Trump layak mati kerana hina Kim Jong Un – Korea Utara



KOREA UTARA dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhak dikenakan hukuman mati kerana menghina pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Minggu lepas, Trump menggunakan saluran media sosial pilihannya untuk meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui Jong Un memanggilnya dengan gelaran ‘orang tua’, sedangkan dia telah menahan diri daripada memanggil diktator Korea Utara itu sebagai ‘pendek dan gemuk’.

Sebagai tindak balas ke atas kenyataan Trump itu, akhbar Korea Utara Rodong Sinmun menulis bahawa Trump kini telah ‘dihukum mati oleh rakyat Korea’.

“Jenayah paling buruk yang tidak boleh diampuni adalah dia (Trump) berani menjatuhkan maruah kepimpinan tertinggi.

“Dia perlu tahu bahawa dia hanya seorang penjenayah yang telah dihukum mati oleh rakyat Korea,” kata kenyataan itu.

Sejak menjadi presiden, Trump dilihat banyak terlibat dengan perang kata-kata dengan Kim Jong Un.

Sabtu lalu, Korea Utara mengeluarkan kenyataan mengecam kunjungan Trump ke Asia, dan
menyifatkannya sebagai satu ‘lawatan si ketua peperangan’, selain menggelarkan Trump dengan gelaran ‘dotard’, satu istilah penghinaan yang turut membawa maksud ‘orang tua’.



Source link

read more

Tiada pencemaran air kumbahan dalam banjir di Utara



LUMUT: Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti baru-baru ini, kata Ketua Operasi Wilayah Utara Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Hussain Omar.

Beliau berkata kedudukan tangki yang tinggi merupakan antara faktor pencemaran air sisa kumbahan dapat dielakkan daripada berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Mengambil ikhtibar daripada kejadian itu, Hussain berkata pihak IWK kini meletakkan kesemua loji yang terlibat sebagai loji berisiko bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk jika kejadian sama berulang pada masa akan datang.

“IWK memang meletakkan beberapa loji di dalam negara sebagai loji berisiko kerana terletak di kawasan banjir, namun kesemua loji di tiga negeri itu pertama kali terlibat dalam bencana banjir.

“Kita belajar daripada kejadian tersebut supaya kita dapat mengambil langkah-langkah yang sepatutnya selepas ini selain menjimatkan kos kerugian dengan melindungi peralatan mekanikal yang penting,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Hari Terbuka Loji Rawatan Kumbahan Taman Samudera di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Hussain berkata sebanyak 53 loji mengalami kerosakan kecil yang mana 45 daripadanya terletak di Pulau Pinang, enam di Sungai Petani, Kedah dan masing-masing satu di Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak.

“Bagaimanapun, kesemua loji terbabit tidak mengalami kerosakan yang besar seperti melibatkan panel kawalan sebaliknya hanya beberapa kerosakan kecil seperti struktur bangunan, pagar dan dinding.

“Kerosakan lain termasuk beberapa peralatan akibat daripada ribut petir yang melanda dan ia perlu dibaik pulih segera bagi memastikan proses kerja selepas ini tidak terganggu,” katanya dan menambah IWK menanggung kerugian sebanyak RM200,000 kerana perlu membaiki semula kerosakan.

Dalam pada itu, Hussain berkata pengguna kini mula sedar mengenai peranan IWK dengan membayar bil mereka secara konsisten berdasarkan penilaian yang mendapati peningkatan dalam kutipan bil.

“IWK perlu lebih berusaha mendekati masyarakat supaya mereka tahu peranan dan tanggungjawab kita dalam memastikan kehidupan mereka bersih dan selamat,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Cuaca buruk terus melanda utara Semenanjung



PULAU PINANG: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga awal malam ini di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi petang ini, cuaca sama juga dijangka melanda selatan Semenanjung dan beberapa daerah Kerian,Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim .

Selain itu, daerah Batang Padang di Perak serta daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang serta daerah Jeli, Lojing dan Gua Musang di Kelantan turut diramal mengalami cuaca buruk sama.

Sehingga jam 6 petang ini, beberapa kawasan di Bayan Lepas, dan Seberang Perai Utara dilaporkan hujan.

Maklumat lanjut mengenai laporan ramalan cuaca boleh diperoleh menerusi laman web http://www.met.gov.my/ atau Facebook atau Twitter Metmalaysia, @malaysianmet.



Source link

read more

Korea Utara belasah Malaysia – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Hasrat Malaysia untuk melakar kemenangan pertama di bawah pimpinan jurulatih Nelo Vingada masih tidak kesampaian apabila dibelasah Korea Utara 4-1 dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand sebentar tadi.

Korea Utara berada di depan seawal minit ke-12 menerusi jaringan penalti Pak Kwang Ryong selepas bola terkena tangan kapten Harimau Malaya, Mohamad Fadhli Shas sebelum Kim Yu Song menggandakan kedudukan pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, gawang Malaysia sekali lagi dibolosi menerusi rembatan bola mati Kim Yong II pada minit ke-48 dan 10 minit kemudian giliran Jong II Gwan menjaringkan gol.

Gol saguhati Malaysia diperoleh menerusi jaringan penyerang muda, Safawi Rasid pada minit ke-67.

Meskipun berbaki dua perlawanan namun peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2019 semakin tipis apabila mereka bakal menentang Korea Utara pada 13 November ini di venue yang sama sebelum menentang Lebanon di Beirut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua terbunuh dalam insiden pengeboman bunuh diri di utara Afghanistan



MAZAR-I-SHARIF: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala dua lagi cedera selepas satu insiden pengeboman bunuh diri berlaku di sebuah hotel di bandar Mazar-i-Sharif, ibu kota wilayah yang terletak di utara Afghanistan pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber.

Letupan itu berlaku pada kira-kira 7 pagi waktu tempatan berhampiran Masjid Biru dalam kejiranan di pusat bandar tersebut, kata sumber keselamatan tersebut kepada Xinhua yang tidak mahu identitinya didedahkan.

“Maklumat asal mendapati penyerang terbabit dan tiga orang lain terbunuh manakala dua lagi cedera tetapi kita tidak mempunyai butiran lanjut. Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat,” kata sumber itu.

Saksi berkata mereka terdengar letupan kuat di pintu masuk hotel yang terletak di kawasan sesak.

Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Sasaran serangan itu belum diketahui dan tidak ada lagi  kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.  

— BERNAMA



Source link

read more

MRA hantar bantuan bencana ke utara – Nasional


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Malaysian Relief Agency (MRA) telah menggerakkan bantuan kemanusiaan ke bahagian utara negara melalui operasi bersama oleh MRA Kedah dan MRA Pulau Pinang bagi membantu mangsa bencana banjir dan ribut, mulai semalam.

Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, pihaknya yang terdiri daripada dua pasukan bantuan MRA Pulau Pinang dengan sokongan 12 kenderaan pacuan empat roda daripada Kumpulan Wildtrucker dan sukarelawan Soul Foundation Penang telah mengagihkan bantuan makanan kering, air mineral dan kit kebersihan ke sembilan pusat pemindahan banjir di Pulau Pinang. 

“Bantuan kemanusiaan amat diperlukan untuk mangsa banjir di negeri terlibat khususnya bantuan kecemasan, keperluan asas, logistik dan gerak kerja serta bantuan pemulihan pasca banjir,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online.

Bencana banjir di Pulau Pinang dan Kedah telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda awam. Laporan terkini  menunjukkan hampir 10,000 penduduk telah dipindahkan ke 102 pusat pemindahan sementara di kedua-dua negeri.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kepada Tabung Bencana Banjir MRA yang telah diwujudkan, Mohd. Daud mempelawa agar menghulurkan sumbangan ikhlas ke akaun Public Bank Berhad 398891608 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang rasmi MRA di www.mra.my atau hubungi Sekretariat MRA di 03-91744672.

“Semoga bantuan anda semua dapat meringankan penderitaan mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Syafiq dapat panggilan jumpa Korea Utara – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad antara lapan pemain baharu yang dipanggil jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada dalam latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula Sabtu ini sebagai persiapan menghadapi Korea Utara pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Thailand, 10 dan 13 November ini.

Syafiq yang menjadi tonggak penting skuad bawah 22 tahun kebangsaan dalam Sukan SEA Ke-29 mengetuai senarai tersebut bersama tujuh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Mohd. Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S. Kunanlan serta Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Lapan pemain itu menggantikan lapan nama yang digugurkan, penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah), Amirulhadi Zainal (JDT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Ini bermakna hanya 16 pemain yang dipanggil sebelum ini dikekalkan, termasuk dua pemain yang tidak menyertai pasukan ke Hong Kong iaitu Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Bagaimanapun, hanya 10 pemain dari Perak, Pahang, Selangor, FELDA United dan Pulau Pinang akan melapor diri pada Sabtu ini, manakala 14 pemain dari JDT dan Kedah akan melapor diri pada Isnin iaitu selepas tamat perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Ini adalah kali pertama saya dipanggil menyertai kem kebangsaan di bawah kendalian Vingada dan pastinya satu penghargaan buat diri saya sendiri dan berbangga kerana dipilih daripada yang terbaik.

“Perebutan dalam kesebelasan utama sukar kerana Hazwan Bakri dan Darren (Lok) pernah dipanggil sebelum ini dan saya tidak tahu percaturan jurulatih macam mana,” kata Syafiq kepada Utusan Malaysia.

Tambah pemain berusia 22 tahun itu lagi, dia tidak berasa sebarang tekanan bagi menghadapi Korea Utara meskipun menyedari kekuatan lawan dan tidak melihat peluang Harimau Malaya sudah tertutup rapat.

Malaysia kini berada di tangga tercorot Kumpulan B selepas tewas dua perlawanan dan seri sekali untuk mengumpul satu mata. Lebanon di tangga teratas dengan 10 mata, diikuti Hong Kong lima mata dan Korea Utara dua. Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Buriram melalui Bangkok pada Selasa, 7 November ini. – UTUSAN ONLINE

PENJAGA GOL

Hafizul Hakim

Izham Tarmizi Roslan

Khairulazhan Khalid

PERTAHANAN

Fadhli Shas

Fazly Mazlan

Junior Eldstal

S. Kunanlan

Shahrom Abdul Kalam

Nazirul Naim Che Hashim

Amirul Azhan Aznan

Kiko Insa

Adam Nor Azlin

TENGAH

Safiq Rahim

Nazmi Faiz Mansor

Safawi Rasid

Afiq Fazail

Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

Baddrol Bakhtiar

Nor Azam Abdul Azih

Wan Zack Haikal Wan Nor

Syamer Kutty Abba

PENYERANG

Ahmad Hazwan Bakri

Darren Lok

Syafiq Ahmad



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons