendapat tawaran murah secara dalam talian atau kawan-kawan, saya nasihatkan mereka lihat betul-betul kepada produk yang dibeli termasuk dari segi pembungkusan atau pelabelan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihati ibu bapa untuk mendapatkan maklumat terkini daripada laman web syarikat pengeluar untuk mengetahui infomasi termasuk dari segi pembungkusan dan penanda asli seperti hologram dan sebagainya.



Source link

read more