Koleksi Menu Petai Untuk Hidangan Paling Pantas! Senang Dan Sedap..


Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.

Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.

Untuk penggemar petai, enam koleksi resipi menarik ini yang boleh kita masak nanti:

SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ikan bilis ] kopek
  • 200gm cawan isi petai
  • 1 biji bawang besar ] hiris
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15

Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.

 

SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar ] hiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan ] jika suka

CARA MEMASAK:
1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Tumis dan goreng.
Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15

 

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis ] kopek
  • 200gm isi petai
  • 3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji bawang besar ] hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15

Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.

 

SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar ] hiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

 

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan ] jika suka

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis.
Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15

Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.

 

GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
  • 500gm udang saiz XL ] bersihkan
  • 2 batang serai ] titik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
  • 3 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 15 biji cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Tuangkan santan dan gaul rata.
4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Reneh.
Keistimewaan: Pedas berlemak.
Anggaran perbelanjaan: RM30

Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.

Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.

 

 

IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI
BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
  • Bawang Putih (Hiris)
  • Bawang Holand (Hiris)
  • Petai (Belah dua)
  • Cili Api (Hiris)
  • Garam
  • Gula

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.

2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Marina Ismail

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: 

Nikmatnya Makan Nasi Putih Dengan Petai & Ikan Bilis Masak Tempoyak Cili Padi Merecik

Jeruk Petai Express! Letak Air Garam, Asam Gelugor & Cili Padi

Santan Tumis Berlada, Masakan Terengganu Lama Resipi Arwah Nenek Boleh Tahan Sampai 3 Minggu

Pembuka Selera Sambal Tumbuk Pedas Rebung Kantan Ikan Bilis Goreng

 

 

 

 

Komen anda



Source link

read more

Apple Menawarkan Diskaun Untuk Pembelian Dalam-Aplikasi Untuk Beberapa Permua – Amanz


Apple kini hadir dengan promosi baru di App Store, dinamakan Belanja Yourself – dimana melaluinya, Apple memperlihatkan sejumlah permua popular di Malaysia yang boleh anda muat-turun dan memainkannya.

Menariknya, Apple juga turut menawarkan diskaun untuk beberapa pembelian dalam-aplikasi untuk permua berkenaan.

Belanja Yourself

Buat masa ini, antara permua yang disenaraikan dibawah program “Belanja Yourself” ini adalah termasuk Marvel Contest of Champions (50% nilai bonus tambahan untuk beberapa pakej), Mobile Legends : Bang Bang (20% bonus dengan belian Dark Rose Freya), Legacy of Discord : Furios Wings (Bonus 20%), Lords Mobile : War Kingdom (Penawaran pakej khas), Final Fantasy Awakening (10% bonus).

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran yang disediakan oleh Apple di App Store dibawah tab Belanja Yourself ini, selain turut menggunakan ciri pembayaran melalui pelan telekomunikasi anda.

Layari : Belanja Yourself App Store



Source link

read more

KKMM buka pusat media untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) – Nasional


KUALA LUMPUR 26 April – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membuka pusat media seluruh negara bagi menyediakan maklumat termasuk program dan aktiviti berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pusat Media PRU-14 KKMM ini akan dibuka mulai esok sehingga 9 Mei 2018 dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam.

Pusat Media ini turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti komputer, internet, talian telefon, mesin faks, mesin pencetak bagi memudahkan petugas media menyampaikan maklumat berkaitan PRU-14 kepada umum.

Selain itu, KKMM melalui Jabatan Penerangan turut membuka pusat media di setiap negeri bagi tujuan PRU-14.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pusat media KKMM di talian 03 89115095, talian faks 03 89115065 atau boleh menghubungi Encik Mohd. Rizal Khalib di talian 011-10012024 dan e-mail [email protected]


Berikut adalah senarai Pusat Media PRU-14 di setiap negeri:

1. Jabatan Penerangan Negeri Johor Tel: 07-2232957

2. Jabatan Penerangan Negeri Kedah Tel: 04-7710924

3. Dewan Lido, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan Tel: 09-7430888

4. Jabatan Penerangan Negeri Melaka Tel: 06-2336507

5. Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Seremban, Negeri Sembilan Tel: 06-7610308

6. Jabatan Penerangan Negeri Pahang Tel: 09-5161995

7. Bilik Serbaguna, Blok B, Bangunan Persekutuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30612 Ipoh, Perak Tel: 05-5253462

8. Tingkat 2, Bangunan Bernama 54 dan 56, Jalan Medan Raja Syed Alwi 01000 Kangar,Perlis Tel: 04-9761582

9. Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut, Tingkat 1 Bangunan MARA, Georgetown, Pulau Pinang Tel: 04-2519809

10. Bilik Manukan Kompleks Bersepadu KKMM, Kota Kinabalu, Sabah Tel: 088-744912

11. Jabatan Penerangan Negeri Sarawak Tel: 08-2312131

12. Pejabat Penerangan Daerah Klang, Selangor Tel: 03-33410447

13. Hotel Permai Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09-6225059

14. Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tel: 03-26913358

15. Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan Tel: 08-7412335



Source link

read more

China perkenal merit untuk rakyat bakal dihukum jika skor mata rendah



BEIJING: Menjelang tahun 2020, Kerajaan China bercadang melaksanakan pemberian merit kepada 1.4 bilion rakyatnya bergantung kepada keperibadian dan tingkah laku mereka.

Memetik laporan CBS News, setakat ini, hampir 11 juta rakyatnya dilarang menggunakan kapal terbang manakala empat juta lagi dilarang menggunakan perkhidmatan kereta api atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Objektif program yang bakal dilaksanakan itu diharap mampu mendidik rakyat republik itu supaya berkelakuan baik dan menanam sikap amanah.

Skor mata akan diberikan berlandaskan waktu pembayaran cukai sama ada tepat pada masa atau lewat, bagaimana cara seseorang individu melintas jalan, merokok di tempat yang dilarang serta perkara yang dikongsikan di media-media sosial.

Bagi rakyat yang memperoleh mata yang tinggi, mereka juga bakal diberikan ganjaran.

Salah seorang rakyat yang juga juga seorang wartawan, Liu Hu dan telah dikenakan denda berkata, dia telah dilarang menaiki kapal terbang ketika cuba menempah tiket penerbangan.

Dia diarahkan oleh pihak mahkamah untuk membuat permohonan maaf di atas beberapa ‘tweet’ di akaun media sosial miliknya.

“Saya tidak boleh membeli sebarang hartanah dan anak saya tidak dibenarkan bersekolah di sekolah swasta. Saya rasa seolah-olah dikawal sepanjang masa,” katanya.

Walaubagaimanapun, seorang wanita yang enggan dikenali menggalakan program itu dilaksanakan bagi menghukum rakyat yang tidak berkelakuan baik.

Setakat ini, China mempunyai 176 juta kamera keselamatan dan bakal menambah kepada 600 juta kamera lagi menjelang 2020 bagi membangunkan pusat kawalan negaranya.

Sementara itu, kamera rakaman litar tertutup juga akan dibangunkan dengan teknologi pintar oleh syarikat SenseTime bagi menjejaki penjenayah dan juga rakyat biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime, Xu Li menjelaskan, kamera itu boleh mengenal pasti setiap jenis kenderaan dan jantina individu yang dijejaki.



Source link

read more

Ibu Mertua Bagi Resipi Turun Temurun Daging Dendeng Untuk Menantu. Bertuah Sungguh!


Daging dendeng sering dianggap sebagai hidangan sukar utnuk disediakan. Gelap, berminyak, dengan rasa manis pedas, ia sering menjadi hidangan tumpuan bila dihidang di majlis keraian, kenduri kendara atau untuk makanan harian.

Kelemakkan dan warna gelapnya, yang membuatkan daging dendeng adalah sejenis hidangan yang memerlukan banyakpengorbanan masa dan berjam-jam waktu memasak di atas dapur yang panas, hanya boleh dibuat oleh chef-chef dan makcik-makcik yang penuh berpengalaman. Memang benar, resepi dan kerumitan mungkin berbeza dari dapur ke dapur, tetapi, bagaimana jika kami memberitahu bahawa anda boleh membuat daging dendeng yang hebat dan tidak kurang lazatnya dengan hanya bahan ringkas…

Hidangan yang seakan rumit ini sebenarnya sangat mudah dibuat. Ada yang perlu diketuk-ketuk sedikit, jadi mintalah bantuan dari yang lebih berotot atau dari anak-anak yang besar sedikit. Mesti mereka suka tolong ketuk-ketuk! Jadi, cubalah memasak resipi daging dendeng ini. Beri kejutan masakan anda kepada keluarga tersayang!

RESIPI DAGING DENDENG IBU MERTUAKU

BAHAN-BAHAN:

  • Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg
  • Bawang merah 3 biji (kisar)
  • Bawang putih 5 ulas (kisar)
  • Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)
  • Sos tomato
  • Bawang goreng
  • Kicap kipas udang manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya .
  2. Ambil periuk dan masukkan daging . Letakkan kicap paras daging itu . Rebus selama 10 minit . Sejukkan .
  3. Ambil daging itu dan tumbuk nipis nipis pakai batu lesung (jika nak carik-carikkan daging pun boleh) . Ketepikan .
  4. Kemudian ambil kuali masukkan minyak. Goreng kan sekejap sahaja . Dan angkat . Ketepikan .
  5. Minyak sama , tumis bawang merah dan bawang putih tadi. Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi . Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra . Masukkan sos tomato , boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.
  6. Garam secukup rasa.

Selamat mencuba .

Kongsi resipi: Amelia Tamby Hussin

Komen anda



Source link

read more

Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Robot Untuk Kegunaan Dalam Kediaman – Amanz


Amazon merupakan salah satu syarikat e-dagang yang terbesar di dunia, dan mempunyai pelaburan yang tinggi dalam pembangunan teknologi. Terkini, menurut Bloomberg, syarikat e-dagang berkenaan turut sedang dalam proses membangunkan sebuah robot khusus untuk digunakan dalam kediaman.

Pembangunan robot khusus ini dijangka memperluaskan lagi penggunaan Alexa. Ia dikatakan tujuan utama robot berkenaan masih menjadi persoalan, tetapi ia dijangka mengikuti pengguna di rumah dalam membantu mereka melalui penggunaan teknologi Alexa, serta beberapa ciri tambahan yang lain.

Projek pembangunan robot in dikatakan dikenali sebagai “Vesta“, dan berkemungkinan ia diuji dikalangan pekerja Amazon pada penghujung tahun ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin melihat penawaran awam robot berkenaan pada 2019 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, bukan Amazon sahaja yang sedang membangunkan robot untuk membantu pengguna. Sebelum ini, Asus turut telah memperkenalkan robot mereka dinamakan Zenbo, namun masih belum dipasarkan meluas sehingga ke hari ini.



Source link

read more

Perlu Menang Untuk Penyokong Setia JDT – Safiq – MYNEWSHUB


JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap beraksi di laman sendiri akan memberi mereka kelebihan dari segi taktikal dan semangat apabila berdepan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An FC dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, esok.

Ketua pasukan Safiq Rahim berkata JDT tidak boleh tewas dalam perlawanan tersebut kerana pasukan berkenaan tekad untuk mara ke saingan seterusnya pada kejohanan berkenaan.

JDT kini menduduki tempat ketiga Kumpulan H dengan tujuh mata, kurang tiga mata daripada dua pasukan teratas, Persija Jakarta dari Indonesia dan Song Lam Nghe An FC, yang masing-masing mengumpul 10 mata, dengan berbaki satu perlawanan.

“Kita beraksi di gelanggang sendiri dan di hadapan penyokong setia JDT, maka kita mempunyai kelebihan dan kita tidak mahu mengecewakan mereka. Paling penting pemain perlu fokus dan mematuhi strategi taktikal yang direncanakan jurulatih.

“Jika kita patuh arahan, tiada yang mustahil untuk kita mendapat keputusan baik. Persiapan kita juga berjalan mengikut perancangan dan kita perlu menang bukan sahaja untuk pasukan dan menaikkan semangat pemain, tetapi lebih penting memberi keyakinan kepada penyokong setia kita,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Safiq berkata dalam bola sepak segalanya boleh berlaku, namun yang lebih penting pemain perlu menampilkan aksi terbaik, sambil berharap perlawanan esok akan memihak kepada JDT.

“Kita tidak boleh memandang rendah lawan kita kerana macam-macam boleh terjadi dalam bola sepak. Kita mungkin menang 6-0, 1-0, seri atau lebih buruk, kalah perlawanan itu, maka perkara yang perlu kita lakukan adalah mempamerkan aksi terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ketua jurulatih JDT Raul Longhi berkata beliau akan melakukan pertukaran pemain dalam kesebelasan utama pada perlawanan esok kerana pasukan berkenaan juga sedang melakukan persiapan berdepan Kelantan dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.

“Kita perlu merehatkan beberapa pemain utama untuk berdepan Kelantan pada 28 April ini kerana perlawanan itu juga sangat penting,” katanya.

Beliau berkata berikutan kekalahan kepada Pahang dalam saingan Piala FA pada Jumaat lepas, pasukan berkenaan kini berusaha keras memperbaiki prestasi mereka untuk aksi seterusnya.

“Apa pun, kemenangan ke atas Song Lam Nghe An FC esok akan menaikkan semangat pasukan,” katanya, sambil mengakui pasukan lawan mempunyai trek rekod yang baik. – BERNAMA



Source link

read more

Panduan Sukatan Bahan Untuk Masak Nasi Lemak Yang Sempurna & Tak Lembik.


Nasi Lemak. Menu kegemaran rakyat Malaysia yang simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Susah nak dapatkan tekstur nasi yang sempurna macam yang peniagan jual tu.

Namun, ada panduan yang boleh anda cuba. Menerusi perkongsian saudari Ruviantie Roslan, beliau berkongsi tip untuk hasilkan nasi lemak yang sempurna menggunakan sukatan yang betul. Bolehlah cuba!

 

CARA MASAK NASI LEMAK YANG MENJADI & SEMPURNA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 gelas beras
  • 1 1/2 gelas air
  • 1 1/2 gelas santan
  • Secubit garam
  • 1-2 ulas bawang merah – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • 2 inci halia ( anggaran sebesar ibu jari kaki)
  • Halba secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
  • Daun pandan – disimpul

 

CARA-CARA:

1. Untuk memulakan proses memasak, guna sukatan gelas yang sama untuk ceduk beras, air dan santan.

2. Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk.

3. Kemudian masukkan air, santan, daun pandan serta garam.

4. Masukkan juga hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba ( jika suka).

5. Kacau sebati semua bahan dalam periuk tadi. Kemudian masak seperti biasa.

6. Bila nasi hampir nak masak, kacau sedikit supaya santan rata dan tidak berkumpul di bahagian atas. Kacau sekali sahaja.

7. Nasi lemak siap untuk dinikmati!

 

INFO CHEF

  1. Boleh guna apa sahaja jenis atau saiz gelas. Yang penting, guna gelas yang sama untuk sukat semua bahan.
  2. Jika guna pot beras ( cawan sukatan beras yang dapat masa beli periuk nasi), juga boleh guna kaedah yang sama.
  3. Guna gelas yang besar jika nak masak nasi dalam jumlah yang banyak. Atau jika guna gelas kecil @ sederhana, boleh gandakan bahan mengikut panduan diatas.

 

Kredit petua & foto: Ruviantie Roslan

 

PETUA INI  JUGA MUNGKIN BERGUNA BUAT ANDA:

Panduan Sukatan Beras, Santan & Air Untuk Masak Nasi Lemak Dalam Jumlah Yang Banyak.

Elak Kacang Nasi Lemak Dari Lemau, Mentah Dan Hangus.. Tip Ni Memang Membantu Sangat!

Komen anda



Source link

read more

10 Jenis Jus Segar, Elok Untuk Mulakan Hari Baru. Barulah Ceria Dan Tak Stress!


Bagi yang sangat mementingkan kesihatan, jus buah-buahan tanpa gula adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana setiap jenis buah mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia bukan sahaja enak bahkan mampu memberi pelbagai khasiat pada tubuh sama ada untuk detoks, tingkatkan imunisasi dan sebagainya. Apa kata anda cuba 10 resipi jus sihat daripada MBG  yang kami kongsi ini.  Sangat mudah untuk dibuat dan jika inginkan buah-buahan yang segar dan bermutu tinggi, anda boleh membelinya di mana-mana outlet MBG.

  

JUS ANGGUR PISANG BERSAMA PIR

BAHAN-BAHAN:

1 biji pisang | hiris

1 biji buah pir | hiris,buang biji

10 biji anggur

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar buah pisang, pir dan anggur hingga lumat dan sebati. Tambah sedikit air mengikut keperluan.
  2. Sedia dinikmati.

 

Info chef: Elok untuk membantu  mengawal paras gula dalam darah.

 

 


 

 

JUS BUAH NAGA DAN OREN BERSAMA EPAL

BAHAN-BAHAN:

½ biji buah naga | hiris

1 biji buah oren | hiris, buang biji

1 biji buah epal | hiris buang biji

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan  buah naga, buah oren dan buah epal. Kisar hingga sebati. Masukkan air secukupnya.
  2. Tuang ke dalam cawan. Sedia dinikmati.

 


 

  

JUS JAMBU BATU, EPAL DAN OREN

BAHAN-BAHAN:

1 biji epal  | buang biji, potong dadu

½ biji jambu batu | buang biji, potong dadu

1 biji oren | buang kulit dan biji, potong dadu

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua buah di dalam pengisar dan kisar hingga hancur dan halus.
  2. Masukkan air secukupnya
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Membantu melancarkan perkumuhan.

 

JUS BERI YOGURT

BAHAN-BAHAN:

1 biji buah pir | potong

20 biji beri biru

5 biji strawberi

Sedikit yogurt kosong

Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Campur kesemua buah-buahan bersama yogurt ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur.
  2. Masukkan sedikit air jika perlu.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati. Bagus untuk membantu sistem penglihatan.

 

Info chef: Boleh tambah ais jika suka.

 


 

 

JUS KIWI DAN NANAS

BAHAN-BAHAN:

¼  biji nanas | buang kulit

2 – 3 biji buah kiwi | buang kulit

Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan  hirisan nanas dan kiwi ke dalam pengisar.
  2. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia untuk dinikmati.

 

Info chef: Berkhasiat untuk menghalang osteoporosis.

 


 

 

JUS MANGGA LOBAK MERAH DAN EPAL

BAHAN-BAHAN:

1 batang lobak merah | kupas kulit

1 biji pir | buang kulit, potong  dadu

1 biji epal | buang biji, potong dadu

1 biji mangga | buang biji dan kulit

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua buah ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan lumat.
  2. Masukkan sedikit  air masak jika perlu.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

Info chef: Bagus untuk menyejukkan badan dan membuang toksin di dalam badan.

 


 

 

JUS PISANG SITRUS

BAHAN-BAHAN:

1-2 biji pisang | buang kulit

1 – 2 biji oren | buang kulit dan biji

1 biji perahan lemon

 

CARA MEMASAK:

1.Kisar buah pisang dan oren ke dalam pengisar hingga halus.

  1. Masukkan perahan lemon. Kisar sekejap lagi.
  2. Tambah air jika perlu. Tuang ke dalam bekas dan sedia dihidangkan. Boleh tambah ais jika suka.

 

Info chef: Kaya antioksidan dan memberikan rasa tenang.

 

 


 

 

JUS SADERI DAN EPAL HIJAU

BAHAN-BAHAN:

2 – 3 batang saderi

1 -2 batang timun Jepun | kupas kulit

1-2 biji epal hijau | buang kulit dan biji

Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar batang saderi, epal dan timun hingga lumat. Masukkan air jika perlu.
  2. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

Info chef: Membantu mengurangkan kolesterol.

 

JUS UBI BIT MERAH OREN DAN EPAL

BAHAN-BAHAN:

1 biji ubi bit merah | kupas

1-2 biji oren | kupas kulit dan buang biji

1-2 biji epal | kupas kulit dan buang biji

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar ubi bit merah, oren dan epal hingga hancur dan lumat.
  2. Tambah sedikit air jika perlu dan kisar lagi.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan stamina.

 

 


 

JUS  BUAH NAGA BERSAMA STRAWBERI DAN YOGURT BERSUSU

BAHAN-BAHAN:

5-6  biji buah strawberi segar

½ biji buah naga

Sedikit yogurt kosong

Sedikit susu segar

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar buah naga, strawberi hingga hancur.
  2. Masukkan yogurt dan susu. Kisar lagi.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Anti anemia dan menguatkan tulang. Boleh masukkan sedikit pemanis kurma jika suka.

 

Penyelaras Teks Rasa: Nurul Azwa Abu Bakar

Resipi: MBG Fruits Supply Sdn Bhd

 

Komen anda



Source link

read more

HTC Akan Membuka Pra-Tempah Untuk HTC Desire 12 Dan Desire 12+ – Bermula Dari RM599 – Amanz


HTC dilihat bakal membuka kedai atas talian di Shopee pada 26 April kelak, dan bersama-samanya juga hadir pra-tempah untuk telefon kelas mampu milik mereka, iaitu HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+.

Menurut HTC, kedai atas talian mereka akan dibuka pada 26 April kelak pada pukul 9am, dan mereka akan mula membuka pra-tempah eksklusif untuk 1000 unit telefon HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ untuk pasaran tempatan.

HTC Desire 12

Menurut HTC Malaysia, telefon-telefon ini hadir dengan tanda harga asal RM739 untuk HTC Desire 12 dan RM899 untuk telefon HTC Desire 12+, tetapi jika anda menempah telefon-telefon ini melalui Shopee, anda boleh mendapatkan HTC Desire 12 pada harga RM599 dan HTC Desire 12+ pada harga RM729.

HTC Desire 12

Dari segi rekaan warna pula, kedua-dua telefon HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ akan hadir dengan warna Warm Silver dan Cool Black. Buat masa ini, HTC Malaysia masih belum mengumumkan lagi bilakah siri HTC Desire 12 ini akan mula dijual secara rasmi.



Source link

read more