Pergi dalam usia yang cantik amal ilmu yang cantik- Rakan artis doakan Azmil Mustapha



BUKAN sahaja keluarga, rakan artis turut terkesan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Azmil Mustapha.

Hasil di tinjauan di Instagram (IG), rata-ratanya turut merakamkan ucapan takziah buat bintang filem Ali Setan ini.

Azmil meninggal dunia akibat komplikasi jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 12.40 tengah hari Rabu.

BACA: Selamat tinggal, Taufik… 

Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.

Sheila Mambo

“Assalamualaikum.. Pergi dalam usia yang cantik, amal ilmu yang cantik, difahamkan meninggal ketika sedang tidur. SubhanALLAH. Ya ALLAH, ampunkan dia ya ALLAH… Pandang la segala kebaikan dia ya ALLAH… Lenyapkanlah segala keburukan dia ya ALLAH… terimalah segala amalannya ya ALLAH… tempatkan dia bersama-sama orang yang soleh… Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Erra Fazira

Abby Fana

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun…moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh…Alfatihah.

Fedtri Yahya

“Alfatihah… semoga pengakhiran yang terindah… Kehebatan hijrah dan istiqamah.

Yasin Sulaiman

Suffian Amrin

“Bila ada iman dan taqwa, ALLAH akan aturkan rezeki, keselamatan dan semuanya untuk kita. Jangan risaulah..” pesan berguna dan gelak tawa yang pasti akan dirindui. Semoga ALLAH tempatkan Allahyarham Haji Azmil Mustapha bersama para Anbiya Syuhada dan Solehin di Syurga. #Alfatihah #azmilmustapha

Diana Rafar

“Al fatihah…. semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman…Arwah Uncle Azmil sangat baik.. selalu terserempak di Shah Alam sentiasa senyum sangat peramah… Salam takziah untuk seluruh ahli keluarganya.

Fizo Omar



Source link

read more

Morgan Tsvangirai meninggal dunia di usia 65 tahun



HARARE: Ketua Pembangkang Zimbabwe, Morgan Tsvangirai meninggal dunia pada petang Rabu di usia 65 tahun.

Berita tersebut disahkan oleh jurucakap partinya pada Rabu.

Timbalan presiden bagi Movement for Democratic Change, Elias Mudzuri berkata Tsavngirai meninggal dunia di sebuah hospital di Johhanesburg akibat kanser kolon yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Tsvangirai merupakan pencabar utama bekas presiden Robert Mugabe selama bertahun-tahun bahkan pernah menjadi perdana menteri Zimbabwe pada 2009 sehingga 2013.

Beliau juga pernah menjadi setiausaha jeneral bagi Kongres Kesatuan Pekerja Zimbabwe pada 1998 dan pada 1999, Tsvangirai membantu menubuhkan parti Movemnet for Democratic Change dan mula dikenali sebagai tokoh pembangkang di sana.



Source link

read more

Aktivis Pakistan meninggal dunia pada usia 66 tahun



LAHORE: Salah seorang aktivis dan peguam hak asasi Pakistan paling dihormati, Asma Jahangir, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Ahad.

Jahangir menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun.

Menurut anak perempuan Jahangir, Muneeze, ibunya mengalami serangan jantung lewat malam Sabtu dan dikejarkan ke sebuah hospital bandar timur Lahore.

Semasa hidupnya, Jahangir adalah sosok yang tegas memperjuangkan hak-hak wanita sekaligus lantang bersuara selain mengkritik tindakan kejam yang dilakukan kumpulan Daish.

Tindakan berani yang ditonjolkan Jahangir itu sering jadi bualan dan perhatian semasa memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan.

Anugerah tertinggi yang pernah diterima, Majalah Time, menyenaraikan beliau sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia.



Source link

read more

Jika 26 ekor biri-biri 10 ekor kambing berada dalam sebuah kapal berapa usia kapten



KUALA LUMPUR: Menariknya jika soalan peperiksaan mampu menjadi headline portal berita. Bukannya soalan bocor namun, peperiksaan yang diduduki oleh sekumpulan pelajar di barat daya China berjaya menarik perhatian netizen di media sosial kerana satu soalan didakwa ‘tidak masuk akal’ dan mengelirukan!

Baru-baru ini, laman web South China Morning Post (SCMP) melaporkan, lima orang pelajar di sebuah sekolah di Nanchong, kawasan Sichuan, diberi soalan untuk meneka berapakah umur kapten kapal sekiranya terdapat 26 ekor biri-biri dan 10 ekor kambing dalam kapal tersebut?

Netizen di media sosial cukup teruja untuk meneka jawapan bagi soalan ini.

Umur kapten itu sekurang-kurangnya 18 tahun sebab kalau bawah daripada itu tidak dibenarkan oleh undang-undang perkapalan,” ujar seorang netizen.

Umur kapten itu ialah 36 tahun. Dia agak sukakan diri sendiri, jadi jumlah binatang sepadan dengan umurnya,” jawab netizen lain.

“Kita tidak boleh teka umur kapten itu. Jumlah biri-biri dan kambing tidak relevan dengan umur kapten.”

Soalan ini tiada kaitan dengan Matematik… Ia tidak menguji kemampuan manusia dalam memahami ilmu Matematik,” balas seorang netizen lain.

Sehubungan itu, biro pendidikan barat daya China telah mengeluarkan kenyataan berhubungan dengan soalan ujian matematik sekolah rendah yang mengelirukan pembaca di atas talian.

Menurut kenyataan itu, tiada jawapan spesifik yang ditetapkan untuk soalan ini sebab tujuannya untuk menguji pemikiran kritis.

“Tujuan pendidikan bukan untuk menghasilkan jawapan yang sama … setiap jawapan mencerminkan personaliti berbeza. Soalan yang menghasilkan pelbagai jawapan adalah soalan yang baik.” jelas biro tersebut.

Biro pendidikan itu menegaskan akan terus membuat soalan sedemikian dan mengalu-alukan maklum balas dari orang awam.



Source link

read more

Taukeh Ikea meninggal usia 91 tahun


PENGASAS Ikea, Ingvar Kamprad, yang membina empayar perniagaan global perabot bina sendiri selain terkenal kerana bencikan cukai, meninggal dunia pada usia 91 tahun, hari ini.

Dalam kenyataan, syarikat itu menyatakan Kamprad meninggal dunia dengan dikelilingi keluarga dan rakan terdekat di kediamannya di Smaland, selatan Sweden.

“Warisannya akan terus dikagumi selepas ini manakala wawasannya untuk mencipta kehidupan seharian lebih baik bagi semua orang akan terus menjadi ikutan dan inspirasi kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Ikea, Jesper Brodin,

 Dilahirkan pada 1926 dalam keluarga petani di Smaland, Kamprad mengasaskan syarikat itu ketika berusia 17 tahun.

Walaupun amat kaya dan berjaya, Kamprad terkenal sebagai seorang yang berjimat cermat.

Pada 1973 dia meninggalkan Sweden yang struktur cukai mahal, berhijrah ke Denmark sebelum berpindah ke Switzerland yang cukainya lebih rendah.

Sejak 2010 Kamprad beransur-ansur melepaskan pegangannya kepada tiga anak lelakinya sebelum pulang ke Sweden pada 2014.



Source link

read more

Penyair terkemuka Chile meninggal dunia pada usia 103 tahun



SANTIAGO : Penulis dan penggiat seni terkemuka Chile, Nicanor Parra, meninggal dunia pada Selasa, pada usia 103 tahun.

Dianggap sebagai salah seorang penyair Amerika Latin paling penting pada abad ke-20, Parra tetap aktif, fasih dan provokatif sehingga ke akhir hayatnya.

Pemergian mendiang mendapat penghormatan daripada pelbagai pihak termasuk Presiden Michelle Bachelet yang menulis di media sosial:

“Chile kehilangan salah seorang daripada penulis hebat dalam sejarah kesusasteraan kita dan satu suara tunggal dalam budaya Barat.”

Satu upacara khas diadakan di Santiago pada Rabu sebagai mengenang mendiang Parra yang dilahirkan pada 15 September, 1914, di bandar kecil San Fabian di selatan Chile.

Antara karya beliau yang seringkali dijadikan rujukan ialah, “Poemas para Combatir la Calvicie” (Poems to Fight Baldness, 1993) dan “La Montana Rusa” (The Roller Coaster, 1962).

Istimewanya, Parra yang juga merupakan seorang ahli fizik dan pakar matematik, menghabiskan sisa hidupnya di sebuah lokasi terpencil berhampiran pantai di kawasan tengah Chile.



Source link

read more

Pelakon Star Trek Alezander Rozhenko meninggal dunia pada usia 33 tahun



Pelakon filem sains fiksyen Star Trek: The Next Generation, Jon Paul Steuer meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Bintang kanak-kanak ini yang terkenal dengan watak ‘Alexander Rozhenko’, meninggal dunia pada 1 Januari 2018 namun punca kematiannya belum didedahkan lagi, menurut laporan akhbar Oregon, Willamette Week.

Pemergian mendiang pada usia muda mengejutkan ramai pihak termasuk peminat setia Star Trek.

Ucapan takziah memenuhi ruangan komen selepas Star Trek Online berkongsi berita sedih itu menerusi Twitter rasminya.

Dilahirkan di California pada 27 Mac 1984, mendiang dilabel sebagai pelakon cilik paling berbakat ketika muncul di kaca televisyen pada usia 3 tahun.

Mendiang juga popular dengan gelaran Jonny P Jewels selepas menukar kerjaya sebagai penyanyi dan pemuzik.

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, mendiang tidak melepaskan peluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Paling membanggakan, restoran berkonsepkan ‘vegetarian’ sering menjadi tumpuan pengunjung dan penggemar makanan sihat yang diusahakan mendiang, terletak di Portland, Oregon.



Source link

read more

Vokalis utama SHINee Jonghyun meninggal dunia pada usia 27 tahun



AHLI kumpulan SHINee, Jonghyun, ditemukan mati oleh kakak beliau di kediamannya di Chungdam, Seoul kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) hari ini, menurut laporan allkpop.

Beliau dikejarkan ke hospital, tetapi akhirnya meninggal dunia.

Pihak polis mengesyaki insiden tersebut merupakan kes bunuh diri disebabkan laporan yang dibuat oleh kakak Jonghyun pada kira-kira 4.42 petang yang menyatakan: “Saya rasa Jonghyun hendak membunuh diri.”

Polis juga menemui kuali yang berisi cecair perang di rumahnya.

Dipercayai, cecair tersebut telah menyebabkan kematiannya.

Agensi SM Entertainment masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai kematian Jonghyun.

Namun begitu, peminat Jonghyun di seluruh dunia melahirkan rasa sedih dan takziah kepada keluarga Jonghyun.

Jonghyun yang dilahirkan pada 8 April 1990, meninggal dunia pada usia 27 tahun.



Source link

read more

Neves Pretty Ugly kahwin di usia 43 tahun



DENGAN sekali lafaz, vokalis kumpulan Pretty Ugly, Neves bergelar suami kepada wanita Noorliana Umar, 36.

Neves atau nama sebenarya Raizan Zainal Abidin, 43, selamat memperisterikan Noorliana pada majlis pernikahan yang diadakan di Surau Damansara Perdana, pada Ahad.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Umar Ackiyak dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.

Pada majlis itu, Neves menyerahkan seutas rantai emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Penyatuan pasangan itu turut dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.

Foto/ Sumber: Mstar Online



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Bosan itu baik ASEAN pada usia 50


ASEAN: bertemu Donald Trump.
Donald Trump: bertemu ASEAN.

Siapakah yang akan menang dalam pertembungan antara Pengganggu Besar dan kumpulan serantau paling membosankan dan patuh protokol?

Saya tidak bertaruh pada Trump.

Menghadiri suatu mesyuarat ASEAN adalah seperti berjalan dengan melangkah ke belakang melalui gula Melaka yang mendidih.

Beberapa ketika kemudian, anda putus harap dan mengikut saja arus….malah Rodrigo “Dirty Harry” Duterte perlu bertingkah laku yang baik ketika berada dalam mesyuarat-mesyuarat yang tidak berkesudahan dan membuat penyertanya tidur.

Hanya lebih setahun lalu, saya terfikir idea untuk melancarkan semula kolum saya — yang anda sedang baca sekarang — sebagai “Ceritalah ASEAN”.

Konsepnya — bertemu dan mewawancara orang biasa di seluruh rantau berpenduduk 650 juta orang ini — kelihatan suatu yang mengujakan.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte kelihatan bosan ketika sesi plenari Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos, Sept 6, 2016. REUTERS

Bagaimanapun, ketika mana saya melakukannya di peringkat bawah, mendengar para petani, pekerja pendatang, pemandu pelancong, buruh harian dan guru sekolah, dari Bassein, ke Na Dinh, Manado dan Bacolod, saya mula sedar bahawa saya telah melakukan sedikit kesilapan.

Asia Tenggara adalah rancak, seksi dan hidup.

ASEAN — sebagai pertubuhan supranasional — adalah kaku, sombong dan paling baik pun adalah berada dalam koma.

Hakikatnya, ASEAN adalah berlawanan dngan apa saja yang membuatkan Asia Tenggara menarik.
Jalan-jalannya bising. Ia tidak dijangkakan.

Bila dibandingkan, ASEAN adalah elitis. Ia paling selesa berada di hotel mewah, tempat peranginan dan pusat konvensyen. Mesyuaratnya adalah pesta kata-kata yang diatur dengan baik.

Jadi ketika mana saya masih amat kagum, malah mencintai rantau kita ini, orangnya dan kisahnya, saya dapati adalah sukar untuk meraup semangat dalam dewan-dewan yang dipenuhi dengan birokrat.

Saya masih fikir ekonomi Asia Tenggara yang besar dan berkembang (yang pada tahun 2013 memiliki gabungan GDP sebanyak AS2.4 trilion) — akan menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang tahun 2050 menurut McKinsey — mempunyai potensi yang tidak ada hadnya.

Tetapi saya perlu jujur: ASEAN tidak mempunyai seni.

Kosong. Sifar.

Tidak terdapat hubungan emosi bersama — kecuali jika anda menganggap acara makan durian sebagai suatu bentuk kebersamaan.

Malah kebanyakan daripada apa yang disebut sebagai “ketidakbersetujuan” — kebanyakannya adalah mengenai Laut China Selatan — kini sudah boleh dijangkakan apabila pengaruh geopolitik dan ekonomi China ke atas rantau kita meningkat.

Malah, saya boleh mencadangkan sebarang buku (dan banyak lagi kolum) mengenai ASEAN yang boleh menjadi penawar bagi insomnia.

Lebih serius lagi: ASEAN tidak benar-benar membantu bagi menyediakan infrastruktur dan juga pekerjaan kepada banyak daripada 650 juta penduduknya yang amat memerlukannya. Tugas itu masih terletak di bahu setiap negara anggota.

Dan ia amat kurang melakukan usaha untuk melindungi orang yang paling terancam di kalangan 650 juta itu (antaranya saya temui ketika membuat kolum ini) dari penyelewengan, eksploitasi dan kesusahan — terutamanya pekerja pendatang rantau ini.

Sekali lagi, kosong.

Para hadirin mendengar ucapan pada mesyuarat menteri-menteri ekonomi ASEAN ke-47 di Malaysia, Ogos 2015. REUTERS

Inilah mengapa saya tidak boleh menimbulkan sebarang keterujaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Manila — walaupun ia merupakan ulang tahun ke-50 dan Trump kelihatannya akan hadir pada seluruh acara itu.

Mengantuk.

Memandangkan bahawa sidang-sidang ASEAN ini menidurkan — seseorang boleh merasakan bahawa beliau akan menyesal untuk menunjuk muka pun.

Terus terang — sebenarnya itu tidak menjadi hal, dalam pandangan yang luas, sama ada beliau berada di situ atau tidak.

Pengulas dasar luar akan berhujah bahawa kehadirannya itu adalah untuk meyakinkan rantau ini bahawa Amerika tidak “berundur dari Asia Pasifik/Dunia” — tetapi itukah apa yang berlaku?

Ukuran bagi kuasa dan pengaruh Amerika (dan dalam hal ini, juga China) ke atas rantau ini — tidak begitu bergantung sama ada pemimpinnya mendengar deretan ucapan yang membosankan dan mengambil “foto keluarga” dengan pakaian tradisi negara tuan rumah.

Orang akan kata  “tetapi ini adalah untuk persepsi.”

Percayalah pada saya: ini adalah satu kes di mana persepsi sebenar, sebenarnya tidak menjadi hal — sekurang-kurangnya pada jangka waktu panjang.

Mungkin sudah sampai masanya kita berhenti percaya bahawa keamanan, kemakmuran dan reputasi rantau kita ini adalah perkara genting pada setiap sidang kemuncak.

Tetapi mungkin saya terlalu keras terhadap ASEAN.

Lagipun, ia telah mencapai tujuannya untuk memelihara perdamaian dan keberkecualian Asia Tenggara dalam dekad-dekad sejak penubuhannya melalui Deklarasi Bangkok 1967.

Dan mungkin membosankan ADALAH baik — sekurang-kurangnya dalam hal agenda diplomatik ASEAN?

Ketika kumpulan itu mula ditubuhkan di kemuncak Perang Dingin, Asia Tenggara adalah kawah berisi ketidakpercayaan, kecurigaan dan kekerasan langsung di setiap sudutnya — dari Vietnam ke Kemboja, Malaysia dan Indonesia.

ASEAN menyediakan platform berkecuali yang membawa bersama negara-negara itu, untuk membina keyakinan dan kemesraan.

Ia merupakan proses panjang dan sukar, ternyata normalisasi Indonesia dan negara-negara Indochina adalah teras agendanya.

Obama menguap ketika sesi plenary Sidang Kemuncak ASEAN dan Asia Timur ke-21 di Phnom Penh, Nov 2012. - REUTERS

Proses ASEAN yang jelas menjenuhkan dan kaku — pernyataan dan ucapan yang berbentuk serupa — meletihkan pemimpin-pemimpin kita hingga menjadikan mereka selalunya tidak mempunyai tenaga atau minat untuk merancang atau berkomplot menentang satu sama lain.

Sebaliknya, mereka semua mahu melepaskan diri.

Dan mungkin, mungkin saja: itu sudah cukup bagi kita di rantau ini?

Kita boleh dan tentunya patut fokus pada membangun hubungan antara bisnes dengan bisnes, media dengan media dan rakyat dengan rakyat tanpa menghiraukan apa yang berlaku dalam ASEAN.

Integrasi serantau — terutamanya dalam Asia Tenggara mesti digerakkan dari bawah ke atas.

Jadi Donald, jangan cuba sekali-kali hendak jadi pandai.

ASEAN distrukturkan dan dibentuk untuk mengalahkan dan menelan penonjolan kehebatan dan peraihan markah.

Ambillah sebiji durian dan pergi ke kerusi sudut….



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons