Pesakit tunggu 5 jam dapatkan rawatan sebab jururawat sibuk online



PESAKIT di Jabatan Kecemasan Hospital Princess ALexandria terpaksa menunggu kira-kira lima jam bagi mendapatkan rawatan gara-gara jururawat bertugas ‘sibuk’ melayati laman web percutian.

Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah hospital terkemuka di Harlow, Essex.

Aksi jururawat itu sempat dirakam pesakit yang berang kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Video terbabit dimuat naik ke laman Facebook dengan kapsyen ‘dikenal pasti di Harlow’.

“Berada di jabatan kecemasan selama lima jam dan jururawat pula sibuk menempah tempat percutian,” dakwanya dipetik portal The Sun.co.uk.

Bagaimanapun di ruangan komen terdapat netizen yang cuba membela jururawat terbabit dengan menyatakan waktu kerja panjang memaksa jururawat terbabit berbuat demikian.

“Dengan waktu bekerja yang lama mungkin itu sahaja masa yang mereka ada untuk berbuat demikian.

“Mereka telah bekerja keras dan mereka layak untuk berehat,” komen netizen lain.

Hospital terbabit kini direkodkan sebagai pemberi perkhidmatan terburuk bagi pesakit di England.

Dalam kenyataan balas, Hospital Princess Alexandria memaklumkan perkara itu telah diberi perhatian dan tindakan susulan akan diambil.



Source link

read more

Siasatan pembelian tanah di Tongod selesai SPRM tunggu tindakan selanjutnya


KAJANG: Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Tongod, Sabah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah serahkan (kertas siasatan) pada minggu lepas untuk keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) bersama komuniti pemandu teksi dan kereta sewa, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Zulkifli Ahmad.

Pada 5 Jan lepas, Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony, 46, ditahan SPRM ketika hadir di pejabat agensi itu untuk memberi keterangan berhubung isu pembelian tanah berkenaan.

Peter bagaimanapun dibebaskan pada 12 Jan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dengan ikat jamin RM55,000 selepas  tempoh tahanan remannya tamat.

Sementara itu, mengenai siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membuat tangkapan terhadap beberapa lagi individu untuk membantu siasatan.

Katanya, setakat ini sekurang-kurangnya 20 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketika ditanya sama ada SPRM akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, beliau berkata tidak ada keperluan berbuat demikian buat masa ini.

“Kita masih siasat, masih terlalu awal saya nak kongsi dapatan kita dalam siasatan ini, kita akan lakukan secara terperinci,” katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

— BERNAMA



Source link

read more

Tunggu… perang dadah akan kembali – Ketua Polis Filipina



MANILA: Di sebalik kecaman antarabangsa, polis anti narkotik Filipina bersedia melancarkan kembali operasi perang dadah secara besar-besaran di negara itu.

Ketua Polis Filipina Ronald Dela Rosa dalam pengesahannya memaklumkan operasi yang dikenali sebagai Oplan Tokhang ini akan bermula dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut Dela Rosa, pihaknya seboleh mungkin mahu mengelak pertumpahan darah, namun jika berdepan tentangan atau provokasi tindakan sewajarnya perlu diambil demi mempertahankan diri.

Tokhang sepatutnya tidak melibatkan petumpahan darah kerana semangat Tokhang itu sendiri jika dilaksanakan dengan betul adalah ‘ketuk dan mengaku’,” jelas Dela Rosa pada sidang medianya di Manila pada Jumaat.

Dela Rosa bagaimanapun tidak menjelaskan sebab mengapa operasi berkenaan disambung kembali.

Kempen yang diilhamkan sendiri Presiden Filipina Rodrigo Duterte beberapa bulan selepas mengambil alih kuasa itu bertujuan untuk membebaskan negaa itu dari belenggu dadah.

Bagaimanapun momentumnya hilang selepas Duterte sendiri mengarahkan pihak polis menggantung seketika kempen itu pada 11 Oktober tahun lalu selepas menerima tekanan dari dalam dan luar negara.

Bermula tarikh sama peranan menangani kes dadah diserahkan kepada Agensi Peguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) sementara pihak polis hanya berperanan sebagai unit bantuan.

Sepanjang operasi yang bermula sejak Jun 2016, hampir 4,000 orang maut di tangan pihak berkuasa.

Ia lantas mendapat kritikan aktivis kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa polis melakukan pembunuhan di luar batas undang-undang.

Aktivis pada masa sama mendakwa dalam kebanyakan kes, suspek tidak diberi peluang untuk menyerah diri sebaliknya terus ditembak mati

Dela Rosa lantang menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya menegaskan suspek ditembak kerana mereka bertindak ganas ketika cuba ditahan.

Bagi menyokong hujahya Dela Rosa merujuk kepada lebih 117,000 lagi suspek yang ditahan pihak berkuasa sepanjang operasi berkenaan yang berada dalam keadaan selamat.

“Satu jawatan kuasa pemerhati akan dibentuk, dan jika ada peruntukan setiap anggota polis yang terlibat dalam serbuan akan dilengkapkan dengan kamera badan.

“Bagi operasi kali ini kami akan pastikan ia dijalankan dengan sewajarnya dan sesiapa yang cuba melawan akan menerima padah,” tambahnya lagi.



Source link

read more

Isu Felda: Tunggu, jangan spekulasi – Hishammuddin


KLUANG – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta supaya isu Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di Kuala Lumpur tidak dispekulasikan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata mereka sepatutnya menunggu sehingga perkara itu selesai disiasat pihak berkuasa.

“Biarlah siasatan berjalan macam biasa.

“Kita tidak mahu ada pihak dihukum awal sama ada menerusi media atau media sosial,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas pelajar Ladang Landak, Paloh di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Anggota Parlimen Sembrong berkata beliau melihat masyarakat Felda memahami agenda pembangunan yang dilakukan kerajaan untuk terus memastikan nasib mereka terbela.

Menurutnya di Johor, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga amat komited membantu masyarakat Felda termasuk enam kawasan Felda di bawah Parlimen Sembrong.

Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya. – BERNAMA



Source link

read more

Peminat Game of Thrones perlu tunggu musim terakhir pada 2019



LOS ANGELES: Peminat Game of Thrones perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk rancangan musim terakhir siri fantasi popular tersebut.

Itu membuatkan para peminat perlu menunggu tempoh lebih setahun sejak berakhirnya musim ketujuh, lapor Reuters.

Saluran kabel HBO pada Khamis berkata Game of Thrones akan kembali pada tahun 2019 untuk siaran musim terakhir yang mengandungi enam episod. Ia bagaimanapun tidak menyebut tentang bulan ia akan ditayangkan.

Siri yang mengangkat tema dunia fantasi zaman pertengahan itu merupakan rancangan HBO paling berjaya dengan kira-kira 30 juta penonton di Amerika Syarikat (AS) sahaja, dan jutaan lagi di seluruh dunia.

Dalam musim terakhir program yang mendapat anugerah Emmy itu, penonton bakal mengetahui kelompok kerabat pahlawan yang mana dalam ‘Seven Kingdoms of Westeros’ bakal memenangi perjuangan untuk berada di tampuk kuasa ‘Iron Throne’.

Produksi musim terakhir akan bermula pada Oktober lalu, dan penggambaran dijangka berlangsung sehingga pertengahan 2018.

Ketua Program HBO Casey Bloys, memberitahu terdapat beberapa adegan akhir akan dibuat untuk mengelakkan kemungkinan kebocoran dan penggodaman jalan cerita.

Pereka siri itu, David Benioff dan D.B. Weiss memberitahu Entertainment Weekly pada 2016 bahawa mereka mahu menghasilkan finale yang sangat hebat. HBO juga mengesahkan bahawa mereka berdua turut bertindak selaku pengarah bagi musim terakhir tersebut.

Jarak masa yang panjang menjelang musim terakhir memberi peluang kepada penulis George R.R. Martin untuk menghabiskan satu atau dua novel baharu Game of Thrones, yang dikhabarkan sudah mula ditulis sejak Julai lalu.

Siri televisyen tersebut sudahpun melepasi susur masa daripada lima siri novel Martin, A Song of Ice and Fire.



Source link

read more

Isteri sedang tunggu ujian darah bimbang terkena virus MERS-CoV – Ajak Shiro


PELAWAK dan penyampai radio Ajak Shiro mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya, Afifah Amin.

Ajak, 32, ketika dihubungi Astro Gempak berkata, tiada apa-apa yang serius dan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri saya, jangan risau tiada apa-apa yang serius dan dia sihat-sihat sahaja.

“Sebenarnya isteri saya demam selepas pulang daripada mengerjakan umrah dan terpaksa di kuarantin kerana bimbang virusnya merebak.

“Buat masa ini, dia masih dipantau oleh doktor dan belum boleh dibenarkan keluar daripada wad,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Katanya lagi, dia dan isteri sedang menanti keputusan darah untuk memastikan sama ada ada terkena jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) atau tidak.

“Insha-Allah, esok keputusan darah keluar harap-harap tiada apa-apa yang serius,” ujarnya.

Sementara itu, Afifah ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu, dia berada dalam keadaan baik cuma mengalami sesak nafas.

“Semalam Ajak bawa saya ke hospital selepas saya mengadu sesak nafas dan demam tidak kebah sejak pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

“Selepas pemeriksaan dilakukan doktor tidak benarkan saya pulang kerana bimbang demam melarat,” katanya.

Ajak kira-kira pukul 11 pagi tadi memuat naik video isterinya di hospital menerusi ruangan IG Story sebelum berkongsi satu lagi foto di Instagram (IG).



Source link

read more

Wee Wern perlu tunggu ‘lampu hijau’ ISN – Sukan


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern, yang dikhabarkan sudah pulih daripada kecederaan ligamen lutut (ACL), akan hanya beraksi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April ini, jika mendapat ‘lampu hijau’ daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How, berkata keutamaan untuk bekas pemain nombor dua negara itu adalah untuk mempertahankan pingat emas acara berpasukan wanita dan perak (individu) pada Sukan Asia di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

“Dia masih dalam proses pemulihan. Kami tidak mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk dia di Sukan Komanwel…sasaran kami untuknya adalah Sukan Asia.

“SRAM akan hanya menyenaraikannya untuk Sukan Komanwel jika mendapat kebenaran ISN. Kami mahu dia pulih sepenuhnya sebelum beraksi pada kejohanan-kejohanan besar.

“Kami tidak mahu mengambil risiko dengan menyenaraikannya pada Sukan Komanwel nanti kerana jika dia mengalami kecederaan ACL, ia akan membunuh kariernya,” katanya kepada media selepas majlis jamuan tengah hari penghargaan media oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang mengalami kecederaan ACL buat pertama kali pada April 2015, djangka kembali semula beraksi buat kali kedua bulan depan, selepas lebih setahun berehat.

Huang, yang bakal menggalas tanggungjawab selaku Chef de Mission (CDM) ke Sukan Komanwel, yakin Malaysia berada di landasan yang betul untuk memperbaiki pencapaian enam emas, tujuh perak dan enam gangsa selepas gagal mencapai sasaran tujuh emas pada edisi 2014 di Glasgow, Scotland.

“Semasa temasya Sukan Komanwel nanti, kita dapat melihat bagaimana atlet Program Podium bersaing dengan antara atlet terbaik dunia,” katanya.

Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata pihaknya tidak akan meletakkan sasaran pingat kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018 bagi mengelak tekanan kepada atlet.

Menurutnya, senarai muktamad kontinjen negara ke Sukan Komanwel akan diputuskan semasa mesyuarat pemilihan terakhir minggu depan.- BERNAMA





Source link

read more

Kelantan tunggu lampu hijau Simic – Bola Sepak


KOTA BHARU 17 Dis. – Kelantan kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ Marko Simic untuk membawa masuk bekas penyerang berbisa Melaka United itu bagi memperkuatkan jentera penggempur The Red Warriors (TRW) menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Penyerang tinggi lampai dari Croatia itu dijangka tiba di Kota Bharu esok bagi membincangkan terma kontrak bersama TRW, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman.

“KAFA memang berminat mendapatkan khidmat Simic untuk musim hadapan dan ketika ini kita sedang menunggu maklum balas daripadanya.

“Sekiranya Simic setuju, kita akan ikat pemain ini secepat mungkin,” katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Kewibawaan Simic, 29, tidak perlu dipertikai apabila membantu skuad Hang Tuah kekal dalam kempen Liga Super musim depan walaupun dibawa masuk pada pintu perpindahan kedua pemain bagi saingan Liga M.

Biarpun hanya separuh musim bersama skuad kendalian Eduardo Almeida, namun ternyata sentuhan penyudah bekas tonggak Negeri Sembilan itu cukup tajam apabila meledak sembilan gol dalam lapan perlawanan termasuk pada kempen Piala Malaysia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Susu tiruan Tiada laporan selain Johor KPDNKK masih tunggu laporan kimia



PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menerima sebarang laporan susu tiruan di kawasan lain selain dari Johor Bahru.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tiada tindakan lanjut dibuat pihaknya lantaran tiada laporan diterima.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya masih menunggu laporan ujian kimia sampel rampasan yang dibuat pada Khamis lalu di Johor Bahru.

“Kita pun tidak ada terima sebarang laporan daripada pengguna yang anak mereka terkesan dengan susu tiruan.

“Malah, laporan ujian laporan kimia juga belum diterima pihak kami. Mungkin anda boleh hubungi Jabatan Kimia bila nak serahkan laporan,” katanya pada sidang media Pengumuman Kawalan Harga Barang sempena Krisma di sini hari ini.

Justeru, Hamzah menggesa pembeli yang was-was dengan kualiti susu yang dibeli atau memberi kesan kepada kesihatan anak mereka untuk membuat aduan kepada KPDNKK. 

Sementara itu, Hamzah menegaskan pihaknya kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesiahatan dalam melakukan penguatkuasaan.



Source link

read more

Tragedi Lenggong Tunggu Mama di syurga…


TAIPING: “Tunggu Mama di syurga.”

Zarina Yong, 46, ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan ngeri di Lenggong, Perak semalam, redha dengan pemergian anak-anak kesayangannya.

Naluri ibunya kuat memberitahu bahawa ketiga-tiga anaknya telah pergi meninggalkannya ketika dia tidak sedarkan diri di hospital akibat cedera dalam insiden berkenaan.

Zarina berkata, dia dikunjungi bayangan mereka dalam mimpi.

“Mereka datang, tersenyum dan melambai kepada saya, sebelum pergi dari mimpi saya. Waktu itu, saya tahu mereka telah tiada.

“Saya redha, saya cukup redha. Saya tahu kesemua anak saya akan menjadi ahli syurga, dan saya sempat berpesan kepada mereka untuk tunggu saya di syurga, bila tiba masa saya nanti,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Hospital Taiping.

BACA: “Lori ‘sapu’ semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan” – Saksi

Kembar Muhd Hanif (depan, kanan) dan Nur Ain Hanifah (depan, kiri) bersama kakak mereka Nur Ain Hafizah merupakan tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lenggong pagi Ahad. - Gambar ihsan
Begitu kuat firasat seorang ibu, Zarina mengakui ada di antara keluarganya yang cuba menjaga hati daripada memberitahu mengenai pemergian anak-anaknya yang hilang sekelip mata dalam insiden itu.

“Tak perlu berselindung, saya tahu, saya redha dan saya akan jumpa mereka semua di syurga kelak,” katanya lagi.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan jenazah tiga beradik selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kuin, Kuantan, Pahang pada pagi Isnin.

Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin Dua, Kuantan. - Astro AWANI
Sementara itu, satu-satunya anak Zarina yang terselamat dalam kejadian berkenaan, Nur Ain Harizah Ismail, 13, berkata beliau masih teringat permintaan kedua adik kembarnya untuk meminta durian ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

Ketika ditemui di perkarangan hospital, Harizah atau Ain kelihatan cukup lemah dan sugul selain hanya mampu termenung mengingatkan pemergian ahli keluarganya sambil ditenangkan saudara-mara yang lain.

“Adik-adik nak makan durian, itu yang ayah tak jadi balik ke Dungun, ayah patah balik untuk pergi makan durian di Perak,” katanya sambil menahan air mata.

Ain yang duduk di bahagian belakang pemandu – ayahnya Ismail Yaacub – berkata, ketika kejadian dia dikejutkan oleh para pengguna jalan raya yang lain sebelum ternampak orang ramai mengangkat jenazah adik dan kakaknya di penghadang jalan.

“Saya tak sedar apa-apa, sebaik sahaja saya buka mata saya nampak dah berdarah, kena angkat dan letak di tepi jalan, saya nak bantu, tetapi saya tak dapat berdiri,” kata Ain yang mengalami kecederaan ringan di pipi, dahi serta kaki terseliuh.

“Ain dah hilang kawan nak bergaduh, selepas ini Ain dah tak boleh marah adik-adik,” ujarnya sebak.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 11 pagi Ahad, mangsa yang maut adalah dua beradik kembar berlainan jantina berusia lapan tahun iaitu Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22.

Insiden berlaku apabila sebuah lori muatan ikan merempuh empat buah kenderaan berhampiran lampu isyarat MRSM Lenggong.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons