KALAU LAYAK, KENAPA AZMIN TIDAK DICALONKAN??? ~ SEMUT HITAM


Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sahabat sewaktu membaca kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman media baru – baru ini. Nampak gayanya, persoalan dia tu ada logiknya juga.

Kalau betul Si Azmin Ali tu layak untuk menjadi Perdana Menteri mewakili Pakatan Haprak, kenapa nama dia tidak menjadi pilihan utama berbanding Tun Mahathir sebelum ini?

Bahkan, kata sahabat itu, nama Si Azmin itu juga tidak timbul sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya, nama Wan Azizah yang dianggap ‘Tunggul Kayu’ tu pula yang disebut – sebut.

Menurut laporan yang disiarkan melalui laman media tersebut, kelayakan Si Azmin Ali dibuat berdasarkan kepada ‘Kejayaan’ yang dicapai selama dia menjadi Menteri Besar Selangor.

“Pentadbiran cemerlang Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi penanda aras bahawa Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu mampu menggalas kepimpinan negara.” lapor media tersebut.

Malah menurut kata salah seorang pemimpin Pakatan Haprak melalui laporan yang sama mendakwa dia berpuas hati dengan bantuan – bantuan yang diberikan oleh Rejim Pakatan pimpinan Azmin.

Apa yang jelas, nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Haprak Selangor tu hanya sekadar nak mengampu bontot Si Azmin Ali tu sahaja tanpa berselindung.

Hakikatnya, pemimpin Pakatan Selangor tu seolah – olah sengaja melupakan bahawa semua bantuan yang “diberikan” oleh Si Azmin Ali tu hanya merupakan ‘Bantuan Warisan’ yang diperolehi.

Pemimpin Pakatan Haprak tu lupa bahawa Si Azmin Ali tu hanya mewarisi bantuan – bantuan tersebut dari pemimpin terdahulu yang telah berjaya dicantas dan disingkirkan sebelum ini.

Sebaliknya, kejayaan yang dicapai oleh Si Azmin Ali tu hanya penyelewengan kuasa yang didedahkan kepada umum, termasuk yang melibatkan kroni serta kaum keluarganya sendiri. Kot itu pun dianggap sebagai kelayakan untuk jadi PM Pakatan, tak tau la nak kata apa!!!




Source link

read more

Mangsa banjir di Kota Belud kecewa bekalan air di Pusat Pemidahan tidak mencukupi



KOTA BELUD: Rumah tempat berteduh dilanda banjir, bekalan air di pusat pemindahan sementara pula tidak mencukupi.

Itulah nasib malang yang menimpa, Rosmah Sijam, 41, yang mempunyai lapan anak termasuk yang masih kecil dari Kampung Keranjangan yang kini terpaksa berteduh di pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said, di sini.

Kerana masalah yang dihadapi itu, Rosmah meminta pihak berwajib memberikan bekalan makanan dan minuman mencukupi terutamanya keperluan bekalan air mandi supaya meringankan beban mereka sekeluarga khususnya mempunyai anak yang masih kecil

“Dari pagi tadi, kecuali air minumanlah kami dapat, bekalan air untuk keperluan lain kurang pasti sebab air tandas pun tidak ada dan aturlah kelengkapan untuk kami dan budak-budak ini.

“Air untuk mandi dan kegunaan untuk buang air tiada di tandas,” katanya yang hanya mampu mengeluh mengenang nasib yang menimpa diri dan keluarganya.

Sementaraitu, lain halnya pula bagi Mohamad Afiq Suhairi, 9, yang baru sahaja berkhatan seminggu yang lalu. Pengalaman menghabiskan tempoh berpantangnya di pusat pemindahan itu memberikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Seronok di sini sebab ramai kawan,” katanya ringkas.

Rosmah dan Mohamad Afiq merupakan antara 120 mangsa banjir daripada 26 kampung yang terjejas akibat banjir di daerah ini.

Antara antara kampung yang terbabit adalah Kampung Donggoi, Kampung Marajah, Kampung Gunring, Kampung Sadok-Sadok, Kampung Sembirai, Kampung Lingkodon, Kampung Linau, Kampung Lebak Moyoh, Kampung Bobot, Kampung Suang Punggur, Kampung Menunggui, Kampung Song-Song, Kampung Sangkir, Kampung Karang Benai, Kampung Bota Bungan dan Kampung Kota Belud.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata, setakat ini bantuan bekalan makanan dan minuman di pusat pemidahan sementara yang di buka dijangka mencukupi permintaan mangsa banjir.

“Setakat ini, Alhamdulillah bantuan masih lagi mencukupi walapun dalam keadaan yang terdesak, Insya Allah kita dapat atasi.

“Bekalan air biasanya bila keadaan sebegini dia akan putus-putus dan setakat inipun kita sedang usahakan untuk memulihkan bekalan air bersih,” katanya kepada Astro AWANI.



Source link

read more

Rusia tidak iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel



KAHERAH: Rusia akhirnya menyatakan pendiriannya berhubung isu Baitulmaqdis dengan menolak pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baltulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi.

Justeru Moscow mahu sebarang konflik berhubungnya diselesaikan mengikut norma undang-undang antarabangsa.

Perkara itu dijelaskan Presiden Rusia, Valdimir Putin sewaktu pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya di Mesir, Abdel Fattah El Sisi pada Isnin.

Menurut Putin, Moscow menyokong apa sahaja langkah di Baitulmaqdis selagi ianya hasil dari perbincangan kedua-dua belah pihak Palestin-Israel.

“Kami berpandangan bahawa apa sahaja langkah yang tidak mengutamakan hasil dialog antara Palestin dan Israel adalah tidak produktif.

“Kami fikir bahawa langkah sedemikian adalah langkah ke arah ketidakstabilan.

“Mereka tidak membantu kepada resolusi baharu sebaliknya akan menimbulkan konflik di rantau itu.” jelasnya.

Mengulas lanjut Abdel Fattah berkata beliau dan Putin sepakat bersetuju sebarang langkah di Baitulmaqdis perlu melaluikerangka  perundanan antarabangsa dan keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB.

“Dan perkembangan ini mempunyai kesan berbahaya pada masa depan keamanan dan keamanan di rantau ini.

“Saya mengesahkan kepada Putin bahawa kita mesti mengekalkan status undang-undang sebelum ini di Baitulmaqdis berdasarkan keputusan antarabangsa dan khususnya keputusan PBB.

“Dan saya menekankan bahawa kita perlu bekerjasama mencegah keadaan ini dari menjadi lebih rumit,” jelasnya lagi.

Tambah Abdel Fattah langkah yang dibuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkaitan  Baitulmaqdis akan melemahkan peluang perdamaian di rantau itu.

Pada pertemuan itu juga kedua-dua negara menandatangani perjanjian pembinaan stesen reaktor tenaga nuklear dengan perjanjian pinjaman dari Rusia berjumlah AS$25 bilion.



Source link

read more

Baitulmuqaddis: EU tegas tidak menyokong keputusan Trump – Terkini


BRUSSELS 11 Dis. – Kesatuan Eropah (EU) kekal dengan pendirian menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendesak kesatuan itu mengikut jejak langkah Trump.

Netanyahu yang tiba di sini bagi menghadiri mesyuarat dengan Menteri-Menteri Luar EU mendakwa keputusan Trump membolehkan perjanjian damai di Asia Barat tercapai.

Walau bagaimanapun sekutu-sekutu rapat Israel seperti Republik Czech memberi amaran keputusan Trump memberi kesan buruk kepada usaha damai manakala Perancis mendesak status Baitulmuqaddis hanya boleh dipersetujui melalui perjanjian antara Israel dan Palestin.

Ketika ditanya wartawan berhubung keputusan Trump memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmuqaddis, Menteri Luar Czech. Lubomir Zaoralek berkata, tindakan itu tidak akan membantu negaranya. – Reuters



Source link

read more

Permohonan maaf tidak diterima – Nasional


KUALA LUMPUR 10 Dis. – Permohonan maaf seorang ahli perniagaan muda bergelar Datuk Seri yang disabitkan dengan atas empat tuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ‘tidak boleh’ diterima sama sekali. 

Penguasa RELA, James Ee berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang kata putus berhubung permohonan maaf daripada Liow  Soon Hee, 29,  yang dilakukan melalui media baru-baru ini.

Tambahnya, mereka menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada mahkamah untuk mengambil tindakan selanjutnya. 

“Apa yang berlaku kepada anggota petugas RELA kami adalah sesuatu yang tidak boleh diterima malah serangan itu telah dilakukan ke atas penguatkuasa keselamatan dan penjawat awam,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kementerian Pendidikan tidak bercadang kaji semula hukuman buang sekolah



SEREMBAN: Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mengkaji semula hukuman buang sekolah ke atas pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata ini adalah kerana hukuman itu hanya dalam tempoh maksimum dua minggu dan bukannya membuang terus pelajar berkenaan dari sistem pendidikan dan tidak lagi mempunyai peluang untuk kembali bersekolah.

“Perkara ini perlu jelas, pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah, selepas kita beri amaran, rotan dan sebagainya barulah kita ambil tindakan buang sekolah ini.

“Namun hukuman buang sekolah ini bukanlah bermaksud pelajar itu langsung tidak boleh kembali ke sekolah selepas tempoh hukuman tamat, ibu bapa boleh buat permohonan semula kepada sekolah sama atau sekolah lain untuk membolehkan anak mereka bersekolah semula.

“Namun jika ibu bapa tidak buat permohonan pihak sekolah atau pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan mencari pelajar berkenaan dan minta dia mohon untuk kembali ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas program Mengedarkan Kalender 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) baru-baru ini agar hukuman buang sekolah sedia ada dihapuskan dan digantikan dengan kelas pemulihan atau peralihan buat murid sekolah yang bermasalah atau berhadapan masalah disiplin.

Menurut Menterinya Datuk Seri Rohani Karim, ia adalah bagi memberi impak jangka panjang kepada masa depan seseorang remaja dalam memastikan mereka mendapat peluang memperbaiki hidup dan kembali kepada masyarakat.

Namun cadangan itu mendapat bantahan daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Dalam perkembangan lain, Chong berkata kementerian sedia berbincang mengenai cadangan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk memperkenalkan subjek baharu iaitu subjek alam sekitar dari peringkat tadika hingga ke universiti.

“Kalau ikutkan subjek mengenai alam sekitar ini memang sudah ada di sekolah-sekolah tetapi dalam subjek geografi.

Chong berkata jika sekadar mahu menambah baik subjek sedia ada mengenai alam sekitar ketika ini, ia boleh dipertimbangkan namun sekiranya perlu mewujudkan mata pelajaran baharu untuk alam sekitar ia dikhuatiri akan menjadi bebanan dalam sistem pendidikan yang akkhirnya memberi kesan kepada prestasi pelajar.

— BERNAMA



Source link

read more

Pemandu langgar peserta larian tidak mabuk – Polis



KLANG : Pemandu yang melanggar peserta larian Klang City International Marathon awal pagi tadi tidak berada dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan berkata, lelaki berusia 27 tahun yang memandu kenderaan berkenaan berada dalam keadaan normal.

“Siasatan mendapati pemandu tidak mabuk dan keputusan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Kami sudah menghantar pemandu ke hospital untuk ujian darah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya permukaan jalan di lokasi kejadian rata dan jalan kering serta diterangi lampu selain keadaan cuaca yang baik.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi, tiga peserta larian Klang City International Marathon cedera dengan seorang dilaporkan parah akibat dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Kapar Batu 2.

Kereta Proton Iswara terbabit melanggar bahagian belakang peserta larian dari arah sama menyebabkan bonet dan bampar kereta terbabit kemek di bahagian hadapan.

Mangsa yang dikenali sebagai Evelyn Ang Gek Suan, 44, parah pada kepala dan rahang manakala dua yang lain, Amiruddin Hamid, 37, cedera pada kepala dan Ahmad Hadafi Jus, 42, mengalami luka buku lali kiri.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan.



Source link

read more

Mulut tempayan boleh tutup mulut manusia tidak boleh kawal – Isteri Abam Bocey



ISTERI Abam (Bocey), Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, mengakui senyuman pelawak tersebut membuka hatinya untuk mengenali suaminya itu dengan lebih dekat.
 
Mengenali Abam sebelum lelaki tersebut bergelar artis, Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, perkenalan mereka bermula di laman sosial Facebook (FB).
 
“Saya kenal Abam di FB dan kami berkawan biasa dan saya sendiri tidak sangka dia akan bergelar artis seperti hari ini.
 
“Kami tak keluar ‘dating’ hanya berhubung di FB dan telefon. Pertama kali berjumpa ialah ketika Abam menyertai program Raja Lawak 6,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Tambah Hidayah, dia tahu ada segelintir netizen melemparkan komen negatif terhadap dirinya di laman sosial.
 
Namun, dia mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan tohmahan tersebut.
 
“Abam ada pesan, kalau tengok media sosial, tak payah baca komen sebab nanti sakit hati.
 
“Tak apalah, mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia kita tak boleh nak ‘control’. Apa-apa pun saya tak simpan dalam hati,” ujarnya.
 
Hidayah sah bergelar isteri kepada Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dengan sekali lafaz tepat pukul 3.30 petang, 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.
 
Pasangan suami isteri itu dinikahkan Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin. BACA: Abam Bocey sah bergelar suami dengan sekali lafaz
 
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan dengan wang hantaran berjumlah RM13,888.



Source link

read more

Isu Baitulmaqdis Hubungan diplomatik dengan AS tidak terjejas – PM Najib



KUALA LUMPUR: Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat tidak akan terjejas berikutan isu pemindahan ibu negara Israel ke Baitulmaqdis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kerjasama masih lagi terjalin dalam hal-hal lain tetapi berkaitan hal Baitulmaqdis, Malaysia akan tetap pegang pada prinsipnya.

“Prinsip kita tidak boleh terima perkara ini kerana ia bertentangan dengan apa yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Selain itu, perkara ini juga akan menyulitkan two-state solution,” katanya pada dalam sidang media selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Di samping itu, menurut Datuk Seri Najib, perkara ini akan membawa kepada ketegangan dan pertumpahan darah sekiranya tidak dibendung.

“Difahamkan, bukan sahaja orang Islam marah mengenai perkara ini tetapi orang agama lain seperti Kristian juga tidak senang hati dengan pengumuman tersebut.

“Di Eropah pun, hampir semua tidak setuju mengenai perkara ini. Maknanya, bukan sahaja negara Islam tidak setuju tetapi pandangan itu turut dikongsi negara bukan Islam,” katanya lagi.



Source link

read more

Sambut baik jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding – Politik


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyambut baik keputusan perwakilan yang sebulat suara bersetuju supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Sohaimi berkata, tindakan tersebut jelas membuktikan kematangan serta pengorbanan perwakilan yang mengutamakan kepentingan parti melebihi peribadi.

“Saya yakin dan percaya keputusan secara berhikmah ini memberi kelebihan kepada parti khususnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang selama ini menjalankan tugas Timbalan Presiden akan dapat membantu Presiden dengan lebih berkesan bagi merencana kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Keserasian dua pimpinan utama ini sememangnya tidak dapat dinafikan dan keputusan dibuat untuk dua jawatan utama tidak dipertandingkan tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Usul untuk jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun hadapan diluluskan Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini.

Usul tambahan yang dikemukakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO itu menyaksikan UMNO terus diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak bersama gandinganya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan kerja-kerja Timbalan Presiden.

Jelas beliau, kesatuan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO untuk memastikan agenda kemenangan tetap utuh. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons