TUN M TAK SUKA ZURAIDAH MEROYAN DALAM MEDIA!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Nampak sangat janji nak memberi kebebasan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum ini hanya sekadar permainan Politik Retorik puak – puak Pakatan Haprak tu sahaja.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila calon Perdana Menteri Pakatan Haprak tu memberikan amaran kepada mana – mana pihak agar tidak membuat kenyataan media sesuka hati.

Amaran itu diberikan khusus kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.

Kata Tun Mahathir, isu berkaitan dengan bantahan serta ketidak-puasa hati dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu terhadap pencalonannya hanya sekadar isu dalaman semata – mata.

“Tentu ada orang setuju tak setuju. Kita runding tengok siapa calon ganti. Ini semua perkara dalaman tak payah lah media nak tahu,” katanya.

Sekiranya dilihat dari satu sudut, kenyataan itu membuktikan bahawa Tun Mahathir cuba untuk menafikan kebebasan bersuara dikalangan pemimpin serta ahli Pakatan Haprak tu sendiri.

Sebelum ini, kepimpinan PKR Selangor terutamanya menolak cadangan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara Pakatan dan menzahirkan kekecewaan secara terbuka.

Diantara yang lantang mempertikai pencalonan tersebut ialah Ketua Wanita PKR, Si Zuraidah Mak Lampir tu dengan alasan kononnya pencalonan itu membuktikan bahawa Pakatan ketandusan pemimpin muda.

Bahkan, PKR Selangor turut memberikan alasan kononnya pencalonan Tun Mahathir itu menunjukkan bahawa perjuangan mereka selama 20 tahun sebelum ini hanya dianggap sia – sia sahaja.

Tapi malangnya, luahan rasa kecewa dan bantahan yang dibuat oleh PKR Selangor itu lansung tidak diendahkan. Sebaliknya, mereka pulak yang dianggap sebagai ‘Musuh’ apabila membuat luahan seperti itu kepada pihak media!!!




Source link

read more

TUN M SINDIR AZMIN, LAYAK TAPI TAK DIPILIH!!! ~ SEMUT HITAM


Ada kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri, tapi kenapa nama dia tidak dipilih? Itu persoalan yang terselindung disebalik kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap Azmin.

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Tun Mahathir mendakwa Si Azmin Ali tu ada kredibiliti, cuma nama dia tidak terpilih dalam proses pemilihan Majlis Presiden Pakatan Haprak tu.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, keadaan itu berbeza dengan dirinya yang dianggap tidak mempunyai kredibiliti namun masih lagi dicalonkan oleh puak Pakatan Haprak.

“Sudah tentu dia mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri tetapi dia tidak dipilih. Bukan sahaja perlu kredibiliti, tetapi mesti juga dipilih. 

“Berbeza dengan saya yang tidak mempunyai kredibiliti tetapi mereka memilih saya,” katanya.

Dari satu sudut, kenyataan itu seolah – olah memberikan gambaran bahawa Si Azmin Ali tu tidak menjadi pilihan dikalangan pemimpin Pakatan walaupun dia mempunyai kelayakan yang diperlukan.

Sebagai rekod, nama Azmin menjadi buruk apabila dia merampas jawatan Menteri Besar Selangor daripada Wan Azizah dan seterusnya menggagalkan perlaksanaan agenda Langkah Kajang.

Tindakan Azmin itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan dari kalangan pemimpin PKR yang menyokong Wan Azizah. Malah ia juga mewujudkan ketegangan didalam parti DAPigs sendiri.

Majlis Presiden Pakatan sebelum ini mahu menggandingkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Sementara mereka, manakala Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Timbalannya.

PKR Selangor, yang dipengerusikan oleh Azmin, sebelum ini membantah dan mengkritik secara terbuka terhadap pencalonan Majlis Presiden Pakatan seperti yang telah diumumkan Ahad lepas.

Malah Ketua Wanita PKR mengakui kecewa dengan keputusan tersebut sambil mendakwa Pakatan seolah – olah tidak mampu menamakan calon Perdana Menteri “selepas 20 tahun berjuang”.

Selain Si Zuraida Mak Lampir dan PKR Selangor, anak perempuan kepada mendiang Karpal Singh juga turut mempertikaikan keputusan tersebut an berkata ia akan membawa kepada kelahiran semula “Mahathirisme”. Namun ianya tidak diendahkan!!!




Source link

read more

Najib hadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Razak


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini, malam ini.

Majlis yang diadakan ketika genap 42 tahun pemergian Tun Razak pada hari ini, dihadiri isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda perdana menteri Tun Rahah Mohamed Noah.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohammad Akmal Abdul Aziz mengetuai bacaan Yasin dan tahlil, yang diadakan selepas solat Maghrib.

Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia itu meninggal dunia pada 14 Jan 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Digelar Bapa Pembangunan Malaysia, Allahyarham Tun Razak mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 22 Sept 1970.

— BERNAMA



Source link

read more

PAS DEDAH TAKTIK AZMIN CUBA SABOTAJ TUN M??? ~ SEMUT HITAM


PAS mendakwa Parlimen Gombak bukan merupakan kerusi selamat buat Azmin Ali selepas PAS memutuskan kerjasama dengan PKR. Apatah lagi sekiranya Tun Mahathir bertanding disitu.

Hakikatnya, kemenangan Azmin sebelum ini adalah ditentukan dengan bantuan serta sokongan dan juga undi dari jentera PAS yang memainkan penting dalam memastikan dia kekal.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata Menteri Besar Selangor itu sendiri tidak akan dapat mempertahankan Gombak apabila berlaku pertandingan 3 penjuru.

“Saya tak tahu apa matlamat tersirat Azmin lepas kerusi Gombak, cuma saya boleh sebut bahawa kerusi Gombak tidak selamat bagi PKR.

“Bila dia sendiri tidak selamat, saya yakin Dr Mahathir lagi tidak selamat sebab pengundi Gombak ini pengundi bandar yang melalui reformasi zaman Dr Mahathir. Mereka nampak apa yang berlaku.”

Zuhdi ditemui pemberita selepas menghadiri kuliah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melawar hari ini.

Dia diminta mengulas mengenai kesediaan Azmin untuk memberi laluan kepada Tun Mahathir bertanding di Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Malah Zuhdi juga mendakwa, dia tidak nampak Tun Mahathir sebagai calon “Boleh Menang” di Parlimen Gombak kerana bekas perdana menteri itu lebih berpotensi di Langkawi.

“Saya tidak tahu apa matlamat sebenarnya tapi langkah itu akan menggagalkan Dr Mahathir jadi perdana menteri,” katanya.

Kerusi Gombak antara kerusi yang mempunyai jumlah penyokong PAS dan Barisan Nasional yang ramai. Dua daripada 3 DUN di bawah Parlimen itu dimenangi PAS sejak 2 penggal lalu.

Azmin memenangi Parlimen Gombak sejak 2008 dengan majoriti 6,867 undi, dan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti undi merosot kepada 4,734 undi.

Dari satu sudut, kesudian Azmin menawarkan kerusi Parlimen Gombak itu boleh dianggap sebagai satu usaha untuk menggagalkan rancangan Pakatan yang telah mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka sebelum ini!!!




Source link

read more

Najib hadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak – Nasional


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini, malam ini.

Majlis, yang diadakan ketika genap 42 tahun pemergian Tun Razak pada hari ini, dihadiri isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda perdana menteri Tun Rahah Mohamed Noah.

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohammad Akmal Abdul Aziz mengetuai bacaan Yasin dan tahlil, yang diadakan selepas solat Maghrib.

Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia itu meninggal dunia pada 14 Jan 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Digelar Bapa Pembangunan Malaysia, Allahyarham Tun Razak mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 22 Septpember 1970.-BERNAMA



Source link

read more

Azmin sedia lepaskan Gombak untuk Tun M


azmintunm.jpg.transformedMO, 14/1/2018, SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kesediaannya melepaskan kawasan Parlimen Gombak untuk ditandingi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor, menyatakan demikian dalam mesej akaun Twitter miliknya @AzminAli malam tadi, iaitu ‘Saya bersedia memberi laluan kepada Tun @chedetofficial di Parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh KEADILAN. Mari membingkai muafakat demi rakyat’.

Beliau yang kemudian dihubungi, berkata kesediaannya itu berikutan keyakinan terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mampu memperoleh lebih banyak undi, terutama dalam kalangan penyokong UMNO, berbanding jumlah undi yang diterimanya pada PRU Ke-13.

Katanya, Dr Mahathir dipilih oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri selepas ini dan langkah seterusnya adalah untuk pakatan itu memastikan pengerusi pakatan berkenaan mendapat kerusi yang baik untuk bertanding.

“Walaupun saya menang dengan jumlah undi marginal sebanyak 52 peratus, tetapi ini kerusi majoriti Melayu dan kawasan kuat UMNO untuk beberapa dekad. Saya percaya Tun boleh mendapat undi yang lebih banyak dalam kalangan pengundi UMNO pada PRU-14.

“Saya menang untuk dua penggal pada 2008 dan 2013 dan satu penggal di Hulu Kelang pada 1999 yang juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya yakin Tun boleh meraih undi lebih besar,” katanya.



Source link

read more

Tun M bawa pengaruh Mahathirism dalam pembangkang


KUALA LUMPUR 11 JANUARI 2018. Penceramah, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard memberi pandangan pada Forum ‘Adakah Mahathir Solusi Untuk Rakyat Malaysia Yang Lebih Baik?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

MO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam pakatan pembangkang disifatkan dapat merosakkan gabungan terbabit.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, berkata kehadiran Dr Mahathir yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat turut sama membawa pengaruh Mahathirism dalam pakatan itu.

“Belum pun Mahathir berkuasa, beliau sudah memijak pemikiran rakyat apabila mempertahankan sistem tol memberitahu kadar tol Malaysia masih rendah.

“Malah beliau berkata, sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) beliau mahu menubuhkan Proton yang baharu.

“Kehadiran Mahathir seperti mahu pemimpin pakatan hanya mengikut petunjuk beliau saja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai ahli panel dalam forum Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), di sini.

Forum itu dianjurkan Malaysia Bebas daripada Perasuah & Diktator dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ahli panel lain adalah Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Rais Hussain; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; penganalisis politik, Nathaniel Tan; bekas editor portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan aktivis, Haris Ibrahim manakala Y Kohila bertindak sebagai moderator.

CheguBard juga berkata, rakyat tidak dapat menerima permohonan maaf oleh Dr Mahathir diatas ‘dosa’ yang dilakukan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.

Malah beliau turut menempelak pihak yang memaafkan Dr Mahathir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menerima permohonan maaf itu.

“Kami turun ke jalanan pada tahun 1998 bukan semata-mata kerana individu bernama Anwar, tapi Anwar dilihat yang mampu melawan Dr Mahathir ketika itu.

“Tapi dengan keputusan mengangkat Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang, jangan rakyat pula yang tidak memaafkan Anwar,” katanya.

Sementara itu, Nathaniel Tan berkata, pembahagian 53 kerusi oleh pakatan pembangkang kepada PPBM dilihat tidak wajar.

Beliau berkata, rakyat sendiri kurang mengenali pemimpin PPBM untuk diangkat dalam PRU-14 nanti.

“Rakyat hanya mengenali segelintir saja seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Malah pendirian mereka juga dilihat tidak jelas terhadap dasar yang diperjuangkan oleh pakatan. Jadi pembahagian kerusi ini perlu dilihat semula,” katanya.



Source link

read more

Tun M pinggir masyarakat India semasa jadi PM – Kayveas


CAMERON HIGHLANDS: Pencapaian masyarakat India di negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih baik berbanding ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata semasa di bawah pemerintahan perdana menteri keempat itu dari 1981 sehingga 2003, masyarakat India sering dipinggirkan dalam agenda pendidikan, ekonomi dan pembangunan negara.

“Masyarakat India tidak boleh terima dan (perlu) menolak sepenuhnya Dr Mahathir (sebagai calon perdana menteri) kerana apa yang beliau lakukan semasa pemerintahannya memberi kesan yang tidak baik terhadap masyarakat India.

“Beliau (Dr Mahathir) tidak pernah mempedulikan dan meminggirkan pembangunan sekolah, usahawan, kuil, NGO serta parti politik masyarakat India,” katanya kepada Bernama selepas menyerahkan buku latihan dan kalendar kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Terla di sini, hari ini.

Sebanyak 400 buku latihan dan kalendar diberikan kepada lapan buah sekolah di sekitar kawasan Cameron Highlands.

Pada Ahad lepas Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14, manakala Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Mengulas lanjut, Kayveas berkata pemimpin pakatan pembangkang dilihat hanya diperbodohkan dan dipermainkan oleh Dr Mahathir yang menyokongnya untuk menjadi calon perdana menteri.

“Jika dahulu pemimpin pembangkang kata Dr Mahathir seorang diktator dan perlu letak jawatan kerana memerintah negara terlalu lama tetapi sekarang mereka mencalonkan semula beliau sebagai perdana menteri.

“Saya sebagai ahli politik pun tidak faham dengan keikhlasan dan kejujuran pembangkang yang dilihat sering mengubah taktik dalam berpolitik dan rakyat sendiri dapat melihat permainan kotor politik pembangkang ini,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

TUN MAHATHIR PERLU BERTANDING DI PERMATANG PAUH!!! ~ SEMUT HITAM


Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan kerusi mana yang menjadi pilihan Tun Mahathir pula dipersoalkan dikalangan rakyat memandangkan nama dia dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu cukup jelas memandangkan dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Perdana Menteri perlu menang dalam Pilihan Raya Umum sebelum dia boleh menjawat jawatan tersebut.

Ramai yang memberikan pandangan bahawa Pengerusi Pakatan Haprak itu akan memilih kerusi Parlimen Langkawi sebagai sasaran untuk dia bertanding dalam PRU yang akan datang.

Namun bagi sesetengah pihak pula berpendapat, Tun Mahathir sewajarnya perlu bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang juga merupakan kubu kuat keluarga Si Ketua Penipu itu.

Kata mereka, perkara itu perlu dilakukan oleh Tun Mahathir sekiranya benar dia mahu memberikan laluan kepada Si Ketua Penipu itu untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Jika dilihat dalam perjanjian Pakatan, mereka secara konsensusnya mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara sahaja jika menang dalam PRU yang akan datang.

“Kemudian, usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara akan dilaksanakan dan jawatan Perdana Menteri itu akan diserahkan kepadanya tanpa sebarang kompromi.

“Maka, jika benar Tun Mahathir ikhlas mahu memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, dia wajar bertanding di Permatang Pauh dan melakukan tindakan yang sama seperti Wan Azizah sebelum ini,” jelas seorang sahabat.

Sebagai rekod, Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh sewaktu suaminya berada di penjara selepas didapati bersalah ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Namun, Presiden PKR itu telah mengambil tindakan melepaskan jawatannya dan mengosongkan kerusi Parlimen tersebut selepas Si Ketua Penipu itu dibebaskan dari penjara.

Maka persoalannya sekarang, adakah Tun Mahathir benar – benar ikhlas mahu memberikan laluan kepada Si Ketua Penipu itu untuk menjadi Perdana Menteri? Dan sejauh mana kejujuran bekas Perdana Menteri itu terhadap perjanjian yang telah dibuat sebelum ini!!!




Source link

read more

TUN M JADI PM, KERUSI MANA DIA BERTANDING??? ~ SEMUT HITAM


Walaupun polemik pencalonan Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak itu dilihat seolah – olah sudah diselesaikan, namun keputusan yang dibuat memberi kesan negatif.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pelbagai pihak dari kalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri tampil mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan mereka.

Rata – rata komen yang dibangkitkan memberi gambaran bahawa pencalonan tersebut tidak diterima secara menyeluruh diperingkat akar umbi gabungan parti pembangkang itu sendiri.

Malangnya, walau apa pun bantahan yang dibuat sama ada secara terbuka atau pun sebaliknya, pucuk pimpinan Pakatan Haprak tu seolah – olah tidak mengambil peduli terhadapnya.

Tambah memalukan ialah apabila kepimpinan puak Pakatan Haprak tu hanya menganggap tindakan mereka yang membuat bantahan itu sama seperti “Anjing Yang Menyalak Bukit“.

Namun, disebalik pertikaian serta bantahan yang dibuat, ada juga pihak yang membangkitkan persoalan, dimana Tun Mahathir akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum nanti?

Perkara itu kini menjadi satu isu yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Kata mereka, sekiranya Tun Mahathir nak menjadi Perdana Menteri, maka dia perlu bertanding dikerusi Parlimen.

Soalnya, Parlimen mana yang akan menjadi pilihan Tun Mahathir? Adakah dia akan bertanding di Putrajaya? Atau, adakah dia akan kembali bertanding di kerusi Parlimennya sebelum ini?

Bagi pendapat sesetengah pihak, tidak mustahil sekiranya Tun Mahathir akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan, tempat yang disandang oleh YAB Perdana Menteri pada ketika ini.

Persoalan itu kini mula menghantui pemikiran puak Pakatan Haprak memandangkan mereka perlu meletakkan Tun Mahathir dikawasan yang dijamin menang bagi merealisasikan harapan untuk menjadikan dia sebagai Perdana  Menteri kelak!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons