UMNO yakin BN mampu pertahan semua kerusi di Parlimen Semporna


SEMPORNA: UMNO Semporna yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahan kesemua kerusi di Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) biarpun dijangka berdepan saingan daripada bekas pemimpin parti yang berpaling tadah.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata perkara itu berdasarkan keyakinan penduduk yang melihat usaha tulus ditunjukkan kerajaan negeri dan pusat dalam memberi keselesaan hidup kepada masyarakat daerah tersebut.

“Sambutan masyarakat terhadap UMNO, Alhamdulillah dan mereka jelas menerima kerajaan sedia ada.

“Kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik di dunia dan menyediakan pelbagai program bantuan yang mencakupi semua peringkat lapisan masyarakat termasuk program warga emas, orang kelainan upaya, bantuan pendidikan serta elaun nelayan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Nasir berkata penduduk sedar bahawa janji BN membantu rakyat telah terbukti lebih 60 tahun kerajaan sedia ada memerintah jika dibandingkan janji pembangkang yang omong kosong.

“Apabila UMNO bertapak di Sabah, parti ini sedaya upaya membawa kemajuan kepada setiap daerah dan tiket pembangkang kuat hanya pada cerita yang diuar-uarkan mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun UMNO kini sudah pulih seperti sedia kala, setiap anggota perlu berpegang kepada prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri sendiri serta terus bersatu memperkemaskan jentera.

“Ikhlas dan bersatu adalah senjata ampuh melawan pihak pembangkang. Kalau dulu lawan kita muka baharu muncul atau parti yang kita tahu kekuatannya bagaimana, tetapi kali ini lawan kita adalah bekas orang dalam kita,” katanya.

Sementara itu, Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang mahu 32 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Semporna bersedia berhadapan PRU14 dan mengemas kini data pengundi.

Selain itu, beliau turut mengingatkan semua anggota menolak segala propaganda serta dakyah negatif yang boleh melemahkan UMNO Semporna.

— BERNAMA



Source link

read more

UMNO dan PAS bergabunglah demi Islam dan Melayu- Presiden PAAK


KOTA BHARU: Pertubuhan Ayahanda dan Anakanda Kebangsaan menyarankan supaya UMNO dan PAS bergabung.

Langkah itu sebagai permulaan ke arah memupuk persaudaraan sesama Melayu Islam.

Menurut presidennya, Datuk Suzainal Adnan Sukri, kedua-dua parti Melayu Islam itu perlu berlapang dada dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik masing-masing.

“Pada pendapat saya memang wajarlah, sebab UMNO dan PAS menuju kepada matlamat dan hasrat yang sama.

“Kita ni seluruh NGO berharap agar satu hari nanti PAS dan BN ni bersatu,” katanya kepada media selepas menyampaikan anugerah tokoh tokoh NGO Islam kebangsaan di sini malam tadi.

Jelasnya lagi kemunculan parti politik serpihan menyebabkan ramai kalangan umat Melayu Islam berpecah dengan meletakkan kepentingan parti sehingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.

Tambahnya sekiranya keadaan ini berlarutan ianya merugikan ramai pihak kerana akan menjadikan masyarakat berpuak-puak



Source link

read more

UMNO alukan perubahan sikap Pas Kelantan – Politik


KETEREH 13 Jan. – UMNO mengalu-alukan perubahan sikap yang ditunjukkan kepemimpinan Pas negeri ini yang sangat positif dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat.

“Walaupun pendekatan mereka (Pas) kadang-kadang seperti ‘Merry-Go-Round’, pusing-pusing akhirnya kembali semula, namun, sejak kebelakangan ini kerajaan negeri ini sentiasa bersikap positif.

“Bukan sikap mencari salah, menafikan serta memanipulasikan segala bentuk kebaikan yang pernah diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.

“Namun, tidak usahlah kita mengungkit-ungkit atau memperkecilkan segala usaha yang pernah diberikan kepemimpinan (Kerajaan Pusat) sebelum ini dan pandang kehadapan untuk mencari nilai taawun (kebersamaan) demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Tentera bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS), Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Khir Mohd. Nor. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

UMNO bukan landasan cari kekayaan diri – Rahim Thamby Chik


KUALA LUMPUR: Memilih pemimpin parti hanya berasaskan kesetiaan kepada kepimpinan semata-mata akan akhirnya membawa kepada kerosakan kepada UMNO, kata Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Menurut Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) itu, ahli UMNO yang setia juga perlu memiliki dan menghayati perjuangan asal organisasi itu sendiri.

“Kesetiaan sebagai landasan mencari rezeki dan kekayaan diri mesti diketepikan tanpa kompromi,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitternya.


Catatan terbaharu di laman Twitter Rahim mahu pemimpin UMNO tidak menjadikan parti sebagai landasan mencari kekayaan diri. – Sumber gambar Twitter @RahimRTC

Dalam pada itu, katanya, pemimpin UMNO juga tidak harus ‘syok sendiri’ bila melihat peserta yang ramai menghadiri perhimpunan besar yang dianjurkan, tanpa menilai prestasi parti di peringkat akar umbi.


Catatan terbaharu di laman Twitter Rahim mahu pemimpin UMNO tidak syok sendiri dengan kehadiran peserta yang ramai dalam perhimpunan anjuran parti. – Sumber gambar Twitter @RahimRTC

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Rahim menjelaskan, bekas naib presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyatakan realiti sebenar apabila menyebut pemimpin yang tidak berfungsi perlu diketepikan segera dari parti.

“Kenyataan berani Mat Taib, UMNO penuh dengan pemimpin yang tidak berfungsi yang harus diketepikan mesti diberi perhatian serius oleh UMNO termasuk WarRoomnya.

“Bila PRU (pilihan raya umum) menjelang, mereka ini yang paling sibuk dan menyibuk hanya bila ada pemimpin buat lawatan. Mereka jadikan UMNO hambar!” tegasnya.

Muhammad sebelum ini menyatakan UMNO sudah dalam keadaan ‘baik’ kecuali kewujudan beberapa pemimpin serta tokoh yang dianggapnya tidak berfungsi serta tidak lagi diperlukan.

BACA: #MalaysiaMemilih: Jika jadi kenyataan, sediakah Malaysia untuk ditadbir suami isteri? – Shamsul Anuar

BACA: #MalaysiaMemilih: BN dan PH bersaing angkat agenda Melayu

Sementara itu jelas Abdul Rahim, UMNO perlu berwaspada apabila Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, parti itu harus merancang strategi supaya ia berada di hadapan dalam menangani situasi itu.

“Dalam PRU13, dengan moraliti yang cedera dan parah, Anwar mampu deliver kemenangan ‘popularity vote‘ untuk PR.

“Kini digabung beliau dengan bekas jaguh UMNO yang evergreen, situasi jadi tak menentu. UMNO mesti lebih setakuk ke depan!” tegasnya.

Abdul Rahim juga menggesa UMNO berdepan dengan bekas tokohnya (Dr Mahathir) yang pernah menewaskan ramai pemimpin lain di dalam parti itu sendiri.

“Dalam laluan sejarah politik negara, banyak konflik dan krisis dialami dan diatasi UMNO menjadikanya lebih segar dan mekar.

“Kali ini UMNO hadapi bekas tokohnya yang pernah menewaskan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“UMNO perlu memiliki strategi setakuk ke depan,” ujarnya.



Source link

read more

PRU14 Persediaan UMNO Sabah di tahap gear turbo


SEMPORNA: Persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini boleh diibaratkan di tahap ‘gear turbo’, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata momentum itu dipertingkatkan lagi dengan penganjuran pelbagai program membabitkan peringkat akar umbi dan rakyat.

“Misalnya, program bersama akar umbi termasuk ketua kampung dan ketua cawangan UMNO (di Semporna) pada hari ini turut kita selitkan ruangan pemberian bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO kepada ketua akar umbi sebagai penyuntik semangat berhadapan PRU14.

“Mereka ini adalah barisan hadapan BN yang akan memperluaskan semangat mengundi kepada rakyat,” katanya.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas ketua cawangan UMNO Bahagian Semporna, ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di sini, pada Sabtu.

Berhubung dakwaan pembangkang yang melabelkan tindakan ahli parti pembangkang Parti Warisan Sabah (Warisan) keluar parti itu dan menyertai UMNO adalah sandiwara, Ramlee menegaskan dakwaan itu tidak berasas.

“Bekas ahli pembangkang yang kini bersama UMNO dilihat tampak bersemangat dan bersungguh bekerja untuk rakyat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

PRU14: Persediaan UMNO Sabah di tahap ‘Gear Turbo’


SEMPORNA – Persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kini boleh diibaratkan di tahap ‘gear turbo’, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata momentum itu dipertingkatkan lagi dengan penganjuran pelbagai program membabitkan peringkat akar umbi dan rakyat.

“Misalnya, program bersama akar umbi termasuk ketua kampung dan ketua cawangan UMNO (di Semporna) pada hari ini turut kita selitkan ruangan pemberian bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO kepada ketua akar umbi sebagai penyuntik semangat berhadapan PRU14.

“Mereka ini adalah barisan hadapan BN yang akan memperluaskan semangat mengundi kepada rakyat,” katanya.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas ketua cawangan UMNO Bahagian Semporna, ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di sini, hari ini.

Berhubung dakwaan pembangkang yang melabelkan tindakan anggota parti pembangkang Parti Warisan Sabah (Warisan) keluar parti itu dan menyertai UMNO adalah sandiwara, Ramlee menegaskan dakwaan itu tidak berasas.

“Bekas anggota pembangkang yang kini bersama UMNO dilihat tampak bersemangat dan bersungguh bekerja untuk rakyat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

UMNO BENTANG “KARPET MERAH” BUAT NURUL IZZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Itu pun “KALAU” Si Nurul Izzah tu betul – betul berani nak bertanding dikawasan yang dikuasai oleh pengaruh bapak dia selama ini. Kalau setakat cerita dengar khabar angin je, baik tak payah.

Tapi, jangan Si Nurul Izzah rasa teruja bila UMNO bentang karpet merah. Bukan sebab UMNO nak mengalu – alukan kedatangan dia. Sebaliknya, karpet merah tu untuk hantar dia balik.

UMNO Permatang Pauh mengakui tidak gentar dengan stratergi PKR yang didakwa akan meletakkan Si Nurul Izzah tu bertanding di kerusi berkenaan pada PRU Ke-14 yang akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata, pihaknya sedia untuk berhadapan dengan siapa sahaja calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan kerana ia adalah kerusi panas yang menjadi tumpuan.

“Justeru, kita sudah melaksanakan gerak kerja yang lebih komprehensif bagi membuktikan banyak perubahan dan pembangunan yang dibawa UMNO di Permatang Pauh berbanding peranan Ahli Parlimennya sendiri.

“Kita tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat. Malah, sebaik sahaja PRU-13 selesai persiapan untuk berdepan dengan PRU-14 sudah lama bermula dan kita berjaya menambahbaik kekurangan serta memperbaiki kesilapan lalu,” katanya ketika ditemui selepas Program Sumbangan Alat Tulis di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Baharu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, sepanjang tempoh lima tahun, pihaknya melihat banyak perubahan dibawa di Permatang Pauh dan ianya diterima rakyat kawasan itu.

Tapi, belum pasti lagi sama ada Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh atau tidak, namun petunjuk sudah mula nampak apabila kelibatnya sering dilihat dikawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa laluan untuk PKR mengekalkan kerusi Permatang Pauh tidak lagi mudah apatah lagi selepas berlaku kecelaruan selepas PAS mengundur diri dari pakatan pembangkang,” katanya.

Baru-baru ini laman sebuah portal berita melaporkan Nurul Izzah dikatakan bakal berhijrah dan akan bertanding di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka tahun ini.

Menurut sumber dalaman PKR, parti itu menjangka Nurul Izzah tidak akan mempertahankan kerusinya di Lembah Pantai, yang diwakilinya sejak 2008 kerana mendakwa kononnya banyak berlaku manipulasi demografi pengundi yang agresif di situ.




Source link

read more

Pemuda UMNO Kedah bantah kenaikan tambang feri – Nasional


ALOR SETAR 1 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menganggap tindakan operator feri menaikkan harga feri sebanyak RM3 tanpa notis dan kebenaran kerajaan negeri sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.



Shaiful Hazizy Zainol Abidin

SHAIFUL HAZIZY

Malah menurut ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, tindakan itu boleh diandai sebagai sabotaj secara langsung kepada kerajaan yang sedia ada.

“Tindakan yang dibuat ini walaupun ia tidak melibatkan penduduk tetap Langkawi, adalah tindakan yg tidak kena pada masanya dan Pemuda UMNO Kedah beranggapan ia adalah satu usaha sabotaj terhadap kerajaan negeri yang sedia ada, di mana ia secara langsung menaikkan kemarahan rakyat.

“Rakyat perlu sedar bahawa tindakan ini diambil tanpa mengambilkira pandangan kerajaan negeri, dan Pemuda UMNO Kedah amat yakin kerajaan negeri ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional sama sekali tidak akan membenarkan perkara ini daripada berlaku,” katanya, di sini hari ini.

Tambahnya, oleh demikian Pemuda UMNO Kedah menuntut agar pihak syarikat menarik balik caj perkhidmatan RM3 yang dikenakan baru-baru ini.

“Bagi Pemuda UMNO Kedah caj ini adalah tidak relevan sama sekali kerana rata-rata perkhidmatan feri yang sedia ada masih lagi kurang memuaskan dan perlu diperbaiki,” katanya.

Harga tambang baharu yang tular sempena tahun baharu, penguasa feri dikatakan mengenakan tambang baharu dari RM23 kepada RM26 untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak dari RM17.00 kepada RM20 untuk laluan itu.

Manakala tambang dari Kuala Perlis ke Langkawi RM18 ke RM21 untuk dewasa dan kanak-kanak pula RM12 ke RM16. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] 2,000 ahli UMNO Tumpat bantah tindakan Trump – Nasional


TUMPAT 31 Dis. – Kira-kira 2,000 ahli UMNO Bahagian Tumpat berhimpun secara aman di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, di sini malam ini bagi membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Perhimpunan yang diketuai oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz diadakan sejurus selepas solat Isyak dan hajat bagi memohon keselamatan rakyat Palestin daripada ancaman rejim Zionis.

Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Wan Hanafi Wan Yaacob; Ketua Pemuda Rosidi Mahamud Kamaruddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail serta barisan kepemimpinan bahagian tersebut.

Pada majlis tersebut mereka turut membakar dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman negara berkenaan terhadap Palestin selama ini.

Mohd. Rosdi berkata, ini merupakan bentuk penzahiran solidariti untuk umat Islam Palestin yang sudah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis.

Menurutnya, sokongan terhadap perjuangan umat Islam Palestin perlu terus disemarakan dan tidak hanya dilakukan secara bermusim.

“Baitulmuqaddis merupakan masjid ketiga paling penting gene­rasi umat Islam. Namun, tindakan Trump itu nampaknya semakin rakus ingin merampas Baitulmuqaddis sebagai hak Palestin.

“Jadi saya rasa ini bentuk perpa­duan kita sebagai umat Islam untuk membela Palestin,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

UMNO Sabak Bernam sedia hadapi PRU14 – Politik


SABAK BERNAM 31 Dis. – UMNO Bahagian Sabak Bernam yakin akan mengukuhkan penguasaan parti itu di kerusi Parlimen termasuk dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing di Sungai Air Tawar dan Sabak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. 

Keyakinan itu ditegaskan ketuanya, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh menerusi pembukaan dua lagi cawangan UMNO di Taman Air Manis dan Parit 12 sekaligus menandakan pertambahan sokongan rakyat tempatan terhadap Barisan Nasional (BN).

“Setakat ini,  kita dalam proses untuk tambah dua lagi UMNO cawangan iaitu di Cawangan Taman Air Manis dan Cawangan Parit 12. Kita jangkakan kelulusan untuk membuka dua lagi cawangan ini akan diputuskan oleh pengurusan UMNO Malaysia dalam tempoh terdekat,” katanya, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fasiah, ketika ini terdapat 67 cawangan UMNO di bawah Parlimen Sabak Bernam yang dilihat akan melengkapkan lagi kekutan jentera UMNO dan BN di kawasan itu.

Terdahulu, Mohd. Fasiah yang juga Ahli Parlimen Sabak Bernam merasmikan Program Mesra Rakyat di Taman Air Manis, di sini yang melibatkan pemberian sumbangan kewangan, bantuan asas makanan serta kesihatan kepada 100 individu yang kurang berkemampuan di kawasan berkenaan.

Selain UMNO Bahagian Sabak Bernam, program itu turut mendapat kerjasama serta sumbangan daripada syarikat swasta antaranya Fusipim Sdn. Bhd., Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Rangkaian Pasar Raya Sri Kassim dan Stesen Minyak Petronas Sungai Besar. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons