Najib ucap tahniah pengisytiharan dividen KWSP


kwspnajib.JPG.transformedMO, 11/2/2018, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas pengisytiharan kadar dividen kadar tertinggi pernah diumumkan sejak tahun 1997.

Perdana Menteri berkata, agihan dividen dan pendapatan pelaburan kasar tahun ini lebih tinggi daripada tahun lalu.

“Alhamdulillah hasil pengurusan dan pelaburan baik, hari ini KWSP isytihar kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah.

“Agihan dividen dan pendapatan pelaburan kasar tahun ini lebih tinggi daripada tahun lalu. Syabas pasukan KWSP!

“Insya-Allah, semoga dengan ini dapat sedikit sebanyak menambah simpanan pencarum serta menjadi bekalan di masa hadapan,” katanya dalam entri menerusi laman Facebooknya,  semalam.

Petang semalam, KWSP mengisytiharkan 6.9 peratus kadar dividen untuk Simpanan Konvensional 2017, membabitkan jumlah agihan sebanyak RM44.15 bilion.

Pemilik akaun Simpanan Syariah yang mula diperkenalkan pada 8 Ogos 2016 pula menerima dividen berkadar 6.4 peratus dengan agihan berjumlah RM3.98 bilion.

Pengkreditan Dividen 2017 akan dilaksanakan hari ini dan ahli boleh mendapat maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov.myatau aplikasi mudah alih i-Akaun.



Source link

read more

Lee Hsien Loong ucap jutaaan terima kasih pada pasukan SAR negara!


SINGAPURA  – “Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!,” kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sebagai tanda penghargaan terhadap usaha pihak berkuasa dan sukarelawan Malaysia mencari dan menyelamatkan dua warga Singapura yang hilang di Gunung Pulai, Johor.

“Pihak berkuasa Malaysia telah mengerahkan tenaga kerja dan sumber yang agak banyak bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam catatan di Facebook beliau.

Dua pendaki itu, Dominick Tan dan Clarice Lum Jie, dilaporkan hilang di Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sejak Isnin dan ditemukan selamat di Empangan Ulu Choh di Pontian pada Rabu.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Mohd Khairi Zainudin, pasukan mereka serta pasukan Singapura di lapangan, bagi usaha mereka dalam operasi itu.”

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada sukarelawan daripada kedua-dua pihak yang menyertai usaha menyelamat walaupun tidak mengenali kedua-dua pendaki secara peribadi. Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!,” tulisnya yang sebahagiannya dalam bahasa Melayu.

Lee berkata beliau ‘berasa lega’ kedua-dua pendaki itu telah dijumpai.

“Kedua-duanya akhirnya berjaya dikesan oleh helikopter penyelamat pada pagi ini (Rabu), diambil oleh bot penyelamat dan kini mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air,” tulis Lee.

Dominick dan Clarice, kedua-duanya berumur 27 tahun, dijumpai pasukan SAR pada 11.24 pagi, kira-kira 50 kilometer dari lokasi terakhir mereka dikesan selepas menerima panggilan kecemasan di talian 999 pada Isnin.

Pendaki berkenaan dilaporkan masuk ke kawasan Gunung Pulai pada 12.15 tengah hari Isnin dan membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa pada 5.55 petang hari yang sama.

Kali terakhir mereka dapat dihubungi pada kira-kira 10 malam.

Kedua-dua mereka dikesan di sebuah tasik berhampiran empangan itu menerusi alat pengesan dari udara helikopter pasukan Polis Diraja Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more

Najib Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Atlet Olimpik Musim Sejuk


UntitledMO, 6/2/2018 – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet luncur ais negara Julian Yee Zhi-Jie dan atlet luncur salji Jeffrey Webb yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, Korea Selatan dari 9 hingga 25 Feb.

“Selamat maju jaya buat Julian Yee dan Jeffrey Web yang akan bersaing dalam #WinterOlympics 2018. Saya yakin anda berdua akan harumkan nama negara!” kata perdana menteri menerusi catatan Twitter beliau.

Julian, 20, menempah slot ke temasya sukan berprestij itu selepas meraih tempat keenam di Kejohanan Trofi CS Nebelhorn di Jerman pada September tahun lepas.

Sementara itu, Jeffrey, 19, yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, akan beraksi dalam acara ‘alpine skiing’ pada temasya sukan berkenaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih



LIMA: Beratus-ratus orang berkumpul di jalanan di Lima pada Jumaat bagi menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.

Perarakan berkenaan turut bertujuan bagi menyatakan rasa terima kasih kepada Presiden Pedro Pablo Kuczynski atas pengampunan Fujimori pada malam Krismas.

Dalam keputusan yang bermakna itu, Fujimori hanya perlu menjalani tempoh separuh daripada hukuman yang dikenakan iaitu 25 tahun atas kesalahan melanggar hak asasi manusia.

Keputusan itu telah mencetuskan bantahan besar di seluruh negara dan mendorong pegawai kanan meletak jawatan di tengah-tengah krisis politik.

Secara rasmi, pengampunan diberikan atas dasar kemanusiaan yang ekoran kesihatan Fujimori.



Source link

read more

Allah kurniakan puteri setelah 10 kali keguguran – Syukur ucap Fazley Yaakob



PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi video di sekitar majlis aqiqah anak perempuannya, Alayna Selma di laman Facebook.

Menerusi entri tersebut, Fazley meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana dikurniakan puteri sulung selepas isterinya mengalami keguguran hampir 10 kali.

“Salam semua. Selepas penantian bertahun-tahun, akhirnya Allah SWT kurniakan saya dan isteri tercinta Azrene Ahmad seorang puteri, setelah hampir 10 kali keguguran.

“Sebelum mendapat anak pertama, Payish, juga kami pernah keguguran dan kini kami ada tiga anak lelaki, Payish Piyash Piyush.

“Kesabaran dan kekuatan kasih sayang adalah tunggak di dalam setiap rumahtangga. Moga video sekitar majlis aqiqah ini menjadi tanda kecintaan kami berdua untuk Alayna Selma atau Baby Ellie.

“Kepada anakanda kesayangan Dida; semoga video ini diulang-ulang nanti bila membesar sebagai peringatan detik-detik pertama kami semua jatuh cinta kepada Ellie,” tulisnya.

Selain kehadiran keluarga dan teman rapat, majlis aqiqah puteri sulung Fazley yang diadakan pada penghujung tahun lalu turut diserikan dengan kehadiran Tunku Ampuan Negeri Sembilan, YMM Tuanku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Dilahirkan pada Oktober tahun lalu, Ellie merupakan anak keempat Fazley bersama isterinya, Datin Azrene Ahmad.

Berkahwin pada tahun 2007, Fazley dan Azrene turur mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7.

Selain laman Facebook, Fazley turut memuat naik video sekitar majlis aqiqah itu di laman Instagram dan YouTube miliknya, Fazley Yaakob.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fazley

 



Source link

read more

Lupa ucap terima kasih Harry Kane disergah tunang


SIAPA mampu menyangkal kehebatan pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane?

Lapan hatrik dan dinobatkan penerima Kasut Emas Liga Perdana Inggeris tahun 2017, sememangnya Kane melalui satu tahun yang cukup manis.

Justeru, tidak hairanlah kedatangan tahun baru 2018 disambut penuh teruja oleh Kane, dengan satu posting di akaun Instagram.

Dalam posting itu, Kane memuat naik gambarnya bersama lapan bola hatriknya, di samping kasut emas yang dimenangi.

“2017 tahun yang hebat untuk saya. Selamat datang 2018!” tulis Kane, sambil meletakkan tanda pagar #Hattrickballs, #Goldenboot dan #HappyNewYear.

Ketika posting itu menerima komen positif daripada peminatnya, agak melucukan apabila tunang Kane, Kate Goodland, meletakkan komen berikut.

Goodland meninggalkan satu 'pertanyaan' kepada Kane di akaun Instagramnya.

“Anak pertama? Pertunangan?” tanya Goodland dalam satu komen yang telah pun dibuang.

Pertanyaan itu, mungkin juga bernada gurauan, merujuk kepada kelahiran anak pertama mereka, Ivy Jane, pada Januari tahun lalu, dan pertunangan mereka pada bulan Julai.

Namun penyerang berusia 23 tahun itu masih mampu mengawal keadaan apabila memberikan jawapan kepada soalan itu dalam nada yang tenang.

“Tentulah semua itu juga bermakna,” tulisnya.



Source link

read more

Dua pemuda Orang Asli ucap selamat tinggal pada TPW – Bola Sepak


KOTA BHARU 18 Dis. – Dua pemuda Orang Asli dari Gua Musang, Muhammad Nasri Mamat dan Zaidi Rashid terpaksa melupakan hasrat untuk menyarung jersi The Presiden Warriors (TPW) 2018 selepas gagal melepasi saringan pada sesi pemilihan terbuka di padang Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pengkalan Chepa, semalam.

Pengendali TPW, Zahasmi Ismail berkata, Muhammad Nasri atau dikenali panggilan Limak Jimar terpaksa diketepikan akibat faktor usia, manakala Zaidi kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan panel kejurulatihan.

Menurutnya, Limak Jimar merupakan seorang pemain yang bagus namun usianya yang akan mencecah 23 tahun pada 2018 tidak membolehkan dia untuk beraksi dengan TPW.

“Had kelayakan bermain untuk skuad Piala Presiden adalah bawah 21 tahun. Walaupun dia ada kemahiran individu menimbang bola namun ia berbeza jika dia bermain dalam perlawanan sebenar.

“Atas faktor umur, kita juga terpaksa gugurkan dia,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Mengulas mengenai Zaidi yang baharu berusia 19 tahun, Zahasmi memberitahu pemain berkenaan belum mencapai kriteria yang diperlukannya bagi memperkuatkan TPW.

Katanya, Zaidi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan peringkat tinggi jika ingin bersama TPW.

Zahasmi berkata, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan Kafa untuk memutuskan kedudukan Zaidi sama ada diperlukan menyertai skuad tersebut.

Utusan Online semalam melaporkan dua pemuda Orang Asli itu melakar sejarah tersendiri apabila diberikan peluang oleh Kafa untuk menjalani sesi pemilihan skuad Piala Presiden Kelantan bagi saingan musim 2018. -UTUSAN ONLINE. 



Source link

read more

PM Najib ucap takziah kepada Ketua Polis Negara



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kematian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada Jumaat.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada jam 7.02 malam akibat sakit kanser.

Najib, yang ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain, turut mendoakan agar roh Azizah, yang menghidap kanser sejak tahun 2002, dicucuri rahmat.

“Takziah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri @Fuzi_Harun dan keluarga atas pemergian isteri tercinta, Puan Sri Azizah Hamdi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitter.

Jenazah Azizah disembahyangkan di Surau Khalid Al-Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam kira-kira 10 malam selepas tiba dari PPUM kira-kira 8.30 malam tadi untuk dimandi dan dikapankan di surau berkenaan.

Jenazah Allahyarhamah kemudian dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, untuk dikebumikan kira-kira 9 pagi esok.

Allahyarham, yang mengambil alih jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia pada 4 Sept lalu, meninggalkan tiga orang anak. — Bernama



Source link

read more

Najib ucap takziah kepada Ketua Polis Negara – Nasional


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kematian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, semalam.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada jam 7.02 malam akibat sakit kanser.

Najib, yang ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain, turut mendoakan agar roh Azizah, yang menghidap kanser sejak tahun 2002, dicucuri rahmat.

“Takziah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri @Fuzi_Harun dan keluarga atas pemergian isteri tercinta, Puan Sri Azizah Hamdi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitter semalam.

Jenazah Azizah disembahyangkan di Surau Khalid Al-Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam kira-kira 10 malam tadi selepas tiba dari PPUM kira-kira 8.30 malam untuk dimandi dan dikapankan di surau berkenaan.

Jenazah Allahyarhamah kemudian dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, untuk dikebumikan kira-kira 9 pagi hari ini.

Allahyarham, yang mengambil alih jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia pada 4 Sept lalu, meninggalkan tiga orang anak.- BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons