Nak beri laluan treler jatuh jambatan


TEMERLOH: Seorang pemandu treler nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terjatuh dari Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang pada 11.30 pagi Isnin, ketika cuba mengelak dua ambulan yang melalui jalan yang sama.

Pemandu treler Mohd Fariz Ridzuan Mahmood, 41 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun treler dipandunya itu jatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter.

Menurutnya, ketika kejadian, kenderaan lain bergerak perlahan dan tiba-tiba terdapat dua ambulan hendak melalui laluan yang sama.

Dia kemudian cuba ketepi bahu jalan untuk memberi laluan kepada ambulan tersebut namun gagal dikawal lalu jatuh ke bawah jambatan itu.

“Kereta lain brek secara mengejut sebab nak beri laluan pada ambulan. Saya pun brek juga tetapi tahu lah, lori berat,” kata Mohd Fariz.

Menurut seorang saksi, Mohd Rizal Mohammad Rosli berkata, dia yang sedang makan di kedai seberang jalan mendengar dentuman kuat dan terkejut apabila melihat keadaan treler yang jatuh terjunam dari jambatan yang tinggi.

“Ketika di kedai, saya terdengar satu rempuhan kuat di pagar jambatan Sungai Pahang ni sebelum nampak treler jatuh. Jika tengok pada fizikal treler ni agak teruk tetapi pemandu selamat,” katanya.

Mohd Rizal berkata dia bergegas ke tempat kejadian dan terus menghubungi pihak polis dan bomba.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata, pemandu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk pemeriksaan lanjut.

“Treler ni jatuh di pinggir jambatan dan bukan di atas jalan raya, jadi buat masa ini, pemandu pun selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang belaku.

“Kita akan siasat dan buat pemeriksaan dan ujian pemandu treler berkenaan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu akan diambil ujian air kencing dan darah.



Source link

read more

Pemandu selamat treler jatuh jambatan 13 meter


DTAPUm5UMAATHxwMO, 8/1/2018, TEMERLOH – Seorang pemandu treler bersyukur terselamat walaupun kenderaan dipandunya terjatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter di Jambatan Ahmad Shah, Kilometer 125 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa Mohd Fariz Ridzuan Mahmood, 42, hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Mohd Fariz dari Taman Temerloh Jaya di sini, berkata kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Kuantan ke Mentakab selepas menghantar papan lapis.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta di depan tiba-tiba berhenti kerana ingin memberi laluan kepada ambulans, menyebabkan saya terpaksa menekan brek secara mengejut dan hilang kawalan serta merempuh besi penghadang jalan.

“Saya tidak percaya selamat kerana treler dipandu jatuh pada ketinggian yang tinggi, namun bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.26 pagi dan lapan anggota serta satu jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati pemandu treler berjaya keluar daripada kenderaan berat berkenaan dan hanya cedera ringan. Kita mengambil tindakan memotong aliran elektrik daripada bateri treler itu kerana dikhuatiri berlaku letupan berikutan berlaku tumpahan minyak,” katanya.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, berkata pihaknya menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link

read more

Filem biografi LCW Tengok treler pun dah mengalir air mata – Netizen



KUALA LUMPUR : Siapa yang tidak kenal dengan juara badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah berjaya mengharumkan nama negara ke persada dunia.

Jaguh dunia ini akan muncul dengan filem biografinya buat julung kali dan akan ditayangkan pada suku pertama tahun hadapan.

Ternyata ramai yang menantikan filem itu ditayangkan terutamanya selepas treler pertama ditontonkan menerusi laman Twitter Chong Wei. 

Rata-rata netizen menyuarakan perasaan sukacita dan bangga dengan kemunculan filem tersebut menerusi ruangan komen di laman media sosial.

Filem ‘Rise of The Legend’ arahan Teng Bee itu mengisahkan sepenuhnya mengenai penglibatan awal Chong Wei dalam arena badminton sehingga menjadi jaguh terkemuka dunia.

BACA: Treler pertama filem biografi Datuk Lee Chong Wei keluar

Antara nama besar yang turut membintangi filem ini termasuk Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek yang merupakan jurulatih kepada Chong Wei.



Source link

read more

Treler pertama filem biografi Datuk Lee Chong Wei keluar



KUALA LUMPUR : Treler pertama filem biografi juara badminton negara Datuk Lee Chong Wei dikongsi jaguh itu sendiri dalam laman Twitternya pada malam semalam.

First trailer is out. Stay tuned. (Treler pertama keluar. Nantikan.),” kata beliau dalam akaun media sosial @leechongwei.

Berdasarkan laporan sebelum ini, filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada suku pertama tahun hadapan.

Antara nama besar yang turut membintangi filem ini termasuk Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek yang merupakan jurulatih kepada Chong Wei.

 



Source link

read more

Warner Bros. lancar treler filem Oceans 8



FRANCAIS filem ‘Ocean’ yang dipopularkan barisan pelakon George Clooney, Brad Pitt dan Matt Damon kini tampil dengan versi pelakon wanita.

Studio Warner Bros. lancar treler filem ‘Ocean’s 8’ yang dibarisi pelakon wanita popular.

Filem ‘spin off’ itu diterajui pemenang Oscar, Sandra Bullock dan pelakon hebat lain seperti Cate Blanchett, Helena Bonham Carter, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson serta penyanyi popular Rihanna.

Bullock memainkan peranan sebagai adik kepada karakter George Clooney, Danny Ocean, yang juga terlibat dalam kes rompakan berprofil tinggi.

Francais filem ‘Ocean’ mula diterbitkan sepuluh tahun lalu di bawah sutradara Steven Soderbergh.

“Ocean’s 8” akan mula ditayangkan pada 8 Jun 2018.



Source link

read more

Pemandu treler rempuh belakang treler lain maut



SEREMBAN: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan melibatkan dua treler di KM43.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), berhampiran simpang keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Lias Amat berkata pemandu yang memandu treler dengan muatan 60 tan polyethylene itu dipercayai telah merempuh belakang sebuah treler yang membawa muatan 60 tan tiang konkrit yang berhenti di laluan kecemasan kerana rosak.

Bomba menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada 7.02 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 15 minit kemudian dengan kekuatan 10 anggota termasuk dua pegawai.

“Mangsa, Muhamad Jidin, 27, yang tersepit pada bahagian kabin pemandu akibat rempuhan tersebut berjaya dikeluarkan anggota bomba, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan.

“Pemandu treler yang membawa konkrit pula, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Lias berkata mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat.

— BERNAMA



Source link

read more

Lelaki maut motosikal rempuh belakang treler – Nahas & Bencana


IPOH 3 Dis. – Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kiri di Kilometer 264.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 43 tahun menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu sebuah treler yang membawa muatan besi konkrit bangunan berhenti di bahagian lorong kiri lebuh raya.

Jelasnya, pemandu yang berusia 27 tahun kemudian turun daripada treler untuk memeriksa brek kenderaannya.

“Sewaktu melakukan pemeriksaan, dia terdengar bunyi rempuhan pada bahagian belakang treler yang dilanggar motosikal.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berkonvoi bersama-sama rakan-rakannya yang menunggang 10 buah motosikal lain dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lenggong,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penunggang motosikal maut rempuh treler – Johor


KLUANG 14 Nov.- Seorang lelaki maut selepas gagal mengawal motosikal Yamaha 135LC yang ditunggangnya sebelum merempuh sebuah treler di 19.5 Jalan Benut-Simpang Renggam dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.25 tengahari itu, mangsa, PV. Mahalingam, 30, meninggal dunia akibat cedera parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Benut menuju ke Simpang Renggam.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh bahagian belakang treler yang berhenti akibat tayar meletup.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mohamad berkata, pemandu treler berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons