Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak



JEDDAH: Arab Saudi buat pertama kalinya membenarkan golongan wanita menonton perlawanan bola sepak, sebahagian langkah mengurangkan pemisahan gender oleh pemerintah konservatif Islam di negara itu.

Peminat bola sepak wanita menyerbu stadium di Jeddah pada Jumaat, menerusi pintu masuk yang dikhususkan untuk keluarga.

Biarpun  tempat duduk mereka dipisahkan mengikut jantina, kehadiran peminat wanita menandakan detik signifikan buat negara itu.

Petugas wanita mengucapkan selamat datang kepada penonton wanita dan keluarga mereka, yang bersorak menyokong pasukan mereka.

Petugas dan penonton wanita memakai jubah hitam tradisi.

Kebenaran ini adalah susulan beberapa siri reformasi undang-undang bagi memodenkan Arab Saudi.

Terdahulu pada Jumaat, sebelum perlawanan bola sepak berlangsung, satu lagi tanda perubahan berlaku, melibatkan pembukaan galeri kereta pameran pertama yang dikhususkan untuk wanita.

Buat pertama kalinya, wanita kini dibenarkan memandu, selepas larangan itu dibatalkan September lalu.

Bermula Jun depan, pemandu wanita bakal memenuhi jalan raya di Arab Saudi.



Source link

read more

Lima sebab kenapa anda perlu tonton Star Wars The Last Jedi


FILEM terbaik dalam francais Star Wars.
 
Star Wars bukan filem biasa, francais terbesar Star Wars saga dan paling berpengaruh dalam sejarah.

Peminatnya bukan seribu dua tetapi berjuta peminat setia dari segenap pelosok dunia yang menanti buah tangan terbaharu francais ini.
 

 
Penantian hampir 3 tahun selepas Star Wars: The Force Awakens bakal berakhir dengan bahagian kelapan, Star Wars: The Last Jedi yang bakal menerjah pawagam 14 Disember ini!

Sementara menanti Luke Skywalker kembali dan kali ini mempersiapkan Rey untuk menentang anak buah dan pretege Ben Solo yang telah beralih ke kuasa gelap sebagai Kylo Ren, kami senaraikan 5 sebab lain yang membuatkan anda perlu menjadi antara yang terawal menyaksikan filem ini!
 
#1 Pertemuan Semula Watak Protagonis


 

 

 
Tiga watak protagonis utama dari Episode VII The Force Awakens; Finn, Rey dan Kylo Ren dipertemukan semula dalam Episod VII. Tetapi kali ini Rey dan Finn, dua watak yang memberi kekuatan kepada Star Wars: The Force Awaken berpisah, masing-masing membawa haluan sendiri untuk mencari asal usul mereka.
 
#2 Sesaat Selepas Force Awakens
 

 

 
Jalan cerita filem ini merupakan kesinambungan daripada Force Awakens, menjawab segala persoalan yang tergantung sebelum ini.

Rey akhirnya temui lokasi Luke Skywalker dan memberinya pedang lightsaber miliknya. Berbeza daripada trend semasa filem Star Wars, di mana sambungan filem selalunya mengambil masa beberapa tahun.  
 
#3 Carrie Fisher Dalam Ingatan

Filem terakhir lakonan Carrie Fisher, Princess Leia, General Leia Organa, saudara Luke, ibu kepada Kylo Ren dan ketua penentang The First Order. 
 

 
Fisher meninggal dunia akibat serangan jantung pada Disember 2016 pada usia 60 tahun. Star Wars: The Last Jedi didedikasikan untuknya.
 
#4 Nama Baru

Antara nama baru yang tiada dalam filem sebelum ini termasuklah Kelly Marie Tran, Laura Dern dan Benicio Del Toro.

Tran membawa watak Rose Tico, pekerja selenggara Resistance yang mempunyai misi penting bersama Finn; Del Toro pula membawa watak DJ, seorang penggodam; dan Dern membawa watak Vice Admiral Amilyn Holdo.
 
#5 Dari Hologram Kepada Realiti

via GIPHY

Peminat Star Wars tentunya mengenali watak Snoke yang dibawakan Andy Serkis, muncul secara misteri dalam The Force Awakens, dalam bentuk hologram. Anda mesti tidak sabar untuk melihat imej dan watak sebenar Snoke.
 
Sebelum itu, jom tengok gambar-gambar di sebalik tabir dan trailer filem ini…
 


 



Apa tunggu lagi, jom serbu pawagam 14 Disember ini untuk melihat sendiri pilihan tulisan dan arahan Rian Johnson ini. Anda mesti tidak mahu ketinggalan menyaksikan watak-watak kecil ini:

Porgs

Crystal Foxes

 

via GIPHY

Fathiers

Kredit: Twitter @JediNewsUK
 
 
Jom hangatkan demam Star Wars hujung minggu ini. Saksikan kehebatan peserta dalam peraduan The Last Jedi yang berlangsung selama 24 jam, bermula Sabtu jam 8.30 malam di The Curve.

Anda bakal menjadi saksi siapa yang bakal memenangi hadiah utama berupa pengalaman Star Wars sekali seumur hidup termasuk trip ke lokasi penggambaran Star Wars di Ring of Kerry Ireland, Wild Atlantic Way dan Skellig Island!
 
 
 



Source link

read more

Kesuntukan masa tonton buletin AWANI Dengarkannya di podcast


KINI, tiada lagi alasan untuk anda mendapatkan berita terkini daripada Astro AWANI.

Selepas televisyen, web dan juga aplikasi mudah alih, anda boleh mendapatkan perkembangan semasa dalam dan luar negara menerusi podcast Astro AWANI di Raku.my

Inisiatif terbaharu Astro AWANI dan Raku ini adalah bagi memastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapat berita dan juga temu bual eksklusif di Astro AWANI.

Dengarkan saluran podcast Astro AWANI secara percuma menerusi laman sesawang Raku.my atau muat turun secara aplikasi Raku di App Store atau Playstore.

Kecenderungan untuk mendapatkan berita terkini melalui podcast menunjukkan trend yang meningkat sejak akhir-akhir ini.

Laporan kajian dari Nielsen Media membuktikan bahawa 9.6 peratus pendengar radio di Amerika Syarikat mendengar podcast untuk mendapatkan berita terkini.

Menurut kajian Edison pula, laporan pengguna bulanan menunjukkan trend mendengar menerusi podcast meningkat dari 21 peratus pada tahun 2016 kepada 24 peratus pada tahun 2017.

Terdapat pelbagai saluran podcast terbitan Astro AWANI yang menarik untuk anda, antaranya Hari Ini 8, Kini Trending, Agenda AWANI, Analisis AWANI, AWANI Xtra dan Kompak. 

Dengarkan saluran podcast Astro AWANI secara percuma menerusi laman web Raku.my atau muat turun aplikasi Raku di App Store atau Playstore.



Source link

read more

Sibuk bebenor tabiat buruk Trump suka tonton televisyen sehingga lapan jam sehari didedah



NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan mempunyai tabiat menghabiskan masa menonton televisyen sehingga 8 jam sehari.

Ianya jauh bercanggah dari kenyataannya sebelum ini yang kononnya dia terlalu sibuk membaca dan meneliti dokumen-dokumen penting berbanding menonton televisyen.

Sumber petugas dari White House mendedahkan kepada agensi berita The New York Times yang Trump menonton televisyen sekurang-kurangnya empat jam dan adakalanya sehingga lapan jam sehari.

“Setiap hari, sekitar 5.30 pagi, Presiden Trump bangun dari tidur dan menonton saluran televisyen dari bilik tidur utama White House,” lapor Times.

“Trump akan menukar saluran dari saluran berita CNN, ke ‘Fox & Friends’ untuk menenangkan diri dan mendapatkan idea, dan adakalanya menonton rancangan ‘Morning Joe’ milik MSNBC, kerana ia dikatakan membantu Trump untuk menjalani hidup dengan penuh bersemangat sepanjang hari.”

Televisyen juga digunakan sebagai ‘bahan’ untuk Trump memuat naik mesej di laman Twitter yang berbaur kemarahan, lapor Times lagi.

Dan sekiranya terlepas sebarang pengumuman penting, Trump akan menontonnya semula di peranti rakaman automatic,“Super TiVo.”

Mata trump juga tidak dapat lari dari televisyen meskipun sedang berlangsung mesyuarat penting.
Sebuah televisyen bersaiz 60 inci juga diletakkan di bilik makan utama khas untuknya menonton.

Sewaktu rangka lawatannya ke Asia bulan lalu, Trump berkata dia tidak ada masa menonton televisyen kerana sibuk menyemak dokumen.

“Percaya atau tidak sewaktu saya di New York atau Washington, saya tiada masa menonton televisyen,” katanya pada sekumpulan wartawan di dalam pesawat rasmi Air Force One.

“Saya tahu mereka kata saya gemar menonton televisyen dengan berita palsu. Begitu juga wartawan palsu, sumber palsu.”

“Hakikatnya saya tidak dapat menonton televisyen. Sebab utamanya kerana banyak dokumen. Saya membaca banyak dokumen. Banyak. Saya banyak membaca dari menonton televisyen,” tambah Trump.



Source link

read more

Ingin tonton band kegemaran anda di Rock The World Dengarkan Raku



KUALA LUMPUR: Dua kumpulan kugiran tempatan kegemaran anda berpeluang beraksi di pentas Rock The World pada 9 Disember ini.

Sebanyak 140 kumpulan berentap untuk memiliki peluang keemasan ini, di mana peminat boleh ‘mengundi’ lagu pilihan mereka menerusi playlist Road to Rock The World 2017 di laman web Raku.my dan aplikasi Raku di App Store dan Playstore. 

Caranya mudah sahaja, iaitu dengarkan lagu band kegemaran anda dengan menekan butang play.

Jumlah play terbanyak akan dikira dan diangkat sebagai pemenang, dan senarai pemenang akan diumumkan melalui Facebook Raku.

Pada masa sama, Pengarah Raku, Rithan Vijay berkata ia merupakan satu platform untuk membuka peluang lebih luas bagi kumpulan muzik anak muda yang mempunyai bakat tersendiri

“Anak muda tempatan kita ramai yang berbakat namun mereka tidak mendapat platform untuk terus maju ke hadapan. Raku mempunyai visi dan misi untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat tempatan.

“Dengan adanya playlist ini, peminat di Malaysia dapat memberi sokongan dan mendengarkan karya-karya yang dipersembahkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Bermula pada tahun 2000, Rock The World merupakan festival muzik yang memperjuangkan karya muzik tempatan.

Festival yang paling dinanti-nantikan setiap tahun ini turut mempromosikan makanan dan jenama tempatan.

Peminat dapat menikmati muzik tanpa henti dari jam 11 pagi hingga tengah malam. Ia bakal diadakan di parkir B, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



Source link

read more

5 sebab anda tak patut terlepas tonton Wanita Terindah


FILEM televisyen (FTV), Wanita Terindah lakonan utama Fattah Amin dan Fazura baharu sahaja mula ditayangkan di Astro First (saluran 480).

Berbeza dengan naskah yang pernah dibawa oleh kedua-dua bintang ini, Wanita Terindah menampilkan kisah kekeluargaan yang sangat menyentuh hati.

Malah banyak elemen menarik yang boleh didapati di dalam FTV terbitan Red Filem Sdn. Bhd. ini.

Berikut merupakan sebab-sebab anda tak patut terlepas menonton Wanita Terindah:

1. Sesuai untuk tontonan keluarga 

Wanita Terindah sebuah cerita yang simple but deep. Ia bukan sahaja sesuai ditonton untuk orang yang sedang bercinta, namun kisahnya boleh diterokai oleh sesiapa sahaja yang mencari erti cinta dan kasih sayang dalam hidup mereka. Banyak elemen kekeluargaan yang diterapkan, antaranya mengisahkan pengorbanan seorang ibu yang membesarkan anaknya seorang diri tanpa lelaki bergelar suami atau bapa.

2. Fattah Amin muncul dengan karakter yang baran dan kasar

Selalunya watak yang dibawakan oleh Fattah menampilkannya sebagai seorang lelaki yang sweet dan gentleman, tetapi di dalam Wanita Terindah berbeza. Anda pasti akan terkejut melihat Fattah kali ini apabila berubah menjadi seorang yang baran dan kasar. 

3. Penampilan Miss Nasi Lemak sebagai kekasih Fattah Amin

Jangan terkejut, julung kalinya Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James yang tular dengan gaun Nasi Lemak Daun Pisang tampil berlakon dalam naskah Melayu. Samantha muncul sebagai kekasih Fattah. Meskipun tidak fasih berbahasa Melayu, namun pertuturannya nampak bersahaja. Not bad!

4. Babak Fattah Amin melamar Fazura yang sweet dan comel

Babak ini antara momen yang pasti anda tidak boleh lupakan kerana ia sangat comel dan kelakar. Anda pasti tidak dapat bayangkan cara lamaran Fattah Amin yang boleh dikatakan sangat unik. Namun adakah Fazura menerima lamaran Fattah? Anda tonton sendiri!

5. Karakter Adam sebagai adik yang comel dan kelakar

Fikri lakonan adik Nik Adam Mika di dalam Wanita Terindah mampu menimbulkan elemen mencuit hati dan comel. Selain itu wataknya sebagai pesakit leukemia mampu diterjemahkan dengan baik.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons