Instagram uji perkongsian Instagram Stories ke WhatsApp



Instagram sebelum ini telah menawarkan kemudahan untuk pengguna berkongsi Intagram Stories terus kepada Facebook Stories.

Ini sekaligus memudahkan pengguna menerbitkan perkongsian 24 jam mereka dengan lebih mudah dibawah platform yang dimiliki Facebook.

Kini, selain terus ke Facebook, Instagram juga dilihat sedang menguji kaedah sama tetapi berkongsi terus ke WhatsApp.



Source link

read more

Uji bakat MPM2018 Sabtu ini bakal cipta sejarah – Nasional


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Telah menobatkan empat juara dalam edisi terdahulu, pertandingan pencarian bakat popular, Mister Planet Nation Malaysia 2018 (MPM2018) akan meneruskan misi untuk mencari pemenang seterusnya pada Sabtu ini.


Bakal berlangsung di pusat beli-belah Evolve Concept Mall, Klana Jaya, satu sesi uji bakat akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dengan mengenakan wang pendaftaran sebanyak RM15 setiap seorang.

Pengarahnya, Fahrul Arazi memberitahu, pertandingan bertaraf antarabangsa itu bukan saja mencungkil bakat peserta dalam bidang peragaan, malah dalam pelbagai lapangan seni lain termasuk lakonan dan nyanyian.

“Ia sebuah program realiti tetapi tidak disiarkan di mana-mana platform media kecuali YouTube dan laman sosial. Seramai 16 peserta bertuah akan dipilih setiap tahun untuk menyertai kursus jangka pendek yang disusun oleh pihak penganjur.

“Paling penting, kursus ini adalah percuma. Ini merupakan musim kelima penganjuran dan beberapa finalis musim lalu telah pun bergelar pelakon, peragawan dan jurucakap produk.

“Program ini akan berjalan selama empat bulan dan dalam acara kemuncak pada April nanti, seorang juara akan diumumkan. Pemenang akan mewakili negara ke peringkat dunia bagi menggalas tanggungjawab sebagai duta kecil Malaysia,” katanya kepada Utusan Online.

Tambah Fahrul, sepanjang program tersebut, 16 finalis berkenaan akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkaitan dunia seni seperti kelas lakonan dan peragaan, pengucapan awam, ketrampilan diri, kemahiran komunikasi, perhubungan media dan sebagainya.

“Menerusi aktiviti yang telah diatur, kelas-kelas tersebut bakal dikendalikan oleh warga industri berpengalaman. Insan-insan seperti pengarah atau penerbit, guru catwalk, pelakon, petugas media, pegawai perhubungan awam dan selebriti berkaitan diundang untuk berkongsi ilmu serta pengalaman mereka.

Antara bekas peserta yang telah mewarnai industri ialah Nazmi Nordin, Nazirul Mubin, Ameerul Asyraf, Fee Haiqal, Faiz Nor, Asyraf Dasley, Hafiz Nolan, Fauzi Mohamad, Afiq Afandi, Ikhwan Ibrahim, Khaza Rasing dan Ijuy Rosdi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pyongyang umum kejayaan uji peluru berpandu balistik Hwasong-15



PYONGYANG: Korea Utara mengumumkan kejayaannya menguji peluru berpandu balistik antara benua yang baharu pada Rabu.

Pyongyang mendakwa keupayaan senjata terbaharunya itu mampu menyerang seluruh Amerika Syarikat.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung di televisyen, Pyongyang mendakwa berjaya melancarkan peluru berpandu balistik (ICBM) Hwasong-15, yang menggunakan tenaga nuklear tertinggi.

BACA: Korea Utara sekali lagi lancar peluru berpandu balistik

Dengan pelancaran tersebut, Korea Utara turut mendakwa berjaya mencapai matlamatnya untuk mengancam mana-mana negara yang cuba menggugat keamanannya terutamanya Amerika Syarikat.

Pelancaran itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi dan waktu sebenar pelancarannya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons