Tolak dijodohkan dengan pilihan keluarga bakal pengantin nekad bunuh diri



BOJONEGORO: Seorang bakal pengantin di Daerah Bojonegoro, Jawa Timur, ditemukan mati tergantung beberapa jam sebelum acara akad nikah.

Kematian tragis lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai akibat membunuh diri kerana enggan dijodohkan dengan calon isteri pilihan keluarga.

Mangsa Angga Febriyanto yang tinggal bersama ibu dan bapanya, Tasam, 68 tahun, dan Sripah, 60 tahun, di Desa Sonorejo, Kecamatan Padangan, daerah Bojonegoro nekad menggantung diri di sebuah bilik di kediamannya.

Dalam kejadian pada Ahad sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan itu, ayah mangsa cuba mengejutkan anaknya untuk bersiap ke majlis akad nikah di rumah calon isteri, namun mangsa ketika itu ditemukan sudah tidak bernyawa.

Menurut laporan itu lagi, mangsa dipercayai sudah mempunyai kekasih dan enggan dijodohkan dengan gadis pilihan orang tuanya.

Polis, dalam pada itu, mengesahkan kejadian dan siasatan awal menunjukkan hanya kesan jerutan pada leher ditemukan tanpa kecederaan lain pada tubuh mangsa.

Mangsa, menurut laporan media yang memetik kata-kata seorang rakan mangsa, ialah seorang yang pendiam dan jarang bertegur sapa dengan jiran dan juga rakan.

Dia juga dikatakan suka menyendiri dan tidak mahu menceritakan masalah yang dihadapi.

Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.



Source link

read more

Guan Eng Tidak Tolak Kemungkinan Perbicaraan Rasuah Jejas Pencalonannya


indexMO, 12/1/2018, GEORGE TOWN – “Mungkin.” Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa didesak pemberita untuk memberikan jawapan sama ada perbicaraan kes rasuahnya akan menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa kali dengan setaip kali untuk tempoh empat hingga lima hari sepanjang Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac dan 25 Mei.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri untuk manfaat diri dan isterinya Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Emblem Sdn Bhd bagi menukar status tanah pertanian kepada status perumahan dengan menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat jawatankuasa perancang negeri dipengerusikannya pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan manfaat menerusi pembelian sebuah rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta iaitu lebih rendah daripada harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang merupakan presiden Magnificent Emblem turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn itu daripadanya pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran atau RM4.27 juta.

Dalam perkembangan lain, Lim, yang bercakap kepada pemberita di sini, berkata kerajaan negeri telah menjelaskan bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga lebuh raya menerusi kaedah tukar tanah bernilai RM208 juta.

Beliau berkata kerajaan tidak membuat sebarang bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut seperti didakwa Gerakan.

Keutamaan kerajaan negeri adalah tiga lebuh raya itu dan bukannya terowong dasar laut yang dijangka siap hanya pada 2027, katanya.

Selasa lepas, Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah membayar RM208 juta bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut menerusi kaedah tukar tanah.

— BERNAMA



Source link

read more

Lelaki maut dalam letupan di Stockholm, polis tolak kaitan pengganas – Nasional


STOCKHOLM 7 Jan. – Seorang lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan di luar sebuah stesen kereta api bawah tanah di sini, hari ini dengan polis Sweden menolak insiden itu ada kaitan dengan serangan pengganas.

Menurut jurucakap polis, lelaki itu terbunuh akibat cedera parah selepas dia mengambil sebuah objek berhampiran Stesen Varby Gard ketika akhbar harian Aftonbladet mendakwa luka mangsa diakibatkan oleh bom tangan.

Bagaimanapun polis enggan mengesahkan laporan itu selepas akhbar berkenaan tidak menyatakan sebarang sumber dalam laporan mereka.

“Terdapat objek yang meletup dengan kuat namun kami masih menunggu keputusan siasatan teknikal,” katanya. – REUTERS



Source link

read more

NURUL IZZAH TETAP TOLAK TUN M JADI PM??? ~ SEMUT HITAM


PKR merupakan satu – satunya parti di dalam Pakatan yang sehingga kini belum memberikan kata putus tentang calon Perdana Menteri tampil menafikan khabar angin kononnya ia merancang menentang keputusan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dinyatakan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, sebagaimana yang dipetik dari laporan yang disiarkan melalui laman portal The Malaysian Insight baru – baru ini.

Nurul Izzah mendakwa partinya bukan sengaja menangguhkan persetujuan untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya keutamaan pembangkang pada ketika ini adalah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 terlebih dahulu.

Berkenaan isu calon perdana menteri, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, perkara tersebut masih dibincang secara tertutup oleh pemimpin-pemimpin empat parti gabungan pembangkang itu.

“Setakat yang saya tahu, kami masih tak sahkan apa-apa cadangan (calon perdana menteri) sudah dibuat,” katanya.

Sebelum ini nama Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri gabungan pembangkang itu selepas ia mengadakan permukiman di Putrajaya baru-baru ini.

“Fokus penting sekarang adalah menang pilihan raya…tiada keperluan untuk mengutamakan penamaan (calon) perdana menteri. Barisan Nasional menyerang kami dalam isu ini, mahu (nama) calon diumumkan.

“Tetapi fokus kita adalah memuktamadkan (pembahagian) kerusi bagi memastikan kita (boleh) merampas kuasa untuk mewakili rakyat dan melaksanakan perubahan,” ujar Izzah.

Sementara itu Izzah juga memaklumkan PH pada masa kini sedang memuktamadkan senarai pembahagian kerusi bagi PKR-DAP-Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 




Source link

read more

Iqram tolak pelawaan Mufti Wilayah tapi…



PELAKON Iqram Dinzly menolak pelawaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjemputnya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Iqram menerusi Instagramnya berkata, pelawaan itu terpaksa ditolak kerana mahu menumpukan perhatian terhadap ibunya masih dalam iddah.

“Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri yang hamba hormati, hamba mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi prihatin dengan apa yang terjadi.

“Maaf sekiranya hamba menolak untuk berjumpa dengan tuan hamba di Kuala Lumpur untuk berkomunikasi,” katanya.

Tidak menolak secara langsung, malah Iqram pula menjemput Zulkifli untuk ke tempatnya bagi mengupas lebih mendalam apa yang telah terjadi.

“Lebih afdalnya, hamba jemput tuan hamba sudi ke Talaqqi Dinzly Studio untuk mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda di sisi dan fahami lebih situasi yang terjadi.

“Kerana hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu ke mana-mana selagi masih iddah dan beliau sedang usaha untuk bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba,” tulisnya lagi.

Iqram berharap, situasinya itu dapat difahami dan jemputannya disambut baik.

“Harap memahami dan Insya-ALLAH atas izin Illahi ini semua terjadi. Harap penulisan hamba yang tiada apa-apa lagi marhaen hinanya ini disambut baik tanpa rasa diri hamba hebat mahupun bongkak rasa.

“Besar hati menerima kehadiran tuan hamba untuk berkongsi rasa dan rahsia bersama bonda hamba keluarga,” jelasnya.

BACA: Aku tak percaya! Biar apa pun mereka kata – Erma Fatima

BACA: ‘Jangan maki Iqram, sebaliknya doakan dia’ – Zulin Aziz

Katanya, pertemuan itu boleh berlangsung pada tahun hadapan dan akan menghubungi sendiri Zulkifli untuk sesi tersebut.

Terdahulu, Zulkifili memberikan surat terbuka menerusi laman Instagramnya kepada Iqram untuk berbincang berkenaan situasi dan keadaan Iqram.

Dalam surat itu juga menyatakan, berkemungkinan akan ada sisi-sisi tertentu yang boleh diusahakan untuk bantuan dan sokongan.



Source link

read more

Hanya kerana tolak lamaran wanita ini dibakar hidup-hidup



SEORANG wanita berusia 24 tahun didakwa disimbah minyak tanah dan dibakar hingga mati selepas menolak lamaran seorang lelaki.

Menurut laporan Mirror.co.uk, wanita berkenaan Sandhya Rani sedang dalam perjalanan pulang dari kerja ketika didatangi oleh seorang lelaki bernama Karthik Vanga, 25 tahun.

Kartik, bekas rakan sekerja Sandhiya yang dikatakan sangat obses kepada mangsa telah mengekorinya menggunakan motosikal.

Mengikut laporan polis, Kartik mendesak mangsa memberitahu mengapa lamarannya ditolak sebelum menyimbah petrol kepada mangsa.

Walaupun mangsa sempat melarikan diri, tetapi menurut saksi kejadian, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mangsa tidak menyedari yang dirinya terkena nyalaan api dari suspek.

Orang ramai yang ada di situ cuba menyelamatkan mangsa, tetapi mangsa mengalami kesan melecur lebih 60 peratus di badannya dan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Ghandi.

Kartik, pernah bekerja di firma yang sama dengan mangsa dua tahun yang lalu tetapi telah dibuang kerja.

Dia didakwa sering mengejar dan mengganggu mangsa selama berbulan-bulan. 

Suspek kini dipercayai berada dalam tahanan.



Source link

read more

Rakyat Palestin rai resolusi PBB tolak pengiktirafan Trump berkaitan status Baitulmaqdis



RAMALLAH: Rakyat Palestin pada Khamis mengalu-alukan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, lapor agensi berita China Xinhua.

Nabil Abu Rdineh, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, dalam satu kenyataan menyebut resolusi itu menzahirkan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap hak-hak rakyat Palestin.

“Ancaman Trump kepada anggota PBB tidak menghalang mereka daripada mengundi untuk menyokong resolusi itu,” kata Abu Rdineh.

Trump telah mengancam untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang mengundi menyokong resolusi itu.

Resolusi itu mengulangi fakta bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah wajar dan telah mendapat sokongan luar biasa masyarakat antarabangsa, katanya.

“Deklarasi Trump tidak akan pernah mengubah hakikat bahawa Baitulmaqdis adalah sebuah wilayah yang diduduki dan oleh itu, undang-undang antarabangsa adalah terpakai di kawasan tersebut,” katanya.

Terdahulu pada Khamis, satu resolusi yang menggesa Washington menggugurkan pengiktirafannya berkaitan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel telah diluluskan dalam sidang tergempar khas Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 negara, dengan 128 undi menyokong, sembilan menentang dan 35 berkecuali.

Resolusi itu menegaskan pendirian tetap PBB berhubung kedudukan kota suci itu sejak 1967. 

BACA: “Terima kasih kerana masih bersama Palestin walaupun diugut Trump”

BACA: Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya – TPM

Pendirian itu menyatakan bahawa status muktamad Baitulmaqdis hendaklah diputuskan menerusi rundingan terus antara Israel dan Palestin.

Sementara itu, Pergerakan Islam Hamas dalam satu kenyataan menyebut, undian itu berada “di landasan yang betul dan merupakan satu kemenangan untuk rakyat Palestin”.

— BERNAMA



Source link

read more

Negara Islam umum tolak pelan damai ditaja Amerika Syarikat



ISTANBUL: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menolak pelan damai Palestin-Israel yang diketuai Amerika Syarikat selaku pengantara, dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Pengerusi OIC Recep Tayyip Erdogan menjelaskan, pertubuhan itu merumuskan hasil kutipan suara negara Islam dengan menolak pelan damai sedia ada dan mahu mewujudkan pelan baharu dalam tempoh terdekat.

“Kini sudah timbul lagi persoalan berat sebelah yang dibuat Amerika Syraikat selaku perantara pelan damai Palestin-Israel dan proses itu berakhir sekarang.

“Justeru saya menggesa negara anggota agar memikirkan selangkah ke hadapan tentang siapa yang bakal diangkat menjadi perantara dalam pelan damai baharu Palestin-Israel.

“Dan jika perlu, kita juga boleh menilai semula pelan damai yang ditaja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Kerana, apa yang kita cari hari ini adalah satu perantara dan jalan keluar yang tidak berat sebelah,” jelasnya ketika menggulung Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC yang dihadiri pemimpin utama negara anggota pada Rabu.

Erdogan memanfaatkan penggulungan itu dengan kesimpulan bahawa semua negara anggota kini bersetuju mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

“Hari ini kami mengumumkan bahawa kami mengenali Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin, dan pada pendapat kami Baitulmaqdis adalah ibukota negara Palestin dan akan kekal seperti itu.

“Saya menjemput negara lain di luar pertubuhan ini untuk turut mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin,” tegasnya.

Sebelum itu, Setiausaha Agung OIC Yousef Ahmad Al-Othaimeen mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada negara anggota yang hadir di Istanbul kerana keseriusan membincangkan isu Baitulmaqdis.

“Ini saatnya untuk kita mengucapkan tahniah kepada diri kita sendiri kerana berjaya dengan sebulat suara mengutuk tindakan dan keputusan yang dibuat Amerika Syarikat.

“Ia satu pencapaian terbaik bagi OIC mengumpul 57 negara Islam dan mencapai 100 peratus konsensus yang menjurus kepada pembelaan khusus terhadap Baitulmaqdis, dan Palestin amnya,” jelasnya.



Source link

read more

Gereja Koptik Mesir tolak pertemuan dengan Naib Presiden AS



KAHERAH: Gereja Koptik Mesir telah menolak pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence semasa lawatannya lewat bulan ini sebagai membantah keputusan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Dalam satu kenyataan, gereja itu “memohon diri dari menjadi tuan rumah kepada Mike Pence” sambil menyifatkan tindakan Presiden AS Donald Trump tidak kena pada waktunya serta tidak mempertimbangkan perasaan jutaan penduduk dunia.

Trump pada Khamis mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, dan mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.

Sebelum ini, Imam Besar Al-Azhar Al Sharif Mesir, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb, turut membatalkan pertemuan dengan Pence.

BACA: Imam Besar Al-Azhar tolak bertemu Naib Presiden Amerika

Agensi Berita Islam Antarabangsa (UNA) melaporkan, Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar AS di Kaherah telah menghantar permohonan pertemuan tersebut minggu lepas.



Source link

read more

Imam Besar Al-Azhar tolak bertemu Naib Presiden Amerika



KUALA LUMPUR: Imam Besar Al-Azhar Al Sharif Mesir, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb, membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence berikutan pengiktirafan negara itu terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Agensi Berita Islam Antarabangsa (UNA) melaporkan, Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar AS di Kaherah telah menghantar permohonan pertemuan tersebut minggu lepas.

Sheikh Al-Tayyeb yang pada awalnya menerima pelawaan itu bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri susulan perkembangan terbaru membabitkan status Baitulmaqdis.

“Kami tidak boleh duduk semeja dengan mereka yang manipulasi sejarah dan menafikan hak rakyat Palestin.

“Saya langsung tidak berkeinginan bertemu dengan pihak yang menyerahkan sesuatu bukan hak milik mereka dan Amerika harus segera membatalkan pengiktirafan itu dengan segera,” katanya.

Sheikh Al-Tayyeb turut menyeru rakyat Palestin untuk bangkit kembali dengan semangat tinggi demi Islam dan negara tercinta.

“Kami (Al-Azhar) bersama rakyat Palestin dan tidak akan membiarkan mereka bersendirian,” katanya.

Di Washington pada Rabu lepas, Presiden AS Donald Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara itu untuk memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons