Peserta The Voice Thailand selamba nyanyi lagu Dikir Puteri



BIARPUN tidak sempurna lenggok, sebutan dan lirik Melayu, peserta The Voice Thailand mencuri perhatian netizen menerusi persembahannya menyanyikan lagu Dikir Puteri.

Uniknya, persembahan lagu asal nyanyian ratu pop etnik Malaysia, Noraniza Idris itu mendapat sentuhan moden apabila diselitkan dengan lirik rap berbahasa Thailand pada akhir lagu itu.

“Walau sebutan salah tapi percubaan untuk menyanyikan lagu berbahasa Melayu itu ada. Bangga!” tulis pengguna Twitter @LeAlterEgo.
 

Menerusi video yang dikongsikannya itu, peserta duo rancangan realiti nyanyian itu turut menyelitkan elemen dikir barat dalam persembahan mereka. Pujian diberikan netizen kepada kedua-dua penyanyi itu dalam usaha untuk menyanyikan lagu irama Malaysia bersungguh-sungguh.

“Faktanya lagu irama asli susah nak nyanyi sebab itu banyak artis sekarang menyanyi pop. Mungkin Noraniza Idris juga harus remake lagu ini letak lirik rap,” tulis @aleyayaya.

“Comelnya sebut ‘walau ya-uh walau dekat’,” tambah @szlan_mustafa.

“Lagu Dikir Puteri memang popular di Thailand. Malah, hampir semua kelab malam di sana pasang lagu ini versi original dan remix,” tulis salah seorang pengguna lain.

Sehingga kini video yang dikongsikan di Twitter itu ditonton 80,000 kali dan diulang kicau (retweet) sebanyak 8,000 kali.

Manakala, di YouTube, video tersebut sudah ditonton lebih 1.3 juta kali. Wow!

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter



Source link

read more

Penjenayah Thailand guna mata wang kripto sembunyi jejak transaksi wang haram



BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand kini mula memberi lebih tumpuan kepada “dark web” (laman web yang menyembunyikan alamat IP server) mata wang digital disebabkan peningkatan penggunaan mata wang kripto seperti Bitcoin oleh kumpulan penjenayah untuk menyembunyikan jejak transaksi wang haram mereka.

Oleh kerana menyedari bahaya yang ditimbulkan oleh mata wang kripto yang sukar dikesan oleh penguatkuasaan undang-undang, Biro Anti Narkotik (NSB) telah melatih anggota penguatkuasanya mengenai selok-belok mata wang digital dan kesannya terhadap usaha memerangi sindiket dadah di negara itu.

“Jika semua sindiket dadah beralih menggunakan Bitcoin untuk urus niaga dadah, usaha untuk menjejaki transaksi wang haram akan menjadi lebih sukar. Kami tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam buat masa ini mengenai Bitcoin, jadi ia sangat mencabar,” kata ketuanya Lt Jen Sommai Kongvisaisuk kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, NSB hanya menangani satu kes melibatkan penggunaan mata wang kripto sebelum ini tetapi menjangka lebih banyak sindiket dadah tempatan akan mengikut jejak langkah sindiket dadah antarabangsa yang menjadi rakan mereka dalam menggunakan Bitcoin dan mata wang digital yang lain.

Sommai berkata satu-satunya kes dadah dan Bitcoin di Thailand melibatkan seorang lelaki warga Kanada tetapi beliau tidak megulas lanjut.

Walaupun penggunaan mata wang kripto oleh sindiket dadah di Thailand agak perlahan tetapi lain pula dengan sindiket pusat-pusat panggilan palsu yang juga menggunakan mata wang digital dan menjadikannya sebahagian daripada “modus operandi” mereka .

Menurut Polis Diraja Thailand, sindiket penipuan pusat panggilan palsu itu telah melabur sekurang-kurangnya 90 peratus daripada wang yang diperdayakan daripada mangsa ke dalam Bitcoin.

“Sejak 8 Dis tahun lepas sehingga sekarang, kami mendapati bahawa sekurang-kurangnya 90 peratus (daripada wang mangsa hasil aktiviti penipuan) masuk ke dalam Bitcoin atau 20 juta Baht (RM2.6 juta) buat masa ini,” kata Jen Thanisak Teerasawat baru-baru ini.

Beliau berkata pelaburan dalam Bitcoin adalah sebahagian daripada usaha oleh sindiket pusat panggilan tersebut untuk memindahkan wang mangsa dan mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Thanisak yang mengetuai pasukan petugas Thauiland mengenai penipuan ekektronik sebelumnya mempengerusikan mesyuarat antara Polis, Kementerian Perdagangan, Pejabat Anti Pengubahan Wang Haram (AMLO) dan lima syarikat perniagaan Bitcoin.

Syarikat-syarikat perdagangan Bitcoin memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dalam usaha menjejaki transaksi wang haram yang ditinggalkan oleh anggota sindiket pusat panggilan palsu itu dan mendapatkan semula wang mangsa yang telah dilaburkan dalam Bitcoin, kata beliau.

Sementara itu, bank pusat negara itu, Bank of Thailand (BoT) minggu lepas meminta institusi-institusi kewangan tidak melibatkan diri dalam transaksi mata wang kripto.

Bank itu berkata mata wang kripto tidak sah diperlakukan dengan nilai di Thailand dan boleh digunakan dalam kegiatan haram sepertri pengubahan wang haram atau membiayai aktiviti keganasan. — Bernama



Source link

read more

60 anggota polis Thailand disiasat terima ang pow



BANGKOK: Polis Thailand telah memulakan siasatan ke atas 60 anggota polis dari empat balai polis di Bangkok kerana menerima ‘ang pow’ daripada seorang lelaki yang didakwa sebagai pemilik premis perjudian.

Komander Divisyen 7 Polis Metropolitan, Mej Jen Boonyarit Rodma mengarahkan siasatan dijalankan selepas satu klip video menunjukkan anggota polis berkenaan menunggu dan berbaris panjang untuk menerima ‘ang pow’ menjadi tular di laman sosial negara itu.

Menurut media tempatan di sini pada Sabtu, klip video itu telah ditonton lebih 159,000 kali dan dikongsikan lebih 2,200 kali dalam masa hanya 15 jam sejak ia mula tular dalam laman Facebook Jumaat lepas.

Boonyarit berkata kesemua anggota polis terbabit ialah dari balai polis Taling Chan, Thamma Sala, Bang Yikhan dan Bang Saothong dan beliau juga mengarahkan kesemua ketua balai disoal berikutan insiden yang memalukan itu.

Keempat-empat balai polis terbabit juga telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kepada Biro Polis Metropolitan dalam masa satu minggu, kata beliau.

Insiden tersebut berlaku hanya seminggu selepas Timbalan Ketua Polis Nasional negara itu, Jen Chalermkiat Sriworakhan mengeluarkan arahan kepada semua ketua balai polis untuk memastikan anggota bawahan mereka tidak menerima ‘ang pow’ daripada mana-mana ahli perniagaan Cina.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan tatatertib akan diambil jika mereka mengingkari arahan itu. — Bernama



Source link

read more

Polis Thailand rampas 123 kilogram dadah



SONGKLA: Polis Thailand merampas tiga buah beg besar berisi 123 kilogram dadah jenis “Ice” (Crystal Methaphetamine) di Hatyai yang akan dihantar ke sebuah negara ketiga yang tidak dinamakan.

Ketua Polis Bahagian Ke-6 Kol Sompong Suwannawong berkata, seorang lelaki berusia 29 tahun dikenali sebagai “Paisarn” dan berasal daripada wilayah Satun ditangkap pada Jumaat yang membawa kepada penemuan dadah itu.

“Suspek mengakui beliau akan menerima upah sebanyak 100,000 Baht (RM12,600) jika berjaya menghantar dadah itu ke negara ketiga,” katanya pada sidang media, tanpa mendedahkan nama negara ketiga.

Beliau juga berkata, dadah itu dipercayai milik seorang pengedar dadah dikenali sebagai “Bae Wa” dengan jumlah keseluruhan dadah cuba dihantar ke beberapa lokasi di selatan Thailand melebihi 200 kilogram, yang diisi dalam enam buah beg.

Selasa lepas, polis Thailand menemui tiga buah besar berisi 95 kilogram dadah “Ice” di sebuah resort pelancongan di wilayah Satun yang bersempadan dengan negeri Perlis di utara Malaysia, tetapi tiada tangkapan dilakukan.

Mereka percaya dadah itu akan diseludup ke Malaysia, sebagaimana juga dengan rampasan-rampasan dadah “Ice” sebanyak 100 kilogram di Padang Besar pada 3 Feb lepas dan 300kg “Ice” dalam sebuah lori berisi tembikai baru-baru ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Malaysia to take up big bikers plight with Thailand in G2G meeting


RETRO JAMBOREE 2016

MO,7/2/2018, PUTRAJAYA: Malaysia will engage with Thailand through the government-to-government (G2G) to address the plight of Malaysian superbike riders crossing into the kingdom. Deputy Foreign Minister Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican said the ministry will bring up the issue to the Thailand government through the Joint Commission Meeting (JCM) which is hosted annually. He said this following a memorandum submission by the Bikers United Club Malaysia (BUCM) today, at the ministry’s headquarters here.

The BUCM had urged the ministry to intervene in the problem faced by riders and their families in the event of an accident or death during their road expedition to the kingdom. In the memorandum, BUCM cited several incidences where the families of the deceased bikers are demanded to pay a hefty sum to retrieve the remains of their loved ones. In addition they are seeking a review of the high penalty the bikers had to pay Thai authorities when they are involved in minor road accidents and accidents where they are not at fault.

In accepting the memorandum, Reezal said their greviances will be submitted at the G2G meeting with Thailand. “I believe there is a serious lack of knowledge of regulation, laws and insurance structure by Malaysians in Thailand. “Therefore at the meeting, matters such as the type of insurance to be taken and the appointment of established and reliable insurance companies to represent Malaysians, how to resolve language barrier between to parties, and engagement with a panel of lawyers will be raised,” he added.

Malaysians are also urged to observe and be vigilant of the domestic law of the country they are visiting, so that they will be protected, Reezal adviced. “The bikers are also advised to inform the consulate general office and the embassy each time they plan for a trip. “This will make sure that they stay under the radar of the ministry and we would be able to render help if needed,” he added. BUCM vice-chairman Azuan Abu Bakar hoped that amicable solution will be reached through the G2G meeting.

“We have lost many lives during our expedition to neighbouring country and their families were slapped with high payments to retrieve their remains. “This is not fair. We are not blaming anyone but we only want justice to be done,” he added. The BUCM, with a member of 10,000 crosses the Thai border as frequent as twice a month.

Azuan said in the latest case of a Malaysian superbike rider who was killed while his wife was seriously injured in an accident in southern Thailand Jan 16, the family was asked to pay RM27,000 to retrieve the remains. “Since the family didn’t have that much of money, the club president had paid RM10,000 and mortgaged two bikes to pay the authorities,” he added.

–NSTP



Source link

read more

Kerajaan Thailand nafi Prawit Wongsuwan letak jawatan berhubung isu jam tangan mewah



BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan tidak meletak jawatan daripada kerajaan seperti dihebohkan oleh pihak yang membuat spekulasi, demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Lt Jen Kongcheep Tantrawanich.

Menurut beliau, Prawit, 72, berhasrat untuk terus menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

“Jen Prawit Wongsuwan masih berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dan tidak melepaskan jawatan seperti pihak-pihak membuat spekulasi,”kata beliau dalam satu kenyataan ringkas di sini.

Timbalan perdana menteri yang juga bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri Thailand telah berlepas ke Singapura awal hari ini dan akan berada di republik itu sehingga Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN.

Jen Prawit mendapat perhatian orang ramai yang mendesak beliau meletak jawatan selepas beliau didapati memakai jam tangan mewah semasa menghadiri satu majlis kerajaan baru-baru ini.

Kontroversi yang berlarutan melibatkan jam tangan mewah timbalan perdana menteri disebut-sebut sebagai satu daripada sebab bagi kemerosotan populariti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha dalam tinjauan populariti yang dijalankan baru-baru ini.

Bekas panglima tentera darat itu telah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan jika beliau didapati bersalah hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) berhubung isu pemilikan jam tangan mewah.

NACC dalam satu kenyataan minggu lepas berkata ia berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jam tangan tersebut daripada timbalan perdana menteri.

Sebagai membela diri, Jen Prawit berkata jam tangan mewah itu ialah milik rakan-rakannya yang meminjamkan jam tangan tersebut kepadanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Thailand kuat kuasa pengharaman merokok buang sampah di pantai peranginan



BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengharamkan merokok dan membuang sampah di 24 lokasi pantai popularnya yang sering dikunjungi pelancong dari seluruh dunia, lapor Reuters.

Menurut Kementerian Sumber Alam Sekitar negara itu, keputusan itu dibuat pada Khamis setelah mengambil kira tentang isu-isu alam sekitar.

Thailand sudah lama menjadi tumpuan dalam peta pelancongan dunia, sama ada dalam kalangan pengembara beg galas pada awal tahun 1990-an hinggalah kepada rombongan berjadual pelancong dari China pada hari ini. Negara itu menganggarkan menerima kemasukan sejulah 37.55 juta pelancong pada 2018.

Kumpulan pejuang alam sekitar telah lama mendesak kerajaan Thailand untuk melindungi kawasan pesisiran pantai negara itu, yang sering dianggap antara yang tercantik di dunia, namun berdepan dengan ancaman pencemaran dan pembangunan tidak terkawal.

Pengarah Pejabat Pengurusan Sumber Marin dan Pesisiran Pantai negara itu, Bannaruk Sermthong, berkata, satu undang-undang yang dikuatkuasakan pada Khamis dikhususkan bagi menangani permasalahan tersebut.

“Bermula hari ini, merokok dan membuang puntung rokok adalah diharamkan di kawasan pantai.

“Sesiapa yang hendak merokok perlu melakukannya di tempat yang dikhususkan, bukan lagi di pantai,” tegasnya.

Undang-undang terbaharu itu bakal melindungi 24 lokasi pantai peranginan popular di 15 wilayah Thailand, iaitu di sepanjang perairan Andaman dan Teluk Siam.

Sesiapa yang melanggar undang-undang itu akan didakwa di mahkamah jenayah dan bedepan hukuman penjara setahun, atau denda sehingga 100,000 Baht (RM12,000), atau kedua-duanya.

Thailand mempunyai 357 pantai di seluruh negara.



Source link

read more

Didakwa hina Raja Thailand selepas kongsi artikel BBC di Facebook



BANGKOK: Seorang aktivis melarikan diri selepas didakwa menghina Raja Thailand dengan berkongsi artikel dari BBC di akaunnya di Facebook.

Chanoknan Ruamsap merupakan aktivis parti pembangkang di negara itu dan dipercayai melarikan diri untuk elak dari ditangkap dan dipenjarakan lebih dari 15 tahun.

Sebelum ini, Chanoknan telah berkongsi satu artikel dari BBC yang didakwa menghina raja baru di negara itu, menurut laporan laman web South China Morning Post.

Bagaimanapun, Chanoknan tidak memberitahu dimana dia tinggal sekarang.

Di akaun Facebooknya, dia hanya menyatakan keputusan melarikan diri dengan memuat naik gambar saman polis.

“Saya hanya ada 30 minit untuk memutuskan sama ada untuk terus tinggal di sini atau pergi. Ini satu keputusan yang susah sebab pemergian saya kali ini seperti saya tidak akan lagi pulang,” kata Chanoknan.

“Saya memutuskan untuk beritahu kedua ibu bapa saya dan semua orang terkejut tetapi mereka bersetuju. Tiada siapa mahu saya dimasukkan dalam penjara selama lima tahun atas kesalahan kongsi artikel BBC.”

Antara aktivis lain yang turut didakwa, Jatupat Boonpattaraksa, dengan hukuman 18 bulan penjara atas kesalahan yang sama.



Source link

read more

Thailand jadi lokasi pilihan penipuan pusat panggilan rakyat Malaysia


BANGKOK: Penahanan enam rakyat Malaysia yang disyaki anggota sindiket penipuan, oleh pihak berkuasa Thai pada awal bulan dan beberapa kes baru-baru ini, menjadikan negara ini tumpuan kepada sindiket penipuan membabitkan warga Malaysia.

Oleh kerana lebih ramai rakyat Malaysia terlibat dalam penipuan pusat panggilan atau ‘Macau Scam’ yang kini merengkok di dalam penjara Thai, pihak berkuasa di kedua-dua negara telah mengusahakan lebih banyak kerjasama dan tindakan bersama dalam mengatasi masalah yang semakin berleluasa ini.

“Penipuan pusat panggilan membabitkan rakyat Malaysia (di Thailand) perlu diberikan perhatian. Sebelum ini, penipuan itu dilakukan oleh warga Afrika, China atau Taiwan di Malaysia, tetapi kini rakyat Malaysia datang ke Thailand untuk menipu orang di sini,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, kepada Bernama dalam temu bual di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Polis Diraja Thai (RTP) yang meminta bantuan Bukit Aman dalam memburu sisa-sisa sindiket penipuan berkaitan dengan penahanan enam suspek itu, yang menurut sumber, dipercayai bersembunyi di beberapa negeri di Malaysia.

Sumber itu juga menyatakan beberapa rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand adalah sebahagian daripada sindiket pusat panggilan yang didalangi oleh mafia warga Taiwan berikutan bukti yang diperoleh daripada satu serbuan dilakukan oleh polis Thai Oktober tahun lepas yang mana mereka menyelamatkan tiga rakyat Malaysia yang dipukul dan dikurung oleh sindiket itu.

Polis Thai juga menahan empat lagi rakyat Malaysia dalam serbuan itu, termasuk seorang suspek berumur 19 tahun dari Melaka, disyaki memainkan peranan besar dalam sindiket itu, bersama gengster Taiwan terbabit.

Tiga rakyat Malaysia yang diselamatkan itu — dua lelaki dan seorang wanita — dihantar pulang ke Malaysia semalam.

Kes terbaharu melibatkan penangkapan enam anggota sindiket rakyat Malaysia dan kes-kes lain sebelum ini menunjukkan peningkatan trend penglibatan rakyat Malaysia dalam jenayah di Thailand, yang mana telah lama dikuasai oleh kumpulan penipuan tempatan, rakyat China, Taiwan dan Afrika.

Menurut pegawai perhubungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kedutaan Malaysia di Thailand, Supt Ridzuan Abdul Aziz, jumlah rakyat Malaysia ditahan kerana menjadikan Bangkok sebagai pusat operasi untuk sindiket pusat panggilan palsu meningkat sejak kebelakangan ini.

“Sepanjang 2017, polis Thai telah melakukan empat serbuan terhadap sindiket pusat panggilan yang diketuai rakyat Malaysia di Bangkok dan Pattaya,” katanya.

Beliau berkata PDRM dan RTP perlu mengadakan pendekatan holistik dalam menangani masalah ini yang telah menyebabkan kerugian berjuta-juta Baht.

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong Thai Mej Jen Surachet Hakpal, yang dilantik mengetuai usaha RTP untuk melumpuhkan sindiket penipuan pusat panggilan di Thailand, memberitahu Bernama baru-baru ini bahawa kerjasama daripada polis Malaysia dalam menangani masalah ini adalah penting.

Beliau berkata usaha pelbagai negara diperlukan untuk membasmi keseluruhan sindiket itu yang beroperasi secara transnasional, merangkumi beberapa negara.

“Sindiket pusat panggilan telah beroperasi (di Thailand) untuk tempoh yang lama dan mempunyai rangkaian di banyak negara. Kami perlu menyelaras dengan polis negara terbabit seperti polis Malaysia,” katanya. — Bernama



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons