Saham RHB tinggi susulan kemungkinan jualan pegangan oleh Mubadala


KUALA LUMPUR: Saham RHB Bank Bhd diniagakan tinggi hari ini susulan berita mengenai potensi penjualan oleh pemegang saham kedua terbesarnya, dana negara Abu Dhabi, Mubadala Investment Co.

Pada 3 petang hari ini, harga saham RHB Bank berada pada RM5.16, naik dua sen, dengan 1.23 juta saham bertukar tangan.

Menurut portal web yang dikendalikan oleh akhbar harian, Mubadala sedang meninjau pilihan bagi pegangannya dalam RHB Bank Bhd termasuk kemungkinan penjualan.

Katanya Mubadala telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan penasihat berpotensi untuk mendapatkan cadangan mengenai pegangannya sebanyak 17.8 peratus dalam RHB Bank selepas melihat pegangannya dalam pemberi pinjaman keempat terbesar di Malaysia itu sebagai bukan teras.

Ia sedang mempertimbangkan pilihan bagi pegangan tersebut sebagai sebahagian daripada kajian semula portfolionya yang luas.

Pegangan Mubadala bernilai RM3.66 bilion berdasarkan harga penutup pada Khamis dan mengikuti di belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana pencen terbesar Malaysia, yang memiliki 40.7 peratus.

Mubadala, yang portfolionya bernilai kira-kira US$127 bilion (US$1=RM3.97), memperoleh pelaburan RHB melalui penggabungan dengan dana negara, International Petroleum Investment Co, yang dimuktamadkan pada tahun lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Opsyen untuk henti pendarahan Iman si badak Sumatra berisiko tinggi


KOTA KINABALU: Opsyen terbaik bagi menghentikan pendarahan dialami seekor badak sumbu Sumatra akibat tumor rahim kini dianggap mempunyai risiko terlalu tinggi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata Iman, satu-satunya badak sumbu betina yang hidup di dalam kurungan di negara ini, kehilangan banyak darah hari demi hari hingga menjadikannya tidak bermaya.

“Kami telah mengadakan beberapa perundingan dengan pakar veterinar hidupan liar dari Amerika Syarikat, Afrika serta Jerman dan walaupun opsyen terbaik didapati adalah dengan melakukan ‘endoscopic cauterizing’ terhadap penjujuh, keadaan ketika ini mempunyai risiko terlalu tinggi (jika prosedur itu dilakukan terhadapnya).

“Kami bersetuju untuk cuba mengurangkan pendarahan daripada serviks dan vagina secara tak invasif.

“Kami berharap ini akan memberi masa kepadanya untuk sembuh dan mungkin menghentikan pendarahan,” kata beliau dalam kenyataan di sini malam tadi.

Tuuga berkata selera Iman berubah-ubah setiap hari, tetapi bertambah baik sedikit.

BACA: Iman si badak sumbu terus alami pendarahan, mungkin tidak dapat bertahan

BACA: Kesihatan Iman, badak sumbu betina terakhir Malaysia, pulih sedikit

Katanya, Iman tidur kira-kira separuh hari di tempatnya bermalam di mana badak itu dipantau dan sekali-sekala meragut daun yang digantung untuknya beberapa kali dalam sehari.

“Kami tahu dia teringin hendak berkubang berdasarkan cara dia memandang ke arah kandangnya.

“Secara berselang-seli, dia diberi peluang berkubang tiga kali setiap hari dan selepas itu dia akan terlena,” kata Tuuga.

BACA: Makin sakit, nasib badak sumbu betina terakhir di Malaysia jadi tanda tanya

BACA: Badak sumbu sumatera betina terakhir hadapi masalah kesihatan serius

Iman mula bergelut dengan tumor rahim leiomyoma apabila dia mula mengalami pendarahan rahim pada 14 Dis tahun lepas dan diberi penjagaan di Rezab Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu.

Selepas kematian Puntung pada Jun tahun lepas akibat kanser, kini Iman merupakan satu-satunya badak sumbu betina yang dipelihara di dalam kandang di negara ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Malaysia boleh capai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 – Bekas KP WTO


KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, berdasarkan pelaksanaan strategi jangka panjang negara, boleh dicapai, kata bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy.

Beliau berkata ia juga berasaskan dasar politik, ekonomi, pendidikan dan sistem sosial yang menghadapi cabaran pembangunan.

“Perdagangan juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan ekonomi. Semakin anda pakar dalam apa yang anda lakukan, lebih baik daripada yang lain, semakin banyak pertumbuhan ekonomi anda.

“(Keperluan negara) untuk memberi tumpuan kepada perdagangan di rantau ini dan pasaran baru seperti pasaran Eropah, yang merupakan sebab mengapa perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah telah menjadi agenda untuk beberapa waktu,” katanya pada taklimat media selepas menyampaikan ceramah tentang “Kepentingan Perdagangan Global Dalam Zaman Peningkatan Perlindungan” di sini pada Khamis.

Lamy berkata negara perlu meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pendidikan untuk mengembangkan ekonomi dengan pantas.

Mengenai menangani ketidaksamaan, beliau berkata kerajaan perlu menangani secara beransur-ansur jaringan keselamatan sosial yang besar dan mengurangkan rasa tidak selamat.

“Menangani ketidaksamaan adalah masalah rumit yang ada kalanya memerlukan sebahagian besar sumber awam,” katanya.

Oleh itu, menurut Lamy, pembangunan ekonomi perlu memberi tumpuan kepada memperluaskan sistem kebajikan negara.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak sepatutnya ada sistem kebajikan yang serupa dengan negara-negara lain yang mempunyai cukai yang lebih tinggi dan mampu menyediakan sistem kebajikan yang lebih baik.

— BERNAMA



Source link

read more

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi



KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun disabitkan atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untu dibicarakan.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memutuskan perkara tersebut dalam sebutan semula kes melibatkan dua remaja tersebut.

Permohonan untuk memindahkan kes dibuat mengikut Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.

Dua remaja berusia 16 tahun itu dituduh bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Majistret Zilfinaz Abbas memutuskan salah seorang tertuduh kes bakar pusat tahfiz tersebut dilepas tanpa dibebaskan atas dakwaan memasukkan dadah jenis ganja dan syabu ke dalam badan.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada jam 11.35 pagi, 16 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz manakala dua remaja itu diwakili peguam Haijan Omar dan Joanne Chua.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, 14 September 2017, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian terbabit.

BACA: Kes bunuh pusat tahfiz: Sebutan semula kes 3 Januari

BACA: Kes bakar tahfiz: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah



Source link

read more

Tahap stress pekerja Malaysia sangat tinggi – Cuepacs


KUALA LUMPUR: Golongan pekerja di negara ini, baik daripada sektor kerajaan mahupun swasta, sedang mengalami tekanan hidup yang agak tinggi, ekoran pelbagai faktor sekeliling seperti kos sara hidup meningkat, masalah sosial dan sebagainya, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Katanya lagi, sekiranya tiada intervensi berpatutan dilakukan, dikhuatiri ia akan mengakibatkan masalah yang lebih serius, contohnya tragedi yang berlaku di luar negara, di mana seorang majikan ditikam sampai mati oleh pekerjanya, ekoran tidak meluluskan permohonan cuti pekerja tersebut.

Menurut Azih, tahap 'stress' pekerja kita sangat tinggi - Gambar fail

“Dalam satu persidangan berkaitan psikologi pekerja baru-baru ini, didapati jutaan pekerja di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi ekoran bebanan kerja yang tidak terkawal.

“Bila dah stres, dia akan timbulkan masalah lain seperti stroke (angin ahmar), strained life, marah-marah dengan keluarga, tak baik dengan anak, serta kemurungan melampau,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian yang berlaku di Dubai, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini di mana seorang juruteknik warga Pakistan berusia 25 tahun warga menikam penyelianya hingga mati hanya kerana permohonan cuti tidak diluluskan.

BACA: Gara-gara cuti tak lulus, pekerja tikam bos sampai mati

Saksi polis di lokasi kejadian berkata suspek dipercayai membunuh bosnya disebabkan konflik tempat kerja dan kemudahan penginapan.

Mengulas lanjut, Azih berkata, kesemua pihak, terutamanya majikan dan kerajaan, harus melihat kaedah yang bersesuaian, bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja, tetapi juga isu-isu seperti tahap kesihatan dan permasalahan peribadi yang melingkari golongan itu.

“Kalau boleh kita nak lihat, sekurang-kurangnya sehari dalam sebulan, di mana majikan akan meluangkan masa bersama pekerja, mendengar pandangan dan permasalahan mereka. Supaya wujud semangat muhibbah di antara satu sama lain,” katanya lagi.

Bagi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor pula, isu antara majikan dan pekerja juga kadang-kala unik dan sensitif ekoran wujudnya faktor-faktor seperti latar belakang kaum, budaya dan agama yang berbeza.

Beliau berkata, seeloknya kerajaan menjadi penggerak kepada kempen mewujudkan perasaan hormat-menghormati, kekeluargaan dan sebagainya di antara majikan dan pekerja.

Tegas Abdul Halim, jika tidak dikawal tahap stres pekerja Malaysia, mereka mungkin menjadi 'lunatik'. - Gambar fail

Tegasnya lagi, perkara ini amat penting kerana komunikasi yang kurang mesra di antara kedua-dua pihak hanya akan menimbulkan konflik, salah faham, dan jika tidak dibendung sepenuhnya, tragedi Dubai itu mungkin akan terjadi di negara ini.

Stress atau depress ini berlaku, bukan hanya boleh sebabkan orang itu ambil tindakan drastik, tapi boleh jadi lunatik,” katanya.



Source link

read more

RM30j untuk pastikan Lang Merah terbang tinggi – Bola Sepak


ALOR SETAR 20 Dis. – Bagi memastikan Lang Merah mampu menjadi pencabar utama Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperuntukan RM30 juta berbanding RM27 juta, tahun ini.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, daripada jumlah itu, hampir RM5 juta akan diperuntukkan untuk mendapatkan pemain import berkualiti yang diharap mampu menjadi tonggak pasukan.

“Peruntukan yang besar ini menunjukkan keseriusan KFA bagi mencabar kejuaraan utama musim depan setelah kita mendakap Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah selain layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

“Kebanyakan peruntukan itu datangnya daripada penaja, terutama ECK Development Sdn.Bhd. yang bersetuju menyumbang RM18 juta demi pembangunan bola sepak negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Kongres KFA ke-42 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dalam kongres tersebut, kesemua perwakilan daripada 36 badan gabungan KFA yang menyertai kongres terbabit menyatakan persetujuan supaya Ahmad Bashah terus menerajui persatuan berkenaan.

Mengulas kenyataan Pengarah ECK Development Sdn. Bhd., Puan Seri Ginney Chew yang mahu sebarang polemik membabitkan kedudukan Presiden KFA ditamatkan segera sehingga sanggup menimbangkan semula penajaan sekiranya beliau meletak jawatan, Ahmad Bashah berkata, beliau berterima kasih dengan apa yang dinyatakan itu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka diberi tugasan baharu



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Wan Zaidi Wan Abdullah dipanggil kembali ke Kementerian Luar bagi menerima tugasan baharu.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata pergerakan Wan Zaidi itu telah dirancang dan beliau akan mengendalikan satu tugasan penting berkaitan Malaysia, mempengerusikan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang dijadualkan pada April 2020.

Menurut kenyataan itu, mengambil kira skala CHOGM yang melibatkan 52 negara, ia memerlukan persediaan awal untuk memastikan kejayaannya.

“Wan Zaidi akan menjalankan fungsi yang sama semasa kejayaan Malaysia mempengerusikan ASEAN pada 2015,” kata Wisma Putra.

Baru-baru ini dilaporkan Malaysia memanggil balik wakil diplomasinya di Sri Lanka beberapa hari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di negara itu bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari bermula 17 Dis ini.

Wisma Putra berkata seorang pegawai berpengalaman dari kementerian telah ditugaskan sementara ke Sri Lanka dan Maldives bagi memastikan kejayaan lawatan perdana menteri di kedua-dua negara berkenaan.

Malaysia mempunyai hubungan yang kukuh dan mesra dengan Sri Lanka serta Maldives dan lawatan itu dijangka terus memperkukuh hubungan terbabit.

— BERNAMA



Source link

read more

Lang Merah mampu terbang tinggi – Marcote – Bola Sepak


ALOR SETAR 12 Dis. – Sejurus selepas menandatangani kontrak sebagai Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote melaungkan keyakinan untuk membawa skuad Lang Merah terbang tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Marcote, 40, yang menandatangani kontrak setahun bagaimanapun sedar tugas yang bakal digalas sangat besar kerana penyokong meletakkan harapan tinggi kepadanya, malah dilihat cukup teruja untuk kembali ke Kedah selepas dua tahun.

“Saya amat gembira kerana saya kenal negeri ini, pemain dan juga masyarakat di sini. Saya percaya peminat dan pemain juga gembira kerana sejak dua tahun lalu prestasi pasukan meningkat. Saya yakin dengan sokongan daripada presiden, kelab dan penaja.

“Saya akui harapan penyokong terlalu besar. Ini Kerana Kedah telah memenangi Liga Perdana 2015, bermain dalam final Piala Malaysia 2015, menjuarai Piala Malaysia 2016, memenangi Piala Sumbangsih 2017 dan Piala FA 2017,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak di Wisma Darulaman di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar.

Kata Marcote, dia akan merencanakan yang terbaik buat pasukan dan cuba untuk tidak menghampakan penyokong dengan mengulangi musim cemerlang seperti ketika kali terakhir bergelar jurulatih Lang Merah pada 2015.

Mengenai pertemuannya bersama pemain semalam, Marcote berkata, dia teruja bertemu semula pemain-pemain yang pernah dibimbing dan berharap dapat bekerjasama baik sebagai sebuah pasukan.

Marcote merupakan bekas penolong jurulatih Atletico Madrid dan pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan.

Dia menjadi calon pilihan bagi menggantikan Mohd. Nidzam Adzha Yusoff yang menyatakan kesediaan untuk berundur selepas gagal membantu Lang Merah mempertahankan gelaran Piala Malaysia 2017.

Mengulas mengenai tiga slot pemain import yang kosong, Marcote berkata, dia dan pihak pengurusan akan berusaha mendapatkan pemain import secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Rakyat Malaysia nikmati taraf hidup jauh lebih tinggi daripada sebelumnya



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya, kata Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli.

Beliau berkata, rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional, di samping kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar sebagaimana dinyatakan dalam Kajian Perbelanjaan Isi Rumah 2016.

Firdaos berkata, berdasarkan data diterbitkan Persatuan Automotif Malaysia, jualan jenama pertengahan kereta asing seperti Honda, Ford, Mazda dan Subaru telah mencatat kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sejak 2009 berbanding juara automotif tempatan, Perodua.

“Baru-baru ini, barangan yang dibeli melalui platform perdagangan dalam talian popular telah mencatat jualan lebih RM100 juta pada Singles Day pada 11 November. Malaysia adalah pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi satu isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion)?

“Malah nilai import telefon mudah alih adalah lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan! Selain itu, harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi,” tambahnya.

Menurutnya, pengukuhan dolar US berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.

“Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut telah meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017.

“Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9 peratus pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015.”

Firdaos berkata, bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.

Menyentuh kadar pengangguran Malaysia yang berada di bawah empat peratus, yang ditakrifkan sebagai pekerjaan penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), sejak 1995, beliau menyatakan bahawa kadar pengangguran tidak melepasi paras empat peratus walaupun kejatuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan Krisis Kewangan Global 2007/2008.

“Pada 2016, kadar pengangguran Malaysia sebanyak 3.4 peratus adalah lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat (4.9 peratus), Jerman (4.1 peratus) dan Korea Selatan, 3.7 peratus,” katanya.

Walaupun harga barangan dan perkhidmatan secara amnya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Firdaos berkata, sejak 2009, purata pendapatan isi rumah bulanan secara keseluruhannya telah meningkat dengan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus (B40) berkembang paling cepat berbanding kumpulan pendapatan lain.

“Selain kenaikan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK daripada 29.3 peratus pada 2008 kepada 35.3 peratus pada 2016, statistik rasmi juga menunjukkan bahawa purata pendapatan isi rumah bulanan Malaysia telah meningkat sebanyak 6.6 peratus setahun antara 2014 dan 2016,” katanya.

Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, Firdaos berkata, rakyat Malaysia perlu mengiktiraf dua fakta utama mengenai inisiatif itu; sebilangan negara Eropah juga mula menerima idea tersebut tetapi dalam bentuk pendapatan asas sejagat, serta BR1M telah membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.

“Menurut statistik rasmi, koefisien GiNi Malaysia telah berkurang daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Trend sedemikian konsisten dalam semua kumpulan etnik, tetapi yang menariknya, komuniti Cina mencatat penurunan paling rendah daripada yang lain,” katanya.

Firdaos juga berkata, pengurangan cukai pendapatan peribadi secara beransur-ansur kepada golongan berpendapatan sederhana bermakna bahawa mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang jauh lebih besar daripada sebelumnya seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Oktober lalu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 261,000 orang.

Mengenai pengembangan dan pemantapan sistem pengangkutan awam sejak 2009, beliau berkata, ia telah memberi manfaat kepada penghuni Lembah Klang yang menawarkan tambang murah dan juga pilihan khidmat pengangkutan yang lebih luas berikutan pengesahan perkhidmatan e-hailing.

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan bahawa kerajaan perlu mengawasi golongan yang kurang bernasib baik sambil terus membantu rakyat untuk memperoleh pendapatan dan pekerja perlu diberi pampasan sewajarnya bagi kerja yang dilaksana, seterusnya meningkatkan produktiviti negara.

— BERNAMA



Source link

read more

514 PATI ditahan di Tebrau, Kota Tinggi – Jenayah


JOHOR BAHRU 9 Dis. – Jabatan Imigresen menahan 514 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 24 wanita dalam Op Gegar dan Op Sapu yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan, awal pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi yang dijalankan sejak tengah malam hingga 4 pagi itu melibatkan lima premis pusat urut dan dua penempatan pekerja asing di Kawasan Perindustrian Tebrau IV, di sini dan Kota Tinggi.

Katanya, daripada seramai 1,399 pekerja asing yang diperiksa, pihaknya menahan 514 orang yang didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 490 lelaki dan 24 wanita warga Bangladesh, Indonesia, Nepal, Myanmar, China, Thailand dan India.

“Mereka ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, antaranya tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau pasport yang sah,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons