No sign of Malay tsunami from Langkawi


DrmWanLang

MO,16/4/2018, PETALING JAYA: The stage is set for Malaysia’s longest-serving prime minister to break his own 22-year record at the top job. He chose Langkawi for the formal announcement of his candidacy, a place where he had brought so much development to. The announcement was made by the wife of his one-time nemesis on a hot and sultry evening that was pregnant with symbolism as well as irony.

Once the most powerful man in Malaysia, he is now using the symbol of the party he tried – and failed – to kill off. The choice of Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to announce him as the candidate for the Langkawi parliament seat was to show that they are committed to each other, and that Dr Mahathir has the support of the man he once accused of corruption and sodomy. Can politics in Malaysia get any stranger?

Kedah holds the record of producing two prime ministers and if things go well for Dr Mahathir, Kedah may hold the record of having the oldest Malaysian premier ever. The idea may seem strange, but Pakatan Harapan supporters find it perfectly fine – or at least that is what they say. As Juhari Bulat, the Pribumi candidate for Ayer Hangat put it, the late Kedah Sultan became the King in his eighties, so why can’t Dr Mahathir become prime minister in his nineties?

There is a big difference actually – a prime minister’s job is much more demanding that that of the Yang di-Pertuan Agong’s. And Dr Mahathir did look his age that evening as he spoke on his usual litany of kleptocracy, failed state, bankrupt nation and corruption. Given that Langkawi is like his second home and that the night belonged to him, he appeared rather shaky and could not quite remember the names of some of those on stage.

His spirit to unseat Datuk Seri Najib Tun Razak is strong, but his age and health are two factors that are working against him. Moreover, it is hard to see how Dr Wan Azizah’s speech and message that night could have convinced the Langkawi audience that she is deputy prime minister material. Of those who spoke that night, only Pribumi president Tan Sri Muhyiddin Yassin came across as prime minister material. Amanah president Mohamed Sabu was very amusing but if Pakatan comes to power, he will be the Ahmad Mazlan of the Pakatan government.

The Dr Mahathir event managed to draw quite a good crowd but it was not the type of crowd that is a harbinger of a Malay tsunami. The audience was polite and respectful but it was quite evident that many of them were curious spectators because each time the emcee tried to get them to join him in shouting “Reformasi!”, most of them did not join in. It was thus unsurprising that even before the ceramah was over, the Pakatan side was flooding social media with pictures of massive crowds and claiming that these were scenes from Langkawi.

But it was untrue. The photographs were crowd scenes from what appeared to be a DAP ceramah in Johor during the 13th General Election. There was even a PAS flag fluttering in one of the pictures. Among all the Pakatan partners, DAP is most anxious to convince its audience that a Malay tsunami is on the way and that “Tun Mah”, as they call Dr Mahathir, will be the one making it happen. DAP is heavily invested in Dr Mahathir because they need the Malay tsunami to make the Chinese voters believe that Barisan will fall. Will Langkawi be the staging point for Dr Mahathir to topple Najib? Can the odd pairing of the two doctors persuade Malaysians to come along?

Dr Mahathir is loved and respected in Langkawi. The people will always be grateful how he turned their island into a world-famous tourism destination. Will the people of Langkawi return the favour and deliver victory to him? So many questions and so few answers from this beautiful island. There has been no sign of the promised Malay tsunami. Initially, we were told that it would become evident once Parliament is dissolved. Now we are told that it will only happen once the candidates are known on nomination day. Time, it appears, is running out for Dr Mahathir to bring on the Malay tsunami.

–TheStar



Source link

read more

‘Ya tsunami Melayu, tsunami Melayu pastikan kemenangan BN’ – Azlan Man – Politik


KANGAR 14 April – Barisan Nasional (BN) negeri ini yakin dengan tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) namun melibatkan lonjakan sokongan kaum tersebut kepada parti itu bagi mencapai kemenangan lebih selesa.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau tidak melihat akan berlaku gelombang tsunami Melayu seperti mana tsunami Cina pada PRU-13 yang banyak membantu kemenangan pembangkang pada masa itu.

Katanya, rakyat berhak membuat pilihan dan penilaian sama ada hendak memilih gabungan pembangkang PKR atau kerajaan BN yang semua sedia maklum telah memberi khidmat terbaik selama ini.

“Ya..saya yakin dengan tsunami Melayu, tsunami Melayu itu akan memastikan BN terus kekal dengan kemenangan lebih selesa.

“Adakah kita hendak pilih berdasarkan mainan emosi dimainkan oleh pembangkang termasuk menawarkan tawaran-tawaran tidak masuk akal dalam manisfesto mereka yang pastinya rakyat sendiri boleh menilai.

“Pada masa sama, kita sendiri boleh lihat apakah kerajaan sekarang sedang menuju kebankrapan seperti didakwa pembangkang. Kita dapat lihat, badan-badan agensi antarabangsa telah memberi penarafan terbaik terhadap ekonomi Malaysia dan situasi itu sudah cukup memberi keyakinan kepada rakyat untuk mengekalkan kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Denai Larian, Pangkalan Asam di sini hari ini.

Sementara itu, Azlan yang juga Menteri Besar berkata, kebanyakan isu dimainkan gabungan pembangkang PKR serta manifesto mereka dilihat tidak masuk akal termasuk hendak menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Saya ingin cabar mereka gantikan GST dengan sistem yang lebih baik, di mana sistem itu dapat memastikan pihak yang tidak membayar cukai selama ini dapat membayarnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Takkan berlaku tsunami Melayu – Mohamed Khaled


WhatsApp_Image_2018-04-12_at_11.06.15.jpeg.transformedMO, 12/4/2018, JOHOR BAHRU: Pengundi Melayu diingatkan berfikir dengan bijak mengenai tawaran Pakatan Harapan kepada masyarakat Melayu dan Islam di Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagaimana pembangkang mendakwa berlaku tsunami Melayu, sedangkan mereka tidak memperjuangkan Melayu.

Katanya, BN Johor menolak dakwaan berlaku tsunami Melayu di negeri itu, sebaliknya ia hanya dakwaan pembangkang bagi mengekalkan undi masyarakat Tionghua.

“Macam mana kata (ada) tsunami Melayu sebab dalam manifesto mereka pun tiada tawaran untuk orang Melayu. Takkan orang Melayu tergerak nak sokong kalau tiada tawaran untuk orang Melayu dan Islam.

“Tetapi kita (BN) di Johor ada tawaran tertentu, antaranya dari segi agama Islam untuk orang Melayu. Takkan berlaku tsunami Melayu. Jadi, kita (BN) sangkal. Mereka (pembangkang) kata berlaku tsunami Melayu kerana nak kekalkan tsunami Cina yang semakin kurang dan luntur.

“Jadi, untuk pastikan sokongan Cina dapat dikekalkan, dia kata orang Melayu akan lari, tetapi macam mana orang Melayu nak lari kalau tiada pun tawaran untuk Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Taman Bukit Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kong Kong Laut di sini, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar, berkata pembangkang akan memberikan alasan tidak memasukkan agenda Melayu dan Islam dalam manifesto kerana ia sudah ada dalam perlembagaan.

“Kita tahu walaupun ada dalam perlembagaan, macam mana di Pulau Pinang dan Selangor?

“Walaupun ada dalam perlembagaan, ia (agenda Melayu dan Islam) bergantung pada tafsiran dan pelaksanaan orang yang berkuasa, bukan rakyat terbanyak.

“Rakyat terbanyak kata selamat kerana dalam perlembagaan menyatakan hak istimewa, tetapi ia banyak tergantung pada orang yang ada kuasa ketika itu (kerajaan). Jika orang berkuasa ketika itu membuat tafsiran berbeza dan tidak laksana, tiada apa akan berubah. Kena faham,” katanya.



Source link

read more

Tsunami Melayu hanya helah pembangkang – Khaled – Politik


JOHOR BAHRU 12 April- Barisan Nasional (BN) negeri ini menafikan akan berlaku gelombang tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti yang berlaku dalam kalangan kaum Cina pada PRU-13.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, sandiwara pembangkang itu dilihat sebagai helah bagi meraih perhatian pengundi di negeri ini.

Menurutnya, tsunami Melayu tidak akan berlaku berikutan tiada satu pun tawaran khusus untuk orang Melayu di Johor dalam pembentangan manifesto pembangkang, baru-baru ini.

“Mereka cakap berlaku tsunami Melayu sebab hendak kekalkan tsunami Cina yang (dilihat) semakin hari semakin luntur.

“Untuk kekalkan sokongan Cina itu kekal dia (pembangkang) kata orang Melayu pun akan lari. Macam mana Melayu nak lari, bila tidak ada tawaran khusus pada orang Melayu,” katanya selepas merasmikan Pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor fasa 5 Taman Bukit Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kong Kong Laut di Masjid Taman Bukit Mutiara di sini, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiada tsunami Melayu walaupun Tun M dicalonkan sebagai PM


SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan Pakatan Harapan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara, jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak memberi impak begitu besar kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin pencalonan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak akan menyebabkan tsunami Melayu seperti yang didakwa pembangkang sebelum ini.

“Saya tidak kata tiada gangguan… sikit-sikit itu ada impact tetapi tidaklah seperti orang kata akan terjadi tsunami orang Melayu… tak akan ada,” kata Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan dalam temubual khas bersama Bernama di sini.

Pada 7 Jan lepas, PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika pakatan itu menang PRU14.

Menjelang PRU14, yang akan diadakan tidak lama lagi, pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR, PPBM dan Parti Amanah Negara menerima secara terbuka kehadiran Dr Mahathir kononnya bagi menyelamatkan Malaysia dan mencanang tsunami Melayu akan berlaku dalam cubaan mereka menumbangkan BN.-BERNAMA



Source link

read more

Kerajaan Persekutuan tanggung baki pinjaman mangsa tsunami


SUNGAI PETANI 22 MAC 2018 .Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengambil makanan bersama penduduk sempena lawatan kerja ke DUN Pantai Merdeka. STR /OMAR OSMAN

MO, 22/3/2018, SUNGAI PETANI: Lebih 126 keluarga mangsa tsunami yang ditempatkan di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda, di sini tidak lagi perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM50 berkuatkuasa serta merta.

Perkara diumumkan sendiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam ucapan perasmian program Jamuan Muafakat Rakyat sempena Jelajah Muafakat Rakyat ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka di Dataran Tsunami, di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata, pihaknya menganggarkan hampir kesemua penghuni mempunyai pinjaman bank lebih 10 tahun lagi selepas membuat pinjaman selama 20 tahun.

“Kita sudah mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk mengecualikan bayaran ansuran dengan baki hutang terbabit dilunaskan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN).

“Penduduk tidak perlu lagi membayar pinjaman bank terbabit. Usaha ini adalah bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi peminjam.

“Usaha ini adalah menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kebajikan rakyat dipelihara selain mengurangkan bebanan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Ahmad Ramli berkata, pengumuman terbabit membuat dirinya lega kerana baki pinjaman rumah dilangsaikan kerajaan.

“Bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji yang rendah sudah pasti bayaran ansuran sebanyak RM50 dianggap berat hingga perlu melakukan penjimatan.

“Apabila kerajaan mengumumkan baki pinjaman ditanggung mereka, maka ia membolehkan duit terbabit digunakan untuk perkara lain seperti membayar cukai pintu, bil eletrik atau membeli barang keperluan rumah,” katanya.

Bagi seorang suri rumah, Nur Hana Abu Bakar, 53, berkata pemansuhan bagi pinjaman perumahan sememangnya satu tindakan yang disambut mesra penduduk.

“Saya sudah tinggal di sini lebih 13 tahun dan sepanjang tempoh itu, kami membayar pinjaman RM50 sebulan tetapi dengan keprihatinan Menteri Besar Kedah, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban,” katanya.



Source link

read more

PM Jepun ikrar bangunkan semula wilayah terjejas tsunami



TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata kerajaan akan meneruskan usaha membangunkan semula binaan rumah di kawasan yang terjejas akibat bencana tsunami sejak tahun 2011.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Abe berkata setakat ini, pembinaan semula rumah di wilayah timur laut yang terjejas akibat bencana itu telah siap 90 peratus dan untuk berterusan akan dilakukan pihaknya.

“Sehingga hari ini, lebih daripada 70,000 orang masih berada dalam status pemindahan dan sebahagian daripada mereka sudah tidak selesa untuk hidup merempat dalam jangka masa lama.

“Para penduduk yang terjejas masih buntu bila mereka akan kembali ke kampung halaman masing-masing,” ujarnya. 

Abe dan kerabat diraja memberikan penghormatan kepada sekitar 16,000 mangsa yang maut akibat bencana alam yang berlaku pada tujuh tahun lepas sewaktu majlis peringatan di Tokyo pada hari Ahad.

“Kesedihan itu masih terasa sehingga kini dan ia sangat mendalam apabila saya memikirkan kesedihan yang dialami para keluarga serta rakan-rakan mangsa yang telah kehilangan orang tersayang akibat bencana alam tersebut,” katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Sewaktu majlis tersebut, upacara berkabung turut dilakukan pada pukul 2.46 petang sebagai pengimbau kembali insiden gempa bumi 9.1 skala Richter tujuh tahun lalu.



Source link

read more

Tujuh tahun selepas tsunami penduduk tak senang dengan tembok laut


RIKUZENTAKATA : Ketika kejadian gempa bumi melanda pada tahun 2011, seorang pencari tiram Atsushi Fujita sedang bekerja seperti biasa di laut.

Tidak lama selepas itu, sebuah gelombang hitam gergasi membadai bandarnya dan membunuh ribuan orang.

Tujuh tahun berlalu, Fujita dan ribuan lagi sepertinya yang tinggal di pesisiran timur laut Jepun membina semula kehidupan mereka, namun kali ini di sebelah tembok laut gergasi yang dikatakan pakar mampu melindungi mereka daripada hentaman tsunami besar.

Tembok konkrit setinggi 12.5 meter itu dibina bagi menggantikan tembok setinggi 4 meter yang telah musnah dan tenggelam dalam bencana pada 11 Mac 2011.

Gempa bumi dan tsunami, yang mencecah ukuran 30 meter tinggi di sesetengah kawasan, telah mengorbankan hampir 18,000 orang di seluruh negara itu, malah mencetuskan keresahan nuklear di loji janakuasa Fukushima.

“Rasanya seperti kami di dalam penjara, walaupun kami tidak pernah melakukan kesalahan,” ujar Fujita, 52 tahun.

Sejak bencana itu, beberapa bandar telah mengharamkan kerja-kerja pembinaan di kawasan rata yang dekat dengan laut dan telah memindahkan penduduk ke kawasan tanah yang lebih tinggi.

Bandar lain, seperti Rikuzentakata, telah meninggikan paras tanah beberapa meter sebelum membina bangunan baharu.

Paling nyata adalah pembinaan tembok laut bagi menggantikan benteng pemecah ombak yang sebelumnya ditenggelami tsunami. Tembok sepanjang 395 kilometer itu menelan belanja sehingga 1.35 trilion Yen (RM49.8 bilion).

“Tembok laut ini akan menahan tsunami dan mengekangnya daripada membanjiri kawasan daratan.

“Walaupun tsunami itu lebih besar dari tembok ini, ia bertindak melambatkan kesan bah sekali gus memberi masa tambahan untuk evakuasi penduduk,” jelas penyelidik di Institut Kajian Pelabuhan dan Lapangan Terbang di Yokosuka, Hiroyasu Kawai.

Tembok tinggi ini dikatakan mampu menghalang tsunami atau sekurang-kurangnya memberi masa tambahan untuk proses evakuasi sekiranya tsunami membadai. - Reuters

Menyesuaikan diri

Ramai penduduk pada awalnya mengalu-alukan idea pembinaan tembok tersebut namun pandangan mereka semakin kritikal hari demi hari.

Ada yang mengatakan bahawa penduduk tempatan tidak dilibatkan sewajarnya ketika fasa perancangan, manakala sesetengah lagi berpendapat pembinaan tembok itu bermakna dana untuk projek pembangunan lain, seperti perumahan, semakin kurang penting dan dipinggirkan.

Sesetengah pula bimbang tembok laut itu akan menjejaskan aktiviti pelancongan.

“Kira-kira 50 tahun lalu, kami ke sini dengan anak-anak dan seronok memandu kenderaan di sepanjang pesisiran pantai dan teluk untuk menikmati pemandangan indah.

“Kini, semuanya tidak lagi kelihatan,” keluh seorang pelancong tempatan, Reiko Iijima.

Sebahagian daripada tembok di bandar Kesennuma, di sebelah selatan, mempunyai tingkap – namun itu juga mencetus aduan.

Tembok di bandar Kesennuma ini mempunyai 'tingkap' untuk warga tempatan meninjau suasana laut. - Reuters

“Ia satu parodi. Ia hanya mahu memastikan kami gembira dengan sesuatu yang kami tidak mahu sejak awal,” kata Yuichiro Ito, yang kehilangan tempat tinggal dan adiknya dalam bencana 2011 itu.

Fujita berkata, sementara tsunami telah memberi kelebihan kepada perternakan tiram di kawasan itu dengan membentuk semula lantai laut dan menyisihkan mendapan yang terkumpul, tembok itu juga dilihat menghalang aliran semula jadi air dari kawasan daratan sekali gus memberi kesan kepada pengeluaran masa depan.

Namun, masih ramai beranggapan bahawa mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan tembok itu.

“Semua orang di sini hidup bersama laut, sejak beberapa generasi. Tembok ini memisahkan. Dan itu amat sukar bagi kami,” ujar ketua syarikat pembekal tuna, Sotaro Usui.

Tembok ini dibina bertujuan untuk melindungi penduduk, namun kehadirannya belum diterima sepenuhnya oleh warga tempatan. - Reuters



Source link

read more

Magnitude 8.2 quake off Alaska prompts tsunami warning



A magnitude 8.2 earthquake hit the Gulf of Alaska in the early hours of Tuesday, prompting authorities to warn people in the area to move away from the coast in case it causes a tsunami.

The quake hit 256 km (157 miles) southeast of Chiniak, Alaska at a depth of 10 km at 0931 GMT, the U.S. Geological Survey said.

“If you are located in this coastal area, move inland to higher ground. Tsunami warnings mean that a tsunami with significant inundation is possible or is already occurring,” Anchorage Office of Emergency Management said in a warning for Alaska and British Columbia.

Tsunami warnings for parts of Alaska and Canada and a tsunami watch for the entire U.S. west coast and Hawaii were issued.

“Based on all available data a tsunami may have been generated by this earthquake that could be destructive on coastal areas even far from the epicentre,” the Pacific Tsunami Warning Center said.

Japan’s meteorological agency said it was monitoring the situation but did not issue a tsunami alert.



Source link

read more

Gempa bumi kuat di Teluk Alaska amaran tsunami dikeluarkan



PIHAK berkuasa Alaska mengeluarkan amaran kepada penduduk di sekitar pantai negara itu untuk berpindah kerana bimbang berlakunya tsunami, susulan gempa berukuran 8.2 skala richter yang menggegarkan Teluk Alaska awal pagi Selasa.

Menurut pakar geologi, gempa berkenaan dilaporkan terjadi di 256 kilometer ke  kawasan tenggara Chiniak, dengan kedalaman 10 kilometer pada sekitar 9.31 pagi (GMT).

“Sekiranya anda berada di kawasan pantai, anda diarahkan untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi. Amaran tsunami yang dikeluarkan memberi petanda bahawa tsunami dan banjir mungkin atau sudah berlaku,” demikian arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan Kecemasan Anchorage untuk Alaska dan British Columbia.

Amaran Tsunami turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di sekitar Alaska, sekitar pantai barat Amerika Syarikat dan Hawaii.

“Berdasarkan kepada data yang sedia ada, tsunami mungkin melanda dan berpotensi memusnahkan kawasan pantai  walaupun terletak jauh dari pusat berlakunya gempa bumi,” demikian menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Manakala Jabatan Meteorologi Jepun sedang memantau keadaan tersebut namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.



Source link

read more