Cukup-cukuplah saya dah kena teruk sangat untuk 2017… penat- Kamal Adli



PELAKON Kamal Adli berazam mahu membuka buku baru dan tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang cerita negatif atau kontroversi tahun ini.
 
Menurut Kamal, pengalaman pahit yang ditempuhi tahun lalu cukup meninggalkan kesan yang begitu mendalam buat dirinya.
 
“Cukuplah, dah teruk sangat saya kena waktu 2017. Saya akan cuba elak dan tidak mahu terlibat dengan apa-apa isu yang boleh menjejaskan saya.
 
“Saya akui perkara seperti ini boleh menjejaskan karier dan saya tak mahu orang kenal saya hanya kerana kontroversi.
 
“Saya dah penat, cukup-cukuplah dan saya tidak mahu perkara seperti itu berulang lagi.
 
“Untuk 2018 ini biarlah saya buka buku baru, fokus dengan kerjaya dan perniagaan saya.
 
“Alhamdulillah, tawaran berlakon juga banyak dan jadual saya pun hampir padat. Saya anggap ini permulaan yang baik,” kepada Astro Gempak. Dalam perkembangan lain, Kamal bakal mengendalikan program baru terbitan Astro, Gegar Lawak bermula 19 Januari ini.
 
Selain Kamal, pelawak Fad Bocey bakal bergandingan bersamanya hos program terbaru Astro itu.
 
Pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin pula ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta dan
 
Douglass Lim pula merupakan juri tetap.
 
Gegar Lawak bakal bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 10.00 malam bermula 19 Januari ini di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
 
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.
 
Foto: Instagram @kamaladli

Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more

Pedati diraja teruk mahkota ini boleh buat patah tengkuk – Ratu Elizabeth luah emosi


LONDON: Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.

Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.

Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.

“Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.

“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.

Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.

“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.

Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benag emas dan perak.

“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”

Ratu Elizabeth membuka cerita tentang pengalaman baginda dimahkotakan sebagai Ratu. - Reuters

Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.

Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja ‘Imperial State’ yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.

“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.

“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.

Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.



Source link

read more

Niat nak girl-girlkan Cik B cari baju dalam DS Vida teruk dikecam netizen


GARA-GARA memuat naik video ketika sedang mencari pakaian dalam untuk anak perempuannya, Cik B, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dikecam pengguna laman sosial.

DSV memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya, @datoserivida bersama kapsyen: “Nak girl girl-kan Cik B. Haha.”

Netizen mula memenuhi ruangan komen laman Instagram DSV dengan kecaman.

Ada yang menuduh DSV menjatuhkan maruah anaknya dan berpendapat video tersebut tidak patut dimuat naik.

Netizen juga menyifatkan video tersebut kurang sopan untuk dimuat naik di laman Instagram DSV.

Namun begitu, ada juga yang melihat video tersebut sebagai salah satu gurauan DSV kepada Cik B.

Ada yang berpendapat DSV mahu Cik B yang terkenal dengan pakaian ala gadis lasak atau ‘tomboi’ memakai pakaian yang lebih bercirikan ‘girlish’. 

Netizen juga memuji DSV kerana masih mempunyai masa memikirkan mengenai perkembangan anak yang meningkat dewasa biarpun sibuk dengan urusan perniagaan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto & Video: Instagram DSV

 



Source link

read more

Separuh warga AS rasa negara itu semakin teruk dengan Trump



Washington DC: Lebih 52 peratus warga Amerika Syarikat merasakan negara berkenaan menjadi semakin teruk selepas Presiden Donald Trump dilantik.

Trump turut gagal mendapat sokongan daripada Parti Republikan apabila hanya 50 peratus yang percaya dia telah mengotakan janji yang dibuat sewaktu pilihan raya tahun 2016.

Antara janji yang masih gagal dipenuhi Trump termasuk rombakan undang-undang penjagaan kesihatan, menarik AS keluar dari perjanjian nuklear Iran dan melabur dalam membangunkan infrastruktur di AS.

Tinjauan tersebut dibuat oleh agensi berita The Associated Press dan NORC Center for Public Affairs Research.

Dan dengan 2017 menghampiri penghujungnya, warga AS secara amnya semakin pesimis dengan kepimpinan Trump.

Hanya 10 peratus warga AS percaya negara itu dilandasan yang betul.

Trump kini hanya mencatatkan 32 peratus sokongan populariti daripada tinjauan yang dilakukan.

Namun berita baiknya adalah ekonomi AS semakin pulih dengan kadar pengangguran pada 4 peratus dan 40 peratus menyokong cara Trump mengendalikan ekonomi AS.



Source link

read more

Aduan bayi muntah teruk KPDNKK rampas susu dipercayai palsu



JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan anggaran nilai rampasan RM42 ribu.

Rampasan dibuat dalam serbuan di lima lokasi berbeza sekitar Johor Bahru pada Khamis lalu.

Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata tindakan itu dibuat selepas pihak pengeluar susu berkenaan mendapat aduan dari pembeli yang berkata bayinya telah mengalami muntah teruk selepas menggunakan susu terbabit pada Ogos lalu.

Katanya, hasil pemantauan KPDNKK bersama pihak pengeluar selama empat bulan mendapati tiga daripada lima premis itu menjual susu yang disyaki tiruan pada harga asal lebih 200 ringgit setiap kotak.

Pemilik premis terbabit mendakwa tidak sedar susu yang dijual adalah susu tiruan dan telah mencampurkan kotak susu disyaki tiruan dengan kotak susu asli di rak jualan.

“Pihak KPDNKK Johor masih berusaha bersama pihak pengadu bagi jenama produk ini untuk mengenal pasti sumber pengeluar dan pengedar produk tiruan ini.

“Hasil siasatan awal mendapati invois yang ditemui di premis yang diambil tindakan menggunakan nama dan alamat syarikat palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Dengan kejayaan ini pihak KPDNKK percaya dapat melumpuhkan aktiviti penjualan dan pengedaran produk susu tiruan ini,” katanya pada sidang media operasi produk tiruan di setor KPDNKK, Senai hari ini.

Khair Anwar berkata pihaknya telah meminta sampel susu asli dari pihak pengeluar untuk ujian kimia bagi membezakan kandungan dengan susu disyaki tiruan.

Katanya pihak KPDNKK akan terus menjalankan operasi sama ke premis lain seluruh negeri itu kerana produk disyaki tiruan ini merbahaya kepada kesihatan pengguna yang terdiri daripada bayi berusia sehari hingga 12 bulan.

Kesemua barangan rampasan disita dibawah seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut.

Bagi kesalahan yang dilakukan membabitkan produk tiruan boleh dikenakan denda RM10 ribu bagi setiap perihal dagangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan untuk kesalahan kali pertama.

Bagi kesalahan kali kedua, boleh dikenakan denda RM20 ribu ringgit atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.



Source link

read more

200,000 dipindahkan ekoran kebakaran semakin teruk di California – Luar Negara


CALIFORNIA 8 Dis. – Hampir 200,000 penduduk sudah dipindahkan susulan kebakaran besar yang melanda California ketika ini, selain pasukan bomba terus bertungkus-lumus memadamkan api yang semakin merebak.

BBC melaporkan, kira-kira 5,000 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran yang memusnahkan sebanyak 150 buah bangunan di selatan California.

Jumlah penduduk yang dipindahkan semakin meningkat ekoran kebakaran terus merebak di utara San Diego. – AGENSI



Source link

read more

Elaine Daly hamil anak kedua alami alahan teruk



PELAKON dan model, Elaine Daly mengumumkan sedang hamil anak kedua yang kini berusia 14 minggu.

Menerusi akaun Instagram(IG)nya, Elaine mengesahkan dia bakal menyambut kelahiran bayinya itu pada Mei 2018.

Pun begitu, Elaine yang memuat naik gambar ultrasound bayinya itu memberitahu dia kini sedang berehat dan tidak dapat menghadiri mana-mana acara hiburan dan sebagainya.

Elaine meminta maaf kerana tidak dapat berbuat demikian disebabkan alahan teruk yang dialaminya.

Bagaimanapun dia mengharapkan agar proses kehamilannya selepas ini berjalan dengan lancar dan baik sehingga bersalin.

Elaine berkahwin dengan seorang doktor berasal dari Afrika Selatan iaitu Nick Borden pada 4 Disember 2014.

Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Eva Jean Boden yang kini berusia dua tahun.



Source link

read more

Banjir kilat di Pulau Pinang jejas teruk kehidupan penduduk – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Banjir kilat berikutan hujan dan ribut yang melanda Pulau Pinang sejak awal pagi Sabtu lalu telah menjejas teruk kehidupan rakyat negeri itu.

 

Paling terkesan dengan musibah tersebut adalah warga emas serta para peniaga makanan di negeri yang digelar syurga makanan jalanan itu.

Masa depan para calon Sijil Pelajaran Malaysia di negeri berkenaan juga hampir terjejas akibat bencana alam berkenaan.

Namun, mujur bantuan dari seluruh negara dan paling utama, pasukan Tentera Diraja Malaysia tiba tepat pada waktunya.

Utusan Online, mengumpulkan gambar-gambar kesengsaraan warga Pulau Pinang untuk paparan dan sebagai dorongan para pembaca terus menghulurkan kepada mereka yang terjejas dalam kejadian banjir yang dikatakan antara yang paling teruk pernah melanda negeri ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons