Dera: TPM arah duta jumpa menteri Indonesia


ahmadzahid_zahrin20ff.jpg.transformedMO, 20/2/2018, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bertemu dengan Menteri Tenaga Kerja negara itu, Hanif Dhakiri, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Zahrain diminta menyatakan empat perkara penting yang menjadi hasrat kerajaan Malaysia dalam isu berkaitan pekerja asing dari Indonesia ke negara ini.

“Pertamanya ialah kes-kes penderaan yang berlaku adalah kes terpencil. Keduanya, kerajaan Malaysia dan pasukan penguatkuasa tidak akan pernah melindungi sebarang isu penderaan, bukan sahaja terhadap pembantu rumah tetapi semua pekerja warga asing.

“Ketiga, kita minta supaya memorandum persefahaman (MoU) yang tamat pada 2016 dikemaskini dan perundingan lanjut harus dilakukan.

“Saya meminta Zahrain menyatakan komitmen kerajaan Malaysia untuk terus menjalinkan kerjasama antara kedua-dua negara harus diterima dengan berlapang dada dan terbuka kerana kita saling memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pra pelancaran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Keselamatan Antarabangsa Asia (NATSEC) di sini, hari ini.



Source link

read more

TPM Zahid beri bayangan PRU14 sebelum Aidilfitri


TELUK INTAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mungkin diadakan sebelum Aidilfitri tahun ini.

“Kita ada tiga raya…raya Cina baru lepas…sebelum raya haji, kita ada raya puasa tapi sebelum raya puasa, kita ada satu lagi ‘raya besar’,” katanya ketika berucap pada majlis Semarak Mahabbah di Sekolah Agama Maahd Al-Islah di Sungai Manik di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan pengetua sekolah agama itu Agus Lokman Sulam.

Pada November lepas, Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa PRU14 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun ini.

Tarikh mandat kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyentuh tentang pentingnya meninggikan martabat agama Islam berbanding perkara lain termasuk politik.

“Atas nama agama, kita harus memberikan noktah dan meletakkan titik penamat kepada perbedaan minda, perbedaan pemikiran serta sikap kerana pendirian agama cukup tinggi berbanding perkara lain,” katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM680,000 bagi menambah baik infrastruktur di sekolah berkenaan.

Peruntukan itu membabitkan kerja-kerja menambah baik dewan sekolah berjumlah RM100,000, membina gelanggang futsal berbumbung sebanyak RM300,000 serta RM280,000 untuk pemasangan tangki air dan pili bomba.

— BERNAMA



Source link

read more

Gara-gara skandal seks PM dan TPM Australia bergaduh



CANBERRA: Hubungan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Timbalan Perdana Menteri Barnaby Joyce tegang selepas Joyce membidas kenyataan Turnbull berkaitan pengharaman hubungan seks antara Menteri dan pegawai. 

Joyce berkata, kenyataan Turnbull berkaitan hubungan sulit beliau bersama bekas Setiausaha Akhbarnya sebagai tidak wajar dan tidak perlu.

Menurut laporan South China Morning Post, Joyce yang mengetuai parti komponen dalam pakatan kerajaan minggu lepas didapati mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantunya sehingga wanita itu mengandung.

Turnbull pada Khamis berkata Joyce membuat pertimbangan salah ketika melakukan hubungan sulit dengan bekas pembantunya.

Tambahnya, tindakan Joyce itu satu bentuk penghinaan terhadap isterinya yang diabaikan bersama empat orang anak perempuan dan juga teman wanita baharunya, Vikki Campion.

Joyce dalam sidang media pada Jumaat berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan dalam parti mahupun sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Nada Joyce yang kedengaran marah menandakan ketegangan hubungan dua pemimpin utama Australia.

Meskipun Turnbull bakal melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, namun Joyce tidak akan memangku jawatan perdana menteri kerana beliau mengambil cuti peribadi selepas skandal tersebut terbongkar.

Tugas perdana menteri akan dipangku Menteri Kewangan Mathias Cormann sementara Turnbull melakukan lawatan rasmi ke AS.



Source link

read more

Kerajaan akan terus bantu rakyat tanpa mengira kaum – TPM


imagesMO, 14/2/2018, KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan terus bertanggungjawab membantu rakyat tanpa mengira kaum demi keseimbangan pengagihan ekonomi negara.

Justeru, sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, Timbalan Perdana Menteri mengajak semua rakyat mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum.

Ahmad Zahid yang turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghoa di negara ini berkata, sambutan perayaan pada tahun ini amat bermakna kepada kaum tersebut kerana telah menjadi tradisi golongan itu sejak beribu-ribu tahun lalu.

Malah, kata beliau, kaum Cina sebagai populasi kedua terbesar di Malaysia juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Sewaktu kita mencapai kemerdekaan dahulu, dunia tidak yakin bahawa kita akan dapat mengelakkan daripada ketegangan hubungan antara kaum, jauh sekali membangunkan negara.

“Tetapi melalui hubungan antara kaum yang dipelihara dengan baik, keamanan dan pembangunan yang pesat dapat dilaksanakan menuju sebuah negara maju.

“Kerajaan akan terus bertanggungjawab membantu rakyat tanpa mengira kaum demi keseimbangan pengagihan ekonomi negara. Oleh itu, sempena Tahun Baharu Cina ini, marilah kita mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum, Gong Xi Fa Chai,” katanya menerusi video ucapan berdurasi 1 minit 58 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook beliau, semalam.

Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut pada Jumaat dan Sabtu ini.

– UTUSAN ONLINE



Source link

read more

TPM hadir perjumpaan tertutup BN Johor – Politik


JOHOR BAHRU 10 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam perjumpaan tertutup dan makan malam bersama-sama Barisan Nasional (BN) Johor di Grand Paragon Hotel di sini malam ini.

Naib Presiden UMNO itu bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis hadir pukul 6.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar.

Yang turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong merangkap Pengerusi MCA negeri; Pengerusi MIC negeri, Datuk M. Asojan dan Pengerusi MyPPP negeri dan Datuk Dr. Siva Kumar.

Hadir sama Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamed.

Difahamkan dalam majlis berkenaan Zahid dan Mohamed Khaled menyampaikan amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti, ketua-ketua bahagian dan naib-naib ketua bahagian BN seluruh Johor.

Majlis berlangsung selama kira-kira dua jam itu merupakan sebahagian daripada program dihadiri beliau selama dua hari di Johor bermula petang tadi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Sambutan Thaipusam jalin perpaduan antara kaum – TPM


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap sambutan perayaan Thaipusam esok akan merapatkan jalinan perpaduan antara kaum di Malaysia.

“Hari Thaipusam merupakan keindahan masyarakat majmuk di Malaysia di mana setiap agama dan budaya tumbuh subur dan mekar tanpa sebarang sekatan.

“Hak kebebasan beragama terjamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Tradisi mengekalkan budaya ini adalah atas muafakat pemimpin pelbagai kaum yang berkongsi kuasa di bawah kerajaan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, katanya, kerajaan akan terus komited membangunkan aspek ekonomi, pendidikan dan struktur sosial masyarakat India di negara ini supaya mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga berkata sambutan Thaipusam di Batu Caves adalah yang terbesar sehingga Batu Caves disinonimkan seperti ‘mini India’ di mana ia dibanjiri oleh ratusan ribu penganut agama Hindu dari seluruh dunia.

“Batu Caves kini menjadi ikonik pelancongan peringkat antarabangsa. Ia juga menjadi ‘lubuk rezeki’ kepada para peniaga untuk membuka gerai menjual makanan, minuman, bunga, cenderahati, pakaian dan aksesori bagi menambah kemeriahan sambutan Thaipusam,” katanya.

Oleh itu, pasukan keselamatan turut bersiap-siaga untuk berkawal dan menjaga keselamatan awam sepanjang sambutan esok.

Ahmad Zahid berkata beliau telah memberikan arahan supaya pasukan keselamatan berkawal bagi menjamin keselamatan awam.

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

BN fokus kerja untuk rakyat – TPM


BAGAN DATUK 28 JANUARI 2018. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir majlis Makan Malam Amal ke 2 Untuk Kutipan Dana bagi Pembelian Tanah dan Pembinaan Semula Tokong di Dewan Peng Aun Keong, Bagan Datuk. NSTP/ABDULLAH YUSOF *** Local Caption ***

MO, 29/1/2018, BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu wakil rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) terus fokus melakukan kerja terbaik untuk kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia membolehkan rakyat tahu bahawa apa yang dilakukan BN selama ini semata-mata demi kebaikan mereka.

“Saya tidak sentuh pembangkang tetapi kita cerita tentang kerja kita sahaja. Kita tidak burukkan pembangkang, kita tidak mahu gaduh dengan mereka, supaya rakyat tahu kita buat kerja dan kerja kita untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis makan malam amal kutipan dana bagi pembelian tanah dan pembinaan semula Tokong Peng Aun Keong, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru negeri, yang juga Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata matlamat kerajaan ialah mahu menjadikan Bagan Datuk, Perak dan Malaysia menjadi lebih makmur pada masa hadapan.

Katanya, permuafakatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di bawah satu wadah mampu membawa kemakmuran yang lebih hebat kepada negara.

Beliau juga meminta masyarakat Cina di  Bagan Datuk menutup ‘buku lama’ Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan Ke-13 sebaliknya membuka lembaran baharu dalam PRU-14 nanti.



Source link

read more

TPM beri amaran kepada mereka yang jual perlawanan – Bola Sepak


PUTRAJAYA 26 Jan. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pemain, jurulatih dan pengurusan Liga Malaysia yang bertindak menjual perlawanan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak yang melakukan penjualan perlawanan perlu segera disiasat dan diheret ke mahkamah ekoran sikap tamak haloba mereka seolah-olah ganjaran diperoleh selama ini tidak mencukupi.

“Kami terhidu bau ini dan ini diketahui umum tetapi buktinya tersorok dengan pihak bookies.

“Jadi, selaras dengan komitmen Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam menghapuskan premis judi, tindakan terhadap perjudian dalam erti menjual perlawanan juga perlu dilaksanakan,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Bola Sepak PDRM Liga Perdana Musim 2018, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden Pasukan Bola Sepak PDRM, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Pasukan Bola Sepak PDRM turut menerima bas rasmi baharu mereka.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid menegaskan, beliau tidak akan sesekali membiarkan sesiapa pun yang melakukan penjualan perlawanan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Jika diimbas pada musim-musim lalu, kata beliau, pihaknya turut mengetahui terdapat dalam kalangan pengadil bersekongkol dengan bookies.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, golongan pengadil juga tidak akan terlepas jika mereka bertindak mengambil rasuah dalam perlawanan.

“Ini adalah amaran Ahmad Zahid Hamidi. Maksudnya, bukan amaran sahaja tetapi disusuli tindakan. Ini kerana walau setiap tahun ada tawaran berbentuk gaji dan elaun serta bonus, malah terdapat juga beberapa insentif lain dipertingkat, tetapi mutu perlawanan tidak meningkat.

“Padahal pemain kita dibayar gaji yang tinggi dengan pasukan berlumba-lumba membayar tinggi. Oleh itu, saya serius untuk basmi kegiatan menjual perlawanan ini selaras dengan permintaan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengumumkan komitmen beliau untuk memberi bonus sebanyak RM500,000 kepada Pasukan Bola Sepak PDRM sekiranya pasukan itu muncul johan Liga Perdana pada musim ini.

Sementara itu, katanya, jika muncul naib johan, beliau akan memberi bonus sebanyak RM250,000 kepada pasukan berkenaan.

“Jadi, sambutlah cabaran ini. Kepada jurulatih, Zulhamizan Zakaria, kalau pasukan ini muncul johan, beliau akan diberikan bonus sebanyak RM100,000,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

TPM Thailand sedia letak jawatan jika didapati bersalah oleh badan pencegahan rasuah


BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan bersedia untuk meletak jawatan daripada kerajaan jika badan pencegahan rasuah negara itu mendapatinya bersalah berhubung dakwaan memiliki jam tangan mewah.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

“Biarlah NACC menyiasat perkara itu, jika saya bersalah, maka saya akan meletak jawatan,” kata beliau kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Rumah kerajaan di sini hari ini.

Prawit yang bercakap buat kali pertama mengenai kontroversi yang menyelubungi jam tangan mewah yang dikatakan miliknya berkata beliau tidak berasa paranoid terhadap kontroversi itu tetapi sebaliknya mengukuhkan komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah di negara itu.

Menurut Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, jam tangan yang dipersoalkan itu ialah milik kawan-kawannya yang meminjamkan aksesori mewah untuk beliau memakainya sebelum memulangkan jam tangan itu kepada pemilik yang sah.

“Saya mempunyai kawan-kawan, mereka meminjamkan jam tangan itu kepada saya, itu sahaja dan saya memulangkannya,” kata Prawit.

— BERNAMA



Source link

read more

Parti politik NGO kaum India perlu berganding bahu – TPM


BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India untuk bersatu hati agar sokongan masyarakat itu kepada kerajaan dapat ditingkatkan terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan padu masyarakat India terhadap kerajaan akan memudahkan lagi usaha membantu kaum tersebut khususnya menerusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).

Jelas beliau, ini juga bertujuan untuk menapis serta menghentikan pengaruh dan lontaran kenyataan yang berbaur negatif daripada pihak pembangkang.

“Pembangkang akan datang lima tahun sekali mengatakan semua yang dilakukan oleh kerajaan tidak baik.

“Saya percaya, walaupun pembangunan meningkat di Bagan Datuk dengan terbinanya MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), Kolej Komuniti, Politeknik, kompleks sukan, mereka akan tetap cakap ini tidak bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Program Ramah Mesra Padu Bersama Masyarakat India DUN Rungkup sempena sambutan Ponggal di Batu 25 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, apabila pembangkang kembali ke tempat masing-masing, senario sama akan berlaku saban tahun apabila pemimpin daripada kerajaan pula yang akan ditemui untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, kerajaan komited untuk terus berusaha membantu masyarakat India menerusi pelbagai cara dan perkara tersebut dilihat sukar untuk direalisasikan sekiranya mereka tidak bersatu hati dan berpecah belah.

Beliau juga memberi contoh, apabila penduduk tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan persekolahan, kerajaan akan membantu mereka termasuk mendapatkan penaja daripada syarikat swasta untuk memberikan sumbangan.

“Kenapa harus mendengar cakap pembangkang yang hanya datang lima tahun sekali dan mengatakan semua perkara tidak baik?

“Kita (pemimpin kerajaan) tidak minta dipuji tetapi jangan mengutuk kerana kita bekerja untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons