Veteran tentera usah terpedaya janji palsu


JOHOR BAHRU 16 APRIL 2018.  Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada veteran tentera selepas merasmikan  Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk Veteran Orang Kurang Upaya (OKU), Balu Veteran OKU dan anak-anak Veteran OKU di Dewan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. NSTP/ZAIN AHMED

MO, 16/4/2018, JOHOR BAHRU: Meskipun mengundi adalah hak individu, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan tidak mudah percaya janji kosong pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berharap veteran tentera berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak menyesal pada masa depan.

Katanya, kerajaan yang mentadbir kini adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari kaedah baharu dalam penambahbaikan bantuan untuk veteran dan keluarga.

“Kita perlu berhati-hati. Ibarat kata pepatah rumput di kaki bukit yang jauh nampak lebih hijau berbanding rumput yang kita pijak tetapi keadaan adalah sebaliknya dan mungkin gersang serta ketandusan hujan.

“Gunalah kebijaksanaan ketika mengundi kerana sekiranya tersilap, kita menanggung bahana selama lima tahun dan ketika itu, penyesalan tidak berguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk veteran orang kurang upaya (OKU), balu veteran OKU dan anak veteran OKU di Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Anwar berkata, pihaknya turut menghargai pucuk kepemimpinan negara di peringkat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Kerajaan Pusat sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kebajikan dan sosioekonomi veteran. Ia termasuk pemimpin yang sentiasa meluangkan masa ketika wakil persatuan ingin mengadakan pertemuan,” katanya.



Source link

read more

Usah rendahkan ego pemimpin korporat – David Mizan Hashim


“IF ego is correctly understood to mean an individual’s sense of self-esteem, self-respect and self-confidence, then the most accurate manifestation of these characteristics is the quiet certainty and cool determination of those that lead from the uncelebrated shadows and are rooted in the power of their deeper conviction.”

Itu antara kata-kata hikmah Presiden dan Pengarah Kumpulan VERITAS, David Mizan Hashim kepada AWANI REVIEW.

David yang turut merupakan seorang arkitek terkemuka telah berkongsi pandangannya mengenai dunia korporat dan mengapa beliau berpendapat bahawa ia memerlukan lebih pemimpin yang mempunyai ego yang besar.

Graduan Universiti Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Universiti Harvard itu juga menghuraikan dengan lebih lanjut tentang maksud sebenar di sebalik istilah ‘ego’.

Itu antara intipati artikel versi Bahasa Inggeris yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul David Mizan Hashim: Ego is Good, Ergo Let It Go.

Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan ‘ego’ dalam kepimpinan syarikat-syarikat besar.



Source link

read more

Usah tularkan pembunuh BMW telah ditangkap – Polis Johor



JOHOR BAHRU: Viral di media sosial hari ini kononnya ‘pembunuh BMW’ telah ditangkap selepas 40 minit kejadian tikam dan langgar hingga maut yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor lewat petang semalam.

Bagaimanapun Ketua Jabatan  Siasatan Jenayah Negeri Johor, Datuk SAC Azman Ayob ketika dihubungi Astro AWANI menafikan laporan itu.

Dalam mesejnya Datuk Azman menyatakan maklumat berkaitan kejadian telah ada tetapi berita tangkapan berkenaan tidak tepat.

BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru

Beliau sehubungan itu memohon agar semua pihak menghentikan tular liar itu yang boleh mengganggu siasatan.

Semalam, seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar dengan sebuah kenderaan dinaiki sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kenderaan mereka di stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, kesemua suspek yang menaiki kenderaan mewah BMW secara tiba-tiba datang dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka hingga berlaku pergelutan sebelum mangsa berjaya meloloskan diri.

Suspek kemudiannya bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum mengundur dan melarikan diri.

Mangsa berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Source link

read more

Usah kelirukan rakyat berhubung Dana Khas – Ahmad Razif – Terengganu


KUALA TERENGGANU 14 Dis. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberi peringatan kepada pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) dengan pelbagai tuduhan buruk semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri sentiasa telus berhubung jumlah peruntukan yang disalurkan, dan tidak pernah sesekali menyembunyikan jumlah dana yang diterima namun tetap dijaja sebagai isu.

Tegasnya, sehingga kini pembayaran DKKP tidak mempunyai sebarang masalah, bahkan butiran mengenai senarai penuh jumlah pembayaran hasil DKKP sejak tahun 1978 di samping senarai jadual bayaran balik perbelanjaan yang dibuat Kerajaan Pusat dan senarai projek yang dibayar balik ada dicatatkan dalam rekod.

“Berulang kali saya sebut dan jawab hal ini dalam hampir setiap kali Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang, sebenarnya tidak ada isu langsung. Saya harap ini kali terakhir, timbul macam yang diceritakan kononnya duit ini digunakan di negeri lain.

“Memang kita akui ada lapan projek yang telah menggunakan duit dana kerajaan negeri berjumlah RM2.169 bilion tetapi kita dapat kembali kerana bayaran dibuat mulai 2011 dan tahun ini, kita sudah terima RM220 juta.

“Untuk tahun depan pembayaran pada awal Januari sebanyak RM220 juta lagi, 2019 (RM220 juta) dan pada 2020 sebanyak RM229.8 juta,” katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil pendekatan berdiplomasi dan bukan berkonfrontasi sekali gus berharap rakyat dapat memahami hubungan akrab yang terjalin dengan kerajaan Pusat mampu menyelesaikan banyak masalah di samping memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Justeru, katanya, pembangkang tidak perlu menonjolkan diri seolah-olah merekalah juara dalam soal itu kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama berusaha menyelesaikan masalah tersebut semata-mata untuk kepentingan rakyat dan negeri.

Beliau menempelak pembangkang yang menuduh kerajaan BN adalah pengkhianat sebaliknya mengingatkan mereka bahawa merekalah yang mengkhianati termasuk kepada pengikut sendiri sambil turut memberi contoh tindakan pembangkang ketika diberi peluang sepenggal memerintah negeri oleh rakyat.

“Apabila dikatakan kita melakukan pengkhianatan kepada rakyat, saya rasa ini satu jenaka. Kerana mereka yang menuduh kita melakukan pengkhianatan adalah juga penerima manfaat daripada usaha-usaha kita.

“Justeru, saya tiada pilihan melainkan untuk membalas kenyataan pengkhianatan ini demi mempertahankan kerajaan, rakan-rakan saya dalam barisan Exco, pegawai dan kakitangan kerajaan dan semua yang menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu,” katanya. – Utusan Online



Source link

read more

Ambiga usah baling batu sembunyi tangan – TPM Zahid



BUKIT KAYU HITAM: Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S. Ambiga Sreenavasan perlu berani bertanggungjawab terhadap tindakannya memberikan data dan maklumat yang mengaitkan pemimpin tertinggi Pas menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ambiga tidak boleh bersikap seperti ‘membaling batu sembunyi tangan’ dalam perkara berkenaan dengan cuba mengelakkan diri daripada ditemui pihak media.

“Seorang yang hanya berani apabila berada di belakang dan tidak berani apabila berada di hadapan jika beliau mahu mengelakkan diri daripada ditemui oleh wartawan sama ada di halaman rumah atau di pejabat.

“Ertinya beliau tidak ada keberanian jika beliau ada keberanian ertinya dengan bukti yang diberikan kepada Sarawak Report maka mereka harus menunjukkan bukti.

“Kenapa mesti berani menuduh tapi tanpa bukti oleh kerana pekara ini telah terdedah melalui sistem keadilan di United Kingdom dan beliau harus berani bertanggungjawab kepada semua data dan maklumat yang diberikan kepada Sarawak Report,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Kedua Peringkat Tertinggi (HLC) mengenai Keselamatan dan Kawalan Sempadan Negara Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas laporan portal The Malaysian Insight yang mendedahkan menerusi hujah balas dan pembelaan yang difailkan Rewcastle-Brown dengan mengatakan pernah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 mengenai Perdana Menteri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Pas.

Pembelaan itu difailkan Rewcastle-Brown dalam saman fitnah Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London pada April lepas dengan membabitkan artikel yang mendakwa Pas menerima dana berjumlah RM90 juta sebagai habuan menyokong Barisan Nasional (BN).

Artikel Sarawak Report bertajuk ‘As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connections’ disiarkan menerusi portal itu pada 6 Ogos 2016.

Ahmad Zahid sehubungan itu menyatakan simpatinya kepada Pas  yang mana parti berkenaan tidak boleh dianiaya dengan perkara yang tidak benar seumpama itu.



Source link

read more

Kejujuran sesuatu yang mahal usah harap ia datang dari si murahan – Bekas tunang Hans Isaac



SELEPAS Datuk Hans Isaac mengumumkan pembatalan perkahwinannya dengan pemenang Miss Tourism International 2012, Gabriella Robinson, ramai yang masih ternanti-nanti kenyataan penuh mereka.

Pembatalan perkahwinan itu mengejutkan semua pihak kerana punca perpisahan pasangan itu masih menjadi tanda tanya.

BACA: ‘Saya tidak mahu mana-mana pihak terluka’ – Hans Isaac

Astro Gempak cuba mendapatkan kenyataan daripada Hans dan Gabriella menerusi panggilan telefon, WhatsApp dan mesej menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), namun kedua-duanya tidak memberikan maklum balas.

Bagaimanapun, Gabriella menerusi entri terbaharu di Instagram Story berkongsi sepotong ayat mengenai kejujuran yang dipetik daripada seorang pelabur terkemuka Amerika Syarikat, Warren Buffett.

“Kejujuran adalah satu hadiah yang mahal, jangan harap ia datang dari si murahan (Honesty is a very expensive gift, don’t expect it from cheap people),” tulis Gabriella.

Sementara itu menerusi laman Instagram Hans, penerbit filem Lemak Kampung Santan itu turut memuat naik status peribahasa dalam Bahasa Inggeris iaitu Never Doubt Your Instinct (jangan ragui naluri anda) bersama kapsyen A leopard will never change HER spots ! Time to move on (Harimau Bintang tidak akan bertukar bintiknya! Masa untuk teruskan hidup).
 

Hans dan Gabriella telah mengikat tali pertunangan pada awal tahun ini dan sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu. Namun, majlis perkahwinan mereka ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @gabriellarobinson



Source link

read more