VETERAN DAPigs DIKUTUK KERANA BERCAKAP BENAR!!! ~ SEMUT HITAM


Beginilah sikap kepimpinan DAPigs. Apabila ada pihak yang tampil untuk menyatakan kebenaran, yang bercakap benar itu pulak yang menerima musibah, dikutuk dan dihina oleh kepimpinan parti itu sendiri.

Veteran DAPigs, Dr Tan Seng Giaw telah menjadi mangsa kezaliman DAPigs dan disingkir dari menjadi calon semula pada PRU ke 14 hanya kerana menafikan penglibatan YAB Perdana Menteri dalam isu 1MDB.

Bukan setakat itu sahaja, kepimpinan DAPigs dan ahli – ahli parti itu juga turut melabelkan Tan sebagai ‘running dog’ dan Pengkhianat. Malah tidak ketinggalan juga mereka mengutuk nenek moyang Tan.

Jelas sekali jika ada ahli DAPigs yang bercakap benar pasti akan disingkir dan akan menerima cercaan seperti mana apa yang berlaku terhadap Tan Seng Giaw. Namun Tan lebih gigih dan terus menyataan satu masa akan membuktikan siapa yang bercakap benar.

Walaupun Tan merupakan ahli politik pembangkang, namun prinsip beliau membuktikan politik yang begitu matang. Bukan sahaja isu 1MDB, Tan turut lantang bersuara tentang alam sekitar yang semakin terhakis di Pulau Pinang.

Apa yang berlaku terhadap Tan Seng Giaw patut di ambil ikhtibar. Tidak mustahil rakyat turut menerima cercaan dan penghinaan dari DAPigs jika rakyat cuba menyuarakan kebenaran jika DAP menguasai kepiimpinan negara.




Source link

read more

Veteran tentera usah terpedaya janji palsu


JOHOR BAHRU 16 APRIL 2018.  Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada veteran tentera selepas merasmikan  Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk Veteran Orang Kurang Upaya (OKU), Balu Veteran OKU dan anak-anak Veteran OKU di Dewan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. NSTP/ZAIN AHMED

MO, 16/4/2018, JOHOR BAHRU: Meskipun mengundi adalah hak individu, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan tidak mudah percaya janji kosong pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berharap veteran tentera berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak menyesal pada masa depan.

Katanya, kerajaan yang mentadbir kini adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari kaedah baharu dalam penambahbaikan bantuan untuk veteran dan keluarga.

“Kita perlu berhati-hati. Ibarat kata pepatah rumput di kaki bukit yang jauh nampak lebih hijau berbanding rumput yang kita pijak tetapi keadaan adalah sebaliknya dan mungkin gersang serta ketandusan hujan.

“Gunalah kebijaksanaan ketika mengundi kerana sekiranya tersilap, kita menanggung bahana selama lima tahun dan ketika itu, penyesalan tidak berguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk veteran orang kurang upaya (OKU), balu veteran OKU dan anak veteran OKU di Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Anwar berkata, pihaknya turut menghargai pucuk kepemimpinan negara di peringkat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Kerajaan Pusat sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kebajikan dan sosioekonomi veteran. Ia termasuk pemimpin yang sentiasa meluangkan masa ketika wakil persatuan ingin mengadakan pertemuan,” katanya.



Source link

read more

[VIDEO] BN Bandar Tun Razak santuni veteran ATM – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 15 April – Seramai 150 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bandar Tun Razak menerima sumbangan wang tunai daripada Barisan Nasional parlimen itu di sini, hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Pengerusi BN parlimen berkenaan, Datuk Chew Yin Keen.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Wilayah Persekutuan, Yusoff Ali berkata, sumbangan itu diharapkan dapat meringankan bebanan setiap ahli yang memerlukan.

“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada BN kerana prihatin terhadap nasib golongan ini. Walaupun sumbangan ini tidaklah besar, ia membukti kerajaan sentiasa prihatin dan mengiktiraf mereka yang sebelum ini berjuang mempertahankan negara.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat menarik lebih ramai veteran ATM menjadi ahli persatuan,” katanya ketika hadir dalam majlis sumbangan dan penyampaian sijil pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) .- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Khidmat veteran UMNO ditagih – Politik


PASIR MAS 7 April – Sokongan veteran UMNO terus ditagih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi membantu jentera parti itu berkempen.


Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, pengalaman yang dimilik oleh golongan tersebut amat membantu terutama dalam menggerakan kempen dalam kalangan ahli keluarga.


Menurutnya, veteran UMNO mempunyai anak dan cucu yang ramai sekaligus memudahkan proses penyampaikan maklumat dilakukan selain pengalaman luas dalam politik.


“Kita berterima kasih kepada golongan Veteran UMNO Kelantan yang sanggup mengerakkan kempen Keluargaku Pengundi Barisan Nasional (BN).


“Kita harap, apa yang dilakukan oleh golongan ini menjadi pembakar semangat kepada jentera parti untuk bekerja keras bagi memastikan Kelantan menjadi milik BN pada PRU-14 nanti,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Keluargaku Pengundi BN peringkat Parlimen Pasir Mas.


Lebih, 1,000 veteran UMNO bahagian itu hadir pada program tersebut.


Yang turut hadir Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Rozali Ishak.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Veteran ‘Ali Setan’ actor Azmil Mustapha dies


Azmil
MO,14/2/2018, PETALING JAYA: Veteran actor Azmil Mustapha passed away on Wednesday at the age of 65. The Star’s Malay-language portal mStar reported that Azmil passed away at 12.40pm at his home in Shah Alam. This was confirmed by his brother Aziph Mustapha.
“We apologise on behalf of Azmil for any past mistakes and ask for your prayers,” Aziph was quoted as saying.

Azmil will be taken to the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam Mosque for the funeral and prayers before being taken to the Seksyen 21 Shah Alam Islamic Cemetery for burial. In November 2017, he was admitted to the University of Malaysia Medical Centre due to breathing difficulties. Azmil, who acted in box office hits such as Mekanik and Ali Setan in the 1980s, was a single father with five children, aged between 32 and 15.

He also has three grandchildren aged five and two.

–TheStar



Source link

read more

VETERAN PKR DAKWA TUN M “SIMPAN” AGENDA PERIBADI!!! ~ SEMUT HITAM


PKR kini memang sudah terjerat dengan permainan Politik licik yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri itu sehingga terpesong terlalu jauh dari perjuangan asalm mereka sebelum ini.

Kalau PKR nak berpatah balik sekarang, semuanya sudah terlambat. Maka terpaksalah mereka mengikut telunjuk Tun Mahathir dan meminggirkan suara ahli mereka diperingkat akar umbi.

Jika sebelum ini, pengikut – pengikut PKR jelas menyatakan bantahan terhadap keputusan pucuk pimpinan Pakatan yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mereka.

Malah bantahan itu juga turut disuarakan oleh pemimpin – pemimpin parti itu. Tapi malangnya, suara bantahan yang dibuat lansung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan PKR.

Sebaliknya, mereka lebih rela memberi keutamaan dalam menjaga kepentingan Politik Peribadi dari nak mengikut kehendak yang disuarakan oleh ahli – ahli serta pengikut mereka sendiri.

Kini giliran Veteran PKR pulak bersuara dan membuat dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu sengaja menyembunyikan agenda Politik Peribadinya dari pengetahuan orang lain.

Ahli Biro Politik PKR, Dr Syed Husin Ali yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden parti itu mendakwa Tun Mahathir memandu Pakatan bukan untuk memperjuangkan rakyat.

“Kenapa perlu terburu-buru memutuskannya? Sekarang ini kelihatan seolah-olah soal menamakan nama calon PM paling penting sekali.

“Lebih buruk lagi sudah timbul pula anggapan semacam isu ini didorongkan oleh agenda peribadi,” kata veteran PKR itu.

Apa yang jelas, kemelut pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan itu tidak membawa sebarang kesan Positif buat Pakatan. Sebaliknya, mereka teruk dihentam oleh pengikut – pengikut mereka sendiri yang menyatakan bantahan secara terbuka!!!




Source link

read more

Veteran PKR Terhidu Mahathir Pandu Pakatan Harapan Ke Arah Agenda Peribadi!?



Leave a Comment