Rusia undur tenteranya dari bumi Syria



LATAKIA: Rusia mengumumkan pemberhentian operasi ketenteraannya di Syria berkuatkuasa pada Isnin.

Presiden negara itu Vladimir Putin mengumumkan perkara itu semasa membuat lawatan mengejut ke pangkalan udara Rusia di Hemeimeem Syria dan memerintahkan tenteranya untuk berundur dari negara terbabit.

“Saya dengan ini memberikan arahan bahawa kehadiran tentera Rusia di Syria berakhir, negara menanti anda pulang.

“Semoga perjalanan pulang anda semua selamat dan saya mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan anda,” jelasnya.

Turut berada di Pangkalan Udara Hemeimim adalah Presiden Syria Bashar al-Assad.

Lawatan mengejut Putin itu dibuat selepas pertemuannya dengan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi sebelum meneruskan perjalanan bertemu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Ankara.

Moscow telah bersekutu dengan Damsyik sejak September 2015 selepas Bashar memohon bantuan kententeraan bagi menentang kumpulan pemberontak Syria.

Sejak itu, Rusia sering melakukan serangan udara terhadap kumpulan yang menentang kerajaan, termasuk Gabungan Kebangsaan Syria, militan daish, kumpulan al-Nusra Front, dan lain-lain.

Selain turut sama dalam pertempuran, Rusia turut terlibat dalam membekalkan senjata kepada tentera Syria.



Source link

read more

Saya takut kenapa jadi begini – Siti Sarah cuak Shuib undur diri dari Sinar.fm



MALAM ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya pula, Shuib mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar.fm serentak hari sama.

Sedih atas kejadian yang berlaku, kata Sarah dia juga terkejut apabila suaminya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang paling disukainya.

“Saya pernah tanya Shuib, apa yang dia paling suka lakukan? Jawabnya menjadi deejay!

“Namun, tiba-tiba dia memaklumkan mahu berhenti daripada Sinar.fm. Sejujurnya ketika itu saya takut, kenapa jadi begini?

“Mesti ada something wrong somewhere…,” cerita Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BACA: Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar.fm

Namun, Shuib menjelaskan kepada Sarah tindakan yang dilakukan demi memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang sedang giat diceburinya.

“Keputusan yang dilakukan Shuib benar-benar mengubah dirinya. Saya lihat dia lebih bersemangat dalam Sepahtu Reunion setiap minggu kualiti kerjaya sangat memberangsangkan.

“Jadi, saya sebagai seorang isteri menyokong sahaja keputusan yang Shuib pilih dan percayakan dia sepenuhnya,” katanya.

Shuib berada di Sinar.fm untuk segmen Sepahtu Sinar bersama Jep dan Rahim sejak 30 Nov 2015 hingga 29 Nov 2017.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Shuib undur diri dari Sepahtu Sinar



KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menjadi penyampai radio, Shuib Sepahtu umum undur diri dari keluarga Sinar FM.

Pelakon dan pelawak itu berkata dia terpaksa undur diri untuk lebih fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi berita sedih itu menerusi laman media sosial, Instagram pada Rabu.

“Assalammualaikum, 2 tahun yg penuh tawa,duka, susah,senang. Itulah Sepahtu Sinar. Harini sy mengundurkan diri dr sepahtu Sinar atas sbb komitmen keje dan kekangan masa.

“sy harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya @jepsepahtu dan @rahimr2. Maafkan Segala salah dan silap sy.

“Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya.. Doakan yg terbaik utk karier dan bisnes sy selepas ini ya…Teruskan support dan sy doakan yg baik2 saja utk kalian. Love U all,Love U Sinar Fm

,” tulis beliau.

Pada masa sama, pihak Sinar FM turut meluahkan rasa dukacita atas pengunduran salah seorang penyampai radio bagi segmen Sepahtu Sinar itu.

“Kenangan bersama dengan awak memang kami tak akan lupakan dan kami doakan semoga awak berjaya dengan apa sahaja kerja yang awak lakukan di luar sana.

“Terima kasih Shuib di atas segala jasa dan khidmat baik awak!,” kata mereka menerusi laman Facebook SINAR.

Segmen Sepahtu Sinar bersiaran bersama kumpulan pelawak Sepahtu dari Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi.



Source link

read more

Dengan rasminya saya mohon undur diri dari Kristal – Lan


BINTANG Gegar Vaganza 4 (GV4) Lan tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan Kristal.
 
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, akui membuat keputusan tersebut dengan berat hati.
 
“Saya mohon maaf saya tak pernah buat hal dalam industri.
 
“Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal.
 
“Dengan rasminya, depan semua orang…Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik,” katanya. Lan ditemui selepas tamat konsert kelima GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, semalam.
 
Tambah Lan lagi, sebelum ini dia tidak pernah berkata apa-apa jika ahli kumpulannya melakukan sesuatu tanpa mengadakan perbincangan bersama sebaliknya dia menganggap itu adalah rezeki masing-masing.
 
“Saya hanya rancang nak buat projek solo, tak pernah ada rasa langsung saya kata nak tinggalkan Kristal.
 
“Lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud tinggalkan Kristal.
 
“Lagipun bukan saya saja, malah ada juga anggota lain yang buat projek solo.


 
“Selama ini saya mendiamkan diri dan tak kisah pun jika menjadi ahli terakhir yang tahu tentang projek solo mereka.
 
“Sebab sebelum ini, kebiasaannya apabila mereka mahu lakukan sesuatu, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasminya.
 
“Jadi apabila saya menyuarakan tentang projek solo mengapa saya yang dipersalahkan?
 
“Tapi tak mengapalah, kalau saya yang sertai GV4 baru sebulan ini dituduh tunggul dalam satu kenyataan mereka, maka saya dah 18 tahun jadi tunggul dalam Kristal.
 
 Dalam pada itu, Lan juga berharap agar tiga anggota Kristal yang lain iaitu Rody, Kechiq dan Acap menghormati keputusannya.
 
“Saya harap mereka hormati keputusan ini dan kepada para peminat, teruskan menyokong saya yang bergerak secara solo selepas ini dan kawan-kawan saya dalam Kristal,” katanya.
 
Teks oleh: Mya Amri
 
 



Source link

read more

Mugabe enggan undur diri | Astro Awani



HARARE: Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menegaskan beliau masih lagi berkuasa buat beberapa minggu lagi disebalik desakan untuk berundur.

Dalam ucapan yang disiar secara langsung, Mugabe berkata dia akan mempengerusikan kongres parti pemerintah yang dijadualkan pada Disember.

“Kongres parti akan berlangsung beberapa minggu dari sekarang. Saya akan mempengerusikan majlis itu yang tidak seharusnya dicemari oleh apa-apa tindakan untuk menjejaskan keputusan yang dibuat pada orang ramai,” katanya.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas parti pimpinannya Zanu-PF memecatnya dan memberikan Mugabe kurang daripada 24 jam untuk meletak jawatan.

Jika beliau gagal berbuat demikian beliau akan disingkirkan.

Krisis di negara itu bermula sejak pemimpin berusia 93 tahun itu memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa dua minggu lalu.

Perkara ini tidak disenangi pihak tentera negara itu yang melihatnya sebagai cubaan untuk melantik isterinya sebagai pengganti.



Source link

read more

Mugabe didesak undur diri | Astro Awani



RIBUAN rakyat Zimbabwe turun ke jalanan di ibu negara Harare untuk mendesak Presiden Robert Mugabe mengundur diri.

Penunjuk perasaan turut memberi sokongan kepada anggota tentera negara terbabit yang terlibat dalam operasi pemindahan kuasa yang juga disifatkan sebagai rampasan kuasa.

Sehingga kini, Mugabe masih belum letak jawatan.

Namun, kedudukan pemimpin berusia 93 tahun itu semakin goyang dengan kehilangan sokongan rakyat, sementara parti pemerintah Zanu-FP turut mendesaknya undur diri.

Mugabe dilaporkan telah diletak di bawah tahanan rumah sejak Rabu oleh pihak tentera.

Beliau membuat kemunculan di khalayak umum untuk sementara pada Jumaat bagi memberi ucapan di sebuah universiti.

Perbincangan kini tertumpu kepada langkah-langkah yang boleh diambil untuk membenarkan Mugabe berundur secara bermaruah, tanpa mencetuskan sebarang ketidakstabilan politik.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons