Azmin salah guna Selangorkini untuk tujuan politik – Noh Omar


TANJONG KARANG: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memantau dan mengambil tindakan tegas, seperti menghentikan pengedaran akhbar rasmi kerajaan negeri ‘Selangorkini’, di masjid-masjid Selangor yang dilihat lebih banyak melaporkan berita politik khususnya membabitkan aktiviti Pakatan Harapan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata akhbar percuma kerajaan negeri itu yang diterbitkan menggunakan duit rakyat sepatutnya melaporkan lebih banyak berita mengenai pembangunan di Selangor.

“Kalau berterusan diedarkan di masjid seolah-olah JAIS abai titah Sultan Selangor sebab ini jelas menunjukkan akhbar itu telah menjadi akhbar politik.

“Ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, saya lihat Selangorkini tidak cerita politik sangat tetapi lebih kepada program menteri besar dan kerajaan negeri. Akhbar ini perlu kembali semula kepada tujuan asal ia diterbitkan,” katanya dalam sidang media bersempena program turun padang ke Kampung Sri Tiram Jaya di sini hari ini.

Beliau mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyalahgunakan ‘Selangorkini’ untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Apa yang ‘dihidangkan’ sekarang (oleh Selangorkini) adalah mengenai program yang tiada kaitan dengan pembangunan di Selangor seperti program politik Mohamed Azmin di negeri lain, berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan calon Perdana Menteri.

“Kita tidak halang penerbitan akhbar ini kerana kita amalkan kebebasan akhbar tetapi kena ingat jangan guna duit rakyat untuk kempen politik,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tindakan Mohamed Azmin itu juga secara tidak langsung mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat untuk berpolitik.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM775,000 untuk pembangunan di kampung itu seperti membaiki rumah dan menaik taraf bumbung gelanggang futsal.

— BERNAMA



Source link

read more

Islam larang pukul muka walau untuk tujuan mendidik – Nasional


KANGAR 24 Dis. – Islam melarang umatnya memukul orang lain di bahagian muka walaupun untuk tujuan mendidik kerana agama itu amat menghormati dan memuliakan semua insan.



Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Nabi Muhammad SAW melarang orang Islam berbuat demikian hatta ketika di dalam waktu perang sekali pun.

Beliau berkata, jika musuh pun agama melarang umatnya memukul di bahagian muka, apatah lagi mereka yang hendak dididik.

“Oleh itu saya menasihati ibu bapa dan guru-guru supaya tidak memukul atau menampar muka untuk mendisiplinkan anak-anak atau murid-murid.

“Boleh untuk mendisiplinkan murid dengan merotan di bahagian tangan dan kaki tetapi bukannya di bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Asri, pada asalnya Nabi Muhammad SAW melarang umatnya memukul tetapi dikecualikan dalam hal-hal tertentu.

“Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons