Tiada istilah mudah jika ingin bergelar pelawak – Ali Puteh



PELAWAK anggota kumpulan Puteh, Ali mengingatkan anak didiknya supaya mengambil serius dalam setiap perkara yang ingin dilakukan jika mahu bergelar seorang pelawak.

Menurut Ali, kebanyakan mereka menganggap bergelar pelawak merupakan sesuatu perkara yang mudah.

“Apa yang saya perhatikan, ramai orang ingat jadi pelawak ni mudah sehingga ada yang buat lawak sambil lewa.

“Saya sering mengingatkan anak didik saya dalam Gegar Lawak ini supaya ambil serius setiap perkara yang mereka ingin lakukan atas pentas.

“Jadi dalam kelas saya tiada istilah bermain kerana saya mahu mereka semua fokus dan bersungguh-sungguh menghiburkan penonton dengan jalan cerita yang menarik.

“Saya bukannya garang pun tapi saya harus tegas dalam kelas supaya mereka ini serius kerana tiada siapa dapat membantu mereka jika diri sendiri tidak mahu lakukan yang terbaik,” katanya kepada Astro Gempak.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
 
Selain Ali Puteh, program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik-Jentik dan Dzawin sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
 
Manakala pelawak Douglas Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
 
Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
 
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

Azmil Mustapha sudah tiada | Astro Awani



PELAKON era 80an yang popular menerusi filem Mekanik dan Ali Setan, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di Shah Alam kira-kira pukul 12.40 tengahari tadi.

Difahamkan Allahyarham  meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum dikebumikan.

Allahyarham yang nama sebenarnya Mohd Azmil Mustapha Kamil dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Mekanik yang mencatatkan kutipan box office pada 1983.

Selain Mekanik, Azmil juga turut membintangi filem Ali Setan1, Ali Setan2, Suara Kekasih, Kepala Angin dan beberapa filem lain.

Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin merupakan filem terakhir lakonan Azmil dimana Allahyarham memegang watak Imam Demak.

Allahyarham juga banyak terlibat dalam aktiviti dakwah dan pernah ke Syria untuk mempelajari agama Islam.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

read more

Siapa kata Iraq tiada padang bola?


WhatsApp Image 2018-02-13 at 12.52.56MO, 13/2/2018 – KENYATAAN Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa Iraq tidak mempunyai padang bola sepak adalah kurang tepat memandangkan Iraq tidaklah seteruk seperti yang digambarkan.

Walaupun sentiasa berdepan dengan masalah pergolakan, namun Iraq tetap memiliki stadium bola sepak. Secara keseluruhannya Iraq mempunyai 19 stadium dan Stadium Al-Shaab adalah yang tertua selepas mula digunakan pada 6 November 1966.

Stadium Al-Shaab venue rasmi skuad kebangsaan Iraq pernah mengalami kerosakan teruk apabila dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat pada 2003 sebelum kerajaan mereka melakukan kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran pada 2010.

Bagaimanapun pada 2013, venue rasmi skuad kebangsaan Iraq diambil alih oleh Stadium Antarabangsa Basra yang mempunyai kapasiti 65,000, sekali gus menjadi stadium terbesar di Iraq.

Memiliki 19 stadium sudah cukup untuk membuktikan Iraq mampu menganjurkan liga mereka sendiri, malah majoriti skuad bawah 23 (B-23) Iraq yang menyertai Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) di China pada Januari lalu beraksi di liga domestik.

Kelmarin, Azmin membuat kenyataan apabila membandingkan keadaan di Iraq yang tidak mempunyai padang bola sepak tetapi rakyat negara itu boleh bermain sukan berkenaan di padang pasir dengan Selangor yang ketika ini terpaksa menjadikan Stadium Kuala Lumpur sebagai venue rasmi mereka pada musim ini.

Bukan sahaja memiliki stadium bola sepak, malah Iraq turut mempunyai rekod cemerlang apabila skuad B-23 negara itu pernah muncul juara edisi pertama Kejuaraan AFC B-23 pada 2013 serta beraksi dalam Sukan Olimpik 2016.

Akhir kata, Iraq adalah kuasa besar dalam bola sepak di benua Asia dan tidak mustahil mampu menggegar dunia satu hari nanti.

Selangor pula adalah gergasi bola sepak tanah air dan memang menyedihkan pasukan yang memiliki deretan sejarah terpaksa ‘menumpang’ untuk beraksi dalam liga, yang mana mereka antara calon untuk muncul juara.



Source link

read more

Pembayaran Dividen Tinggi KWSP Tiada Kaitan Pilihan Raya


18B1FC39-FAE6-4837-B5FA-3A9AC9A41205MO, 12/2/2018, KUALA LUMPUR – Pembayaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertinggi sejak sekian lama tiada kaitan dengan pilihan raya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tindakan pembangkang yang segera menggunakan isu itu dengan mengaitkan kadar pembayaran KWSP sebagai ‘dividen tahun pilihan raya’ juga sudah dijangka.

“Sebenarnya, pembayaran dividen KWSP ini meningkat secara beransur-ansur sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan bukan hanya pada tahun ini. “Pada 2014 dan 2015, KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi berbanding 2013, yang juga merupakan tahun pilihan raya. Jadi ia tidak ada kaitan dengan pilihan raya,” jelas Salleh menerusi catatan di laman blog beliau, semalam.

Beliau berkata sekiranya KWSP mengumumkan dividen yang sangat rendah tahun ini, pembangkang akan menggunakan perkara itu sebagai bukti bahawa ekonomi sedang dalam keadaan buruk dan negara akan bankrap.

“Mantra ‘Malaysia akan bankrap’ dicanangkan selama bertahun-tahun tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah pertumbuhan ekonomi bertambah kukuh. Mengikut laporan ekonomi negara-negara lain, Malaysia dinilai antara terbaik di rantau ini,” katanya.

Salleh berkata ahli ekonomi asing juga meramalkan pertumbuhan yang tinggi untuk Malaysia.

“Rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara untuk bercuti juga meningkat setiap tahun berdasarkan statistik dikumpulkan. Lebih 26 juta pelancong asing juga datang ke Malaysia pada 2016 dan ini dijangka meningkat kepada 30 juta menjelang 2020.

“Ini bukan petanda negara dalam masalah,” tegasnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Tiada masalah bincang Perjanjian Malaysia – PM Najib


KUCHING, (Bernama) – Kerajaan Persekutuan tiada masalah untuk mengembalikan sekiranya ada kuasa atau hak-hak kerajaan negeri Sarawak yang ‘terambil’ secara sengaja mahupun tidak sengaja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi untuk duduk semeja dengan jawatankuasa peringkat tinggi yang ditubuhkan kerajaan negeri Sarawak bagi berbincang mengenai hak-hak negeri Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Runding baik-baik, cari penyelesaian, semua boleh bincang. Dalam kabinet (Persekutuan) pun ramai menteri datangnya dari Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan hari ini lebih jujur dan ikhlas berhubung banyak isu, berbeza dengan keadaan suatu ketika dahulu apabila sesiapa sahaja yang menyentuh soal Perjanjian Malaysia 1963 akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau seterusnya memuji perpaduan dan permuafakatan yang ditunjukkan PBB sehingga banyak jawatan tinggi parti dimenangi tanpa ada sebarang pertandingan, yang menurutnya ia seharusnya menjadi model untuk dicontohi oleh parti-parti politik yang lain di Malaysia.

Katanya, dengan melihat kepada perpaduan, permuafakatan dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh PBB hari ini, beliau yakin parti itu benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya dan mampu memberikan keputusan terbaik kepada kerajaan BN.

Najib berkata, kerajaan juga tidak ragu-ragu menyalur peruntukan pembangunan kepada negeri Sarawak yang dianggapnya memang berbaloi, dalam usaha membawa pembangunan yang adil dan saksama untuk semua.

Beliau berkata, seharusnya tidak ada jurang pembangunan di antara negeri, dan sebab itu juga peruntukan besar perlu disalur kepada Sarawak kerana pembangunan untuk seluruh rakyat perlu diagihkan sama rata antara negeri.

Perdana menteri berkata, sebab itu beliau memberi tumpuan terhadap pembangunan Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja tidak kurang daripada RM14 bilion yang dijangka siap pada tahun 2021, tanpa tol.

Selain itu katanya, sebab itu beliau turut memberi tumpuan terhadap usaha membina jalan raya bagi menghubungkan kawasan Kapit di tengah pedalaman Sarawak, supaya kawasan itu dapat dihubungkan dengan dunia luar menerusi jalan darat.

“Dalam konteks Sarawak, anda semua tidak perlu bimbang, saya sahabat baik Sarawak. Saya ingin lihat seluruh pelusuk tanah air kita, dari Perlis sehingga ke Sabah, membangun dan maju secara seimbang, adil dan saksama. Kalau ada jurang pembangunan, tanggungjawab saya sebagai perdana menteri untuk menanganinya,” katanya.

Najib berkata, sebagai perdana menteri, beliau telah melawat Sarawak sebanyak 59 kali meninjau sehingga ke kawasan pedalaman.

Secara berseloroh katanya, perkara itu boleh disahkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang yang sering mengemas kini setiap lawatan perdana menteri ke Bumi Kenyalang.

Katanya, beliau turut melihat jalinan permuafakatan yang cukup istimewa dalam kalangan anggota PBB antara pemimpin baharu dan lama, di samping kepelbagaian etnik yang mengukuhkan parti , sehinggakan beliau tidak melihat jurang perbezaan antara mereka. – theRakyat



Source link

read more

Tiada lagi masalah kurang zat dan wabak campak di Papua



JAKARTA: Indonesia mengisytiharkan wabak campak dan masalah kekurangan zat yang melanda di Wilayah Papua telah berakhir.

Menurut pegawai tempatan, kira-kira 72 kanak-kanak dan ratusan orang awam yang maut akibat menghidap wabak ‘luar biasa’ itu di daerah Asmat antara September 2017 sehingga 4 Februari.

“Akhirnya masalah wabak luar biasa sudah berakhir,” kata Ketua Daerah Asmat, Elisa Kambu pada Isnin.

Presiden Indonesia, Joko Widodo menghantar pasukan tentera dan perubatan bagi kempen imunisasi dan merawat pesakit wabak di daerah itu.

Berdasarkan laporan AFP, tiada kes baharu dikenal pasti di wilayah terpencil itu berikutan penempatan pasukan tentera dan perubatan di perkampungan itu bulan lepas.

Sejak beberapa dekad, Asmat menjadi tempat pemberontakan terhadap kerajaan Indonesia dan masih merupakan kawasan paling miskin di kepulauan Asia Tenggara.



Source link

read more

Tiada jelmaan Prince di Super Bowl anggap tindakan hidupkan artis yang dah mati perbuatan syaitan



JUSTIN Timberlake terpaksa melupakan hasrat untuk berduet bersama penyanyi pujaannya Prince pada acara Super Bowl Ahad ini.

Ia selepas impiannya itu mendapat bantahan daripada rakan karib penghibur legenda itu Shiela E.

Portal hiburan terkenal TMZ sebelum ini melaporkan Timberlake akan berduet bersama Prince yang ‘dihidupkan’ kembali menerusi hologram pada acara selingan separuh masa kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) itu.

Hasrat bekas penyanyi NSYNC itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada Shiela E menerusi posting di twitternya.

 

Shiela E kemudian mengesahkan Timberlake ada menghubunginya selepas itu bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

Dalam temubual bersama agensi berita The Associated Press, Shiela E mendedahkan Prince pernah berkata sekiranya dia sudah tiada, dia tidak mahu dijelmakan dalam bentuk hologram atas faktor agama.

Malah penyanyi yang popular menerusi lagu purple Rain itu pernah memberitahu majalah Guitar World pada 1998, dia tidak akan sekali-kali berduet dengan penyanyi dari masa lampau kerana menganggap ia sebagai perbuatan syaitan.

Prince, pemenang lapan Anugerah Grammy, meninggal dunia pada 21 April 2016 ketika berusia 57 tahun akibat pengambilan ubat secara berlebihan.

Antara artis yang pernah dijelmakan kembali dalam bentuk hologram untuk persembahan khas sebelum ini adalah Tupac Shakur dan Roy Orbison.



Source link

read more

Tiada perbincangan wujud kerajaan campuran – Politik


KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pas tidak pernah berbincang untuk mewujudkan kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.



Tiada perbincangan wujud kerajaan campuran

Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pandangan atau ulasan yang dibuat oleh mana-mana pihak, sama ada dari luar mahu pun dalam parti berhubung perkara tersebut adalah bersifat peribadi dan hipotetikal semata-mata.

“Pas akan menghadapi PRU-14 dengan pendirian dan strategi sendiri bersama Gagasan Sejahtera, selain bersedia berdepan dengan mana-mana calon daripada BN atau Pakatan Harapan diketuai DAP atau kedua-duanya sekali.

“Sebarang keputusan termasuk isu kerjasama atau tahaluf siyasi hanya akan diputuskan selepas mendapat persetujuan ahli-ahli terlebih dahulu melalui Muktamar Khas sebelum disahkan oleh Majlis Syura Ulamak,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiada Lagi Telefon Pintar Jenama Lenovo Yang Baru Di Malaysia Selepas Ini – Amanz


Lenovo sebelum ini telah mengambil-alih Motorola pada 2014 yang lepas, dan sejak daripadanya Lenovo telah aktif memasarkan pelbagai produk berjenama Moto di Malaysia, termasuk seperti Moto Z2, Moto X4, Moto M, dan sebagainya.

Kini, bergerak ke hadapan, syarikat disebaliknya mengumumkan yang mana Lenovo Mobile kini akan disatukan dan beroperasi dibawah jenama Motorola Malaysia sepenuhnya.

Moto Z2 Force

Dengan langkah ini, secara tidak langsung tiada lagi model telefon pintar berjenama Lenovo yang akan ditawarkan di pasaran tempatan – dan hanya akan memfokuskan kepada penawaran telefon pintar dibawah Motorola sahaja.

Buat masa ini, model yang telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini akan terus ditawarkan dan jaminan serta sokongannya akan diteruskan. Namun, selepas ini, kita hanya akan melihat penawaran peranti berjenama Moto sahaja di Malaysia.

Malah, mereka turut mengumumkan yang mana bergerak kehadapan, Motorola akan menjadi bahagian perniagaan mudah-alih di Malaysia.

Komputer riba dan penawaran produk PC berjenama Lenovo tidak terjejas dengan pengumuman ini.



Source link

read more

Kes ‘sungai biru’: Tiada hidupan air mati


SEREMBAN 11 JANUARI 2018. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sesi temu bual bersama akhbar New Straits Times di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Seremban. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

MO, 24/1/2018, SEREMBAN: Pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sungai Simin di Taman Tuanku Ja’afar, Senawang di sini, yang bertukar menjadi biru kelmarin, mendapati hidupan air di kawasan itu tidak terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata JAS yang membuat pemantauan di sungai itu setiap hari, tidak mengesan sebarang tanda menunjukkan ikan serta hidupan lain mati akibat pelepasan bahan pewarna ke dalam sungai berkenaan.

“Sehingga pagi tadi, JAS memaklumkan tidak melihat tanda yang menunjukkan bahan pewarna yang mencemari sungai itu boleh membunuh hidupan air di sungai berkenaan.

“Bagaimanapun, JAS masih menunggu keputusan ujian Jabatan Kimia terhadap sampel yang diambil bagi menentukan kandungan sebenar bahan yang mencemarkan sungai berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri kesal dengan tindakan cuai dan tidak bertanggungjawab seperti itu dan berharap JAS akan mendakwa pemilik kilang terbabit ke mahkamah jika ujian mendapati bahan dilepaskan ke sungai ada unsur memudaratkan.

BH hari ni melaporkan, aktiviti mencuci bahan plastik dicemari dengan pewarna di sebuah kilang menjadi punca sebahagian air longkang dan sungai di Kawasan Perindustrian Kecil Taman Tuanku Ja’afar, bertukar menjadi biru, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, kerajaan negeri meluluskan cadangan membina sebuah kawasan lapang dan riadah seluas 23 hektar di Labu yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Katanya, taman itu antara lain akan dilengkapi lima padang bola sepak, tiga padang ragbi, stadium mini, kemudahan trek olahraga, gelanggang papan selaju selain sebuah kawasan lapang dihiasi landskap pokok besar untuk aktiviti riadah berkeluarga.

Selain itu, beliau berkata, turut disediakan ruang untuk pembangunan stadium berkapasiti sehingga 40,000 orang di kawasan itu yang boleh dibangunkan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi.

“Kita memberi perhatian terhadap permintaan golongan muda yang mahu kemudahan seperti ini diperbanyakkan dan kita akui kawasan lapang seperti ini baik untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Kawasan ini akan dibangunkan melalui inisiatif pembiayaan swasta dan mungkin kita akan benarkan pihak swasta yang terbabit menguruskannya selama 10 tahun sebelum diambil alih oleh kerajaan,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons