Giggs rujuk Fergie sebelum ambil alih tugas Wales


RYAN GIGGS mendedahkan dia telah merujuk kepada bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, sebelum mengambil alih jawatan ketua jurulatih Wales.

Bekas pemain sayap United itu yang menghabiskan masa selama 23 tahun di bawah bimbingan Ferguson di Old Trafford, sah dilantik sebagai pengendali baru Wales, semalam.

Pelantikan Giggs berikutan peletakan jawatan Chris Coleman pada November lalu sementara pengurus berusia 44 tahun itu sebelum ini juga dikaitkan dengan kerusi panas di Swansea.

Selepas pengganti Ferguson di United, David Moyes, gagal pada musim pertamanya, Giggs bertindak sebagai jurulatih sementara Red Devils dalam empat perlawanan akhir pada musim 2014 dan kemudiannya bertugas sebagai pembantu kepada Louis van Gaal.

Dia meninggalkan kem pasukan itu sebaik Jose Mourinho tiba dan dalam sidang media semalam, Giggs mengesahkan dia telah meminta nasihat bekas mentornya, Ferguson, di mana dia memenangi 25 kejuaraan utama.

“Ia satu tindakan kurang bijak jika tidak mengendahkannya,” kata Giggs. “Dia salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman.

“Saya bercakap dengannya tetapi saya mahu menjadi pengurus dengan cara saya sendiri.”

Pelantikan Giggs dipenuhi dengan reaksi bercampur-baur dalam kalangan penyokong, tetapi pemain yang pernah membuat 64 penampilan untuk negaranya itu tetap tidak terperanjat dengan kritikan yang diterima.

“Sebab itulah saya tidak berada di dalam laman sosial!” katanya. “Tetapi, saya sedar kritikan akan hadir dan saya akan mencurahkan segalanya.

“Keindahan dalam bola sepak adalah, semua orang mempunyai pendapat dan anda perlu menerimanya. Saya melakukannya sebagai pemain dan saya akan bekerja keras untuk menghasilkan pasukan yang menang.

“Acap kali dikatakan, karier hebat sebagai pemain tidak bermakna anda akan menjadi pengurus yang baik, tetapi saya akan melakukan apa yang saya mampu sebagaimana ketika saya bergelar pemain.

“Saya mahu menikmatinya, saya mempunyai sekumpulan pemain yang hebat untuk bekerjasama.

“Siapakah yang boleh melupakan Kejohanan Euro 2016? Sebagai seorang rakyat Wales, saya  bangga menonton aksi mereka di Perancis (ketika Wales mara ke peringkat separuh akhir), saya ingin membawa kami kembali ke sana.”



Source link

read more

AirAsia sambut baik kehadiran saya- Neelofa mula tugas di AirAsia hari ini


PENGACARA popular, Neelofa berkongsi pengalaman hari pertamanya memulakan tugas sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Memulakan harinya dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa kumpulan itu di Ibu Pejabat AirAsia, KLIA, Sepang, Neelofa juga sempat beramah mesra dengan ‘keluarga’ baharunya itu.

Ditanya mengenai perasaannya ketika pertama kali melibatkan diri dalam EGM AirAsia, Neelofa berkata ia merupakan pengalaman yang menakjubkan.

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya yakin, mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang.

“AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat ‘passionate’ dan kreatif!

“Pastinya, pengalaman ini saya akan simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain. Tirai 2018 saya dibuka dengan jayanya,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

BACA: Pelantikan Neelofa atas dasar bakatnya – Tony Fernandes

BACA: Lantikan ini untuk semua wanita di dunia – Neelofa

Sempat membuat sedikit revisi mengenai AirAsia dan dunia penerbangan, beliau ternyata mudah menyesuaian diri dalam persekitaran dan tugas barunya itu.

Neelofa juga kelihatan tenang sepanjang hampir 5 jam mesyuarat dijalankan.

Dalam pada itu Neelofa sempat berkongsi perasaan terujanya di laman sosial Twitter miliknya.

Penglibatan Neelofa dalam kumpulan tersebut selaras dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes pada 8 Disember 2017 lalu.

Tony juga menganggap pelantikan Neelofa sebagai salah satu usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenama syarikat tambang murah terbaik dunia itu. 



Source link

read more

Isu Baitulmaqdis Tugas berat Turki yakinkan negara Arab untuk rapatkan saf



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mencari kata sepakat dalam membincangkan isu Baitulmaqdis pada sidang kemuncaknya yang bakal berlangsung pada Rabu.

Ini kerana buat masa ini wujud ketidaksepakatan kalangan negara anggota khususnya dalam kalangan negara-negara Liga Arab.

Penganalisis Asia Barat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Kamaruzaman Yusoff berkata Turki selaku pengerusi OIC kali ini perlu mencari titik persefahaman yang utuh bagi menjamin sidang kemuncak luar biasa yang bakal diadakan itu mencapai kesepakatan dan seterusnya membebaskan kota suci umat Islam, Baitulmaqdis dari cengkaman Yahudi.

“Sudah pasti sidang kemuncak itu akan membincangkan isu yang dicetuskan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung Baitulmaqdis.

“Cuma masalah yang ada di depan kita sekarang ini adalah, sejauh mana Turki berjaya pertamanya mengumpulkan kesemua pemimpin-pemimpin utama negara Arab khususnya untuk bersidang di Ankara bagi membincangkan isu yang sangat penting kepada umat Islam ini?

“Terutamanya pemimpin dari Arab Saudi, Mesir, negara-negara Teluk juga pemimpin-pemimpin lain dari Afrika Utara,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pagi tadi.

“Mengapa saya mengatakan demikian adalah kerana pada masa ini kita dapati berlakunya sedikit ketidakseragaman antara pemimpin Turki dengan negara Arab terutamanya berhubung isu Qatar, Yaman dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Menurut Prof Dr Kamaruzaman kini terpulang kepada kewibawaan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan selaku Pengerusi OIC untuk memastikan sekurang-kurangnya pemimpin Islam bukan Arab dapat memberikan sokongan penuh.

“Keupayaan yang dimiliki Erdogan diharap dapat memastikan sekurang-kurangnya negara Islam bukan Arab dapat menyokong usaha terbaharu OIC itu.

“Antaranya negara seperti Iran, Malaysia, Indonesia, Nigeria, Pakistan dan sebagainya untuk memastikan umat Islam pada kali ini berada pada saf yang baik,” jelasnya.

Tambahnya jika ia mampu dicapai maka ia dilihat mampu menggugat keputusan yang telah dibuat Trump dalam isu Baitulmaqdis.

Selain kerjasama dari negara Islam, OIC juga disaran agar mewujudkan kerjasama dengan negaraEeropah bagi melengahkan seterusnya menghentikan usaha oleh pakatan Amerika-Israel tersebut.

Jelas Prof Dr Kamaruzaman perkara yang paling utama yang perlu diputuskan pada sidang kemuncak itu nanti adalah kesatuan negara Islam membatalkan apa yang telah disytihar di Baitulmaqdis dan mendesak negara terlibat khususnya Amerika Syarikat mematuhi undang-undang antarabangsa bagi mencegah pertembungan yang buruk serta tidak dapat dielakkan jika ini tidak dihentikan.



Source link

read more

Jangan salahkan saya tugas promosi drama tak ada dalam kontrak – Aqasha



BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4) yang juga teraju utama drama bersiri Misi Laksa dan Laksam, Aqasha menyifatkan tindakannya tidak mempromosikan drama tidak patut dijadikan isu besar.

Bagi Aqasha, drama lakonannya bersama Rita Rudaini itu merupakan siaran ulangan dan dia pernah mempromosikan produk sama sebelum ini ketika disiarkan di sebuah platform digital pada awal tahun ini.

“Saya pernah mempromosikan drama ini pada awal tahun ketika ia disiarkan di sebuah platform digital dan sekarang apabila ia ditayangkan di televisyen, sudah bukan tanggungjawab saya lagi.

“Memang benar Misi Laksa dan Laksam adalah projek yang melibatkan saya sebagai pelakon dan saya pasti menghebahkannya kepada peminat.

“Tidak adil untuk menyalahkan saya semata-mata kerana tugas untuk mempromosikan drama di media sosial tidak pernah dinyatakan dalam kontrak lakonan,” jelas Aqasha.

BACA: GV4: Tersingkir, Aqasha akui persembahan bawah par

BACA: GV4: “Enjoy tengok Daddy menari” – Aqasha dedah rutin berlatih depan anak

Terdahulu, penerbit drama, Fadzil Teh memuat naik status di Facebooknya menyatakan rasa kecewa terhadap sikap pelakon drama itu yang tidak membantu mempromosikan drama di laman sosial.

Malah, Fadzil memberitahu dia enggan lagi bekerjasama dengan pelakon itu yang disifatkan hanya mahukan bayaran yang mahal namun tidak mahu menyokong produk lakonan sendiri.

Fadzil bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat pelakon yang dimaksudkan sementelah tindakan Aqasha memuat naik status balas di Facebook seolah-olah menjawab isu yang dibangkitkan Fadzil.

“Bukan produser je boleh ada kontrak. Pelakon pun bole buat. Kau bayar aku lambat sehari, aku charge 5 peratus interest.

“Baru dia tahu menggelupur nak cepat. Time offer, call macam esok kiamat. Time bayar, dia yang kiamat,” tulis Aqasha.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Lagu kandas Saya tak ada niat pertikai tugas juri – Ayda Jebat


SELEPAS wujudnya dakwaan yang mengatakan penyanyi Ayda Jebat ‘sentap’ kerana lagu nyanyiannya, Mata, tidak tersenarai untuk bertanding pada Anugerah Juara Lagu ke-32, penyanyi itu tampil memberikan penjelasan.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 25, menjelaskan yang dirinya tidak berniat untuk mempertikaikan tugas juri.

“Saya tidak mempunyai sebarang niat untuk mempertikaikan kerja atau tugas juri. Malah saya menghormati keputusan mereka. Saya cuma mahu bertanya untuk kebaikan diri sendiri. 

“Saya mahu bertanya kekurangan dan kesilapan saya. Sudah tiga kali saya kandas di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, jadi saya mahu tahu apa sebabnya agar saya tidak mengulangi kesilapan saya di masa akan datang,” katanya lagi.

Tambah Ayda, penting untuk dirinya mengetahui sebab tersebut agar dia dapat memperbaiki kelemahan sendiri.

“Saya bertanya mengenai markah saya sahaja, bukannya markah peserta-peserta lain. Saya mahu melihat kesilapan sendiri untuk penambahbaikan.

“Saya mahu melakukan yang terbaik di masa akan datang dan tidak mahu mengecewakan peminat saya. Mereka ibarat nadi penggerak saya dalam industri hiburan. Sudah pasti saya mahu membuat mereka rasa bangga,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Pencuri Hati ini bakal muncul dengan filem Pinjamkan Hatiku yang bakal ditayangkan di pawagam 30 November ini.

Filem arahan Osman Ali sedang giat menjalani sesi promosi dan menggandingkan Ayda bersama dua aktor hebat, Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @aydajebat



Source link

read more

Guru bergurau rentap tudung pelajar dalam kelas digantung tugas



SEORANG guru di Tennessee, Amerika Syarikat, digantung tugas selepas dengan sengaja menanggalkan hijab salah seorang pelajarnya.

Guru berkenaan, yang identitinya tidak didedahkan, berbuat demikian dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di New Vision Academy yang terletak di Nashville, minggu lalu.

Video rakaman itu dimuat naik oleh guru tersebut ke Snapchat.

Berdasarkan rakaman, guru itu seolah-olah mahu bergurau dengan pelajar terbabit.

Turut dimuat naik adalah beberapa rangkap kapsyen, antaranya berbunyi ‘Rambut yang cantik tetapi disembunyikan’.

Pelajar terbabit dilihat cuba untuk menutup rambutnya kembali namun tidak berjaya kerana guru itu cuba bermain-main dengan rambutnya.

Ia menaikkan kemarahan ramai terutamanya kumpulan sokongan penganut agama Islam di Amerika, dan meminta guru itu dilucutkan daripada jawatannya.

Menurut laporan portal Tennessean, satu siasatan telah dimulakan oleh sekolah itu, dan guru tersebut digantung tugas tanpa gaji.

“Kami telah menjalankan siasatan kes ini. Buat masa ini tiada keputusan berkenaan tindakan selanjutnya, tetapi kami akan berjumpa dengan guru itu tidak lama lagi untuk berbincang,” kata peguam yang dilantik.



Source link

read more

Sumbat gol bukan tugas saya seorang – Hazwan – Bola Sepak


BURIRAM 10 Nov.- Penyerang negara, Ahmad Hazwan Bakri tiada pilihan selain menjaringkan gol buat skuad Harimau Malaya seandainya mahu menyalakan semula peluang untuk mendapat tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Hazwan yang dijangka menjadi sandaran utama sebagai penyerang tunggal negara dalam aksi menentang Korea Utara, hari ini di Stadium I-Mobile, Buriram, mengakui tugas menjaringkan gol tidak hanya bergantung kepadanya sebaliknya sesiapa sahaja mampu untuk melakukannya.

“Tiada istilah yang hanya bergantung kepada saya kerana bola sepak adalah sukan berpasukan jadi semua pemain perlu memainkan peranan sebaik mungkin dan bermain sebagai satu pasukan.

“Ya…kali ini kita perlu mendapatkan keputusan lebih baik dan ini peluang terbaik untuk melakar kemenangan pertama diperingkat antarabangsa selepas gagal melakukannya dalam lima perlawanan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Skuad kebangsaan kini berdepan misi hidup mati, seandainya mereka tewas pada perlawanan pertama menentang Korea Utara maka impian untuk beraksi di Piala Asia mungkin boleh dilupakan dan aksi kedua pada Isnin ini boleh diibaratkan sekadar pelengkap jadual.

Anak didik Nelo Vingada sekurang-kurangnya perlu mengutip empat mata dalam dua pertemuan ini bagi bersaing di kedudukan kedua kumpulan B.

Dalam saingan kumpulan tersebut, Malaysia kini menduduki tangga tercorot selepas hanya mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penyerang galas tugas tambahan – Bola Sepak


BURIRAM 8 Nov. – Dengan hanya membawa dua penyerang ke Thailand, Mohd. Syafiq Ahmad mengakui, dia dan Ahmad Hazwan Bakri menggalas tugas tambahan apabila skuad Harimau Malaya menentang Korea Utara dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019 pada Jumaat dan Isnin ini.

Menurut Syafiq mereka menjadi harapan untuk meledak gol bagi memastikan kemenangan skuad negara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.

“Kami sedar hanya dua penyerang berada dalam skuad kali ini dan jika salah seorang daripada kami diturunkan, ia pasti satu tugas berat.

“Kami perlukan jaringan kerana hanya dengan jaringan kami boleh menang. Jadi, saya dan Hazwan boleh dikatakan menggalas tugas tambahan berbanding pemain lain,” katanya kepada pemberita.

Diminta mengulas mengenai kekuatan dan kelemahan Korea Utara, Syafiq mengakui dia tidak mengetahui corak permainan pasukan lawan.

“Saya tidak tahu apa yang ada dengan pasukan Korea Utara, saya tidak kisah kerana apa yang lebih penting adalah memberi fokus kepada membentuk kekuatan dalam pasukan sendiri,” katanya penyerang muda Kedah itu yang kali pertama dipanggil beraksi buat skuad senior.

Selepas tamat tiga perlawanan Kumpulan B, Malaysia sekadar mengutip satu mata. Pasukan negara seri sekali dan kalah dua kali, sekali gus menduduki tangga tercorot.

Aksi Malaysia dan Korea Utara terpaksa diadakan di venue berkecuali ekoran beberapa kali tertangguh gara-gara ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Klia2 pada 13 Februari lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons