Aceh haramkan sambutan Hari Valentine



BANDA ACEH: Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali mengeluarkan amaran bertulis yang menguatkuasakan larangan sambutan Hari Valentine pada Jumaat lalu.

Tindakan itu dibuat selepas sambutan itu didapati bertentangan dengan pelaksanaan syariat Islam di rantau tersebut, maka ia diharamkan, lapor Detik News.

Tambahan pula, hal itu termaktub dalam UU Nomor 44 Tahun berkaitan Penyelenggaran Keistimewaan Provinsi Daerah Istimewa Aceh serta Qanun Provinsi Aceh Nombor 11, Tahun 2002 tentang Pelaksanaan Syariat Islam di bidang aqidah, ibadah dan syiar Islam.

Mawardy turut menasihati masyarakat Aceh untuk membuat laporan sekiranya ada mana-mana pihak yang menganjurkan perayaan itu.

“Kepada semua warga Aceh, kalian tidak dibenarkan untuk menyambut Hari Valentine dan sekiranya terlihat mana-mana pihak yang menganjur sambutan itu, sila segera lapor kepada pihak polis negeri dan pegawai agama tempatan,” ujar Mawardy.

Polis daerah dan pegawai agama di Aceh Besar diminta untuk terus mengawasi setiap kegiatan yang melanggar syariat Islam, adat istiadat dan norma masyarakat Aceh.

Selain itu, Mawardy telah menghantar surat larangan itu kepada semua wakil rakyat di Aceh.

“Kita sudah menerima surat larangan sambutan Hari Valentine dari ketua daerah Aceh Besar. Kita akan lakukan pemeriksaan bagi mencegah sambutan ini dianjurkan pada esok hari,” kata Ketua Syariat Islam Aceh Besar, Carbaini.

Terdahulu, Mawardi telah mewajibkan semua pramugari Islam yang melakukan penerbangan ke rantau itu untuk memakai tudung kepala.

BACA: Aceh wajibkan semua pramugari Islam memakai tudung



Source link

read more

Pakistan haramkan sambutan Hari Valentine elak promosi berlebihan


ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan buat tahun keduia berturut-turut mengharamkan sebarang sambutan hari kasih sayang atau ‘Valentine Day’, termasuk acara serta liputan media mempromosi hari itu untuk tahun kedua berturut-turut.

Ia selepas mahkamah sebulat suara memutuskan  tersebut melanggar ajaran Islam dan sambutannya diharamkan buat umat Islam.

Sambutan Hari Valentine diharamkan di Pakistan untuk tahun kedua berturut-turut. - Foto: Reuters
Perintah amaran dikeluarkan pihak berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (Pemra) kepada stesen televisyen dan radio terhadap sebarang promosi berkaitan peristiwa Hari Valentine.

“Tiada acara akan diadakan di peringkat rasmi atau di mana-mana tempat awam,” kata Pemra.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Islamabad memperkenalkan larangan itu selepas petisyen yang mengatakan sambutan itu adalah dimport budaya dari Barat yang akan melemahkan umat Islam.

Sejak kebelakangan ini, golongan muda terutamanya di kalangan majoriti 60 peratus penduduk Islam di bawah umur 30 tahun termasuk pertubuhan-pertubuhan komersil mengamalkan tradisi sambutan Hari Valentine dengan jualan bunga dan coklat di negara itu.

Sebarang acara termasuk liputan media mempromosi Hari Valentine tidak dibenarkan di seluruh Pakistan.- Foto: Reuters



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons