Rekaan Serta Spesifikasi Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact Tertiris – Amanz


Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact ialah dua peranti yang akan dilancarkan di MWC hujung minggu ini. Berbeza dengan peranti-peranti Xperia sebelum ini, kedua-dua model XZ2 akan mempunyai skrin dengan nisbah 18:9 buat pertama kali. Rekaan serta sebahagian spesifikasi peranti ini telah tertiris lebih awal.

Dimulakan dengan Sony Xperia XZ2 yang dilengkapi skrin 5.7″ IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, kamera utama 19-Megapixel f/1.8 dan bateri sebesar 3180 mAh. Panel belakang peranti ini diperbuat daripada kaca bagi menyokong sistem pengecasan tanpa wayar.

Bagi yang mungkin tertanya-tanya mengapa dagu dan dahi XZ2 masih agak besar, ini adalah kerana peranti ini menyokong sistem pembesar suara stereo S Force. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian belakang dan butang khas kamera masih disertakan pada sisi kanan.

Tiada gambar untuk Sony Xperia XZ2 Compact tetapi ia dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, kamera utama 19-Megapixel f/1.8 dan bateri sebesar 2870 mAh. Panel belakang peranti ini walaubagaimanapun diperbuat daripada polikarbonat dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan mula dijual pada bulan Mac. Apa yang kami sedari sejak kebelakangan ini ialah Malaysia akan menjadi negara terawal menerima peranti keluaran Sony. Nantikan pandang pertama kami untuk kedua-dua peranti dalam masa terdekat.



Source link

read more

Harga Jualan Samsung Galaxy S9 Tertiris – Lebih Mahal Berbanding Galaxy S8 – Amanz


Samsung Galaxy S9 dan S9+ adalah dua peranti yang amat dinantikan kemunculannya. Berbanding tahun lalu, kedua-dua model ini dilancarkan dua bulan lebih awal berbanding Galaxy S8. Siapa biasa apabila peranti baru dilancarkan, harganya ingin diketahui. Hari ini harga jualan Galaxy S9 tertiris menerusi akaun @evleaks.

Menurut @evleaks, harga jualan untuk Galaxy S9 ialah €841 (~RM 4042) manakala untuk Galaxy S9+ pula ialah €997 (~RM 4791). Sebagai perbandingan harga jualan Galaxy S8 di Eropah ialah €799 (~RM 3840) dan untuk Galaxy S8+ pula ialah €899 (~RM 4320) tahun lalu.

Ini hanyalah harga jualan di benua Eropah. Tahun demi tahun harga jualan peranti di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Eropah. Ketika dilancarkan di Malaysia, harga jualan Galaxy S8 adalah RM3299 dan Galaxy S8+ pula berharga RM3699.



Source link

read more

Gambar Peranti Protototaip Huawei P20 Tertiris Ke Arena Web – Amanz


Huawei dijangka memperkenalkan Huawei P20 secara rasminya pada bulan Mac kelak, dimana tiga variasi peranti dijangka diperkenalkan, dan salah satunya dijangka menawarkan tiga kamera pada bahagian belakang. Kini, pihak Android Authority dilihat menerima akses kepada beberapa gambar peranti prototaip untuk apa yang dikatakan sebagai Huawei P20 – sekaligus memperlihatkan bentuk elemen rekaan baru yang dibawakan oleh peranti berkenaan.

Huawei P20 Prototaip

Huawei dilihat menggunakan rekaan yang lebih elegan pada Huawei P20, disamping menyertakan penggunaan skrin dengan rekaan nirbingkai pada bahagian atas dan bawah.

Huawei turut dilihat tidak menyertakan bicu audio pada peranti prototaip ini, lebih kurang seperti Mate 10 Pro sebelum ini. Peranti prototaip ini juga menyertakan hanya dwi-kamera pada bahagian belakang, dan bukannya tiga.

Huawei P20 Prototaip

Huawei P20 Prototaip

Ia tidak diketahui sama ada ini adalah rekaan akhir peranti berkenaan atau sebaliknya. Namun, boleh dikatakan rekaan baru ini adalah agak menarik jikalau dibandingkan dengan peranti lain dipasaran hari ini.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan rekaan peranti prototaip ini?



Source link

read more

Rekaan Peranti Prototaip Sony Xperia XZ2 Compact Tertiris Dengan Panel Belakang Yang Melengkung – Amanz


Sony mengeluarkan video acah pendek sempena MWC semalam. Di dalam video tersebut ia memberikan petunjuk bahawa peranti yang bakal dilancarkan kelak akan mempunyai permukaan yang melengkung. Ini adalah agak mengejutkan kerana kesemua maklumat yang tertiris mengenai peranti Xperia setakat ini tidak menyebut mengenai rekaan melengkung.

Hari  ini rekaan peranti prototaip Sony Xperia XZ2 Compact telahpun tertiris. Jelas kelihatan bahagian belakang peranti ini mempunyai lengkungan pada bahagian sisi dan amat berbeza dengan rekaan peranti-peranti Xperia yang pernah dilancarkan. Ia menyamai rekaan konsep Plate+Human yang diperlihatkan sebelum ini.

Di dalam pasaran yang dipenuhi peranti pelanduk dua serupa, rekaan yang unik ini mungkin strategi yang digunakan Sony untuk menarik perhatian pelanggan.



Source link

read more

Spesifikasi Penuh HTC Desire 12 Tertiris – Amanz


Minggu lalu sebahagian spesifikasi HTC Desire 12 telahpun tertiris ke arena web. Spesifikasi penuh peranti kelas permulaan pula tertiris pagi ini. Ia dilengkapi skrin 5.5″ 18:9 dengan resolusi HD+, dijana pemproses MediaTek empat teras, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32GB.

Kamera utama adalah sebesar 12-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Peranti ini hanya mampu merakam pada resolusi maksimum 1080P. Akhir sekali bateri sebesar 2720 mAh menguasai bateri yang turut menyokong dwi-SIM.



Source link

read more

Rekaan Dan Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Tertiris Sepenuhnya – Amanz


Tinggal enam sahaja lagi sebelum acara pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9+ di MWC Barcelona. Seperti dijangka rekaan dan spesifikasi penuh peranti utama Samsung untuk separuh tahun pertama 2018 ini akan tertiris awal. Kali ini ia ditiriskan oleh laman Winfuture.de. Dari apa yang anda boleh lihat di bawah, rekaan akhir peranti memang menyamai beberapa rekaan yang tertiris sejak beberapa bulan yang lalu.

Kita mulakan dengan Samsung Galaxy S9. Ia dilengkapi skrin 5.8″ SAMOLED QHD+, dijana pemproses Exynos 9810/Snapdragon 845, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB UFS 2.1. Ia menyokong kad mikroSD sehingga 400GB.

Kamera utama sebesar 12-Megapixel dengan bukaan kamera boleh ubah f/1.5+f/2.4. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.7 dengan autofokus. Kapasiti bateri peranti ialah 3000 mAH dengan sokongan pengecasan pantas menerusi USB-C. Ia mengekalkan sistem imbasan anak mata dan pengimbas cap jari. Fungsi baru yang diperkenalkan pula ialah sistem pengenalan wajah dan speaker stereo.

Samsung Galaxy S9+ pula ialah peranti lebih besar dengan skrin 6.2″ SAMOLED QHD+, dijana pemproses Exynos 9810/Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM dan storan 64GB UFS 2.1. Ia turut menyokong kad mikroSD sehingga 400GB.

Kamera utama menggunakan sensor berkembar 12+12Megapixel. Satu sensor dengan bukaan kamera boleh ubah f/1.5+f/2.4 dan sebuah lagi sensor dengan lensa f/2.4. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.7 dengan autofokus. Kapasiti bateri peranti ialah 3500 mAH dengan sokongan pengecasan pantas menerusi USB-C. Seperti Galaxy S9, model ini menyokong sistem imbasan anak mata, pengimbas cap jari, sistem pengenalan wajah dan speaker stereo.

Kedua-dua model ditawarkan dalam warna Midnight Black, Purple Purple, Coral Blue dan Titanium Gray



Source link

read more

Gambar Peranti Nokia Dengan Spesifikasi Asas Tertiris Ke Arena Web – Nokia 1 – Amanz


HMD Global sebelum ini telah memperkenalkan beberapa peranti dibawah jenama yang menerima permintaan agak baik di seluruh dunia. Kini, untuk tahun 2018, mereka turut merancang untuk memperkenalkan beberapa telefon pintar, dan salah satunya adalah Nokia 1.

Nokia 1 dilihat sebagai telefon pintar berspesifikasi asas daripada HMD Global, dan berkemungkinan akan menjadi telefon pintar yang dilengkapi dengan sistem Android Go.

Nokia 1

Spesifikasi penuh untuknya tidak diketahui lagi buat masa ini, tetapi ia dijangka akan hadir dengan saiz sekitar 4 ke 5-inci. Dengan spesifikasi asas, ia mungkin lebih disasarkan ke negara-negara membangun – atau dipasarkan sebagai peranti kedua untuk seseorang.

Buat masa ini, HMD Global tidak berkongsi sebarang perkara mengenainya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini menjelang MWC 2018 kelak.



Source link

read more

Butiran Mengenai Intel Core i9-8950HK Tertiris – CPU Core i9 Pertama Khusus Untuk Laptop – Amanz


CPU Intel Core i9 diumumkan oleh Intel di acara Computex Taipei pada tahun lepas, dan ia dilihat sebagai CPU siri Intel Core yang terpantas di pasaran. Hampir setahun kemudian, nampaknya Intel bakal mengumumkan kehadiran sebuah lagi CPU Intel Core i9 yang direka bukan untuk komputer desktop, tetapi untuk peranti laptop.

Butiran khusus mengenai CPU Intel Core i9-8950HK tertiris baru-baru ini melalui laman web VideoCardz yang hadir dengan screenshot dari perisian penanda aras 3DMark yang menunjukkan perbezaan diantara CPU Core i9-8950HK tersebut dengan CPU Core i7-8750H.

Diantara butiran yang ditunjukkan termasuklah jumlah teras dan bebenang kuasa CPU Intel Core i9 tersebut, yang hadir dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa pada kelajuan asas 2.9GHz dan Turbo Boost sepantas 3.9GHz.

Walaupun CPU Core i9 ini hadir dengan jumlah teras dan bebenang yang cukup banyak, TDP (Thermal Design Power) CPU ini masih hanya setinggi 45W, iaitu sama seperti CPU-CPU laptop Intel yang lain.

Tirisan butiran ini juga dikatakan hadir melalui sebuah laptop MSI yang hadir dengan dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080, jadi ada juga kemungkinan besar bahawa laptop-laptop yang bakal hadir dengan CPU ini akan mempunyai tanda harga yang cukup tinggi sekali.



Source link

read more

Gambar Dan Spesifikasi ZTE Axon 9 Tertiris – Amanz


Peranti utama yang terakhir dikeluarkan oleh ZTE ialah Axon 7 yang dilancarkan dua tahun yang lalu. Kini beberapa maklumat tertiris mengatakan ZTE Axon 9 adalah pewaris kepada ZTE Axon 7.  Maklumat ini disahkan sendiri oleh CEO ZTE Cheng Lixin melalui beberapa sumber. Rekaan dan spesifikasi peranti ini akhirnya tertiris hari ini.

Jika dilihat daripada gambar di atas, ZTE Axon 9 kelihatan seperti mempunyai bahagian belakang yang diperbuat daripada logam. Lokasi kamera belakang adalah menegak dan mempunyai flash dua tona dan tiada pengimbas cap jari kelihatan. Di bahagian hadapan terdapat dua lensa kamera swafoto dan skrin kelihatan menggunakan nisbah 18:9 dengan bingkai yang nipis. Butang kapasitif juga kelihatan pada bahagian bawah skrin dan lokasi sebenar pengimbas cap jari masih lagi belum diketahui.

 

Spesifikasi yang tertiris setakat ini ialah ZTE Axon 9 akan dilengkapi skrin 6 inci AMOLED beresolusi QHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 4/6 GB RAM dan storan dalaman 128/256 GB. Salah satu kamera di belakang adalah 20MP dan salah satu kamera di hadapan adalah 13MP.

Tarikh pelancaran masih lagi misteri bagi ZTE dan tiada maklumat rasmi mereka akan memperkenalkan ZTE Axon 9  di acara MWC 2018.


Feb 13, 2018

Gambar Dan Spesifikasi ZTE Axon 9 Tertiris

Peranti utama yang terakhir dikeluarkan oleh ZTE ialah Axon 7 yang dilancarkan dua tahun yang lalu. Kini beberapa maklumat tertiris mengatakan ZTE Axon 9 adalah pewaris kepada ZTE Axon 7.  Maklumat ini disahkan sendiri oleh CEO ZTE Cheng Lixin melalui beberapa sumber. Rekaan dan spesifikasi peranti ini akhirnya tertiris hari ini. Jika dilihat daripada gambar […]


Jan 23, 2018

ZTE Melangkaui Penggunaan Nama Axon 8 Untuk Peranti Utama Dan Memperkenalkan Terus Axon 9

Peranti utama ZTE Axon 7 dilancarkan pada tahun 2016. Peranti ini mempunyai rekaan kekisi pembesar suara stereo yang menarik dengan sokongan Dolby Atmos. Dalam ulasan yang kami berikan, peranti ini mempunyai kemampuan yang baik tetapi dijual pada harga yang mampu milik. Tiada Axon 8 dilancarkan tahun lalu walaupun amat dinantikan peminat ZTE. Di dalam sebuah […]




Source link

read more

Rekaan Skematik Untuk Zenfone 5 Seumpama iPhone X Tertiris Ke Arena Web – Amanz


Asus sedia menjadualkan acara pengenalan siri Zenfone 5 pada penghujung bulan Februari ini bersempena dengan MWC 2018. Sebelum ini, kita telah melihat rekaan skematik untuk salah satu peranti dibawah siri Zenfone 5, selain rekaan tertiris untuk Zenfone 5 Lite.

Kini, sebuah lagi rekaan skematik tertiris ke arena web melalui laman WinFuture, memperlihatkan rekaan peranti Zenfone 5 yang menggunakan skrin dengan takuk seperti iPhone X. Gambar tertiris ini selari dengan pelbagai desas-desus mengenai peranti Zenfone 5 sebelum ini.

Asus Zenfone 5 Takuk

Dengan menggunakan rekaan skrin dengan takuk ini, ia membolehkan paparan lebih menyeluruh berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, Asus turut dilihat mengekalkan dwi-kamera dibelakang, dan pengimbas cap jari dibelakang.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Dengan ketirisan baru ini, ia sekaligus memperlihatkan kita akan dapat melihat sekurang-kurangnya tiga variasi Zenfone 5 diperkenalkan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons